Friday, December 26, 2014

Derita Gout??

Tadi tengok iklan sejenis air yang bersifat alkali..Iklan tu cakap minuman beralkali nie bagus untuk meneutralkan asid dalam badan yang menjadi punca banyak penyakit.


Pastu terus teringat Alfalfa complex nie..Ia juga bersifat alkali yg boleh meneutralkan badan yg berasid dan menghilangkan toksin daripada badan.

Penyakit yang biasa dikaitkan secara langsung dengan keadaan berasid adalah gout, batu karang dan hiperuricemia (paras asid urik yang tinggi dalam darah). Ini merupakan penyakit yang biasa saya jumpa pada pesakit yang dirujuk kepada klinik pakar Urology Hospital Selayang. Kebiasaannya pesakit akan diberi alkalinizer sebagai rawatan utama. Yang paling biasa digunakan adalah Ural@U-lite. Ubat ini perlu dibancuh dengan air dan diminum 1-3 kali sehari. 

Ada pesakit mengadu kat kaunter farmasi, dia dah bertahun2 minum ubat nie tetapi masih tak menunjukkan tanda2 sakit gout akan hilang...huhu..kalau rase2 nak tukar selera boleh la cube Alfalfa complex nie..telan je..nak wat cam minuman herba pun boleh:)

Hari nie saya kongsikan dulu berkaitan Gout..InsyaAllah di lain kesempatan saya akan kongsikan fungsi alfalfa yang lain yang bertindak sebagai alkalinizer.

Maklumat lanjut berkaitan Gout:

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.

- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
- Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
·         Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
·         Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
·         Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
·         Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
·         Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
·         Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
·         Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi
·         Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
·         Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
·         Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o    Kegemukan
o    Darah tinggi
o    Hiperlipidemia
o    Diabetes

Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pencegahan
·         Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
·         Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
·         Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
·         Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
·         Minum banyak air
Sumber (http://www.myhealth.gov.my)

Klik Untuk Order: Alfalfa Complex

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Wednesday, December 10, 2014

Omega 3 Mampu Menurunkan Risiko Diabetes

Klik untuk order: Omegaguard

Berdasarkan jurnal yang saya jumpa, hasil kajian menunjukkan Omega 3 mampu menurunkan risiko Diabetes.

Shaklee OmegaGuard merupakan suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Jom kita baca lanjut bagaimana Omega 3 menurunkan risiko Diabetes..
Benefits of Omega-3 Fatty Acids from Fish in Type 2 Diabetes
By Joyce A. Nettleton, DSc, RD

Apa itu Diabetes?

Daibetes adalah penyakit yang melibatkan metabolisma karbohidrat yang dicirikan dengan paras gula dalam darah yang tinggi.

Terdapat dua jenis diabetes:

Diabetes Jenis I : Tiada Insulin (dikecualikan dalam perbincangan ini)
Daibetes Jenis II: Ada insulin tetapi ia tidak berfungsi dengan cara sepatutnya (jenis yang biasa)

Gejala biasa : kerap kencing, selalu dahaga dan hilang berat badan.


Paras gula dalam darah yang tinggi menunjukkan kerintangan insulin. Ini bermakna hormon insulin kurang efektif dalam membantu pengambilan gula ke dalam tisu badan. Akibatnya, paras gula dalam darah meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin dalam usaha untuk menurunkan paras gula dalam darah. Lama kelamaan, pankreas akan hilang keupayaannya untuk menghasilkan insulin. Ini akan menyebabkan kemerosotan tisu-tisu lain dan menyebabkan masalah peredaran, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kegagalan dalam kawalan pembekuan darah, retinopati dan masalah jantung. Rawatan dengan ubatan, diet, penurunan berat badan dan senaman boleh merencatkan rantaian kejadian ini.

Pencegahan Dan Rawatan Diabetes.

Intervensi gaya hidup termasuk turun berat badan, senaman yang tetap dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kurangkan berat badan adalah langkah paling utama kerana penurunan berat badan akan mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes, memperlahankan perkembangan diabetes dan memperbaiki kawalan glukosa. Selain itu, ia juga membantu menurunkan tekanan darah, memperbaiki paras lipid dalam darah dan mengurangkan risiko untuk mendapat aritmia jantung. Makin banyak berat badan yang hilang, makin baik.

Senaman yang tetap akan mengatasi banyak kesan mudarat yang terjadi akibat kerintangan insulin. Ia akan memperbaiki kawalan glukosan dan paras lipid dalam darah, meningkatkan peredaran darah dan fungi vaskular, meningkatkan kecergasan, menurunkan risiko penyakit jantung dan memudahkan penurunan berat badan. Disarankan untuk melakukan senaman tetap 150 minit seminggu, 30 monit setiap sesi.

Mengamalkan pemakanan yang sihat adalah langkah penting untuk mengawal diabetes. Saranan pemakanan moden mendapati bahawa jumlah karbohidrat adalah lebih penting berbanding jenis karbohidrat. Diet yang rendah karbohidrat lebih cenderung untuk tinggi lemak dan ini berkait dengan penambahan berat badan dan penyakit jantung. Kunci utama adalah pengambilan karbohidrat secara sederhana daripada sumber bijirin penuh, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini kebanyakkannya mempunyai indeks glisemik yang rendah.

1) Hadkan pengambilan lemak tepu yang mempunyai kaitan yang kuat dengan penyakit jantung. Contohnya mentega, kebanyakan keju, susu penuh, kebanyakan lemak haiwan,minyak kelapa dan kelapa sawit. Asid lemak trans juga menyumbang kepada penyakit jantung. Mengehadkan pengunaan lemak tepu dan lemak trans akan memperbaiki paras lipid dalam darah dan akan memperlahankan perkembangan diabetes.

2) Gunakan lemak mono-tak-tepu seperti minyak zaitun, canola dan minyak yang tinggi asid oleik.

3) Makan ikan yang kaya lemak 2 kali seminggu untuk menambahkan asid lemak sihat omega 3.

4) Makan banyak makanan kaya protein tanpa lemak seperti ayam, ikan dan kekacang kerana makanan ini tidak menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

Asid lemak Omega-3 biasanya dijumpai dalam ikan yang kaya lemak seperti ikan salmon, ikan kembung dan ikan sardin. Omega 3 daripada ikan adalah tinggi dengan asid lemak poli-tak tepu yang akan menurunkan trigliserida, mengurangkan ritma jantung yang tidak normal, menurunkan tekanan darah dan memperbaiki kawalan pembekuan darah. 

Dalam kajian yang melibatkan lebih 11000 orang yang mempunyai penyakit jantung, pengambilan 1gram minyak ikan mengurangkan kematian akibat kardiovaskular sebanyak 30% dn kematian mengejut sebnayak 45%. 1 gram minyak ikan bersamaan dengan 3auns hidangan salmon. Omega 3 juga meningkatkan keberkesanan statins yang merupakan ubat yang banyak digunakan untuk merendahkan paras LDL dalam darah.

Individu yang mempunyai diabetes yang mengambil diet yang kaya ikan secara tetap akan meningkatkan lagi kebaikan penurunan berat badan dalam memperbaiki kawalan glukosa dan tekanan darah.

Omega 3 daripada ikan juga diketahui akan menurunkan risiko pembentukan darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok (angin ahmar). Ia juga memperbaiki peredaran darah.

Menurut American Diabetes Association dan American Heart Association pengambilan ikan yang kaya lemak adalah cara yang selamat dan efektif untuk mendapat  jantung yang sihat kesan daripada omega 3. Pengambilan ikan kaya lemak secara tetap adalah alngkah penting untuk memperbaiki kesihatan dalam diabetes.


Ikuti pengalaman Pn Safiya Amaran tentang Omegaguard:



GDM (Gestational Diabetes Mellitus) Dan Ibu Hamil.

Saya mula kesan GDM masa 18 minggu lepas buat MGTT. Ujian minum air gula..
Yang paling ketara sekali masa tu kerap sangat hypo.. Gula memang turun dan naik dengan sangat ketara.. Bila lambat makan.. Cepat hypo.. Bacaan gula 3.. Pastu bila makan lebih sikit gula naik jadi 6-7+..Pening juga dibuatnya..Masa tu kebetulan Start mkn omega guard.. Tak fikir sbb GDM pun tapi utk perkembangan bayi..

Lepas beberapa minggu makan omega mmg perasan perbezaan ketara..
Satu..sangat kurang hypo... Bangun pagi tidak kelaparan.. Gula dlm 4-5 mcm tu..
Lepas makan pun gula tak naik tinggi.. Biasanya lepas makan pun range dia 5-6 gitu.. Makan secara sederhana.. Tidaklah sikit sangat..

Yang paling ketara rasa ialah.. Masa omega guard habis.. Masa tu duk bertangguh.. Malas nak beli cepat-cepat ..Tapi bila tak makan.. Omega.. Gula terus jadi hay wire semula..Kerap hypo.. Almost setiap pagi.. Cepat lapar..Pastu jadi nak makan banyak. Gula pun mula naik.. 7-8.Masa tu baru betul betul realize yg omega tu really helps in controlling appetite n also control the blood sugar.. So cepat-cepat beli n start mkn balik 3 biji sehari hingga lah bersalin..

Satu lagi yang ketara ialah.. Memang tak banyak Fat deposition during this pregnancy.. Perut nampak kecil.. Tapi bila scan baby size mmg good and follow as expected.. Baby lahir 3.2 kg alhamdulillah.. maknanya baby tidak obese sepertimana jika blood sugar not well controlled. Alhamdulillah.. Sebab tu yg jadi jatuh hati sgt dengan omega guard ni.. Sampai sekarang.. 

Kisah hamil dengan gdm Safiya Utk manfaat org lain 

Utk pengetahuan , saya Ambil Full set. ( nanti org ingat mkn omega je)




Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Tuesday, December 9, 2014

Rahsia Kulit Putih Berseri

Nak tahu rahsia kulit putih berseri???

Rahsianya telan VITAMIN C banyak2..tapi nak telan pun mestilah dengan ilmu. 

Kajian menunjukkan pengambilan VITAMIN C sebanyak 500mg sehari dapat mengekalkan kepekatan GLUTATHIONE dalam darah. Paras GLUTATHIONE yang rendah menyumbang kepada kerosakan sel-sel badan, sistem imun yang lemah dan penuaan. Sebab itulah penting untuk kita kekalkan GLUTATHIONE dalam badan.

Apa kaitan VITAMIN C, GLUTATHIONE DAN KULIT PUTIH BERSERI???

GLUTATHIONE sememangnya sinonim dengan kulit putih berseri..tapi kalau nak ambil GLUTATHIONE mestilah yang diambil melalui SUNTIKAN kerana pengambilan secara oral tidak diserap dengan baik oleh badan kita.

TAK TAKUT  KE NAK INJECT2 NIE???

Huhu..Baik ambil SR VITA C PLUS je..mempunyai sistem pelepasan berterusan selama 5 jam..setiap jam bersamaan 1.5 biji oren. 

Aritu ada pesakit tanya saya, 

Pesakit: GLUTATHIONE ada kesan sampingan tak?
Saya: hmm..ambil untuk putihkan kulit ke?
Pesakit: a ah..
Saya:hmm...saya tak berani nak cakap la..Glutathione mmg untuk putihkan kulit tapi kena tengok jugak campuran bahan lain dalam produk tu..

Bila pesakit tu cakap die "makan" Glutathione", dalam hati cakap, kenapa tak ambil suntikan glutathione je..baru nampak kesan..kalau ambil secara oral atau "makan", bioavailabiliti dia sikit sangat2 kerana penyerapannya di usus amat rendah..boleh dikatakan sia2 je makan, tapi tak serap dalam badan.

Tapi ramai ke yang berani ambil risiko untuk ambil suntikan Glutathione semata2 untuk putih kan kulit?

Saya??takutnyeee...

Kakak2, adik2...

Ada cara lebih selamat untuk tambahkan Glutathione dalam badan.

Mudah, senang dan murahhhhh jer...

Seperti yang saya cakap tadi, pengambilan Vitamin C 500mg sehari mengekalkan kepekatan Glutathione dalam darah.

Glutathione akan menghalang pembentukan melanin, dan menggalakkan pembentukan 'pheomelanin' yang membantu memutihkan kulit dengan memberi warna kuning atau merah jambu pada kulit.

Putih atau gelap kulit seseorang bergantung kepada jumlah eumelanin dan pheomelanin dalam badan. 

Makin banyak eumelanin terhasil dalam badan, semakin gelap warna kulit. Semakin banyak Pheomelanin dalam badan, semakin "putih" warna kulit.

Jadi, pengambilan vitamin C 500mg setiap hari boleh menghalang pembentukan eumelanin dan membantu penghasilan lebih banyak Pheomelanin.
Selain itu juga, vitamin C juga membantu dalam penghasilan kalogen dalam badan. Kolagen bukan sahaja perlu untuk kulit yang anjal, tenang dan awet muda, malah bagus untuk kesihatan rambut, kuku dan sendi.

Mungkin ramai yang cakap, Shaklee kolagen powder mahal sangat..Jadi, kalau nak jimat boleh makan Vitamin C SR secara konsisten setiap 5 jam 1 biji. Jimat dan  murah kan??

Jadi dengan mengambil Vitamin C SR, anda boleh dapat 3 kesan berikut:

ANTIOKSIDAN--> cegah kanser
GLUTATHIONE--> Kulit putih
KOLAGEN-->kulit anjal dan awet muda.

Alaa.. 

Baik ambil injection VITAMIN C je...lagi cepat kesannya..BETUL KE???

Untuk makluman, VITAMIN C nie larut air..badan kita hanya akan serap berdasarkan keperluan badan sahaja. Kalau kita ambil dos yang tinggi dalam 1 masa, lebihan dos akan disingkirkan daripada badan kita..kan membazir tu..tu yang pentingnya SUSTAINED RELEASE

Disarankan untuk ambil 1 biji SR Vita C PLUS 500mg sehari. tapi kalu nak kesan lagi cepat boleh ambil 4 biji sehari. Ada yang cakap boleh telan kesemua 4 biji sekaligus dalam satu2 masa. Tapi secara logiknya, kalau telan 4 biji sekaligus, dalam masa 1 jam jumlah dos yang dibebaskan adalah 400mg..setahu saya, badan memerlukan kurang daripada 100mg VITAMIN C dalam satu2 masa. Dos yang berlebihan akan disingkirkan dari badan. Mungkin orang lain ada penjelasan yang lebih baik berkaitan hal ini.

Tapi kalau tanya saya, saya syorkan untuk ambil 1 biji SR Vita C PLUS 500 mg setiap 6 jam. Ini adalah kerana, 1 biji SR Vita C PLUS memerlukan masa 5 jam untuk dibebaskan semua dalam badan kita. Apabila dos yang diambil telah diserap sepenuhnya baru la ambil dos yang seterusnya untuk mengelakkan perlepasan dos yang tinggi dalam satu2 masa.

Dah tahu rahsia kulit putih berseri dan kulit kekal anjal dan awet muda???

Pastikan pilih yang semulajadi, selamat dan berkesan.

SAYA PILIH SR VITA C PLUS..lebih nilai untuk wang anda.

Klik untuk order: SR Vita C PLUS



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Thursday, December 4, 2014

10 Petua Atasi Bengkak Susu

Bengkak susu merupakan masalah yang biasa dialami oleh ibu lepas bersalin. Ada yang memilih urutan tradisional untuk melegakan bengkak susu. Ada juga yang lebih suka memilih perubatan moden seperti mengambil supplement untuk mengatasi bengkak susu. Pilihan ditangan masing2.

Sumber 1: Mastitis--Plugged Ducts and Breast Infections. Bonnie, T.P. & Pennsylvania. USA. LEAVEN, Vol. 29 No. 2, March-April 1993, pp. 19-21, 26.

Hasil kajian menunjukkan wanita yang mengalami masalah saluran susu tersumbat (bengkak susu) yang kronik perlu mengubah cara pemakanan mereka. Sebilangan wanita yang mengurangkan pengambilan atau tidak mengambil langsung lemak tepu dalam diet harian mereka kurang mengalami saluran susu tersumbat. Pengkaji mengcadangkan penambahan 1 sudu besar lecithin sehari dalam diet harian mereka untuk membantu wanita mengurangkan masalah saluran susu tersumbat. 

Sumber 2: BREAST FEEDING MANAGEMENT FOR TERM AND PRETERM INFANTS. PERINATAL SERVICE LINE. NEONATAL DEPARTMENT. KAISER PERMANENTE – VALLEJO. Effective Date: 8/98. Revision Date: 8/04, 11/05 

SOP ini menerangkan apa yang perlu dilakukan jika berlaku bengkak susu. Salah satunya adalah  (Klik untuk bacaan lanjut):

Untuk saluran susu tersumbat yang kronik: 

Boleh amalkan pengambilan Lecithin 1 sudu besar sehari atau seperti yang dicadangkan pada label  pembungkusan. 

Petua lain yang boleh dicuba oleh ibu yang mengalami masalah bengkak susu:

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap 2-3 jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting). 
7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
9.  Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.

Sumber: http://pama.karangkraf.com/petua/petua-atasi-bengkak-susu-1.142620
Klik Untuk Order: Lecithin

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, December 3, 2014

Simptom dan Cara Merawat Anemia


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Masalah Hb rendah adalah biasa dikalangan ibu2 hamil. Ikuti pengalaman Puan Aya yang mempunyai masalah Hb rendah sehinggakan 6 minggu lagi nak EDD Hb masih rendah8.7...tup tup 2minggu lepas tu jadi 11.8..ape citer nie??? Jom tengok...
------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Puan Aya..Saya pun ade cerita saya sendiri..Nak dijadikan cerita.....

Selepas bersalin Alya 26/11/14 :

Masa keluar dari wad aritu (27/11/2014) Hb turun kepada 7..giler rendah kan..doktor pun risau nak bagi saya discharge..tp sy nak jugak discharge cepat2..saya memang nampak pucat sangat masa tu, tapi simptom2 pening2 kepala, rasa nak jatuh takde lagi masa tu..sebab tu saya kompidem je nak keluar wad cepat2..

Saya memang ada anemia sejak dulu lagi..sejak sebelum mengandung..masa mengandung lagi la Hb (haemoglobin) rendah..Masa mengandung anak ketiga nie, saya pernah ambil darah sekali je (masa tu 26mingu) untuk periksa paras Hb..masa tu Hb 9.5 (nie kire ok la..sebab masa mengandungkan Athirah dengan zulfa Hb tak sampai 9 pun..shaklee effect kot:))..sebab sepanjang mengandung makan set ibu hamil shaklee..

Balik rumah baru mula pening kepala..bila periksa kelompak bawah mata pun putih je..makin risau saya dibuatnye..huhu..

Dahla stok vita-lea takde kat umah..nak order kat online shaklee mungkin harini (1/12/14) atau besok baru sampai..nasib baik ada insan berhati mulia sedekahkan stok yg dia ada sikit..cukupla utk makan seminggu..selepas whatsapp beberapa minit terus die ajak jumpa untuk kasi vita-lea tu..rezeki kan:)..

Semoga dipermudahkan untuk kembali sihat..saya perlu sihat untuk jaga orang lain:))
------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah..setelah konsisten mengambil Vitelea With iron formula selama seminggu 2biji pagi, dan 2 biji malam, saya mula rase perubahan. Dah tak pening2 dah..sakit dada pun dah takde..kalau tak asyik mengah je..cam sesak nafas..kelopak bawah mata pun dah merah..Saya kurangkan dos Vitalea perlahan..dari 4 biji sehari --> 2 biji sehari--> sebiji sehari.  Setiap kali saya telan Vitelea, saya wajib ambil Vita C SR sekali untuk penyerapan iron yang optimum.
------------------------------------------------------------------------
Setelah sekian lama tak perhi buat blood test, minggu lepas merajinkan diri untuk pergi klinik staff untuk ambik darah..Bacaan Hb terkini (15/4/2015) : 11.8 (normal 12)..Paras kolestrol juga normal..Alhamdulillah:))
------------------------------------------------------------------------

Jom baca lanjut berkaitan Anemia:

  • Anemia adalah satu masalah perubatan dimana seseorang itu tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi. Terdapat tiga jenis sel yang beredar dalam sistem badan kita iaitu: sel darah merah, sel darah putih dan platelet (sel darah beku).
  • Sel darah merah, mengandungi haemoglobin iaitu sel merah yang kaya dengan zat besi dan protein. Ia berfungsi membawa oksigen dari paru-paru kepada seluruh otot-otot dan organ di dalam badan.
      Oksigen membekalkan tenaga kepada badan yang memerlukannya untuk aktiviti yang normal. Buah pinggang (ginjal) mengeluarkan satu jenis hormon yang dikenali sebagai Erythropoietin di mana hormon ini akan merangsang pengeluaran sel darah merah di dalam sum-sum tulang. Pengurangan paras Erythropoietin atau sebarang rawatan yang melibatkan sum-sum tulang (seperti rawatan kemoterapi) akan menyebabkan terjadinya anemia (kekurangan sel darah merah).
  • Sel darah putih adalah bertanggungjawab untuk melawan jangkitan kuman.
  • Platelet (sel darah beku) bertanggung jawab untuk menolong memberhentikan pendarahan akibat sesuatu kecederaan.
  • Anemia dikalangan warga emas boleh menjadi satu petanda seseorang pesakit itu menghidapi penyakit kronik.
  • Anemia di kalangan warga emas disebabkan oleh berbagai-bagai faktor termasuk keturunan, kekurangan vitamin, kekurangan zat besi dan juga penyakit.
  • Penyebab utama anemia dikalangan warga emas adalah penyakit kronik termasuk penyakit inflammasi (radang), kanser dan jangkitan kronik. Selain itu, penyebab yang lain seperti kekurangan nutrisi terutamanya asid folik dan cobalamin (vit B 12) juga boleh menyebabkan anemia.
Faktor-faktor risiko - Faktor berikut akan meningkatkan risiko anemia:
  • Pemakanan yang tidak sihat - golongan muda atau tua yang mana mengalami kekurangan zat besi dan vitamin terutamanya asid folik, akan mempunyai risiko terjadi anemia. Badan kita memerlukan zat besi/iron, protein dan vitamin untuk mengeluarkan jumlah sel darah merah yang mencukupi.
  • Penyakit usus-  penyakit usus terutamanya usus kecil boleh mengganggu penyerapan bahan nutrisi kedalam usus. Contohnya penyakit Crohn's dan Celiac. Pembedahan pembuangan sebahagian dari usus kecil juga boleh mengganggu penyerapan bahan nutrisi dan mengakibatkan kekurangan vitamin serta terjadi anemia.
  • Penyakit kronik contohnya kanser, kegagalan ginjal dan hati. Selain itu, kehilangan darah secara perlahan-lahan dan kronik akibat ulser perut atau usus boleh menyebabkan anemia.
  • Sejarah Keluarga - Ada sejarah anemia disebabkan keturunan seperti talasemia.
  • Faktor-faktor lain - jangkitan kuman, penyakit darah dan penyakit autoimmune, pendedahan kepada bahan kimia yang toksik dan penggunaan ubat-ubatan yang boleh menjejaskan pengeluaran sel darah merah. Selain itu, ada juga golongan yang berisiko mendapat anemia seperti pesakit diabetes mellitus, pengambilan alkohol yang tinggi dan berpanjangan dan orang yang mengamalkan makanan sayur-sayuran (vegetarian) di mana pemakanan mereka kurang zat besi/iron dan vitamin B-12.
Gejala / tanda-tanda anemia ini berbeza-beza bergantung kepada punca-punca anemia dan masalah perubatan yang dialami. Tanda-tanda anemia termasuk :
  • merasa letih dan lemah
  • pucat dan kadang-kadang kuku jari mudah patah
  • sakit dada
  • sakit kepala atau pening
  • denyutan jantung yang pantas atau tidak normal
  • sesak nafas
  • masalah kognitif
  • kemurungan atau keresahan
Komplikasi
Jika tidak dirawat, anemia akan menyebabkan banyak komplikasi. Contohnya seperti:
  • Keletihan yang teruk- Bila berlaku anemia yang teruk,seseorang itu akan merasa terlalu letih dan tidak bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas hariannya.
  • Penyakit jantung- anemia akan menyebabkan denyutan jantung terlalu pantas atau tidak normal yang dipanggil arrhythmia. Ini kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah dalam mengatasi kekurangan oksigen dalam darah. Ini akan mengakibatkan kegagalan jantung (heart failure)
  • Kerosakan saraf- kekurangan vitamin B 12 akan menganggu penghasilan sel darah merah dan fungsi saraf.
  • Gangguan fungsi otak/mental- kekurangan vitamin B12 juga boleh menjejaskan fungsi otak seperti memori (daya ingatan).
  • Kematian - anemia yang disebabkan keturunan seperti sickle cell akan mengakibatkan komplikasi yang serius dan boleh membawa kematian. Kehilangan darah yang banyak dan cepat akan menyebabkan anemia yang teruk dan membawa kematian.

Rawatan anemia bergantung kepada penyebabnya:
  • Anemia kekurangan zat besi ( iron): anemia jenis ini dirawat dengan memberi suplimen zat besi yang perlu diambil untuk beberapa bulan atau jangka masa yang panjang. Jika punca anemia ini disebabkan oleh kehilangan darah maka punca pendarahan mesti dikenalpasti dan perlu diberhentikan pendarahan itu.
  • Anemia kekurangan vitamin: Pernicious anemia perlu dirawat dengan suntikan vitamin B12 kemungkinan untuk sepanjang hidup. Anemia disebabkan oleh kekurangan asid folik mesti dirawat dengan memberikan suplimen asid folik.
  • Anemia yang disebabkan oleh penyakit kronik: tiada rawatan yang khusus untuk ini. Ia perlu dirawat mengikut puncanya. Jika tanda-tanda anemia bertambah teruk, tranfusi darah atau suntikan erythropoietin sintetik (hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang) boleh digunakan untuk merangsang pengeluaran sel darah merah. Ini akan mengurangkan simptom anemia.
  • Aplastic anemia: rawatan anemia ini adalah dengan transfusi darah untuk meningkatkan sel darah merah. Jika tulang sum-sum tidak sihat, kemungkinan pemindahan sum-sum tulang akan dijalankan.
  • Anemia yang disebabkan oleh penyakit sum-sum tulang: Rawatan merangkumi ubat-ubatan, kemoterapi atau pemindahan sum-sum tulang.
  • Anemia haemolitik: Rawatannya termasuk mengelakkanpengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sel darah merah hancur atau menekan sistem pertahanan badan. Merawat infeksi atau jangkitan (jika ada). Rawatan dengan steroid gamma globulin atau ubat-ubatan yang meningkatkan sistem pertahanan badan.
Pencegahan
Kebanyakan anemia boleh dicegah. Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi atau vitamin boleh dielakkan jika kita mengambil makanan yang sihat seperti:
  • Iron (zat besi): makanan yang kaya zat besi adalah daging, kekacang, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering dan peanut butter.
  • Folate: boleh di dapati dalam jus limau dan buah-buahan, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau, bijirin, kekacang, roti dan pasta.
  • Vitamin B12: vitamin ini tedapat dengan banyaknya didalam daging dan susu.
  • Vitamin C: Makanan yang mengandungi vitamin C adalah buah-buahan seperti buah oren, tembikai dan lain-lain. Vitamin C ini menolong penyerapan zat besi.
http://www.myhealth.gov.my/index.php/warga-emas/penyakit-biasa/anemia-di-kalangan-warga-emas

Apa yang shaklee boleh bantu anda?

Klik untuk order:


B Complex : ada asid folik dan Vitamin B12

Vita C Sr & Vita Lea iron Formula : lengkap dengan iron, Vitamin B12, asid folik,vitamin C dll multivitamin dan mineral.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com



AddThis