Showing posts with label Kanser Prostat. Show all posts
Showing posts with label Kanser Prostat. Show all posts

Tuesday, December 22, 2015

Kanser: Bagaimana Berlaku Dan Cara Mencegah.

Sebut sahaja penyakit kanser, ramai yang gerun mendengarnya. Borak2 dengan rakan sekerja yang juga merupakan seorang pharmacist. Beliau mengamalkan penga pengambilan vitamin C dan E (bukan jenama Shaklee) sebagai sumber antioksidan. Beliau risau kerana ada antara saudara maranya yang mengidap kanser dan meninggal dunia kerana kanser. Sesetengah jenis kanser juga dipengaruhi oleh faktor sejarah keluarga.

Bagus tindakan beliau. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Sepanjang bekerja di Farmasi Klinik Pakar Aras 4 Hospital Selayang, saya banyak berjumpa pesakit kanser prostat dan kanser payudara. Sebilangan kecilnya pula adalah pengidap kanser hati. Ada sesetengah pesakit sudah menjadi regular customer saya sejak 5 tahun lalu.

Lama bukan?
Adakah memang tiada ubat yang boleh menyembuhkannya?

Kebanyakkan kes yang saya jumpa di hospital, pesakit kanser akan berakhir dengan kematian akibat kanser. Sepanjang hayat saya (baru 6tahun;)) bekerja sebagai pegawai farmasi di hospital kerajaan, saya tidak pernah jumpa kes pesakit kanser sembuh daripada kanser selepas pengambilan ubat yang ditawarkan di hospital selepas tempoh tertentu.

Penyakit kanser bukanlah suatu penyakit yang mudah untuk dikesan. Dalam kebanyakkan kes, pesakit hanya tahu mereka mengidap kanser apabila telah nyata tanda2 sahaja. Dan kebanyakannya dikesan pada peringkat akhir.

Bagaimana kanser berlaku?
Kanser terjadi apabila berlaku pertumbuhan sel yang tidak normal. Sel2 yang tidak normal ini akan bertambah dan berkembang sehingga boleh menceroboh ke dalam tisu2 normal yang lain (metastasis). 
Sumber: www.fydanoh.com

Dalam keadaan normal, sel2 badan yang rosak akan mengalami apoptosis dimana ia akan "membunuh diri" dan musnah tanpa membawa kemudaratan kepada badan.

Dalam keadaan kanser, mutasi (perubahan sel) yang berlaku kepada sel badan yang normal tidak melalui proses apoptosis. Sel yang bermutasi ini akan berkembang tanpa kawalan dan menyebabkan kanser berlaku.

Salah satu faktor berlakunya pertumbuhan sel yang tidak normal adalah berpunca daripada serangan radikal bebas yang mengubah struktur sel.

Apa punca radikal bebas?
Selain daripada punca diatas, banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan radikal bebas terhasil contohnya pengambilan fast food, makanan yang digrill atau dibakar, Makanan GMO dan banyak lagi. Jadi sebagai langkah pencegahan kita perlu menjauhi punca2 radikal bebas ini.

Bagaimana antioksidan boleh membantu? 
Selain bertindak menjauhi punca2 radikal bebas, kita juga boleh mengamalkan pengambilan antioksidan yang berfungsi untuk menghapuskan radikal bebas telah terhasil dalam badan kita. 
Sumber: //tipscarahidupsehat.com

Kehadiran "sumber radikal bebas" akan menyebabkan atom oksigen kehilangan "elektron" yang akan menyebabkan ia bersifat aktif (menjadi radikal bebas) dan ia akan "mengacau" sel2 lain yang akhirnya akan menyebabkan kerosakan pada tisu badan. 

Pengambilan antioksidan pula akan mengembalikan "electron" yang telah hilang tadi kepada atom oksigen dan ini akan meneutralkan semula sifat radikal bebas tadi.

Melihat kepada faktor2 penyumbang kepada penghasilan radikal bebas dan kesannya kepada badan kita, saya yakin bahawa kita terdedah kepada radikal bebas setiap hari dan berpotensi untuk mendapat penyakit kanser. 

Jadi, tidak keterlaluan jika saya katakan kita wajib mengambil supplement antioksidan dan supplemen yang lain sebagai perisai kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik anugerah Allah ini. Ditambah lagi dengan "makanan" harian kita yang hanya memberi rasa kenyang berbanding nutrisi lengkap dan seimbang. 

5 asas untuk penjagaan kesihatan:

1) Makanan sihat & Seimbang
2) Aktiviti sihat
3) Kegiatan sosial yang sihat
4) Amalan spiritual yang sihat (amalan rohani)
5) Pengambilan suplemen

Amalkanlah 5 perkara di atas, mudah2an kita menjadi lebih sihat fizikal & emosi dan dijauhkan daripada penyakit kanser.

Sedikit perkongsian yang rakan whatsapp viralkan daripada rancangan Prof Muhaya.com TV Alhijrah dengan tajuk :Mengatasi kanser. 
Tips mengatasi kanser: GBOMS. 

Banyakkan pengambilan:

G: Greens (Alfalfa Complex)
B: Berries (Vivix)
O: Onion (Garlic Complex)
M:Mushrom
S: Seeds (Nutriferon). 

Selamat mencuba dan hargai kesihatan anda. Cegah sebelum parah:)).

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, July 8, 2015

12 Khasiat Resveratrol Dalam Vivix Shaklee

Pagi nie terfikir untuk cari jurnal berkaitan Resveratrol yang merupakan kandungan utama dalam Vivix Shaklee. 

Senyum sorang2 bila baca jurnal nie..Excited je rase..saya nie pharmacist, jadi bile jumpa jurnal yang 'support' kebaikan Resveratrol memang sangat2 teruja..tambah2 lagi jurnal yang saya jumpa nie adalah kajian yang bukan dijalankan oleh pihak Shaklee. Yela kan, kalau Shaklee yang buat kajian nanti orang cakap bias pulak..Semua claim yang distributor shaklee duk2 di fb semuanya ada bukti saintifik. Bukan berdasarkan testimoni semata2. 

Bahagianya rasa bila jumpe jurnal nie..mungkin sebab saya dalam medical stream, saya lebih suka berkongsi sesuatu berdasarkan bukti saintifik yang ada kajian dijalankan ke atasnya dan berkongsi maklumat berdasarkan fakta bukan sekadar omong kosong:))

Ya Allah..Allah Maha Besar. 

Terlalu banyak kebaikan Resveratrol nie..makin teruja bila setiap fungsinya diterangkan secara terperinci bagaimana Resveratrol bertindak. Kebanyakannya diterangkan dalam medical term seperti yang saya belajar dalam program ijazah farmasi dulu. Rasa macam nak kembali sambung belajar je..excited dengan mechanism of action of resveratrol. Mungkin sebab inilah Vivix digelar 'tonik ajaib". Mekanisma tindakannya sangat2 mengujakan.
Sumber: 
Resveratrol: A multitargeted agent for age-associated chronic diseases Kuzhuvelil B. Harikumar & Bharat B. Aggarwal Published online: 30 Apr 2008.

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan, resveratrol berpotensi untuk melawan kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes, penyakit auto-immune dan anti-penuaan.

Khasiat Resveratrol Dalam Vivix Shaklee:

1) Resveratrol berpotensi sebagai anti-kanser.

Kajian terdahulu menunjukkan resveratrol mempunyai kemampuan yang 'excellent' untuk mencegah kanser pada pelbagai peringkat (cellular growth, cell division, apoptosis, inflammation, angiogenesis, and metastasis).

Kesan Resveratrol kepada Solid tumor:
1) Merencatkan perkembangan tumor dan menghalang metastasis (sel kanser menceroboh ke tisu lain)

2) mengurangkan saiz/isipadu (volume) tumor sebanyak 42% dan mengurangkan berat  tumor sebanyak (44%).

2) Resveratrol merencatkan perkembangan kanser prostat.

Mengurangkan kejadian kanser prostat dan merencatkan proliferasi (perkembangan atau pertambahan) sel.

3) Kanser Pankreas: 
Resveratrol menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel kanser pankreas.


4)Leukemia, Lymphoma dan Myeloma

Banyak kajian menunjukkan Resveratrol memberi kesan anti-proliferative dalam sel leukimia.

5)Resveratrol: Molekul anti-penuaan. Didapati Resveratrol secara konsistennya memanjangkan jangka hayat.
6)Resveratrol sebagai anti-diabetic agent

i) Kajian menunjukkan Resveratrol mempunyai kesan antihyperglycemic dan antioksidan
ii) Resveratrol merencatkan kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes (diabetic nephropathy).
iii) Resveratrol juga mengurangkan perembesan insulin dan melambatkan terjadinya kerintangan insulin (insulin resistance).
iv) Resveratrol merangsang proses fisiologi seperti merangsang pengambilan glukosa oleh sel hati (hepatocytes),sel lemak (adipocytes), dan otot-otot (skeletal muscle) dan menggalakkan penghasilan glycogen di hati. Proses ini akan menurunkan paras glukosa dalam darah.
v) Rawatan bersama Resveratrol dan insulin: Kajian terkini menunjukkan Resveratrol menunjukkan kesan yang positif dalam kawal atur glukosa dalam badan dan meningkatkan sensitiviti insulin pada tisu lemak (adipose tissue), otot-otot dan hati.

7) Resveratrol dan sistem imun.

Inflamasi memainkan peranan utama dalam kebanyakan penyakit. Resveratrol dilaporkan mempunyai kesan anti-inflamasi dan antioksidan yang signifikan.

8) Menurunkan paras LDL (lemak jahat): Bagus untuk Hypercholestrolemia.

Resveratrol mencegah pengoksidaan LDL kerana oksidasi LDL akan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dan myocardial infarction. Resveratrol adalah antioksidan yang baik dan ia menghalang peroksidaan LDL.

9) Kesan kepada aggregasi platelet. : Bagus untuk pesakit jantung dan strok.

Resveratrol merencatkan aggregasi platelet. Platelet yang boleh melekat pada permukaan endothelial salur darah dan membentuk trombosis, yang mana akhirnya akan menyebabkan atherosclerosis (keadaan dimana salur darah menjadi sempit disebabkan ada mendapan pada dinding salur darah).

10) Kesan vasorelaksasi. Bagus untuk pesakit darah tinggi atau hypertension.

Resveratrol berkebolehan untuk me'relaks'kan salur darah. Resveratrol juga menghalang pengahasilan "endogenous vasoconstrictors".

11) Mengurangkan keradangan kulit seperti dalam masalah ekzema.

12) Mengurangkan Bone loss. Bagus untuk osteoporosis

Mencegah kehilangan tulang, meningkatkan ketumpatan mineral dan kandungan kalsium dalam tulang.

Klik untuk order: Vivix


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, July 5, 2015

Merawat Kanser Prostat Dengan Vivix

Bagi yang pernah singgah blog nie mesti perasan saya selalu share pasal kanser prostat. Mungkin sebab setiap hari saya jumpa pesakit dan ada dikalangan mereka adalah pengidap kanser prostat, saya rasa diri saya sangat dekat dengan kanser prostat. Selain kanser prostat, masalah prostat membengkak (benign prostate hyperplasia) juga dekat dengan saya. Mana taknya, setiap hari selasa dan Jumaat mesti jumpa pakcik2 yang mengidap BPH dan kanser prostat nie. Kesian tengok pakcik2 nie. Setiap hari kena makan ubat (bagi pesakit BPH). Yang ada kanser pulak terpaksa cucuk setiap 3 bulan. Dan mereka semua tahu bahawa mereka kena makan ubat seumur hidup mereka sampai mati.

Kalaulah anda tahu betapa saya nak sangat share dengan semua pesakit BPH dan kanser prostat di klinik pakar Urology Hospital Selayang nie tentang kebaikan Resveratrol pada mereka. Kalau nak dibandingkan kos perubatan moden dengan harga Vivix Shaklee nie, Vivix lagi murah kot..tapi opkos la di hospital kerajaan semuanya percuma..mungkin sebab tu semua orang tak kesah kan?

Tapi apalah sangat nilai duit jika dibandingkan nikmat sihat dan kualiti hidup yang bakal kita dapat jika masalah kesihatan kita dapat diatasi kan?
Resveratrol sangat sinonim dengan kanser prostat. Kalau search kat googlescholar(saya suka cari jurnal kat website nie..macam zaman buat tesis dulu2) mesti berderet2 keluar jurnal tentang Resveratrol dengan kanser prostat nie. Banyak kajian yang menyokong keberkesanan Resveratrol yang terkandung dalam Vivix nie..bukan 1 tapi banyakkk sangat sampai tak larat nak baca semua jurnal tu:)).

Hasil kajian Resveratrol dan kanser prostat.

1) Kajian membuktikan Resveratrol boleh merencatkan sel kanser prostat dimana ia boleh menyekat kejadian kanser pada peringkat awal dan menghalangnya menjadi lebih teruk.

2) Selain itu, Resveratrol terbukti mampu menurunkan risiko penyakit jantung, kanser, diabetes dan penyakit neurodegenaratif.

Ini adalah kerana Resveratrol bersifat antioksidan dan anti inflamasi disamping aktiviti biologinya yang boleh mengawal gene (DNA). 

3) Pengambilan Resveratrol menunjukkan penurunan sebanyak 43% dalam cell proliferation (proses pertumbuhan sel kanser). 

4) Walaupun Resveratrol tidak boleh memusnahkan sel prostat kanser 100%, tetapi tindakannya yang mampu melambatkan atau menghentikan perkembangan sel prostat kanser akan meningkatkan kualiti hidup pesakit dan memanjangkan jangka hayat pesakit. 
Vivix Shaklee adalah minuman botanikal yang tinggi kandungan Resveratrol (sejenis polifenol) yang dihasilkan daripada:
1) Polygonum Cuspidatum
2) Muscadine Grape
3) Purple Carrot
4) European Elderberry

Apa ada pada Muscadine Grape?

Para saintis sangat berminat dengan Muscadines kerana ia mengandungi lebih banyak Resveratrol berbanding anggur2 lain.

Seperti anggur lain,  Resveratrol dalam muscadines grape tertumpu pada kulit dan biji (dalam muscadines, kebanyakannya pada kulit. 

Mekanisma :

1) Kedua2 Resveratrol dan Muscadines Skin Extract (MSE) mengubah struktur dan merencatkan pertumbuhan sel prostat kanser tetapi tidak pada sel prostat yang normal. 

Ini menunjukkan tindakannya yang spesifik kepada sel kanser sahaja. Bagi yang belum tahu, rawatan kemoterapi yang biasa digunakan dalma rawatan kanser dalam perubatan moden adalah tidak spesifik kepada sel kanser sahaja. Kesan sampingan kemoterapi ynag timbul adalah disebabkan tindakannya yang tidak spesifik turut melibatkan sel normal.

2) Resveratrol merencat perkembangan sel prostat kanser dengan cara mengganggu kitar sel (proses dimana sel membahagi dan menghasilkan 2 sel.

3) MSE merencatkan perkembangan sel kanser prostat dengan cara merangsang kematian sel (apoptosis) atau kematian sel yang diprogramkan (programmed cell death) (tidak pada resveratrol). 

4) Anthocyanins (pigment berwarna ungu gelap pada kulit anggur) bersifat anti-kanser dan mempunyai khasiat kesihatan yang lain. Ia boleh mencegah  pertambahan berat badan bagi individu yang mengambil diet tinggi lemak. Dengan mencegah obesiti,  ia akan menolong unutk mencegah kerintangan insulin (insulin resistance) dan Diabetes Jenis 2.

Fuhhh..excited tak tengok bagaimana resveratrol boleh membantu pesakit kanser? Semuanya disokong dengan kajian, bukan sekadar testimoni printscreen kat whatsapp:)).

Anda pilih, anda yang tentukan.
Hidup ini satu pilihan.

Sebotol hanya RM 475 
Beli 2 botol dapat keahlian percuma.

Klik untuk order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
 6013 2862949
 zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, October 25, 2014

Kanser Prostat Lagi!!!

23/10/2014: Saya baru dapat berita bahawa seorang pesakit kanser prostat yang menerima rawatan di Klinik Pakar Urology Hospital Selayang dah meninggal dunia. Setakat yang saya tahu ada lebih kurang 40 orang pesakit kanser prostat di Hospital Selayang tapi fokus saya sekarang kepada 2 orang pesakit sahaja sebab yang nie special case.

Biasanya pesakit akan datang ambil injection untuk kanser prostat setiap 3 bulan. Tapi untuk 2 pesakit nie, diorang ambil injection yang sebulan sekali sebab hormon diorang tak stable dengan injection yang 3 bulan. Sebab tu senang nak ingat 2 pesakit nie.

Bila tengok keadaan pesakit yang dah bertahun2 menerima rawatan tapi masih tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif, saya geram nak suggest suruh ambil Vivix nie..sampai bila nak bergantung keopada ubat hospital yang kadang2 saya fikir hanya menguntungkan company ubat je..kalau macam ubat2 untuk BPH biasanya kena ambil sampai mati. Bila saya check history patient, dia dah ambil ubat2 tu hampir 10 tahun..10tahun??? Kalau saya lah saya dah cari alternatif lain dah.

Sama jugak dengan penyakit kronik lain macam Diabetes, Buah Pinggang, stroke...sesak nafas bila tengok patient2 nie..tiap2 bulan datang ambil ubat kat farmasi satu plastik besar...ada yang kena makan lebih kurang 15 jenis ubat sehari...Saya dah kerja kat Hospital Selayang 4 tahun..maknenye diorang dah jadi regular customer saya 4 tahun dah kat kaunter farmasi tu..stress kan tengok semua nie...

Sejak kenal Shaklee nie saya dah semacam anti dengan ubat moden nie...kenapa orang tak jumpa Shaklee dan cuba Shaklee..Shaklee Selamat, Semulajadi dan Berkesan...Saya betul2 yakin dengan Shaklee..Sampai nak bagi badan kita makan bahan2 kimia nie..kenapa tak bagi yang semula jadi je kat badan kita...tak sayang ke kat badan kita nie??..huhu..

Saya harap suatu hari nnt pesakit2 saya akan jumpa, kenal dan jatuh cinta dengan Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik..Susah untuk saya mempromosikan produk saya kat kaunter farmasi takut bertentangan dengan etika kerja saya. Saya harap dengan perkongsian saya di blog boleh membuka mata masyarakat kita yang terlalu bergantung kepada ubat hospital untuk kenal alternatif semulajadi yang lain. Saya tidak menafikan tugas doktor dalam hal nie..Kepakaran doktor adalah amat penting untuk membuat diagnosis, tetapi pilihan rawatan mestilah lebih luas.


Klik untuk order: Vivix Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Tuesday, October 21, 2014

Vivix Membantu Dalam Masalah Prostat

Ada patient tanya, sampai bile nak ambil ubat2 nie..sampai mati ke?

hmmm..boleh kata sampai mati la kan..so far tak pernah lagi jumpe patient yang dah sembuh dan boleh berhenti ambil ubat2 tu..

Ubat yang saya maksudkan tu ubat untuk BPH (benign Prostate Hyperplasia) dan kanser prostat..

Untuk kanser prostat setiap 3 bulan kena ambil suntikan..kesian kan..

Kalau BPH tu kene makan ubat biji tiap2 hari la..

TAK NAK CUBA ALTERNATIF LAIN KE?

Vivix boleh membantu anda dalam masalah prostat. Kajian menunjukkan Resveratrol yang terkandung dalam vivix boleh merencat pertumbuhan kanser prostat..


Apa kaitan BPH dengan Kanser prostat?

Kedua-duanya melibatkan pembesaran sel prostat dan berkongsi simptom yang sama. Kalau di Klinik Pakar Urology Hospital Selayang, BPH nie boleh dikatakan penyakit biasa yang dialami oleh lelaki yang sudah meningkat usia. Pesakit kanser prostat pula tidak la seramai pesakit BPH. 

Boleh dikatakan setiap lelaki berisiko untuk mendapat BPH. Peratusannya mengikut umur pesakit. Semakin meningkat usia semakin berisiko untuk seorang lelaki mendapat masalah prostat. Jika pesakit tersebut berumur 50 tahun, jadi risikonya mendapat BPH adalah sebanyak 50%, kalau umurnya 60tahun, risikonya untuk mendapat BPH adalah 60% dan begitulah seterusnya.

BPH nie pun boleh dikatakan macam kanser jugak..bezanya ketumbuhannya tak bahaya macam kanser prostat. Ia hanya melibatkan sel prostat yang membesar dari saiz biasa dan hanya melibatkan prostat sahaja.

Tapi kalau kanser prostat nie, ia adalah ketumbuhan yang bahaya dan boleh menceroboh ke sel2 lain selain prostat.

Kalau kajian menunjukkan kesan yang positif Vivix kepada kanser prostat yang bahaya tu, apatah lagi untuk BPH kan..


Info lanjut berkaitan PROSTAT:

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/kanser-prostat

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. 

Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.


Apakah itu Kanser Prostat?

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Gejala kanser prostat:

(1) Aliran air kencing yang tidak lancar.
(2) Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
(3) Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
(4) Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
(5) Darah dalam air kencing atau air mani.

Bagaimana Vivix boleh membantu dalam masalah prostat?

Sudah tentulah sebab bahan-bahan utamanya yang kaya dengan polifenol dan resveratrol yang bertindak sebagai antioksida yang kuat dan bertindak sehingga peringkat DNA.


Klik untuk bacaan Lanjut tentang Bagaimaan Vivix Menghalang Perkembagan Kanser

Apa tunggu lagi?

SEBOTOL 150ml RM475

Klik Untuk order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis