Sunday, November 29, 2015

12 Tips Mengepam Susu Ibu


1) Pam setiap 2-3 jam. Pam pada waktu yang sama setiap hari.
2) Pam untuk mengosongkan payudara terutamanya selepas menyusu bayi.
3) Jangan pam hanya apabila payudara  terasa bengkak . Pam secara konsisten walaupun payudara terasa lembut.
4) Gunakan pam double @ tandem (menggunakan pam single) kerana ia akan merangsang penghasilan susu lebih banyak2 dan lancar.

5) Minum air atau makanan ringan seperti epal atau coklat yang boleh membangkitkan mood gembira ibu2 sebelum mengepam bagi mengurangkan stress dan melancarkan aliran susu.
6) Ambil snek (kurma/horlick panas etc) setiap kali lepas menyusu/mengepam supaya cepat refill.
7) Pam pada posisi bersandar untuk mengelakkan sakit belakang dan melancarkan aliran susu.

8) Pastikan corong pam melekap dengan betul pada payudara. Pastikan puting berada ditengah2 dan ia boleh bergerak dengan selesa.
9) Gunakan suction level yang sesuai dan selesa. Suction yang kuat tidak semestinya bagus dan boleh mengeluarkan susu dengan cepat. Suction kuat yang menyakitkan akan memberi kesan stress kepada badan dan ini kana mengganggu aliran susu yang lancar.
10) Gunakan stimulation dan expression phase pada masa yang betul. Jika perlu boleh ulang stimulation phase untuk mendapatkan let down reflect ke2 atau ke 3. (Baca lanjut)
11) Pam dalam keadaan tenang dan gembira untuk melancarkan pengaliran susu. Pilih tempat yang sunyi. Bayangkan wajah bayi atau aliran susu yang deras semasa mengepam.
12) Jika perlu boleh lakukan urutan membulat sekeliling payudara untuk melonggarkan kilang2 susu terutamanya dibawah ketiak.

Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, November 21, 2015

Tips Penjagaan Breastpump Dan Aksesori Supaya Tahan Lama Dan Tak Cepat Rosak

Masa mengandungkan Alya dulu, excited sangat nak beli Spectra M1 nie. Kalau tak silap, saya beli pam nie kat pumponthego Kelana Jaya masa kandung 32minggu kot. Suka tengok design dia yang comel. Tapi jodoh saya dengan Spectra M1 tak lama. 3 bulan je saya pakai M1. Masa mula2 pakai M1 rase seronok sangat sebab 15 minit je 2 botol 5 oz tu dah penuh. Jauh berbeza dengan Autumnz Ultimate Double pump. Suction yang lembut. Tapi lama-kelamaan suction makin berkurang dan lemah. Akibat terlalu stress dengan pam yang tak 'berfungsi' tu, saya mintak suami pergi pumponthego untuk periksa apa masalah pam sebenarnya.

Setelah disoal siasat oleh staf pumponthego, akhirnya kami mendapat jawapan bahawa suction semakin berkurang dan semakin lemah walaupun motor berfungsi dengan baik adalah disebabkan valve terkoyak. Apabila valve koyak, ia tidak boleh tertutup rapat. Dan ini akan menyebabkan tiada suction dirasai. 

Selesai masalah kan...nie baru satu masalah.. sebenarnya panjang lagi ceritanya sehinggalah saya bertukar kepada Malish Ilaria yang saya pakai sehingga sekarang (8bulan). 

Oklah..kali nie saya nak kongsikan:

Tips Penjagaan Breastpump Dan Aksesori Supaya Tahan Lama Dan Tak Cepat Rosak

1. Elakkan Breastpump terjatuh, lebih-lebih lagi daripada tempat tinggi. Sesetengah breastpump mempunyai komponen elektronik yang sangat sensitif. Sekali jatuh jer menyebabkan ianya rosak/gagal berfungsi seperti biasa.

2. Jangan biarkan susu masuk ke dalam motor pam semasa anda mengepam. Jika keadaan ini berlaku juga, matikan pam dan dapatkan bantuan pusat servis untuk servis pam tersebut secepat mungkin. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan komponen dalam pam tu akan berkarat / pam rosak.

3. Elakkan overcharge bagi breastpump yang ada rechargeble battery (built-in) seperti medela freestyle, Spectra M1 etc....  Kalau boleh,bila bateri tinggal 1 bar baru recharge. Bila bateri dah penuh, disconnect daripada charger serta merta. Jangan biarkan terlalu lama kerana ini akan menyebabkan jangka hayatnya akan pendek (bateri cepat "kong").

4. Untuk cuci tiub, lalukan air ke dalam tiub sehingga bersih, dan pastikan ia betul2 kering sebelum digunakan semula. Terpulang kepada cara masing bagaimana cara untuk keringkan tiub. Untuk saya, sejurus selepas dibersihkan dengan air, saya akan pegang salah satu hujung tiub dan pusingkan laju2 berkali2 sehingga yakin sebahagian besar air dalm tiub dah keluar.

5. Selapas setahun atau lebih penggunaan, ramai ibu2 yang merungut suction breastpump semakin berkurang berbanding semasa pertama kali guna. Jika ini berlaku boleh hantar pam untuk diservis di tempat yang sepatutnya. 

Tetapi kalau baru 2-3 bulan atau kurang, suction dah mula berkurang boleh periksa faktor penyumbang kepada tiada suction (Baca lanjut). Mungkin anda boleh mengambil langkah pembetulan sendiri tanpa perlu dihantar servis.

Peringatan Penting!!!
6. Hanya bahagian pam yang diperbuat daripada plastik sahaja yang boleh disterilise dalam air panas atau mendidih. Bahagian yang diperbuat daripada getah hanya perlu dicuci dengan air suam atau air paip biasa contohnya valve. Valve yang disterilise dengan air panas akan mengembang dan tidak dapat melekat dengan baik pada kedudukannya dan ini juga akan mengganggu suction yang baik.
7. Membrane valve atau valve perlu dicuci dengan berhati2 supaya tidak terkoyak. Pastikan tiada sisa susu yang tertinggal pada membrane kerana ini akan menghalangnya melekat pada valve dengan sempurna. Berdasarkan pengalaman sendiri, valve perlu ditukar setiap 3-4 bulan sekali.

Kredit to : Mothers First Choice 
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, November 17, 2015

Tips Asas Menggunakan Breastpump: Stimulation dan Expression Phase

Masa anak pertama dulu, saya pakai pam Pigeon Portable Elektric Breastpump. Pam nie takde button stimulation expression. Hanya ada button "push lever" yang perlu dikawal sendiri. Masa mula2 pakai, saya tekan je lame2 "push lever" tu (expression), bila susu  berhenti keluar, lepaskan button, lepas tu tekan lagi. Susu memang susah sangat nak kelaur. Setiap kali pam dapat sikit je. Tak lama lepas tu baru baca product leaflet tunjuk graf stimulation dan expression. Masa tu baru saya faham, kita kena stimulate (rangsang) sehingga susu mula memancut keluar, kemudian baru ditukar kepada expression untuk mengalirkan susu ke dalam botol.

Kebanyakkan pam sekarang memang sudah tersedia button stimulation/expression phase. Hanya tekan untuk menukar phase yang diperlukan. Tapi kalau pakai pigeon elektrik nie kena pandai2 sendirilah macam mane nak buat stimulation tu:)).
Caranya:
Stimulation: tekan lembut (Tekan "push lever sedikit sahaja: suction power weak @ medium) tetapi laju (mimik hisapan bayi yang tengah kelaparan mula menghisap susu).

ExpressionTekan kuat (tekan "push lever" sampai habis: suction power strong @ comfortable) tetapi secara perlahan2 untuk mengeluarkan susu. Lakukan berulang2 sehingga susu berhenti keluar. 

Stimulation phase boleh diulang bagi merangsang pengeluaran susu atau memberi letdown kali ke 2 atau ke 3.

Fuhh..penat kan guna pam elektrik manual nie. Untuk anak ke 2 saya pakai Autumnz double ultimate. Untuk anak ke 3 saya pakai Malish Ilaria. Alhamdulillah..sangat puas hati:)).

Biasanya kalau kita beli breastpump jarang sangat kita diajar secara terperinci bagaimana cara menggunakan breastpump. Kita hanya akan diajar secara teknikal setiap button yang ada. Kebangakkan breeastpump sekarang ada button untuk stimulation dan expression. Jurujual hanya memperkenalkan button "stimulation expression" sahaja tanpa huraian terperinci.

Dibawah adalah video cara penggunaan Malish Ilaria. Juga ditunjukkan apa perbezaan stimulation dan expression phase (Video daripada pumponthego).

Kebiasaannya pam dah diset stimulation pada permulaan proses mengepam. Selepas 2 minit dia akan bertukar kepada expression.

Seperti yang saya jelaskan tadi, 

Stimulation : merangsang pengeluaran susu.
Expression: mengeluarkan susu.

Kalau Malish Ilaria, sesi mengepam telah ditetapkan hanya 30minit setiap sesi. Tetapi terpulang kepada ibu untuk memendek atau memanjangkan sesi mengepam.

Untuk Malish Ilaria, 2minit yang pertama telah disetkan untuk stimulation phase dan baki 28minit seterusnya adalah untuk expression phase. Walau bagaimanapun, kita boleh tukar kepada stimulation phase bila2 masa sahaja jika perlu terutamanya bila susu berhenti mengalir untuk memberi "letdown" seterusnya. Stimulation phase juga digalakkan semasa ibu2 membuat power pumping.

Bagi breastpump yang tidak disetkan stimulation phase pada permulaan mengepam atau diset stimulation phase pada permulaan tetapi tidak bertukar secara automatik ke expression phase selepas 1 jangka masa tertentu, stimulation dan expression phase boleh ditukar secara manual berdasarkan keperluan ibu. 

Stimulation phase bagi setiap ibu mungkin berbeza2. Ada ibu yang mengambil masa sekejap sahaja untuk merangsang aliran susu (letdown) dan mungkin sesetengah ibu mengambil masa lebih lama. 2minit masa pertama yang dah disetkan untuk stimulation phase mungkin tidak cukup untuk merangsang aliran susu (letdown). Jadi, stimulation phase boleh dipanjangkan mengikut respons badan ibu2.

Semoga bermanfaat.

Bacaan lanjut: Tips Mengepam Untuk Membanyakkan Susu Ibu
Klik untuk order: Set Menyusu Lengkap Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, November 15, 2015

7 Tips Untuk Yang Malas Lipat Baju

Hujung minggu seorang ibu bekerja biasanya dihabiskan dirumah untuk menyiapkan kerja2 rumah yang dah tertunggah selama seminggu. 

Rutin saya setiap hujung minggu:
1) Menyiapkan makan tengahari dan makan malam (weekdays memang tak sempat nak masak). 
2) Menyediakan puree buah-buahan untuk alya untuk stok seminggu atau lebih. Dah masak kena bekukan dalam freezer (nursery dah sediakan bubur nasi kisar, jadi saya hanya sediakan puree buah untuk elakkan alya sembelit).
3) Operasi "sisih dan buang" apa yang tak perlu. Biasalah kan, rumah yang ada 3 orang anak dara terlebih lasak nie, macam2 yang diorang selongkar dalam bilik stor buat main. Masa weekday, kemas barang mainan diorang ala kadar je..mase wiken la kena kemas betul2.
4) Cuci toilet bersama anak2 dara.
5) Lipat baju yang menggunung tinggi. Pakaian untuk 2 dewasa dan 3 anak kecil. Boleh bayangkan sendiri tinggi mana gunung tu kan. Perlukan masa yang lama untuk ditarah sampai rata.
6) Ahad malam menyediakan beg pakaian untuk ke nursery untuk hari berikutnya.

Fuhh..kerja ibu tak pernah habis kan:))

Kali saya nak kongsikan 7 Tips Untuk Yang Malas Lipat Baju:

1) Setkan satu masa khas untuk lipas baju. Peruntukkan lebih kurang 2 jam untuk proses ini.
2) Pilih masa yang sesuai. Sebaiknya semasa anak kecil (yang perlukan perhatian khusus macam bayi) sedang tidur.
3) Pilih tempat lipat baju diruang yang luas dan kemas, bebas daripada sebarang objek seperti barang mainan anak.
4) Asingkan baju mengikut individu dalam rumah (atau mengikut almari baju masing2). Kalau boleh underwear pun asing siap2..senang fokus.
5) Baju yang perlu digantung pada hanger terus diasingkan untuk digantungkan (terutamanya baju kerja suami & isteri).
6) Lipat baju bersaiz paling besar dulu seperti kain tuala, kain pelikat (pakaian suami isteri), diikuti baju anak pertama, ke2, ke 3 dan seterusnya. (jadi, akan nampak baju yang perlu dilipat akn berkurang dengan cepatnya:))
7) Baju2 yang telah siap dilipat mengikut pengasingan tadi terus disusun dalam almari baju masing2 sebelum mula lipat baju untuk longgokan yang lain. (Guna psikologi sikit untuk beri semangat lipat baju yang makin berkurang dari pandangan:))

Siappp!!!

Sebenarnya bukan susah pun nak lipat baju, cuma apabila kita penat, ditambah lagi dengan longgokan baju yang menggunung tinggi terus takde mood nak lipat baju kan. Saya suka main2 dengan psikologi nie. Kena psiko sikit supaya kita lebih semangat dan tak rasa penat untuk terus lipat baju sampai habis.

Selamat mencuba!!!

Friday, November 13, 2015

Dental Clearance: Semua Gigi Susu Bahagian Atas Kak Yaya Nak Kena Cabut???

Hari ini (4/11/15) kali pertama bawa kak yaya jumpa doktor gigi. Kak yaya dah merungut sakit gigi sejak 2hari lepas. Gusi pun makin bengkak. Saya cuba bagi syrup ibuprofen untuk kurangkan bengkak. Alhamdulillah sakit hilang dan bengkak makin surut. Tapi saya masih risau sebab macam ada ulcer bernanah digusi kak yaya. 

Pagi nie terus minta staff clinic rujuk ke oral surgery. Terkejut bila doktor cakap gigi kak yaya dah teruk. Semua gigi dibahagian atas perlu dicabut ditambah lagi dengan 'sinus' (macam ulcer) yang bernanah digusi dan antara gigi. Doktor bagi pilihan samada nak terus cabut gigi yang kak yaya cakap sakit atau melalui rawatan komprehensif (dental clearance) iaitu cabut semua gigi bahagian atas yang memerlukan general anaesthesia (bius satu badan). 

Saya pilih untuk rawatan komprehensif. Jadi, kak yaya akan dirujuk kepada pakar bius dalam masa 3 minggu lagi. Selepas kes di review oleh pakar bius barulah temujanji untuk pembedahan mulut dilakukan. Tak boleh dibayangkan macam mana keadaan kak yaya jika semua gigi bahagian atas dicabut.

Macammana kak yaya nak makan lepas nie?
Perlu pakai gigi palsu ke sementara gigi kekal tumbuh?

Sekarang baru 4tahun. Paling awal lagi 2 tahun baru gigi kekal tumbuh.

Huhu..ini adalah kesilapan kami sendiri kerana gagal mendisiplinkan anak untuk memberus gigi setiap hari. Saya akui, saya dan suami memang tidak bertegas dalam hal ini sehinggakan kak yaya yang perlu menanggung akibatnya.

Untuk anak ke2, kami lebih bertegas kerana serik melihatkan gigi kak yaya yang rosak teruk sejak umur 3 tahun lagi. 

Doktor cakap faktor penyumbang kepada kerosakan gigi kak yaya adalah kerana kak yaya masih minum susu botol terutamanya semasa tidur. Gula dan coklat didalam susu formula bertukar menjadi asid dan boleh menghakis gigi. 

Saranan doktor: 
1) Berhenti minum susu dalam botol @
2) Minum susu melalui cawan sahaja @
3) Pastikan gigi dibersihkan setiap kali lepas kak yaya minum susu. 

InsyaAllah langkah pembetulan akan diambil serta merta.

Perancangan selepas ini:
1) Cari alternatif lain untuk menggantikan susu formula.
2) Cari jalan supaya kak yaya makan lebih banyak supaya dia tak minta susu lagi.
3) kurangkan 'scoop' untuk 1 botol sehingga kak yaya cakap susu dah tak sedap. 

Apa yang bermain difikiran saya sekarang adalah apabila semua gigi atas kak yaya telah dicabut, pilihan makanan kak yaya akan jadi terhad. Kak yaya dah tak boleh makan banyak jenis makanan terutamanya yang keras kerana dah tak boleh mengunyah dan menggigit. Kena makan soft diet macam baby je:)).

Terus terbayang di fikiran saya untuk pastikan kak yaya minum Mealshakes setiap hari untuk memastikan nutrisi hariannya lengkap. 

Semoga kita sama2 berusaha mendisiplin anak untuk menjaga kebersihan gigi sejak gigi pertama mula tumbuh.

Semoga jadi pengajaran untuk semua.

Mood: Masih berkira2 untuk teruskan dengan dental clearance atau tidak :((.

Wednesday, November 11, 2015

Pecah Ketuban: Wajib ke solat lagi?


Flashback 4tahun lepas..

Saya kembali bekerja selepas cuti bersalin anak pertama selama 3 bulan. Macam biasalah. Soalan pertama yang ditanya, sakit tak bersalin?

Opkos la sakittttt sangat. 

Kalau nak diimbau kembali saat sakit tu, memang tak boleh dibayangkan. Masa tengah sakit kontraksi tu hanya Allah yang tahu macam mana rasanya. Sehinggakan saya cakap kat suami sambil menangis2, "sayang taknak bersalin..biarlah baby tak keluar pun.."

Saya dah mula rasa kontraksi sejak kandungan 8bulan lagi. Kalau buat CTG mase check up bulanan, mesti orang ingat baby dah nak keluar dah. Masa check up terakhir sebelum bersalin, bacaan CTG menunjukkan kontraksi kuat dan kerap. Kebetulan Dr Fidak ada kes mase check up terakhir kami, jadi keputusan CTG dirujuk kepada doktor pakar lain. Melihat kepada bacaan CTG yg 'beriya' je tu, doktor tersebut arahkan saya untuk terus admit pada hari yang sama.

Yang kelakarnya, bila Dr Fidak buat Vaginal examination, jalan baru terbuka 1cm dan serviks pun tebal lagi. Perjalanan masih jauh katanya. Tapi disebabkan dah admit, Dr Fidak suruh tinggal diwad untuk pemantauan. Selepas lebih 12jam, masih takde tanda jalan nak terbuka. Saya cakap kat doktor, induce jela alang2 dan masuk wad kan (konpiden jekan ;)). 

Selepas solat subuh, Dr bagi pessari prostin untuk lembutkan serviks. Terlebih dahulu Dr dah ingat tentang kesakitan yang bakal saya terima. Tak lama selepas ubat dimasukkan, air ketuban pecah. Masa nie dah ade 'show' (darah). Ditambah lagi midwife selalu buat VE, lagi banyak darah keluar. Setiap kali kontraksi, setiap kali itulah saya akan menjerit menangis2 minta suami urut dibelakang pinggang. Tengok kepada graf CTG pun buat saya rasa makin sakit..huhu..

Selesai solat Zohor suami sediakan bekas air untuk bersihkan darah2 ditubuh saya. 

Saya: nak buat apa susah2 nak bersihkan sayang? 
Suami: Nak solat mestilah kena bersih..selagi tak bersalin selagi tu kena solat.
Saya: abang nie..macam mane nak solat? sayang kan tengah sakit nie..(Sambil menangis menahan kesakitan)
Suami: kalau tak solat camne sakit nak hilang. Kena lah solat, baru sakit hilang..( pandai pujuk kan..)

Selesai berwudhuk dan tukar pakaian bersih, saya terus solat sambil duduk berlunjur diatas katil. Semua suami yang siapkan. Saya dah tak mampu nak bergerak2 kerana terlalu sakit. 

Suami betulkan kedudukan katil supaya mengadap ke arah kiblat. Kesakitan masih kuat sepanjang saya solat. Kalau difikir ikut logik akal, kesakitan  tu dah tak tertanggung. Rasa nak menjerit sekuat hati tetapi saya bertahan jugak untuk menyempurnakan solat selagi boleh.

Sejujurnya saya tak terfikir pun nak solat kerana dah sakit nak bersalin. Tambahan pula dah ada 'show' kan. 

Kesakitan akibat kontraksi makin kuat sehingga akhirnya saya minta suntikan epidural. Alhamdulillah, selepas diberi suntikan epidural kesakitan terus hilang sehinggalah baby keluar.

Kembali kepada soalan saya tadi, 

Pecah Ketuban: Wajib ke solat lagi?

Selagi tak bersalin, selagi itulah solat itu wajib.Pecah ketuban atau 'Show' tidak menggugurkan kewajipan solat. 'Show" bukan darah nifas. Darah yang keluar selepas bersalin barulah darah nifas dan wanita tidak boleh solat sehingga darah nifas kering sehingga maksimum 60 hari.

Sebelum solat, darah perlu dibersihkan dan pakaian perlu ditukar jika terkena najis. 

Bila dikenang kembali, saya sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat menjaga solat saya bukan sahaja ketika saya sakit malah setiap masa sentiasa bertanyakan "sayang dah solat?". 

Alhamdulillah..

Monday, November 9, 2015

Nak Bersalin Dimana?

Ibu2 tengah berkira2 nak bersalin dimana kali nie?Atau ini pengalaman bersalin pertama ibu2?

Kita selalu dengar ramai yang merungut tentang servis di hospital kerajaan. Kononnya staff nurse garang lah..Lepas tu nak request doktor perempuan pun susah..huhu..

Saya tertarik dengan saranan seorang doktor perempuan yang bertugas di hospital kerajaan tentang "kenapa susah sangat nak dapat doktor perempuan di wad bersalin". Saranan beliau:

1) Kalau ada anak @ adik perempuan @ saudara mara perempuan suruh diorang ambil bidang perubatan dan pilih untuk bertugas di wad bersalin.
2) Kumpul duit untuk bersalin di hospital swasta dimana pesakit boleh memilih doktor masing2.
3) Kalau tak mampu, berdoa banyak2 supaya Allah permudahkan proses bersalin dan doktor bertugas semasa bersalin adalah doktor perempuan.

Mungkin ada segelintir masyarakat kita tak tahu bagaimana keadaan di hospital kerajaan sehingga ada kes "suami sanggup tampar muka doktor lelaki yang menyambut kelahiran anaknya". Bukan nak bersyukur isteri dan anaknya selamat kan...

Sedih bila melihat fenomena ini. Dulu2, masyarkat kita sangat menghormati insan yang ber'coat' putih ini. Tapi sekarang tidak lagi. Malah berbagai-bagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada mereka. Kalau anda tahu bagaimana tugas seorang doktor, anda pasti tak sanggup melemparkan kata-kata menghina mereka.

Wajarkah tindakan sebegini?
Adakah sebab hati dan akal masyarakat kita sudah tepu dek kerana subsidi kerajaan melampau2 sehingga mereka tidak menghargai apa yang mereka perolehi secara percuma?
Tidak bersyukurkah kita?

Saya taknak mengulas lanjut tentang hal ini. Tepuk dada tanya iman masing2. Jika perlu, boleh ikut saranan seperti diatas.

Berbalik kepada topik kita, nak bersalin dimana?

Alhamdulillah, untuk ketiga-tiga orang anak kami, saya bersalin di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak dibawah doktor yang sama Dr Noor Fidak. Layanan sudah semestinya tip top. Dan yang paling penting,  breastfeeding friendly

Bayi yang baru lahir terus diletakkan ke dada ibu selepas tali pusat dipotong untuk skin to skin dengan si ibu. Tiada susu formula yang ditawarkan kepada kami sepanjang berada di hospital. Hospital Pusrawi juga menawarkan kaunseling penyusuan susu ibu sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor semasa check up bulanan.

Kami bukanlah daripada keluarga 'berduit'. Perbelanjaan hospital ditanggung oleh medical card company suami. Tapi kalau kami tiada medical card seperti sekarang, saya akan mengambil langkah no (2) seperti yang dicadangkan diatas. Nak seribu daya kan?

Berdasarkan pengalaman saya, pemilihan hospital yang membantu ibu2 memulakan penyusuan atau breastfeeding friendly sangat penting kerana ia mempengaruhi perjalanan penyusuan kita. 

Malah sejak hamil lagi ibu2 dinasihatkan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan penyusuan susu ibu supaya ibu2 lebih bersedia menempuhi saat itu nanti. Perjalanan penyusuan susu ibu secara eksklusif bukanlah perkara mudah.


Antara hospital yang telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi ialah:
1. Pusat Perubatan Universiti Malaya.
2. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Hospital Kuala Lumpur.
4. Hospital Putrajaya.
5. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
6. Hospital Pusrawi.
7. Hospital Tawakal.
8. Hospital Sentosa.
9. Hospital Pantai.

Hospital yang dalam assessment mendapatkan pengiktirafan status Rakan Bayi:
1. Hospital Tung Shin.
2. Prince Court Medical Centre.
3. Hospital Pakar Al-Islam.
4. Hospital Damai.

Sumber: www.cikgususu.com

Semoga bermanfaat untuk ibu2.

Saturday, November 7, 2015

Produk Shaklee Mahal?

Sejak dulu lagi saya memang mengakui kualiti produk Shaklee. Produk Shaklee memang bagus tapi MAHAL GILER KOT!!!

Betul ke Produk Shaklee Mahal?

Masa nie belum kenal lagi dengan Shaklee. Tapi sekarang bila dah kenal, terjatuh cinta la pulak..memang tak pandang supplement brand lain dah:)).

Saya mula makan Shaklee semasa menyusukan anak kedua. Mase tu saya cuba Alfalfa complex. Kakak ipar yang cadangkan supplement tu tapi tak berkesan pun. Lepas tu kakak ipar cadangkan untuk add on ESP. Lepas minum ESP breast memang cepat penuh, kesannya bergantung kepada pengambilan. Bila ambil baru nampak kesannya. Kalau tak minum lambat la breast penuh. Tak dinafikan susu ibu jadi makin pekat dan anak kenyang lebih lama. Tapi 1 tin dah RM150, boleh tahan jugak kan. Last2 saya berhenti ambil semua tu sebab saya rasa macam tak berkesan untuk saya. Macam2 milkbooster saya cuba untuk survive sampai Zulfa umur setahun. Tapi sekarang saya sedar bahawa kegagalan saya dalam breastfeeding bukan disebabkan oleh milkbooster tak bagus/berkesan tapi saya yang malas nak ikut konsep demand and supply. Senang cakap, makan la pape sekali pun, kalau tak ikut konsepnya, susu badan tak banyak.

Cerita saya dan Shaklee tak terhenti disitu..

Saya dijangkiti Chicken Pox 2minggu selepas kembali bekerja selepas cuti bersalin anak ke2. Habis mc seminggu saya terus kembali bekerja. Muka tak payah cakap lah..penuh dengan parut2. Ramai yang cadangkan untuk sapu krim vitamin E Cosmoderm. Petang lepas balik kerja, saya terus pergi beli di framasi. Tapi susah sangat nak pakai sebab melekit2..nak tidur pun tak selesa. Siang memang tak boleh pakai langsung sebab lagi melekit rasenye. Lepas tu kawan sekerja cadangkan untuk beli vitamin E softgel Natopherol kat farmasi. Saya pun beli la. Dalam masa yang sama, saya mesej kak ipar bertanyakan harga Vita-E Shaklee unutk buat perbandingan harga. 
Kalau dibandingkan harga per botol, Vita E shaklee lebih mahal berbanding Natopherol. Tapi kalau dibandingkan harga per softgel, Vita-E Shaklee lebih murah sebenarnya. Tapi disebabkan nak jimat, saya beli dulu vitamin E kat farmasi. 
Alhamdulillah ada perubahan. Bila dah habis sebotol Natopherol saya decide untuk beli Vita-E Shaklee pulak. Untuk penggunaan jangka panjnag, lebih baik beli Vita -E Shaklee yang jauh lebih murah selain berasaskan bahan semulajadi yang dijamin berkualiti, selamat dan berkesan. Vita-E Complex ditambah dengan selenium yang meningkatkan lagi fungsi vitamin E. 

Kebanyakkan produk di pasaran adalah terdiri daripada vitamin sintetik dan bukan berasaskan bahan semulajadi. Sehingga kini (dah lebih 2 tahun) saya masih mengamalkan Vita E Complex setiap malam sebelum tidur kerana sifat antioksidannya yang boleh membantu memusnahkan radikal bebas dalam badan yang menjadi punca banyak penyakit.

Vita E Complex: RM149 (120biji) penggunaan 4 bulan. Kalau jadi ahli, boleh beli dengan harga jauh lebih murah.

Murah kan?

Kebiasaanya produk yang berasaskan bahan semulajadi memerlukan kos pengeluaran yang tinggi. Tetapi dengan Shaklee anda boleh membelinya dengan harga yang  murah, berpatutan dan berkualiti tinggi.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, November 5, 2015

GILA MEROYAN LEPAS BERSALIN: APA YANG ANDA PATUT AMBIL TAHU

Baru2 ini kecoh di fb insiden ibu dalam pantang 10hari bunuh diri sebab "gagal breastfed anak". Ada yang menyalahkan ibu2 yang duk promote kebaikan susu ibu dan share breastfeeding journey masing di wall fb sehingga memberi tekanan kepada ibu2 lain yang "gagal" memberi susu ibu kepada anak sendiri.

Macam biasalah tipikal rakyat malaysia suka share tanpa usul periksa atau lebih senang cakap "tekan butan share tanpa ilmu didada".

Betul ke breastfeeding puncanya?

Sejujurnya saya tak rasa ibu tersebut bunuh diri disebabkan oleh gagal breastfed anak. 

Kenapa breastfeeding yang dipersalahkan? 

Ramai yang cakap, susu ibu cukup atau tidak untuk anak adalah rezeki masing2. Tak boleh dibandingkan dengan orang lain. 

Yup..betul. Tapi ibu2 kena ingat rezeki boleh dicari dan diusahakan. 

Betul tak? 

Sejauh mana ibu2 yang cakap "takde rezeki anak" telah berusaha sedaya upaya untuk berikan susu ibu kepada anak sendiri?

Kita lupakan pasal breastfeeding dulu..

Ibu2 pernah dengar gila meroyan?
@ postpartum depression?

GILA MEROYAN LEPAS BERSALIN: APA YANG ANDA PATUT AMBIL TAHU

Ada 3 ‘fenomena’ psikiatri yang boleh berlaku terhadap wanita yang baru melahirkan anak (post-partum period).

POST-PARTUM BLUES

Simptom: mudah menangis, emosi berubah-ubah
Biasa terjadi pada hari ke 3-5 selepas bersalin, bersifat sementara. Di alami oleh 50-80% wanita. Dikaitkan dengan perubahan hormon secara mendadak selepas kelahiran bayi. Tidak berbahaya, Cuma ibu memerlukan sokongan yang baik pada fasa ini. Sekiranya tidak mendapat sokongan yang baik, berkemungkinan berlarutan menjadi kemurungan.

POST-PARTUM DEPRESSION (kemurungan)

Simptom: Sedih berpanjangan, mudah terasa, mudah marah, gangguan tidur, hilang selera, hilang focus, rasa tidak sempurna dan bukan ibu yang baik, lintasan fikiran mahu membahayakan bayi.
Biasa berlaku dalam 4 minggu pertama kelahiran, kemuncak pada bulan 3-6 kelahiran. Ada kajian yang menunjukkan 10% ibu mengalaminya. Berkait rapat dengan sejarah gangguan mental dan kecelaruan persekitaran (penceraian, masalah kewangan dan sebagainya).
Perlu rawatan segera, kerana kesan penyakit ini boleh mengakibatkan gangguan ‘bonding’ antara ibu dan anak, risiko penyakit mental terhadap bayi, gangguan hubungan suami isteri, risiko bunuh diri dan kecederaan pada bayi.

POST-PARTUM PSYCHOSIS

Simptom: kecelaruan fikiran, gelisah, emosi tidak menentu, mengalami halusinasi (mendengar suara yang tidak wujud) dan boleh bersikap agresif.
1 dalam 1000 wanita mengalaminya. Penghidap berisiko menghadapi masalah psikiatri pada masa akan datang, contohnya bipolar disorder.
Memerlukan rawatan segera.

SEBAB-SEBAB LAIN

Ada juga gangguan fikiran dan emosi berlaku akibat penyakit fizikal. Fenomena ini dipanggil ‘delirium’.
Antara penyakit yang biasa terjadi – jangkitan kuman dalam darah, kekurangan darah, darah beku dan komplikasi bersalin yang lain.

APA BOLEH ANDA LAKUKAN?

1. Sebarang perubahan terhadap ibu yang bersalin perlu diberi perhatian serius, dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.
2. Fasa selepas bersalin adalah kritikal kepada seorang ibu dan bayi. Pastikan keduanya mendapat perlindungan dari segi fizikal dan emosi.
3. Sokongan, bantuan dan perhatian benar-benar bermakna bagi mereka. Bantu dalam apa jua bentuk.
4. ibu yang berisiko perlu diberi perhatian lebih
5. Pastikan ibu ada rehat yang mencukupi, ada ruang sendiri, ada masa memanjakan diri dan ruang untuk pulih.
6. Walaupun tidak boleh menjalankan ibadah tertentu sewaktu berpantang, ibadah umum lain seperti berzikir, berdoa, beristighfar dan mendengar ayat al Quran masih boleh dilakukan dan digalakkan.
7. tahu limit anda. minta bantuan jika rasa tak tertampung.

Sumber: Dr Rozanizam

Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah lalui tahap post-partum depression. Paling teruk pun post-partum blues: Emosi mudah terganggu, tiba2 rasa nak nangis tanpa sebab. 

Paling teruk masa anak pertama. 

Athirah asyik menangis, asyik nak menyusu seolah2 tak kenyang2. Oleh kerana terlalu penat mendodoi dan menyusu Athirah, saya jadi macam 'hilang akal'. Saya marah2 kat Athirah yang baru umur beberapa hari tu. Saya begitu stress sehingga saya sanggup 'mencampak' Athirah ke atas katil sebab asyik nangis je. Suami saya terus angkat Athirah dan terus keluar dari bilik. Suami tutup pintu dan biarkan saya sorang2 di bilik. 

Adakah ini post-partum blues @ post-partum depression? 

Alhamdulillah. Keadaan ini tak berlarutan. Mungkin sebab kurang ilmu dan persediaan untuk menerima orang baru dalam hidup memberi tekanan kepada saya sebagai ibu baru. 

Untuk anak ke2 dan ke3, proses dalam pantang saya bertambah baik walaupun berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua. Malah saya makin seronok apabila anak saya asyik nak berkepit dan menyusu dengan saya. 

Alhamdulillah, dengan ilmu penyusuan yang saya kumpulkan sejak daripada hamil lagi membantu saya untuk lebih positif dan melihat suatu cabaran yang berlaku sebagai peluang untuk saya lebih rapat dengan anak2 dan sebagai salah satu cara untuk memberi 'arahan' @ rangsangan kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu dek kerana bayi yang kerap menyusu (rangsangan kepada puting payudara akan merangsang lebih banyak prolaktin dan oksitosin)

Logiknya pun, anak yang baru lahir, setelah 9 bulan berada dalam rahim ibu yang seakan2 dipeluk, kini telah keluar ke dunia baru yang sudah pastinya akan mengambil masa untuk sesuaikan diri. Menangis tak semestinya lapar. Dada ibu dirasakan tempat yang paling selamat dan selesa untuk bayi.
Selain rehat dan tidur yang cukup, ibu2 dalam pantang boleh mengamalkan supplement asas untuk kesihatan badan.

Antara supplement asas yang ibu2 boleh cuba adalah:
1) B Complex: bertindak sebagai antistress dan menenangkan. Juga berfungsi untuk membantu menukarkan makanan kepada tenaga.
2) Ostematrix: Membantu hilangkan sakit2 badan dan membantu ibu untuk tidur lena dan berkualiti walaupun hanyya tidur beberapa jam sahaja diwaktu malam.
3) Vitalea: Multivitamin dan mineral membantu melengkapkan nutrisi harian ibu berpantang.

Klik untuk order: Set Menyusu @ Set berpantang

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

AddThis