Monday, December 7, 2015

Vape (Rokok Elektronik) vs Rokok?: Bebaskan Diri Daripada Nikotin

Ada orang cakap Vape adalah alternatif yang lebih selamat daripada merokok. Tapi hakikatnya betul ke???

Terkejut bile tengok video kanak2 yang meghisap vape bersame2 kakak atau ibunya. Lagi terkilan bila melihat wanita bertudung juga dengan bangganya menunjukkan aksi menghisap vape di tempat awam. Ya Allah..kiamat makin hampir. Dunia dah makin tenat..

Vape (rokok Elektronik) Vs Rokok.

Apakah perbezaannya? 

Rokok: Bentuk asalnya iaitu daun tembakau yang kering dan mengandungi nikotin. 

Vape: Direka untuk beroperasi menggunakan bateri bagi menyampaikan nikotin dalam bentuk wap air berperisa yang dihasilkan melalui sintesis kimia. 

Vape & rokok: Memberikan kesan nikotin sama ada dalam bentuk asap atau wap air berperisa. 

Kebelakangan ini, Vape diwar-warkan sebagai sumber alternatif yang lebih selamat berbanding dengan rokok. 

Alasannya???

Rokok: Pembakaran tembakau daripada rokok menghasilkan lebih kurang 4,000 bahan kimia dan 50 jenis bahan daripadanya yang dianggap berbahaya kepada kesihatan termasuk nikotin. 

Vape: Pada awalnya ia dikatakan hanya mengandungi sejenis bahan kimia sahaja iaitu nikotin. Namun, setelah beberapa tahun dipasarkan cecair rokok elektronik ini, didapati ia juga mengandungi beberapa bahan kimia berbahaya seperti toluene, ecetaldehyde, benzene, cadmium, isoprene, nickel, plumbum dan N-nitrosonornicotein.
Pada asasnya, nikotin boleh menghasilkan beberapa kesan terhadap fisiologi tubuh. Nikotin akan memasuki sistem peredaran darah manusia melalui pertukaran gas di paru-paru. Nikotin dalam peredaran darah cuma memerlukan lebih kurang 10 saat sahaja untuk menghasilkan kesannya terhadap fisiologi tubuh manusia. Organ paling utama yang dirangsangkan oleh nikotin adalah otak manusia. Hasil rangsangan ini meningkatkan rembesan neurotransmitter yang dikenali sebagai dopamine dan ia akan memberi kesan rasa seronok dan kepuasan. Pendedahan lama terhadap rangsangan seperti ini di otak boleh menyebabkan berlakunya ketagihan.

Dopamine yang dirembeskan ini selain daripada merangsang perasaan seronok dan kepuasan, ia juga akan menyebabkan:
1) Degupan jantung seseorang itu meningkat. 
2)Menyebabkan salur darah manusia mengecut dimana diameter bukaan salur darah akan mengecil (menyebabkan tekanan darah meningkat). 

Tekanan darah yang meningkat pula lama-kelamaan akan merosakkan fungsi organ lain dalam tubuh seperti buah pinggang dan salur darah pada jantung itu sendiri. Oleh sebab itu pengguna nikotin terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi, serangan jantung, serangan strok dan kegagalan buah pinggang jika tekanan darah tidak dapat dikawal dengan baik.

Apabila seseorang individu kerap mengambil nikotin, lama-kelamaan ia akan jatuh ke dalam fasa ketagihan. Dalam fasa ini, pengguna nikotin akan merasakan kesan tarikan atau withdrawal sekiranya tiada nikotin dalam peredaran darah. Secara farmakokinetiknya, nikotin cuma boleh berada dalam tubuh manusia dan memberikan kesannya lebih kurang 2 jam sahaja sebelum ia dikumuhkan melalui air kencing. Antara kesan tarikan yang akan dirasai oleh pengguna nikotin apabila tiada nikotin dalam tubuh adalah seperti gelisah, kekosongan, murung, cepat marah, gangguan tidur dan tumpuan pemikiran yang berkurangan. 

Daripada fakta berkenaan, kesan pendedahan lama terhadap nikotin sama ada melalui rokok atau rokok elektronik akan menyebabkan keperluan dos nikotin yang meningkat untuk memberikan kesan keseronokan dan kepuasan yang sama seperti pada peringkat permulaan. Maka, pengguna nikotin akan mula mengambil lebih banyak batang rokok atau mengambil kandungan nikotin yang lebih tinggi bagi rokok elektronik semata-mata untuk mendapatkan dos yang dapat memberi kesan kepuasan yang sama seperti sebelum ini. Justeru, pendapat bahawa pengambilan nikotin melalui rokok elektronik akan mengurangkan kesan kebergantungan badan terhadap nikotin adalah kurang tepat. Sebenarnya pengguna rokok elektronik tidak sedar bahawa kekerapan mereka menghisap wap air yang mengandungi nikotin meningkat atau menggunakan cecair nikotin yang dosnya lebih tinggi demi mendapatkan rasa keseronokan dan kepuasan yang sama.

Untuk mengatasi masalah ketagihan nikotin ini, ada individu yang menggunakan kaedah berhenti serta-merta atau cold-turkey dengan motivasi diri yang tinggi untuk kekal bebas daripada nikotin dalam jangka masa panjang. Namun, adalah mencabar untuk seseorang individu untuk berhenti penggunaan nikotin secara tiba-tiba. Profesional kesihatan telah melalukan kajian dan menggunakan pelbagai kaedah perubatan untuk membantu seseorang individu berhenti penggunaan nikotin bergantung kepada status ketagihan nikotin seseorang individu tersebut. 

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga membekalkan perkhidmatan berhenti merokok dengan kaedah rawatan yang berkesan melalui Program Farmakoterapi Berhenti Merokok. Antara bentuk dosej ubat yang digunakan dalam program tersebut adalah chewing gum, tampalan pada kulit, inhalasi dan tablet yang telah dikaji keselamatannya serta keberkesanannya. Ubat-ubatan seperti Varenicline dan semua ubat-ubatan yang lain mempunyai dosnya yang tertentu untuk membantu pengguna nikotin berhenti penggunaannya secara berperingkat atas pemantauan dan nasihat kumpulan profesional kesihatan terlatih seperti doktor dan ahli farmasi. Rawatan-rawatan tersebut disokong dengan bukti klinikal dan semua bentuk dosej ubat yang mengandungi nikotin telah berdaftar dengan pihak Biro Farmaseutikal Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Racun 1952. 

Dalam Program Farmakoterapi Berhenti Merokok, pengguna nikotin yang berhasrat untuk berhenti menggunakan nikotin juga akan dibantu oleh profesional kesihatan dari segi kaunseling kesihatan, kaunseling motivasi dan pemantauan tahap kesihatan sepanjang tempoh rawatan. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua pengguna nikotin sama ada rokok atau cecair nikotin untuk rokok elektornik. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan nikotin, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.

Disediakan Oleh:
Mohd Dziehan bin Mustapa
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Masih nak cakap Vape lebih selamat daripada rokok?

Itu semua alasan untuk menghalalkan tindakan sesetangah pihak.


Bebaskan diri anda dan keluarga daripada NIKOTIN. 

Untuk yang berniat untuk berhenti merokok demi orang yang tersayang, saya syorkan anda untuk mengambil Vivix Shaklee yang boleh membantu anda untuk mengurangkan ketagihan kepada nikotin. Bacaan lanjut: Tips Berhenti Merokok

Sedikit kira2 untuk tatapan semua:

Sekotak rokok ~RM13
Sehari sekotak: RM390 Sebulan
Sehari 2 kotak: RM780 Sebulan.
Klik untuk Order : Vivix Shaklee

Sebotol Vivix 150mL RM 475. 
Untuk penggunaan sebulan (5mL sekali sehari)
(Join ahli : harga sama dengan kos sebulan hisap rokok sekotak sehari) 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis