Sunday, March 16, 2014

Rawat Telinga Anak Bernanah dan Berair Dengan Vitamin Shaklee

Tengahari tadi bawa Athirah pergi klinik untuk periksa telinga kanannya. Sudah 2 minggu telinga Athirah dijangkiti kuman kesan daripada batuk yang berpanjangan. Mungkin ibu-ibu di luar sana pernah mengalami masalah yang sama.

Sebenarnya ini kali 3 Athirah pergi klinik untuk mendapatkan rawatan untuk telinga kanannya. Kali pertama pergi klinik, doktor cakap telinga Athirah "bocor" sebab tu ada lelehan dan nanah keluar. Lantaran itu, doktor memberi antibiotik untuk diminum 2 kali sehari selama seminggu dan dan semula untuk rawatan susulan. Malangnya, Athirah tak nak makan ubat. Letak dalam susu pun dia taknak. Sanggup tak minum susu. Dia cakap nak susu baru sebab susu tu dah basi. Pening kepala dibuatnya.

Saya ikhtiar dengan cara lain. Demi anak tercinta terus saya order Nutriferon Shaklee untuk Athirah. Sementara menunggu supplement yang diorder sampai, saya berikan Athirah Omegaguard untuk tingkatkan sistem imunnya. Saya campur dalam susu sebab Athirah memang susah nak makan ubat. Kadang-kadang campur dalam bubur adiknya Zulfa. Biasanya Athirah akan kongsi makan bubur dengan adik. Mealshakes memang saya tak pernah lupa untuk dicampur dalam susu Athirah. Semuanya untuk kesihatan Athirah sebab Athirah kurang selera makan. Tak macam Zulfa, asyik makan je :)


Cadangan Supplement untuk kanak-kanak


Dua hari selepas order online, nutriferon pun selamat saya terima. Seronok nak bagi Athirah makan..Tapi sekali lagi..Athirah reject. Tak nak makan. So saya decide untuk campur dalam susu. Saya hanya bagi 1/3 paket sehari. Alhamdulillah selepas seminggu telinga Athirah dah tak berair dan bernanah macam sebelumnya...

oppsss..lupa nak cakap tadi. Selain Vitamin Shaklee saya juga bagi Athirah Minyak Habbatus Sauda untuk menggantikan Chlorpheniramine Syrup. Doktor cakap penting untuk minum Chlorpheniramine Syrup supaya saluran di telinga cepat kering. Kenapa saya ganti dengan Habbatus Sauda? Sebab Habbatus Sauda ada Anti-inflammatory effect sama macam Chlorpheniramine. Lagipun Habbatus Sauda kan ubat untuk semua penyakit kecuali MATI. So tak salah kita cuba kan :)

Sambung cerita tadi, selepas seminggu saya bawa lagi Athirah ke klinik yang sama tapi kali ni bukan doktor yang sama. Saya terus berterus terang dengan Doktor tersebut bahawa Athirah tidak makan langsung antibiotik yang diberi minggu lepas. Doktor periksa lagi telinga Athirah untuk kali ke2. Doktor yang ke2 ni cakap telinga takde "bocor" cuma masih ada keradangan (inflammation). (Adakah bermakna percubaan saya menggunakan Nutriferon, Omegaguard dan Habbatus Sauda berjaya??..mungkin..

Doktor yang ke2 bertanya, doktor yang pertama tak bagi ubat titis ke? saya cakap tak, sebab doktor pertama cakap Ubat titis tak berguna untuk kes Athirah. Doktor ke2 buat muka cam pelik kenapa doktor pertama tak bagi ubat titis. Lantas, untuk kali ini doktor tersebut bagi sejenis ubat titis yang mengandungi antibiotik dan antiinflammasi untuk 1 minggu.

Balik rumah terus Athirah minta untuk letak ubat dalam telinga. Dia memang suka ubat2 external ni :). Kali ini mudah untuk melengkapkan terapi ubat titis selama seminggu. Cukup seminggu saya pun berhenti bagi ubat titis kat Athirah walaupun dia asyik mintak je..seronok kot..Saya pun berhenti bagi Nutriferon kat Athirah. Lagipun sayang nak teruskan sebab benda mahal kan..so nak simpan untuk kecemasan nanti..lagipun telinga Athirah nampak dah ok.

Malangnya selepas seminggu berhenti bagi ubat titis dan Nutriferon, telinga dan bernanah semula. Terus saya risau. Saya ajak suami bawa Athirah ke klinik yang khusus untuk telinga. Cari punya cari yang kitorang jumpa bukan khusus untuk telinga sahaja tapi bidang lain jugak...tak pela..yang penting dia tulis untuk ENT. So saya masuk jela. Kali ini, doktor cakap memang masih berair dan bernanah lagi. Doktor cakap mungkin di bahagian dalam telinga dan pecah sebab tu ada lelehan keluar. Doktor cakap kena sembuhkan jangkitan dulu baru gegendang akan cantum semula. Terus rasa lega sikit. Masih ada harapan untuk sembuh. Tapi sayangnya, doktor bagi ubat minum antibiotik lagi. Untuk sebulan kena minum..SEBULAN taw..lama tu..

Sampai rumah, Athirah macam biasa taknak makan ubat. So macam biasa saya campur dalam susu dia. Tapi kali ni dia minum elok je. Dia tak tahu dalam tu ada ubat. Puas saya fikir, macam mana nak kasi 2 kali sehari. Kalau ikutkan kena bagi setiap 12jam. Tapi disebabkan keculasan Athirah untuk makan ubat saya decide untuk bagi jam 10 malam dan 6 pagi..takpela..halal jela tak cukup lagi 4jam tu. Janji minum..Kali ni saya nekad untuk terus bagi Nutriferon selama sebulan. Sampai Athirah betul2 sembuh.

okla..nanti bila dah cukup sebulan saya update lagi ye..boleh bagi testimoni sendiri untuk Nutriferon.

Klik Untuk Order: Set Anak Sihat

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis