Tuesday, December 22, 2015

Kanser: Bagaimana Berlaku Dan Cara Mencegah.

Sebut sahaja penyakit kanser, ramai yang gerun mendengarnya. Borak2 dengan rakan sekerja yang juga merupakan seorang pharmacist. Beliau mengamalkan penga pengambilan vitamin C dan E (bukan jenama Shaklee) sebagai sumber antioksidan. Beliau risau kerana ada antara saudara maranya yang mengidap kanser dan meninggal dunia kerana kanser. Sesetengah jenis kanser juga dipengaruhi oleh faktor sejarah keluarga.

Bagus tindakan beliau. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Sepanjang bekerja di Farmasi Klinik Pakar Aras 4 Hospital Selayang, saya banyak berjumpa pesakit kanser prostat dan kanser payudara. Sebilangan kecilnya pula adalah pengidap kanser hati. Ada sesetengah pesakit sudah menjadi regular customer saya sejak 5 tahun lalu.

Lama bukan?
Adakah memang tiada ubat yang boleh menyembuhkannya?

Kebanyakkan kes yang saya jumpa di hospital, pesakit kanser akan berakhir dengan kematian akibat kanser. Sepanjang hayat saya (baru 6tahun;)) bekerja sebagai pegawai farmasi di hospital kerajaan, saya tidak pernah jumpa kes pesakit kanser sembuh daripada kanser selepas pengambilan ubat yang ditawarkan di hospital selepas tempoh tertentu.

Penyakit kanser bukanlah suatu penyakit yang mudah untuk dikesan. Dalam kebanyakkan kes, pesakit hanya tahu mereka mengidap kanser apabila telah nyata tanda2 sahaja. Dan kebanyakannya dikesan pada peringkat akhir.

Bagaimana kanser berlaku?
Kanser terjadi apabila berlaku pertumbuhan sel yang tidak normal. Sel2 yang tidak normal ini akan bertambah dan berkembang sehingga boleh menceroboh ke dalam tisu2 normal yang lain (metastasis). 
Sumber: www.fydanoh.com

Dalam keadaan normal, sel2 badan yang rosak akan mengalami apoptosis dimana ia akan "membunuh diri" dan musnah tanpa membawa kemudaratan kepada badan.

Dalam keadaan kanser, mutasi (perubahan sel) yang berlaku kepada sel badan yang normal tidak melalui proses apoptosis. Sel yang bermutasi ini akan berkembang tanpa kawalan dan menyebabkan kanser berlaku.

Salah satu faktor berlakunya pertumbuhan sel yang tidak normal adalah berpunca daripada serangan radikal bebas yang mengubah struktur sel.

Apa punca radikal bebas?
Selain daripada punca diatas, banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan radikal bebas terhasil contohnya pengambilan fast food, makanan yang digrill atau dibakar, Makanan GMO dan banyak lagi. Jadi sebagai langkah pencegahan kita perlu menjauhi punca2 radikal bebas ini.

Bagaimana antioksidan boleh membantu? 
Selain bertindak menjauhi punca2 radikal bebas, kita juga boleh mengamalkan pengambilan antioksidan yang berfungsi untuk menghapuskan radikal bebas telah terhasil dalam badan kita. 
Sumber: //tipscarahidupsehat.com

Kehadiran "sumber radikal bebas" akan menyebabkan atom oksigen kehilangan "elektron" yang akan menyebabkan ia bersifat aktif (menjadi radikal bebas) dan ia akan "mengacau" sel2 lain yang akhirnya akan menyebabkan kerosakan pada tisu badan. 

Pengambilan antioksidan pula akan mengembalikan "electron" yang telah hilang tadi kepada atom oksigen dan ini akan meneutralkan semula sifat radikal bebas tadi.

Melihat kepada faktor2 penyumbang kepada penghasilan radikal bebas dan kesannya kepada badan kita, saya yakin bahawa kita terdedah kepada radikal bebas setiap hari dan berpotensi untuk mendapat penyakit kanser. 

Jadi, tidak keterlaluan jika saya katakan kita wajib mengambil supplement antioksidan dan supplemen yang lain sebagai perisai kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik anugerah Allah ini. Ditambah lagi dengan "makanan" harian kita yang hanya memberi rasa kenyang berbanding nutrisi lengkap dan seimbang. 

5 asas untuk penjagaan kesihatan:

1) Makanan sihat & Seimbang
2) Aktiviti sihat
3) Kegiatan sosial yang sihat
4) Amalan spiritual yang sihat (amalan rohani)
5) Pengambilan suplemen

Amalkanlah 5 perkara di atas, mudah2an kita menjadi lebih sihat fizikal & emosi dan dijauhkan daripada penyakit kanser.

Sedikit perkongsian yang rakan whatsapp viralkan daripada rancangan Prof Muhaya.com TV Alhijrah dengan tajuk :Mengatasi kanser. 
Tips mengatasi kanser: GBOMS. 

Banyakkan pengambilan:

G: Greens (Alfalfa Complex)
B: Berries (Vivix)
O: Onion (Garlic Complex)
M:Mushrom
S: Seeds (Nutriferon). 

Selamat mencuba dan hargai kesihatan anda. Cegah sebelum parah:)).

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis