Saturday, March 28, 2015

Tips Melatih Bayi Menyusu Botol


Assalamualaikum & Selamat Pagi ibu2 hebat..

Dah lame tak bersiaran di alam maya nie..Desktop kat rumah rosak dikerjakan anak2 syurga kitorang..terlebih lasak, padahal anak dara..tu yg ambik mase nak update blog. Kena tunggu hujung minggu baru boleh pinjam laptop suami.

Berbaki lagi 4 hari sebelum masuk kerja. Dah mula rasa sedih sebab terpaksa hantar ke nursery. Dah 3 minggu jugak bottle training. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk introduce botol kat Alya tapi akhirnya dia boleh minum susu EBM guna botol. Macam2 puting yang dicube. Alya paling suka puting pada botol breastpump spectra M1. Tapi tula kan, mase beli set pam diorang hanya bekalkan 2 botol dan 2 puting. Takkan nak bergantung pada puting tu je. Kemudian kitorang  ambil keputusan untuk beli puting yang lebih kurang sama dengan Spectra M1. Puting tu lembut sangat. Macam puting ibu. Bila pergi kedai barangan bayi, yang paling hampir adalah Puting Comotomo. tapi harga mak aih RM70 1 set botol dan puting. Untuk jangka panjang macam sesak jugak la..tapi saya beli jugak sebab rasa Alya nie memilih sangat. Salah saya jugak lambat perkenalkan botol kat dia kan..


Alya memang minum elok je dengan botol Comotomo ni. Tapi bila fikirkan kos untuk satu botol tu membuatkan saya tawar hati untuk teruskan. Lepas tu saya godek2 tupperware bekas isi variasi puting yang dah beli awal2 dulu tapi di "reject' oleh Alya. Bile tengok2, puting Pegion Peristaltic nie lebih kurang same dengan Comotomo jugak. Puting die pun lembut dan fleksibel. Jadi, saya cuba bagi Alya susu guna botol Pegion tu..Alhamdulillah, laju je die minum. Dulu mase awal2 beli botol tu die 'reject' jugak..selamat duit ummi:)) Yang nie kalau tak silap Rm17 set botol dan puting. Kire okla kan kalau nak dibandingkan dengan Comotomo.

Okeh, done pasal bottle training. Nie bahagian yang agak mencabar jugak. Nak perkenalkan frozen EBM kat Alya. Of course la dia "reject" pada awalnya kan. risau jugak. Camne nak habiskan stok yang dah penuh dalam chest freezer tu. Membazir kalau dia tak minum. Walaupun pada mulanya Alya menolak, berkat kesabaran saya terus-terusan bagi susu beku yang dah cair tu, akhirnye dia minum jugak. Saya mulakan dengan bagi dia minum 'thawed frozen EBM' masa waktu dia bangun tidur, mase tengah mamai lagi. Kalau tengah mamai elok je dia minum. Hari pertama, saya bagi untuk sekali minum je,yang lain semua fresh EBM..selang beberapa hari  bagi untuk 2 kali minum. Sekarang dia dah tak "reject" dah..Alhamdulillah..dipermudahkan urusan oleh-NYA. Kalau tak, kecewa jugak sebab stok frozen EBM dah banyak dah.

Secara ringkasnya, ada beberapa tips yang boleh anda cuba semasa melatih bayi menyusu botol:

1) Susu EBM: Mulakan memberi fresh EBM/chilled EBM kerana biasanya bayi akan menolak jika dimulakan dengan frozen EBM kerana rasanya sedikit berlainan daripada susu ibu. Setelah anak mula menerima chuilled EBM, bolehlah mula memberi frozen EBM pula.

2) Bantuan orang ke 3: Digalakkan untuk meminta bantuan orang ke 3 contohnya si ayah atau pengasuh untuk memperkenalkan botol kepada bayi anda. Logiknya, bayi akan sukar menerima botol jika dia merasa payudara ibunya berdekatan.

3) Pelbagaikan posisi penyusuan: Cuba posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi.

4) Uji kemahuan bayi: Bagi susu botol kepada bayi ketika di betul2 lapar. Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi. Jika bayi tiada respons atau menolak, maksudnya si bayi belum lapar.

5) Susu pada malam hari: Cuba susukan pada waktu malam ketika bayi lebih relaks. Bayi akan akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.

6) Peluk dan tenangkan bayi: cuba bercakap-cakap dengan bayi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Ia akan membuatkan bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya daripada payudara ibu.

7) Gunakan puting yang bersesuaian: Sebolehnya pilihlah puting yang menyerupai puting payudara ibu supaya bayi tidak keliru. Pastikan saiz lubang puting untuk newborn atau slow flow.

8) Mulakan seawal 2-3 minggu sebelum bekerja: Ini adalah masa terbaik untuk melatih bayi. 

9) Jangan putus asa: jangan sesekali mengalah dan lembut hati bila melihat anak menangis. Cekalkan hati semasa sesi 'bottle training'. Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan botol. Lama-kelamaan pasti bayi anda dapat menerima botol.

Credit to www.mothersfirstchoice.com

Semoga Membantu..jangan stress2 ye ibu2..teruskan berusaha :))

Monday, March 23, 2015

Panduan Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya: Senarai Semak Untuk Ibu Bekerja


Sebagai pemula bicara, ikuti dulu perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..

Senarai Semak Untuk Ibu Bekerjaya:


1) Stok susu ibu:  Sediakan seberapa banyak stok susu ibu yang mampu seawal sebulan selepas kelahiran.


2) Pengasuh/ penjaga bayi: Ajar pengasuh/penjaga bayi anda cara-cara mengendalikan susu ibu perahan (simpan, cairkan dan cara berikan susu pada bayi menggunakan susu atau cawan).


3) Bayi: Ajar bayi anda minum susu perahan (selepas bayi berumur 1 bulan) menggunakan sudu atau cawan dan secara intensif 2 minggu sebelum anda mula bekerja di rumah pengasuh/penjaga bayi.


4) Pakaian yang selesa untuk penyusuan: Pilih baju yang mudah untuk memerah susu dan menyusukan bayi dan pakai coli penyusuan.


5) Peralatan: Sediakan pelapik coli, pek ais "ice pack", bekas menyimpan susu/botol berpenutup, bekas penyejuk "cooler bag" dan pam jika perlu [marmet (perah dengan tangan) pun boleh].


6) Penyediaan susu ibu: Pastikan anda mempunyai simpanan susu yang mencukupi di dalam peti sejuk untuk diserahkan kepada pengasuh yang akan menyusukan bayi anda. Letakkan susu beku di bahagian sejuk dingin pada malam hari (12-16oz) untuk diserahkan kepada pengasuh pada keesokkan harinya. Gunakan susu yang paling awal diperah.


7) Pasangkan jam loceng: Bangun lebih awal dari biasa agar anda mempunyai banyak masa untuk menyusukan bayi sebelum bertolak ke tempat kerja. (Susukan bayi disamping mengepam di sebelah lagi)


8) Waktu memerah susu: Pastikan anda memerah susu di tempat kerja sekerap yang mungkin mengikut waktu anda menyusukan bayi di rumah (sekurang-kurangnya 3 kali sehari). Jangan ponteng atau lewatkan masa memerah susu. Simpan susu yang telah diperah ke dalam bekas tertutup dan simpan dalam bekas penyejuk "cooler bag" atau di bahagian dingin peti sejuk di pejabat sekiranya ada.


9) Mengekalkan kualiti susu ibu perahan: Masukkan susu yang disimpan di rak sejuk dingin ke dalam "cooler bag" yang berisi "ice pack" untuk dihantar kepada pengasuh. Bawa susu perahan pulang daripda tempat kerja anda dalam keadaan sejuk. Masukkan ke dalam "cooler bag" yang berisi "ice pack".


10) Simpan susu yang diperah untuk kegunaan seterusnya: Simpan susu perahan yang dibawa pulang ke dalam bahagian dingin peti sejuk 1 atau 2 botol untuk kegunaan keesokkannya. Simpan selebihnya di bahagian beku peti sejuk untuk kegunaan akan datang. Susu perahan yang tidak digunakan di bahagian dingin peti sejuk lebih daripada 5 hari perlu di simpan di bahagian sejuk beku.

Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, March 22, 2015

Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya


Sebelum saya kongsikan tips kejayaan penyusuan susu ibu bekerjaya, ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..

Antara tips yang perlu ibu2 ikuti adalah seperti berikut:

1) Pastikan simpanan susu perahan mencukupi sebelum mula bekerja.
2) Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.
3) Rehat bila ada peluang.
4) Minum air sekurang-kurangnya 6-8gelas sehari.
5) Nasihatkan penjaga supaya tidak memberi susu perahan 1 jam sebelum anda datang mengambil bayi semila.
6) Susui bayi anda sejurus sampai dirumah.
7) Pada hari permulaan anda bekerja, memerlukan anda untuk memerah susu dengan lebih kerap lebih kurang 2 jam sekali.
8) Susu akan mengalir keluar dengan senang apabila anda tenang dan membayangkan bayi anda.
9) Cuba pastikan payudara diperah sekurang-kurangnya3 jam sekali. Ini dapat mengekalkan penghasilan susu dan mengurangkan risiko bengkak susu.
10) Seandainya susu tiba-tiba mengalir keluar daripada payudara anda:

i) tekan puting menggunakan tapak tangan selama 1 atau 2 minit. ini boleh dilakukan dengan menyilangkan kedua-dua belah tangan di payudara ATAU
ii) Pakai alas pelapik dalam coli untuk menyerap lelehan susu. (jangan lupa untuk menukar alas pelapik tersebut apabila ia terlalu basah)
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, March 21, 2015

Perlukah Hentikan Penyusuan Anak Ketika Hamil Semula?

Kemusykilan seorang ibu:

Salam..saya nak kepastian. Saya mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya berumur 6 bln. Sekarang saya disahkan hamil 5 minggu. Saya perasan bahawa susu badan makin berkurangan. Adakah saya boleh meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak saya? Jika boleh, apakah makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu saya?

PENYUSUAN SEMASA HAMIL

Semasa ibu hamil, badan akan mengalami perubahan hormon. Dimana hormon prolaktin iaitu hormon penghasilan susu akan berkurangan, utk memberi peluang kepada hormon wanita (estrogen dan progesteron) meningkat. Apabila hormon penghasilan susu menurun, susu ibu juga akan merudum, ini adalah sangat sangat normal.

Penyusuan susu ibu boleh diteruskan seperti biasa tetapi jika boleh elakkan pengambilan milk booster atau melakukan teknik untuk meningkatkan kuantiti susu. Sebab apabila ada rangsangan pada kadar tinggi pada payudara, ia boleh menyebabkan kontraksi pada rahim. Susukan anak secara direct feeding seperti biasa dan pam seperti biasa. Penurunan kuantiti susu adalah normal untuk ibu mengandung.

Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.

Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahim , namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormon oksitosin ketika menyusukan bayi bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahim mengecut.

Namun rahim hanya akan mengecut sepenuhnya disebabkan oleh hormon oksitosin selepas tempoh kehamilan 37 minggu. Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, sejarah kehamilan yang lepas perlu diambil kira. Jika pernah mengalami perkara di bawah, kurangkan / hentikan penyusuan semasa hamil:

1. pernah keguguran
2. pernah mengalami pendarahan semasa kehamilan lalu
3. pernah mengalami tumpah darah selepas bersalin
4. sedang hamil bayi kembar.
5. pernah melahirkan anak pra-matang

Ini kerana wanita ini mempunyai rahim yang sangat sensitif terhadap hormon oksitosin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormon itu dikeluarkan dan merangsang rahim untuk mengecut.

Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu, payudara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan.

Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolostrum agak berlainan, ramai anak-anak menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. Pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.


Nasihat Pemakanan Bagi Ibu Hamil Yang Masih Menyusu.

1. Wanita hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahim dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran.

2. Pemakanan harus kaya dengan zat besi, folik Asid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam kandungan dan penghasilan susu ibu.

3. Pastikan rehat yang cukup.

Sumber: http://drzubaidi.com/blog/perlukah-henti-penyusuan-anak-apabila-hamil-semula/


Apa yang Shaklee boleh bantu anda untuk memenuhi nasihat pemakanan di atas?



Set Ibu Hamil Shaklee terdiri daripada:

1) ESP: Sebagai sumber protein yang membekalkan tenaga berpanjangan. Penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan penghasilan susu ibu.
2) Vitalea with iron Formula: Multivitamin yang juga mengandungi Zat besi.
3) B Complex with folic acid: Penting untuk penghasilan tenaga dan mengurangkan stress.
4) Vita C SR: Untuk meningkatkan sistem imun.
5) Ostematrix: Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D. Penting untuk perkembangan tulang bayi dan penghasilan susu ibu.
6) Omegaguard: Untuk perkembangan mata dan otak bayi. (2nd & 3rd trimester)

Klik Untuk order : Set Ibu Hamil

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Thursday, March 19, 2015

Tips Banyakkan Susu Semasa Mengepam


Hari ini saya ingin berkongsi tips memperbanyakkan pengeluaran susu semasa mengepam.

SEBELUM MENGEPAM

1) Selesakan Diri & Bertenang
- Cuba selesakan diri anda. Gunakan bantal kecil untuk menyokong belakang anda.
- Anda juga mungkin boleh mandi sebelum mengepam.
- Cuba mengurut payudara anda dengan membuat bulatan-bulatan kecil di sekeliling payudara.
- Cuba untuk mengepam pada waktu yang sama pada setiap hari. 

PERLU TAHU:
* Relaks ---> Senang mendapat 'Refleks Oksitoksin' ataupun Let Down Reflects (LDR)
* LDR ---> Membantu mengosongkan payudara
* Payudara kosong ---> Otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu.

2. Makan sedikit kudap-kudapan (snek) dan minum segelas air
- Sebelum mengepam, cubalah untuk meminum segelas air suam. 
- Ataupun cuba untuk memakan sedikit makanan ringan (yang berkhasiat semestinya seperti kurma, sebiji epal ataupun kekacang) supaya anda lebih bertenaga dan mendapat mood gembira.

SEMASA MENGEPAM

Seandainya anda menggunakan pam elektrik/bateri, pastikan anda menggunakan level suction yang bersesuaian. Mulakan dengan level suction yang rendah dan tingkatkan perlahan-lahan sehingga anda berasa selesa dengan suction pam anda. 

Ingat! Suction yang kuat tidak semestinya anda akan mendapat hasil susu yang banyak (bayangkan cara hisapan bayi anda - lembut tapi masih mendapat susu yang banyak). Suction yang tinggi selalunya akan menyebabkan anda berasa sakit dan luka pada puting payudara. Apabila anda berasa sakit,LDR mungkin akan tidak berlaku. Dan payudara anda tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Apabila tidak dapat dikosongkan sepenuhnya, maka penghasilan susu akan berkurangan.

Sewaktu mengepam, pastikan puting payudara anda berada betul-betul di tengah corong. Sepatutnya apabila anda mengepam puting anda 'bebas bergerak' di dalam corong. Sekiranya puting anda menyentuk sisi corong anda, maka anda harus membeli corong yang lebih besar. 

Sekali lagi, sila bertenang. Tarik nafas dan lihatlah gambar bayi anda. Bayangkan si manja anda sedang menyusu pada payudara anda. Kalau boleh, rakam suara bayi anda. Ini akan membantu anda untuk mendapat LDR dengan lebih cepat.

Pastikan anda mengepam sehingga payudara benar-benar kosong. 

CARA MENINGKATKAN BEKALAN SUSU ANDA

* Power Pumping
- Caranya dengan mengepam payudara anda berterusan selama sejam. 10 minit pam - 10 minit rehat - 10 minit pam dan berterusan selama sejam.

* Memakan milk booster
- Setiap individu mempunyai milk booster yang berlainan.
- Antaranya; herba, keju, coklat, kurma, jantung pisang, lobak putih dan sebagainya.
- Anda boleh mencuba dan terus mencuba.

* Memakan suplemen tambahan
- Ingat, seorang ibu yang mengepam haruslah mengekalkan kesihatan yang optimum. Seandainya anda seorang yang benar-benar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berzat, anda mungkin mampu kekal sihat. Tapi bagi anda yang terlalu sibuk - uruskan keluarga, kerga dan sebagainya, kekurangan keperluan vitamin perlu ditampung. Jadi, ya, jangan abaikan kesihatan diri anda. Kerana anda adalah sumber makanan bagi bayi anda (terutamanya 6 bulan kehidupannya yang pertama). Tidak salah anda mendapatkan suplemen untuk diri anda sendiri (dan boleh juga disalurkan pada bayi anda melalui susu ibu). Pastikan suplemen anda adalah yang benar-benar natural dan bukan sintetik.
PERKARA YANG MENGGANGGU PENGHASILAN SUSU
* Elakkan diri menjadi sangat penat dan letih.
* Jangan terlalu stress - akan mengakibatkan susu berkurangan.
* Ambillah vitamin semasa anda sedang haid - haid boleh menyebabkan penghasilan susu berkurangan.
* Pastikan anda benar-benar mengosongkan payudara semasa mengepam.
* Jangan merokok, minum arak dan mengambil dadah.

Sumber: Mothers First Choice



Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..


Klik Untuk Order : Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, March 18, 2015

Cara Untuk Mengurangkan asid Urik Dalam Badan

Petang semalam dapat whatsapp daripada kawan baik saya. Kawan saya nie ada masalah ekzema. Alhamdulillah kulitnya dulunya selalu berair, sekarang beransur kering.

Rahsianya???
Klik Untuk Order: Vivix

Vivix. 

Dia makan vivix pun sebab dipakse oleh mak die. Sebotol Vivix berkongsi 3 orang sekali dengan mak dan ayah.

Apa yang membuatkan saya lebih teruja adalah bila kawan saya cakap ayahnya yang mempunyai masalah gout telah berikhtiar dengan Vivix..sebelum nie macam2 ubat yang dah dicube, tapi asid urik taknak turun2 jugak..

Tapi Alhamdulillah setelah 3 minggu konsisten minum Vivix,..asid urik turun 600 kepada 400 (normal < 420 umol/L).

Sebagai rujukan:

Paras asid Urik.

<350umol/L: Bagus.
Pembentukan kristal asid urik akan dihentikan dan akan melarutkan kristal yang sudah terbentuk.

350–400umol/L: Berjaga2.
Perhatikan kebas2,  rasa mencucuk2, kulit kemerahan, gatal2, kulit menggelupas dan tanda gout.


>400umol/L: Teruk. 
Berisiko untuk pembentukan asid urik kristal. Semakin tinggi paras asid urik, makin tinggi risiko.




Yang lebih buat saya teruja bila dia cakap ayah dia juga pengidap Chronic Kidney Disease (CKD) peringkat akhir yang sepatutnya kena melalui proses dialisis, kini telah turun ke tahap 4 CKD...Alhamdulillah..

Sedikit maklumat tentang CKD.

Penyakit Ginjal Kronik Dan Kegagalan Ginjal (Chronic Kidney Disease & Renal Failure).

Mengapakah buah pinggang (ginjal) sangat penting ?

Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting. Fungsi-fungsi ginjal ialah :

1) Membuang bahan kumoh seperti urea dan toxin dari badan.
2) Membuang cecair yang berlebihan dari badan.
3) Mengawal tekanan darah.
4) Mengawal asid dalam darah.
5) Mengawal mineral di dalam darah.
6) Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.

Kekerapan penyakit kegagalan ginjal?

Di Malaysia dianggarkan 2300 pesakit baru dikesan mengidap kegagalan ginjal setiap tahun. Sehingga 31 Disember 2004 pesakit yang mendapat rawatan dialysis berjumlah 11544 orang. 70% mendapat rawatan di pusat rawatan hemodialisis manakala 30% lagi mendapat samada rawatan CAPD atau rawatan hemodialisis di rumah.

Kegagalan ginjal terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan:- Tahap 1 hingga tahap V

Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsi ginjal berada di tahap ke V

Apakah punca-punca utama kegagalan ginjal di Malaysia?

1) Kencing manis (Diabetes mellitus) 54%
2) Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)
3) Penyakit batu karang
4) Hypertensi (tekanan darah tinggi)
5) Lain-lain punca seperti ADPKD, toxins.

Siapakah yang berisiko tinggi mendapat penyakit ginjal? Apakah faktor-faktor risiko?

1) Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi
2) Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal
3) Jika kencing anda mengandungi darah dan protien
4) Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi
5) Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti - Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
6) Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba
7) Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga
8) Jika anda pengidap sakit jantung

Apakah ujian-ujian yang perlu dijalankan untuk mengesan penyakit ginjal kronik?

Ianya berbeza di antara satu individu dengan individu lain tertakluk kepada punca atau sebab.

Ujian yang perlu termasuklah:

Ujian air kencing
mengesan kehadiran protein
mengesan darah
mengesan kandungan bakteria
Ujian darah
Mengesan tahap kerosakan ginjal
Mengesan penyebab kegagalan ginjal seperti diabetes, SLE
Mengesan komplikasi penyakit ginjal seperti kekurangan darah, penyakit tulang dan lain-lain
Anda mungkin dikehendaki menjalani ujian Ultrabunyi ginjal

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengidap penyakit ginjal peringkat akhir (ESRD)?


Anda memerlukan rawatan gantian fungsi ginjal oleh itu anda perlu berjumpa dengan pakar nefrologi.

Ini dapat dicapai melalui salah satu dari kaedah rawatan berikut:

Rawatan Dialysis
Hemodialysis (menggunakan saluran darah)
Peritoneal dialysis (menggunakan peritonium)
Pemindahan ginjal
Cadaver donated
Living-relative donated

Pakar Nefrologi yang merawat anda akan berbincang tentang semua pilihan rawatan untuk anda pilih. Walau bagaimana pun ia bergantung kekosongan dan juga kesesuaian kepada masaalah kesihatan anda.

Bilakah masanya saya perlu memulakan rawatan dialysis?

Rawatan dialysis diperlukan apabila:

1) Tanda-tanda keracunan darah seperti loya, muntah, hilang selera makan, sawan.
2) Ujian darah "renal profile" menunjukan paras creatinine, urea dan potassium yang tinggi.
3) Peningkatan pengumpulan air dalam badan, malnutrition atau kadar hemoglobin rendah (anaemia)
4) Kadar penurasan glomerular (GFR) kurang dari 10- 15mls/min

Bagaimana saya boleh mencegah kegagalan ginjal?

Perkembangan kegagalan ginjal peringkat akhir dapat dilewatkan dengan cara pengesanan awal, pengawalan tekanan darah tinggi yang ketat, mengawal paras gula dan mengawal kandungan protein dalam air kencing.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ginjal digalakkan membuat saringan ujian air kencing dan ujian darah.

Mereka yang berisiko tinggi ialah:

1) Pengidap kencing manis (Diabetes mellitus)
2) Darah tinggi (Hypertension)
3) Penyakit ginjal batu karang (renal stones)
4) Sejarah penyakit ginjal dalam keluarga
5) Pesakit yang mempunyai satu ginjal sahaja yang berfungsi
6) Mengamalkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan

Sumber :http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/penyakit/nefrologi

Baca lanjut tentang Vivix

Nak cuba???

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe



Monday, March 16, 2015

Cara Elak Susu 'drop' Di Bulan Puasa

Bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi..Ibu2 dah bersedia untuk menjalani ibadah puasa semasa menyusukan???

Walaupun Islam memberi keringan kepada ibu2 menyusu untuk tidak berpuasa di Bulan Ramadhan, saya pasti ramai yang tak mahu lepaskan peluang untuk meraih pahala berlipat kali ganda di bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan Allah ini.

Disini saya kongsikan tips / cara elak susu 'drop' di bulan puasa:

1. Minum banyak air: Minum air 3liter antara waktu berbuka sehingga imsak.
2. Makan makanan yang seimbang ketika berbuka dan bersahur. Sahur adalah amat penting. Pastikan hidangan lengkap dengan karbohidrat, protein, serat dan mineral.
3. Niat dan sentiasa positif: Niatkan menyusukan anak kerana Allah. Fikirkan bahawa susu sentiasa cukup untuk anak. Elakkan stress dan susukan anak dengan tenang dan berzikir.
4. Jadual mengepam yang tetap: Mesti konsisten mengepam agar pengeluaran susu sentiasa ada. Lagi kerap payudara dikosongkan, lagi banyak susu dihasilkan (demand & supply).
5. Ambil Supplemen: Ambil supplemen untuk melengkapkan nutrisi harian dan membantu untuk membanyakkan susu badan.

Klik Untuk Order: Mighty 3 Gem

Saya mempunyai pengalaman sendiri menyusukan anak ketika berpuasa. Minggu pertama puasa, saya masih dalam tempoh cuti bersalin..masa tu anak ke 2..Saya baru je kenal Shaklee mase nie..supplemen yang saya ambil ESP dan Alfalfa sahaja..

Bila tibe bulan puasa, rase teruk sangat..tengahari dah tak larat..lembik je...Lepas tu, upline Shaklee saya mesej tanya khabar..jadi saya mengadu la tak larat sangat berpuasa sambil menyusu..dia cadangkan untuk ambil set mighty 3 gem nie...ESP, Mealshakes dan performance drink.


Alhamdulillah..memang ketara sangat bila ambil set mighty 3 gem nie...saya ambil selepas sahur..Walaupun menyusukan anak secara terus (direct feeding), saya masih kekal bertenaga sampai ke petang...Alhamdulillah:)).


ESP- Protein soya yang membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang lebih lama. Mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana tenaga dibebaskan perlahan-lahan didalam badan.


Meal Shakes- Minumam multivitamin dna multimineral untuk melengkapkan nutrisi harian.


Performance Drinks- Minuman isotonik yang kaya dengan elektrolit yang mengekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi semasa menyusu di bulan puasa.


Ikuti juga perkongsian daripada Puan Farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja...Mane tahu kot2 ibu2 boleh jadikan panduan untuk simpan stok EBM untuk bulan puasa nanti.



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, March 7, 2015

Tips Atasi Susu Merundum Ketika Haid

Salah satu masalah ibu menyusu yang biasa kita dengar adalah masalah susu merundum ketika datang haid. Boleh dikatakan kebanyakan ibu menyusu akan mengalami masalah ini. Walau bagaimanapun,  ada segelintir ibu2 tidak terjejas langsung penghasilan susu badannya ketika waktu haid. Ini kerana respons setiap individu pada perubahan hormon adalah berbeza-beza.

Kenapa ia berlaku?

Sesetengah wanita akan mengalami penurunan dalam penghasilan susu badan bermula waktu subur (ovulasi) sehingga beberapa hari selepas haid. Ini kerana paras kalsium dalam darah akan menurun dalam tempoh tersebut. Ini akan menyebabkan penurunan dalam penghasilan susu. Kalsium merupakan elemen penting dalam susu ibu selain daripada protein dan lemak.

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, pengambilan supplement kalsium/magnesium mungkin membantu. Ia juga membantu mengurangkan simptom pra-haid seperti senggugut.

Disarankan untuk mengambil supplement kalsium/magnesium bermula waktu subur dan beberapa hari selepas haid atau lagi mudah untuk mengambil supplement kalsium/magnesium setiap hari bagi ibu menyusu.

Sumber ; http://kellymom.com/bf/can-i-breastfeed/herbs/natural-treatments/#calcium

Tips atasi susu merundum ketika haid:

1) Sentiasa berfikiran positif. Jangan bandingkan penghasilan susumasa haid dengan masa tidak haid. Perubahan hormon akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. InsyaAllah, bila dah habis haid, susu akan kembali normal.

2) Elakkan stress dan tekanan. Kalau stress lagi la kurang hormon proklaktin dihasilkan, makin sikit susu dihasilkan. Jadi, jangan stress2 ye :)

3) Pam macam biasa walaupun susu yang dipan dapat sikit je. Tambahkan kekerapan mengepam dan tempoh mengepam. kalau biasa pam 3 kali sehari, up kan lagi jadi 6 kali sehari. kalau pam satu sesi 15 minit, up kan jadi 30 minit ke..

4) Power pumping setiap malam. Kena buat konsisten baru nampak kesannya..kalau sekali buat pastu nk trs nampak kesannye kompem la tak kan..Klik untuk baca lanjut
5) Minum banyak air masak.
6) Ambil supplement atau milkbooster yang boleh rangsang penghasilan susu ibu seperti ESP dan Alfalfa. Klik untuk baca lanjut

Klik Untuk order: Triple Milkbooster

Semoga membantu ibu2:)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

AddThis