Seperti yang saya janjikan, saya ingin berkongsi pengalaman saya bersalin dengan serviks terkoyak..
Seperti yang saya beritahu sebelum ini, baby saya disambut oleh midwife sebab doktor lambat sampai..Sebenarnya sebelum saya diberi Inj Nubain, doktor sudah dimaklumkan jalan dah terbukak 4cm dan diminta untuk bersedia menyambut kelahiran..mungkin doktor ingat lambat lagi nak bersalin sebab untuk sampai ke 4cm pun dah mengambil masa 8 jam..mesti dia tak mengjangkakan jalan akan terbukak sehingga 8cm dalam masa 2 jam sahaja..Saya tak salahkan doktor tu atas kelewatannya..lagipun respons setiap individu berbeza2..setiap orang tak sama kan..
Disebabkan kesakitan contraction yang tersangat kuat saya jadi hilang sabar..saya bertindak untuk meneran baby keluar semasa jalan terbukak 8cm..Masa tu, midwife dan staff nurse sedang sediakan kelengkapan untuk menyambut bayi..Saya jadi tertekan bila diorang tidak mengedahkan saya yang sedang menjerit kesakitan..Saya tahu diorang tidak mengendahkan saya sebab diorang perlu tunggu doktor sampai sebelum ambil apa2 tindakan..
Tapi maklumla kan..kita yang tengah menahan sakit dah tak boleh berfikir secara waras dh..semua nak ikut kata hati je...Kalau ikut pengalaman terdahulu, 2 orang anak sebelum nie, saya diminta untuk meneran semasa bukaan 7-8cm je..sebab tu saya berani mengambil risiko unutk meneran baby keluar semasa bukaan 8cm (suami pun duk bisik2 suruh push je..adoiii..memandai je kan..tapi masa tu saya cakap la..mane boleh push lagi..nnt doktor marah..tapi at last, disebabkan dah tak tahan sakit saya ikut je cakap suami saya tu:))..
Tapi apa yang diharapkan tak berlaku pun..saya gagal untuk keluarkan baby..darah makin banyak keluar..suami pun menjerit panggil midwife cakap jalan dah terbukak dah..dah dekat dah..(suami cakap..kalau diorang tak datang sambut baby, memang abg akan sambut sendiri je baby tu..beriya je kan:))..masa kepala baby dah separuh keluar, air ketuban masih tak pecah..kepala baby masih dalam kantung..akhirnya midwife ambil bende tajam untuk pecahkan kantung tu...diorang macam excited je tengok kepala baby masih dalam kantung tu..saya memang tak nampak pape la kan..
Masa duk meneran tu, midwife selalu tegur JANGAN ANGKAT PUNGGUNG..NANTI KOYAK!!!..saya cuba untuk tak angkat punggung, tapi tak tahu camne, punggung terangkat jugak mase meneran tu..dan akhirnya PERINEUM SAYA KOYAK JUGAK..lagipun tengah sakit kan..tak sempat nak fikir betul2..semua berserabut..nak tahan sakit la..nak push lagi..suami pulak duk sibuk tekup hidung saya dengan gas untuk kurangkan sakit tu..pening kepala saya..dunia berputar2 dah..huhu..macam2 kan...
Selepas baby keluar, uri pun ikut keluar sekali..tapi midwife cakap pendarahan tak berhenti..dia cuba periksa kat dalam cari punca pendarahan tapi gagal..akhirnya baru doktor sampai..doktor dimaklumkan ada pendarahan..Selepas diperiksa pendarahan adalah dari dalam..SERVIKS TERKOYAK..dia cuba untuk buka laluan supaya lebih luas kot2 boleh terus jahit kat situ...tp saya menjerit kesakitan..Doktor cakap nak jahit hidup2 camni memang tak boleh..kena pergi dewan bedah jugak..pendarahan pun makin banyak..Saya makin lemah..rasa nak tidur je..tak larat nak cakap pape dah..
Lepas tandatangan consent form saya terus dibawa ke dewan bedah untuk prosedur jahitan seterusnya. Di dewan bedah saya diberitahu oleh pakar bius akan diberi ubat pelali melalui epideural untuk kesan bius separa. tapi yang peliknya saya langsung tak sedar..macam diberi general anaesthesia je..entahla..tak sempat nak tanya lanjut kat doktor tu..Bila saya sedar, semua dah selesai..tapi masih di dewan bedah masa tu..seluruh badan saya menggigil. Keluar dari dewan bedah saya diberi selimut tebal dan dibekalkan haba panas melalui 2 tiub besar..memang panas..tapi Alhamdulillah melegakan kesejukan saya..sejuk mungkin disebabkan darah saya banyak hilang..Setelah suhu badan saya kembali normal, saya dipindahkan ke wad untuk berehat.
Moral of the story:
1. Jangan teran sebelum dapat arahan daripada doktor. Teran sebelum jalan terbukak sepenuhnya boleh menyebabkan servik terkoyak. (nie doktor saya yang cakap).
2. Belajar cara meneran dengan betul dan selamat bagi mengelakkan koyakan perineum atau digunting.
3. Cara terbaik ialah pesan awal – awal kepada suami. Minta tolong suami untuk ingatkan kita ketika meneran dan pada masa yang sama suami juga membantu si isteri.
Kebiasaannya koyakan besar terjadi disebabkan oleh cara meneran yang salah.
Cara Meneran yang betul:
1. Angkat kepala sehingga mencecah dada
2. Mata pandang ke perut
3. Tangan pegang pergelangan kaki
4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
5. Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina
6. Tarik nafas dalam – dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
7. Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh.
8. Curi nafas dan sambung teran disetiap kontraksi
9. Dengar arahan jurujawat dan doktor
10. Elakkan menjerit – jerit dan ingat pada Tuhan sehingga semuanya selesai.
Selamat berjuang ibu2...
2. Belajar cara meneran dengan betul dan selamat bagi mengelakkan koyakan perineum atau digunting.
3. Cara terbaik ialah pesan awal – awal kepada suami. Minta tolong suami untuk ingatkan kita ketika meneran dan pada masa yang sama suami juga membantu si isteri.
Kebiasaannya koyakan besar terjadi disebabkan oleh cara meneran yang salah.
Cara Meneran yang betul:
1. Angkat kepala sehingga mencecah dada
2. Mata pandang ke perut
3. Tangan pegang pergelangan kaki
4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
5. Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina
6. Tarik nafas dalam – dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
7. Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh.
8. Curi nafas dan sambung teran disetiap kontraksi
9. Dengar arahan jurujawat dan doktor
10. Elakkan menjerit – jerit dan ingat pada Tuhan sehingga semuanya selesai.
Selamat berjuang ibu2...
No comments:
Post a Comment