Showing posts with label Set ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label Set ibu hamil. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Perlukah Hentikan Penyusuan Anak Ketika Hamil Semula?

Kemusykilan seorang ibu:

Salam..saya nak kepastian. Saya mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya berumur 6 bln. Sekarang saya disahkan hamil 5 minggu. Saya perasan bahawa susu badan makin berkurangan. Adakah saya boleh meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak saya? Jika boleh, apakah makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu saya?

PENYUSUAN SEMASA HAMIL

Semasa ibu hamil, badan akan mengalami perubahan hormon. Dimana hormon prolaktin iaitu hormon penghasilan susu akan berkurangan, utk memberi peluang kepada hormon wanita (estrogen dan progesteron) meningkat. Apabila hormon penghasilan susu menurun, susu ibu juga akan merudum, ini adalah sangat sangat normal.

Penyusuan susu ibu boleh diteruskan seperti biasa tetapi jika boleh elakkan pengambilan milk booster atau melakukan teknik untuk meningkatkan kuantiti susu. Sebab apabila ada rangsangan pada kadar tinggi pada payudara, ia boleh menyebabkan kontraksi pada rahim. Susukan anak secara direct feeding seperti biasa dan pam seperti biasa. Penurunan kuantiti susu adalah normal untuk ibu mengandung.

Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.

Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahim , namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormon oksitosin ketika menyusukan bayi bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahim mengecut.

Namun rahim hanya akan mengecut sepenuhnya disebabkan oleh hormon oksitosin selepas tempoh kehamilan 37 minggu. Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, sejarah kehamilan yang lepas perlu diambil kira. Jika pernah mengalami perkara di bawah, kurangkan / hentikan penyusuan semasa hamil:

1. pernah keguguran
2. pernah mengalami pendarahan semasa kehamilan lalu
3. pernah mengalami tumpah darah selepas bersalin
4. sedang hamil bayi kembar.
5. pernah melahirkan anak pra-matang

Ini kerana wanita ini mempunyai rahim yang sangat sensitif terhadap hormon oksitosin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormon itu dikeluarkan dan merangsang rahim untuk mengecut.

Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu, payudara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan.

Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolostrum agak berlainan, ramai anak-anak menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. Pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.


Nasihat Pemakanan Bagi Ibu Hamil Yang Masih Menyusu.

1. Wanita hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahim dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran.

2. Pemakanan harus kaya dengan zat besi, folik Asid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam kandungan dan penghasilan susu ibu.

3. Pastikan rehat yang cukup.

Sumber: http://drzubaidi.com/blog/perlukah-henti-penyusuan-anak-apabila-hamil-semula/


Apa yang Shaklee boleh bantu anda untuk memenuhi nasihat pemakanan di atas?



Set Ibu Hamil Shaklee terdiri daripada:

1) ESP: Sebagai sumber protein yang membekalkan tenaga berpanjangan. Penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan penghasilan susu ibu.
2) Vitalea with iron Formula: Multivitamin yang juga mengandungi Zat besi.
3) B Complex with folic acid: Penting untuk penghasilan tenaga dan mengurangkan stress.
4) Vita C SR: Untuk meningkatkan sistem imun.
5) Ostematrix: Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D. Penting untuk perkembangan tulang bayi dan penghasilan susu ibu.
6) Omegaguard: Untuk perkembangan mata dan otak bayi. (2nd & 3rd trimester)

Klik Untuk order : Set Ibu Hamil

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Monday, February 23, 2015

Supplemen Untuk Ibu Hamil.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrient tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan supplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrient yang diperlukan bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Pengambilan vitamin dan supplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pra-matang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin yang penting untuk ibu hamil?


1. Merupakan supplement paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan.
2. Ia boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural) atau spina bifida.


3. Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil.
4. Dos 400mcg setiap hari sekurang-kurangnya sehingga 12 minggu pertama kehamilan.
5. Sumber makanan: sayuran hijau dan kekacang.



1. Ibu hamil perlu mengambil zat besi jika kandungan zat besi dalam darah rendah.
2. Risiko kelahiran pra-matang dapat dikurangkan.
3. Pengumpulan zat besi adalah penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan.
4. Dos melebihi 30mg boleh mengganggu saluran pencernaan seperti sembelit.
5. Sumber makanan: daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium. (Ostematrix)

1. Penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi terutamanya pada trimester ke3.
2. Juga penting untuk mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.
3. Kekurangan  kalsium akan menyebabkan berlakunya kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu sendiri.
4. Kekurangan kalsium yang serius boleh meningkatkan risiko ibu untuk mendapat pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
5. Dos yang disyorkan: 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
6. Sumber makanan: Susu, keju, yogurt, brokoli, badam, tauhu, kacang soya.

Asid Lemak perlu (omegaguard)

1. Asid lemak omega 3 DHA dan EPA penting untuk perkembangan otak dan saraf bayi.
2. Sumber makanan: ikan (jangan makan terlalu banyak kerana bimbang kandungan merkuri yang tinggi.

Vitamin D (Ostematrix)

1. Membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalakn tahap kalsium dan fosforus dalam badan.
2. Dos yang dicadangkan : 200iu setiap hari.
3. Sumber makanan: ikan sardin, mackerel, ikan salmon, telur dan daging,

Tips Pengambilan vitamin dan supplement:

1. Pastikan dos dan kandungan sesuai dengan keperluan ibu hamil.
2. Bagi mengelakkan loya, cuba ambil supplement pada waktu malam sebelum tidur. Dinasihatkan untuk mengambil supplement selepas makan bagi mengurangkan iritasi semasa perut kosong.
3. Multivitamin untuk kehamilan seharusnya mengandungi asid folik, zat besi, vitamin d dan kalsium. Boleh juga mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B 12, potassium, zink dan vitamin E.
4. Pastikan multivitamin kehamilan tidak mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada sumber haiwan kerana kuantiti yang banyak boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Monday, September 22, 2014

Kejang Kaki, Sembelit Tiada lagi dengan Ostematrix



Sejak dari mula mengandung sampai sekarang  dah masuk 29 minggu Ostematrix memang dah jadi supplement wajib saya sebelum tidur...

Kalau anak pertama dan ke2 dulu selalu sangat kejang kaki masa tengah tidur..pastu mula la menjerit2 mintak tolong suami urutkan kaki..sakit giler kot...mmg mimpi ngeri bagi ibu hamil la...

Tapi untuk kandungan ke3 ni Alhamdulillah..tak pernah pun kejang kaki..mungkin sebab cukup kalsium . Kalsium terlibat dalam kontraktiliti otot..secara tak langsung mengelakkan kejang otot dan menyebabkan otot relaks je masa tidur...tu yang tidur lebih lena tu:)

Klik untuk bacaan lanjut : Kejang otot ketika hamil

Magnesium pulak membantu untuk mengurangkan sembelit..saya ni mmg jenis sembelit sejak belajar kat U lagi..tapi sekarang masa mengandung pun tiap2 ari membuang je:).

Klik untuk bacaan lanjut: Rawat Sembelit Dengan Ostematrix

Klik untuk order: Ostematrix


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, September 6, 2014

Omegaguard Dan Kelahiran Pra-matang


Pengambilan Omegaguard amat digalakkan untuk ibu hamil pada trimester ke 3.
Ia adalah penting untuk perkembangan otak bayi dan mengelakkan kelahiran pra-matang.

(Lepas ni saya kena konsisten ambil omegaguard la..doktor cakap kemungkinan untuk kelahiran pra-matang tu ade..asyik contraction je ni..nak bernafas pun susah..)

Jom tengok apa itu Kelahiran Pra-Matang :

Kelahiran pramatang juga dikenali sebagai Preterm Labor. Ianya berlaku apabila tubuh anda telah mula bersedia untuk proses kelahiran walaupun anda masih di awal kehamilan. Bersalin adalah terlalu awal jika ia bermula lebih awal dari tiga minggu sebelum tarikh bersalin anda. Tetapi berita baiknya adalah doktor anda boleh membantu melambatkan atau menangguhkan kelahiran. Lebih lama bayi berkembang di dalam kandungan anda sehingga menghampiri tarikh bersalin, semakin kurang risiko bayi tersebut mengalami masalah selepas kelahiran (posnatal problems). 

Siapa yang berisiko?

(1) Merokok atau orang terdekat merokok (second hand smoker)
(2) Mempunyai berat badan berlebihan atau terlalu kurus sebelum mengandung 
(3) Tidak mendapat penjagaan pranatal yang baik 
(4) Minum alkohol atau mengambil dadah terlarang semasa mengandung 
(5) Mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, praeklampsia, kencing manis, masalah pembekuan darah atau jangkitan 
(6) Hamil dengan bayi yang mempunyai kecacatan tertentu 
(7) Hamil dengan bayi dari persenyawaan in vitro 
(8 Hamil dengan kembar dua atau lebih
(9) Ada sejarah ahli keluarga melahirkan bayi pramatang 
(10) Hamil terlalu awal selepas melahirkan anak 

Simptom2:

Untuk menghentikan kelahiran pramatang, anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran atau simptom. Bertindak cepat boleh memberi perubahan yang besar. Maklumkan kepada bidan atau doktor anda dengan segera jika anda mempunyai:

(1) Sakit belakang, yang biasanya akan berlaku di bahagian belakang bawah abdomen. Ini mungkin berterusan atau boleh hilang, tetapi ia tidak akan berkurang walaupun anda menukar kedudukan atau melakukan sesuatu yang lain untuk keselesaan. 
(2) Contraction setiap 10 minit atau lebih kerap 
(3) Kekejangan di bahagian bawah abdomen atau seperti ketika datang haid. Anda mungkin merasa kembung perut dan mungkin diikuti dengan cirit-birit. 
(4) Keluar cecair dari vagina
(5) Gejala selesema seperti loya, muntah, atau cirit-birit.
(6) Peningkatan tekanan terhadap pelvis atau vagina 
(7) Peningkatan keputihan 
(8) Pendarahan faraj

Sesetengah simptom mungkin sukar untuk dibezakan daripada simptom-simptom biasa kehamilan contohnya seperti sakit belakang. Tetapi anda tidak boleh terlalu yakin, maklumkan kepada doktor anda untuk mendapatkan kepastian. 

Bagaimana Memeriksa Contraction

Memeriksa contraction adalah  cara yang paling tepat untuk mengesan kelahiran pramatang. Tetapi anda perlu mengetahui teknik yang betul memeriksa contraction. Jika tidak, anda tidak akan dapat membezakan contraction sebenar dan Braxton Hicks Contraction. 

Teknik yang betul adalah seperti berikut:

(1) Letakkan hujung jari anda pada perut anda. 
(2) Jika anda rasa rahim anda menecut dan mengendur, itu adalah contraction. 
(3) Catat contraction anda. Tulis masa contraction bermula dan tuliskan masa yang pada permulaan contraction seterusnya. 
(4) Cuba untuk menghentikan kontraksi dengan berbaring, tukar kedudukan, berehat, dan minum dua atau tiga gelas air. 
(5) Maklumkan kepada doktor anda jika anda terus mempunyai contraction setiap 10 minit atau lebih kerap. Juga sekiranya simptom anda menjadi lebih teruk atau kesakitan yang tidak hilang untuk masa yang agak lama. 

Perlu diingat bahawa contraction palsu yang tidak berbahaya dipanggil Braxton Hicks Contraction. Contraction ini biasanya tidak menentu, tidak kerap, tidak terlalu lama dan berhenti apabila anda bergerak atau berehat. Ianya tidak membantu proses kelahiran. Jika anda tidak pasti tentang contraction anda, dapatkan nasihat doktor. 

Apakah Risiko Kelahiran Pramatang?

Kira-kira satu dalam 10 bayi yang dilahirkan di Amerika Syarikat adalah bayi pramatang. Kebanyakan bayi pramatang berkembang dan membesar dengan baik dan mampu mengejar rakan-rakan mereka yang lahir selepas sembilan bulan (fullterm labor)

Tetapi bayi ini mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap masalah selepas kelahiran. Bayi pramatang berkembang lebih perlahan berbanding bayi yang dilahirkan fullterm. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap masalah kesihatan jangka panjang termasuk autisme, kurang keupayaan intelek, cerebral palsy, masalah paru-paru, penglihatan dan kehilangan pendengaran. 

Lebih awal bayi dilahirkan, semakin besar kemungkinan ia adalah untuk mempunyai masalah. Bayi yang lahir selepas 7 bulan biasanya memerlukan dijaga di Neonatal, Intensive care Unit (NICU) untuk satu jangkamasa singkat. Tetapi bayi yang lahir lebih awal dari itu menghadapi risiko lebih besar, mereka akan memerlukan penjagaan khusus di NICU.

* kalau boleh cegah baik cegah awal2 kan..usaha, tawakal dan doa..Selebihnya berserah pada Allah

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Tuesday, April 8, 2014

Ostematrix Shaklee Membantu Masalah Kekejangan Ketika Hamil

"Kejang", "Cramp", "Settok Karung", "Tarik Mengkarung", "Simpul Mengkarung", "Tarik Mengkarung" dan macam-macam lagi istilah atau bahasa pasar yang digunakan untuk merujuk kepada kekejangan otot atau "muscle cramp". Kebiasaannya, ibu-ibu hamil akan mengalami masalah kekejangan otot semasa kandungan trimester kedua dan ketiga pada waktu malam atau pun pagi. Ia dikatakan disebabkan oleh pengumpulan asid laktik di dalam otat.


Mengapa kejang kaki sering berlaku kepada ibu hamil?



Ia disebabkan:
  • Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam darah.
  • Tekanan rahim yang semakin membesar memberi kesan kepada salur darah pada saraf kaki.
  • Hormon kehamilan (progestron) juga memberi kesan kepada otot otot kaki.
  • Kehamilan yang sarat membuatkan otot menjadi letih seperti selepas bersukan dan bermain membuat asid laktik berkumpul di dalam otot.
  • Fosforus yang berlebihan yang lazimnya diperolehi daripada sumber daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas. 
Bagaimana mengatasi masalah kejang kaki ketika hamil sekiranya berlaku?
  • Lakukan senaman regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang perlahan-lahan sehingga kejang berkurang dan hilang.
  • Berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
  • Mandi air suam dan letakkan botol air panas di kawasan otot yang kejang


Tips untuk mengelakkan kejang kaki ketika hamil

  • Pakai stokin sokongan dan memilih kasut yang sesuai dan selesa
  • Melakukan senaman regangan otot sebelum tidur dan menjalankan senaman yoga
  • Minum air yang cukup
  • Alas kaki dengan bantal semasa tidur
  • Urut otot kaki sebelum tidur
  • Ambil kalsium dan magnesium tambahan sebelum tidur



Di shaklee, produk yang sesuai diambil oleh ibu hamil ialah Ostematrix. Ia adalah produk yang tinggi kalsium dan magnesium yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh membantu mengurangkan kekejangan otot ibu-ibu. Jom kita tengok kandungan ostematrix dan fungsinya:




Ostematrix ini terkandung di dalam set kehamilan shaklee. Set hamil shaklee ini terdiri daripada ostematrix, omega guard, ESP, vita-lea, vita-C dan B-complex. Jadi, untuk kesan yang optimum, saya sarankan anda mengambil set hamil ini seperti di bawah:



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor



+6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis