Tuesday, April 8, 2014

Ostematrix Shaklee Membantu Masalah Kekejangan Ketika Hamil

"Kejang", "Cramp", "Settok Karung", "Tarik Mengkarung", "Simpul Mengkarung", "Tarik Mengkarung" dan macam-macam lagi istilah atau bahasa pasar yang digunakan untuk merujuk kepada kekejangan otot atau "muscle cramp". Kebiasaannya, ibu-ibu hamil akan mengalami masalah kekejangan otot semasa kandungan trimester kedua dan ketiga pada waktu malam atau pun pagi. Ia dikatakan disebabkan oleh pengumpulan asid laktik di dalam otat.


Mengapa kejang kaki sering berlaku kepada ibu hamil?



Ia disebabkan:
  • Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam darah.
  • Tekanan rahim yang semakin membesar memberi kesan kepada salur darah pada saraf kaki.
  • Hormon kehamilan (progestron) juga memberi kesan kepada otot otot kaki.
  • Kehamilan yang sarat membuatkan otot menjadi letih seperti selepas bersukan dan bermain membuat asid laktik berkumpul di dalam otot.
  • Fosforus yang berlebihan yang lazimnya diperolehi daripada sumber daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas. 
Bagaimana mengatasi masalah kejang kaki ketika hamil sekiranya berlaku?
  • Lakukan senaman regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang perlahan-lahan sehingga kejang berkurang dan hilang.
  • Berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
  • Mandi air suam dan letakkan botol air panas di kawasan otot yang kejang


Tips untuk mengelakkan kejang kaki ketika hamil

  • Pakai stokin sokongan dan memilih kasut yang sesuai dan selesa
  • Melakukan senaman regangan otot sebelum tidur dan menjalankan senaman yoga
  • Minum air yang cukup
  • Alas kaki dengan bantal semasa tidur
  • Urut otot kaki sebelum tidur
  • Ambil kalsium dan magnesium tambahan sebelum tidur



Di shaklee, produk yang sesuai diambil oleh ibu hamil ialah Ostematrix. Ia adalah produk yang tinggi kalsium dan magnesium yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh membantu mengurangkan kekejangan otot ibu-ibu. Jom kita tengok kandungan ostematrix dan fungsinya:




Ostematrix ini terkandung di dalam set kehamilan shaklee. Set hamil shaklee ini terdiri daripada ostematrix, omega guard, ESP, vita-lea, vita-C dan B-complex. Jadi, untuk kesan yang optimum, saya sarankan anda mengambil set hamil ini seperti di bawah:



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor



+6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis