Monday, November 24, 2014

Kawal SLE Dengan Shaklee


Klik untuk Order: Omegaguard

Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Omegaguard Dan SLE
Kajian tersebut menunjukkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan mungkin memberikan kesan positif  dalam mengubah symptomatic disease activity dalam SLE.


Keradangan merupakan salah satu komponen dalam penyakit akut dan kronik dan dicirikan dengan penghasilan inflammatory cytokines, arachidonic acid–derived eicosanoids, perantara inflammatory lain dan  molekul lekatan. Rantai Panjang asid lemak poli tak tepu omega 3 akan mengurangkan penghasilan perantara inflamasi (eicosanoids, cytokines dan reakitf oksigen spesies) dan ekspressi molekul lekatan.

Ia bertindak secara langsung (iaitu menggantikan  arachidonic acid sebagai eicosanoid substrate dan merencatkan metabolism  arachidonic acid) dan secara tidak langsung (iaitu dengan mengubah ekspresi gene inflamasi melalui kesan terhadap pengaktifan factor  transkripsi.

Rantai Panjang asid lemak poli tak tepu (omega 3) juga akan meningkatkan perantara anti-inflamasi (resolvins). Oleh itu, omega 3 berpotensi sebagai ejen anti-inflamasi yang kuat. Oleh itu, ia mungkin boleh digunakan secara terapeutik dalam pelbagai keadaan inflamasi akut dan kronik. Keberkesanan Omega 3 sebagai anti-inflamasi mungkin boleh ditambah baik dengan mengurangkan pengambilan omega 6 terutamanya arachidonic acid.


* Pengambilan omega 6 dalam diet harian juga penting kerana ia menghasilkan kedua-dua anti-inflamasi dan pro-inflamasi. Apa yang penting adalah nisbah pengambilannya Omega 6: omega 3 mestilah tidak melebih 4:1.



Sumber: The Clinical Effect of Dietary Supplementation with Omega-3 Fish Oils and/or Copper in Systemic Lupus Erythematosus. Emeir M.D. Et Al. 2004. J Rheumatol 31:1551–6.



Maklumat lanjut berkaitan SLE:



Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

(1) Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
(2) Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
(3) Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

Apakah SLE?

(1) Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus: penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 
(2) Menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. 
(3) Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. 
(4) Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:

(1) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

(2) Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

(3) Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

(4) Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil“drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Apakah Yang Menyebabkan SLE?

(1) SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. 
(2) Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
(3) Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. 
(4) Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Apakah Gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. 

Ciri-ciri penyakit ialah:

(1) Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
(2) Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
(3) Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
(4) Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
(5) Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
(6) Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
(7) Sawan, strok dan gangguan mental
(8) Risiko untuk mendapat darah beku
(9) Kerap keguguran bayi
(10) Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang

(11) Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

guide-01
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut: 

Buah pinggang

Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. 

Paru-paru

Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf

SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah

Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah

Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung

Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Kesimpulan yang boleh saya buat melalui pembacaan diatas adalah gejala2 dan kesan SLE kepada badan pesakit banyak melibatkan KERADANGAN (INFLAMASI). Dan ini selari dengan hasil kajian di atas yang menunjukkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan  (OMEGA 3) mungkin memberikan kesan positif  dalam mengubah symptomatic disease activity dalam SLE.

Bagaimanakah SLE boleh dirawat?

Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

NSAIDs

Ubat bagi mengurangkan keradangan dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs) 

Hydroxychloroquine

Ianya biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. 

Kortikosteroid

Merupakan rawatan utama untuk SLE. Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. 

Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. 
Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. 

Immunosuppresif

Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. 

Sumber: http://www.lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit.

Semulajadi Atau Sintetik???

Pilihan Ditangan Anda.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sakit Telinga Datang lagi!!!

Pagi semalam (23/11/2014) Athirah mengadu air masuk dalam telinga masa mandi..lepas tu dia mintak kuarkan air tu..saya pun pergi ambil cotton bulk untuk bersihkan telinga dia..tak lama lepas tu dia mengadu sakit telinga kat abah dia..padahal saya hanya bersihkan bahagian luar je..dah lama tak bersihkan telinga dia sebab orang cakap tak elok selalu bersihkan telinga budak2 nie, sebab sebenarnya tahi telinga tu jadi peling untuk dia..pastu merangek2 nak mintak letakkan ubat...dah la memang takde ubat telinga pun kat umah tu...lame jugak dia merengek..dari tengahari sampai ke petang..ata last pukul 6 petang baru bawak dia pergi klinik.

Bila doktor periksa telinga dia, doktor cakap ada tahi telinga keras dalam telinga dia..sampai gegendang telinga pun tak nampak...doktor bagi syrup paracetamol untuk tahan sakit dan ubat titis telinga yang mengandungi Dexamethasone (steroid) dan neomycin (antibiotik) untuk cairkan tahi telinga yang keras tu..balik je rumah Athirah tiba2 cakap taknak letak ubat..dia cakap sakit..tapi saya paksa jugak sampai dia nangis..

Klik Untuk Order: Nutriferon

Lepas tu saya kasi 1/3 sachet Nutriferon..Dia memang suka makan nutriferon tu..cepat je bukak mulut..pastu dalam susu dia saya letak minyak habbatus sauda sebab omegaguard kat rumah nie dah abes. Habbatus sauda nie jugak mempunyai sifat anti-inflamasi dan antibiotik...Syrup paracetamol saya tak bagi pun sebab memang tahu dia takkan minum.

Klik Untuk Order: Omegaguard


Malam tu tiba2 suhu badan Athirah naik..saya memang dah jngka dah..tambah2 lagi masa singgah solat kat masjid dia terkena hujan..ditambah lagi dengan jangkitan kat telinga tu mesti la suhu badan dia naik kan..saya cuba untuk sponging..tapi kali ni dia mengamuk cakap taknak..sebelum nie ok je..balut badan dengan kain basah pun ok je..tp malam tu dia nangis taknak kena balut..cakap dia tak demam...menjelang pagi badan dia makin panas..risau saya dibuatnya..saya cube untuk lap2 je badan dia sikit2...bangun pagi Alhamdulillah suhu badan dah turun..tunggu nak sihat sepenuhnye je..Bila tanya nak letak ubat titis telinga tak..dia cakap taknak..dah tak sakit dah..huhu..boleh percaya ke??..pasni kena paksa jugak la letak ubat titis tu..at least kena titis tiga hari.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, November 23, 2014

10 Panduan Pemakanan Ibu Menyusu.

10 Panduan Pemakanan Ibu Menyusu:

Permulaan yang bagus untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran amat membantu dalam menyokong permulaan dan perkembangan bekalan susu ibu. Antara panduan pemakanan yang perlu diambil berat adalah seperti berikut:

1)   Makan secukupnya. Makan secara tetap dan kalori yang mencukupi akan menyokong penghasilan susu ibu.
2)  Minum secukupnya. Bukan terlalu banyak. 2-3 liter sehari.
3) Makan sekurang-kurangnya satu makanan panas sehari termasuk sumber protein, salad hijau, bijirin dan  sayuran yang dimasak termasuk keladi, lobak merah dan fennel...( boleh ambil ESP Shaklee Sebagai sumber protein)
4)  Rempah yang bersifat penggalak susu diambil secara sederhana. (boleh ambil alfalfa complex shaklee maksimum 10 biji sehari..kena titrate up slowly..takut badan baby terkejut nnt)
5) Elakkan mengambil makanan yang susah untuk dicernakan seperti makanan bergoreng dan berlemak.
6)   Ambil yogurt probiotik atau supplement lactobacilli untuk melindungi flora usus dan untuk menolong mengelakkan colic dan alergi pada bayi..(shaklee collagen powder mengandungi Lactobacillus acidophilus..tapi untuk ibu menyusu kena testing dulu la la..kena introduce sikit2..kot baby alergi nnt..untuk saya ok je..anak boleh terima)
7) Ambil lemak yang sihat seperti mentega dan minyak zaitun dan supplement yang mengandungi asid lemak perlu..(boleh ambil Omegaguard iaitu minyak ikan yang mengandungi asid lemakperlu omega 3)
8)  Herba yang digunakan selepas kelahiran termasuk stinging nettle untuk menambah kembali darah yang hilang semasa bersalin, kunyit untuk mengelakkan keradangan pada payudara. Herba ini juga boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
9) Jika ibu-ibu mengalami banyak kehilangan darah semasa bersalin, elakkan mengambil halia untuk beberapa minggu selepas kelahiran.
10)Penawar perubatan tradisional cina yang digunakan diawal selepas kelahiran ialah sup ayam bersama tulang yang direnih untuk beberapa jam dan kaya dengan lemak ayam diambil seminggu sekali. Ini adalah untuk mencegah depressi dan mengembalikan kesihatan ibu dan menolong menghasilkan susu ibu yang banyak.

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..

(1) Fennel : Boleh dimakan mentah atau dimasak. Boleh direnih dalam sedikit air.
(2) Lobak merah &  ubi keladi.
(3) Sayuran yang berwarna merah kaya dengan beta-carotene diperlukan dalam kuantiti yang lebih tinggi semasa laktasi. Sayuran ini adalah manis secara semulajadi dan menyokong kesihatan hati. 
(4) Sayuran berdaun hijau: sumber mineral, vitamin dan enzim dan juga phytoestrogen yang menyokong laktasi.
(5) Bijirin dan kekacang : Yang paling kerap digunakan oat, barli dan nasi. Kacang soya adalah antara sumber yang bagus yang boleh membekalkan nutrisi semulajadi seperti asid amino perlu, vitamins, minerals dan pelbagai phytonutrient yang bagus untuk badan. Ia juga mengandungi protein berasaskan tumbuhan dan bebas kolestrol...( yang nie boleh cube ESP Shaklee la..NON-GMO Soy Protein). 
(6) Kekacang: Seperti badam, kacang gajus, macadamia. Makan sebanyak mungkin seboleh-bolehnya kacang mentah,bukan dipanggang atau yang diawet masin.
(7) Minyak dan lemak: Lemak yang sihat memainkan perana penting dalam metabolisma sel dan neural. Contohnya seperti mentega dan minyak kelapa, cold-pressed minyak zaitun tulen dan cold-pressed minyak bijan.
 (8) Minuman: minum air kosong secukupnya.

Contoh Rempah atau herba Penggalak Susu Ibu

(1) Bawang putih: Terkenal dengan khasiatnya dalam bidnag perubatan. Kajian menunjukkan bayi melekap dengan baik, menghisap dengan aktif dan minum lebih banyak susu apabila ibu mengambil bawang putih sebelum menyusu. Kalau ibu-ibu tak suka makan bawang putih mentah, boleh ambil tablet garlic 1 jam sebelum menyusu (Shaklee pun ade garlic Complex..boleh cube:)). Jika ibu-ibu ingin mencuba, perkenalkan ia secara perlahan-lahan kepada bayi dan perhatikan reaksi bayi kepada bawang putih. Boleh diambil 1-2 biji sehari. Boleh dicincang atau dihancurkan dan ditabur atas makanan yang telah dimasak.

(2) Halia: Sangat membantu dalam ‘letdown” dan aliran susu. Bagi ibu-ibu yang mengalami pendarahan teruk semasa bersalin dinasihat untuk tidak mengambil halia kerana ia akan meningkatkan risiko akan berlaku pendarahan.

(3) Rempah Ratus: Anise dan lada hitam yang diambil secara sederhana boleh membantu dalam penghasilan susu ibu.

(4) Kunyit: Anti-inflamasi dan anti-oksidan yang kuat. Banyak kajian menunjukkan ia mempunyai hubungkait dengan pencegahan penyakit Alzheimer’s, rheumatism dan kanser. Kunyit mempunyai sifat penggalak susu ibu dan boleh diambil untuk mencegah keradangan. Setengah sudu kunyit sehari boleh mencegah keradangan pada payudara.

Sumber: Mother Food: Lactogenic Food and Herbs that promote milk production and a mother’s health. Page 1 of 10. Lactogenic1 Foods and Herbs. Based on the book Mother Food for Breastfeeding Mothers. By Hilary Jacobson CH.HU.SI.
Klik Untuk Order : Set Lengkap Menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Friday, November 21, 2014

Makanan Penggalak Susu Ibu

Susu Ibu Merupakan Sumber Makanan Terbaik Bagi Bayi Bagi Tahun Pertama. 
Susu ibu merupakan cecair kompleks yang mengandungi karbohidrat, protein, lipid, sel-sel dan pelbagai komponen biologi yang penting. Selain itu, ia juga mengandungi mikronutrien, mineral, unsur-unsur zurih, immunoglobulins, gene dan hormon.



Penyusuan susu ibu mempunyai kebaikan yang jelas samada kepada bayi, ibu, keluarga dan masyarakat. Kebaikan ini termasuk faedah kesihatan, nutrisi, pertumbuhan, persekitaran, immunologic, psikologi, sosial dan ekonomi. Tambahan pula, penyusuan susu ibu adalah mudah dan bersih. Oleh sebab itu, penyusuan susu ibu sangat digalakkan. 

Faedah kesihatan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi.

Komposisi susu ibu mempunyai kandungan yang lengkap untuk nutrisi bayi. Susu ibu mengandungi banyak molekul bioaktif yang melindungi bayi daripada keradangan dan jangkitan dan menolong menguatkan lagi sistem imun dan perkembangan organ.  Penyusuan susu ibu mengurangkan kejadian dan keseriusan pelbagai penyakit termasuk bacterial meningitis, jangkitan saluran pernafasan , jangkitan saluran kencing, otitis media, cirit-birit, necrotizing enterocolitis dan sepsis dalam bayi pra-matang.  Tambahan lagi, sudden infant death syndrome dan post neonatal infant mortality dalam tahun yang pertama akan menurun dalam bayi yang menyusu susu ibu.


Sesetengah kajian menunjukkan penurunan dalam kejadian lebih berat badan, obesiti, hiperkolestrol, DM,  atherosclerosis, asma, leukemia, limphoma dan hodgkin disease pada kanak-kanak dan dewasa yang menyusu badan jika dibandingkan dengan individu yang tidak menyusu badan.


Faedah penyusuan susu ibu kepada ibu adalah boleh mengembalikan berat badan sebelum hamil lebih awal, mengurangkan pendarahan selepas bersalin, mengurangkan kehilangan darah semasa haid, menjarakkan anak, mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari, dan mengurang risiko osteoporosis post -menopousal.


Penghasilan Susu Ibu.

Semasa tempoh pantang hormon estrogen dan progestrone menurun. Kesan rangsangan prolaktin akan meningkat dan mencapai puncak semasa hari bersalin. Pencetus kepada perembesan susu ibu berkait dengan peningkatan paras prolaktin yang dirangsang oleh hisapan yang mencukupi.



Ejeksi susu terhasil daripada refleks neurohormonal hasil daripada rangsangan sel-sel myoepithelial pada payudara oleh hormon oksitosin daripada posterior pituitary. Rangsangan pada puting hasil daripada hisapan bayi adalah penting untuk perembesan hormon oksitosin dan prolaktin.


Secara kesimpulannya, proses permulaan dan kelangsungan laktasi bergantung kepada paras prolaktin, oksitosin dan hisapan bayi. 



Inilah yang dikatakan "supply based on demand". Semakin banyak bayi menyusu (atau payudara dikosongkan secara perahan tangan atau pam), semakin banyak sus dihasilkan. Hisapan bayi menghantar pesanan kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu.

Tidak Cukup Susu



Rungutan paling banyak oleh ibu menyusu adalah tidak cukup susu. Secara keseluruhannya, banyak faktor yang mempengaruhi penghasilan susu ibu seperti sentuhan ibu dan anak, penyusuan diperingkat awal dan penyakit. Kegagalan proses penyusuan mungkin disebabkan oleh ibu atau anak dan perpisahan antara ibu dan anak, bersalin secara pembedahan, kelahiran pra-matang, kesakitan selepas bersalin, penat, keresahan, kembali bekerja, tertekan atau mengambil perencat prolaktin yang kuat.



Rangsangan yang tidak cukup disebabkan oleh teknik penyusuan yang tidak efektif atau saiz puting yang kecil menyebabkan kesan prolaktin yang kurang terhadap hisapan. Tertekan atau rasa takut juga mengurangkan perembesan oksitosin dalam ibu menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh pengetahuan yang kurang dikalangan ibu tentang penyusuan yang betul dan selalu menyebabkan ibu bertukar kepada penggunaan botol susu yang akhirnya akan mengurangkan atau menghenti proses penyusuan.



Sumber: Breastfeeding And Galactogugues Agents. Sevil, B. G. & Zehra, K. Acta Medica Anatolia, Volume 2 Isssue  3 2014.

Herbal galactagogues (Herba Penggalak Susu Ibu)


Terdapat pelbagai Herba dan makanan yang digunakan sebagai galactogogues (penggalak susu ibu). Yang paling banyak digunakan sebagai herba atau makanan penggalak susu ibu termasuk Alfalfa, fennelblessed thistle, biji halba, goat's rue dan milk thistle.


Selain bertindak sebagai penggalak susu ibu, biasanya herba penggalak susu ibu juga mempunyai kesan-kesan yang lain seperti dibawah:

 (1) Alfalfa (Medicago sativa) : Diuretic (lawas kencing)  dan laxative (lawas buang air besar)
(2) Anise (Anisi fructus): Anxiety (keresahan) dan anti-flatulent (buang gas dalam perut).
(3) Blessed Thistle : Menambah selera makan dan melegakan ketidakselesaan perut.
(4) Coriander (ketumbar): Anti-flatulent (buang gas dalam perut), diuretics  (lawas kencing) dan anti-diabetis
(5) Fenugreek (biji halba): menambah selera makan  dan mengawal inflamasi.
(6) Fennel: Masalah penghadaman, dan sebagai ubat batuk (expectorant).
(7) Bawang putih: Kesan positif kepada kardiovaskular dan merangsang sistem imun.
(8) Milk Thistle: sifat pelindung hati

Apa yang shaklee boleh bantu anda?
Alfalfa Complex (klik untuk order)
Garlic Complex (klik untuk order)

Klik Untuk Order : Set Lengkap Ibu Menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

3 Manfaat Polifenol Dalam Vivix Shaklee


POLIFENOL

Sumber utama:
Epal, anggur, pir, ceri dan pelbagai jenis beri (200-300mg polifenol / 100g berat mentah).
Secawan teh atau kopi mengandungi 100mg polifenol.
Bijirin, coklat, dan kekacang kering juga menyumbang kepada pengambilan polifenol harian.

Sifat antioksidan dalam polifenol adalah 10x ganda lebih tinggi daripada vitamin C dan 100x lebih tinggi daripada vitamin E dan carotenoids.

Seperti antioksidan yang lain, polifenol boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh oksidasi yang mana akan mengehadkan risiko untuk pelbagai penyakit degenerasi yang berkaitan dengan oxidative stress (tekanan oksidatif).

Sifat Antioksidan Polifenol

Penyakit degenerasi seperti kanser, penyakit kardiovascular dan osteoporosis berkait rapat dengan penuaan. Kerosakan oksidasi pada komponen sel, DNA, proteins dan lipid akan terkumpul apabila usia meningkat dan ini akan menyumbang kepada degenerasi sel somatik dan pathogenesis penyakit. Antioksidan yang hadir dalam makanan akan mengehadkan kerosakan dengan bertindak secara langsung pada reaktif oksigen spesies atau merangsang sistem pertahanan dalaman.

(1) Polifenol dan Kanser
Mekanisma:
1. Polifenol boleh bertindak sebagai blocking agent pada peringkat permulaan (initiation).
2.  Polifenol boleh bertindak sebagai supressing agents (ejen penyekat) dan merencatkan pembentukan dan pertumbuhan tumor daripada sel pemula. Ia juga merencatkan poliferasi sel.
3. Polifenol boleh mencetuskan apoptosis sel2 tumor dan dengan itu boleh mengurangkan pertumbuhan tumor.

(2) Polifenol dan Penyakit Neurodegenerasi.
15% daripada populasi berumur 65 tahun ke atas mengalami Penyakit Alzheimer dan 1% mengalami penyakit Parkinson. Penyakit tersebut berkadar langsung dengan oxidative stress (tekanan oksidatif) yang biasanya akan mempengaruhi tisu-tisu otak.  Dengan itu, antioksidan boleh menyumbang kepada pencegahan penyakit berkenaan.

(3) Polifenol dan Diabetes.
1.      Menghalang penyerapan glukosa di usus .
2.  Meningkatkan pengambilan glukosa oleh tisu-tisu periferal.
3.      Perencatan gluconeogenesis.
4.  Merangsang pengambilan glukosa melalui sistem adrenergik.
5.      Merangsang perembesan insulin oleh pancreatic beta sel.

Sumber: Dietary Polyphenols and Prevention of Diseases. Scalbert Et Al. 2005. Clinical Reviews in Food and Nutrition.

Klik untuk Order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com


AddThis