Showing posts with label masalah kulit. Show all posts
Showing posts with label masalah kulit. Show all posts

Saturday, April 23, 2016

Atasi Masalah Haid Tidak Teratur, Jeragat Dan Kulit Kusam

TESTIMONI 014 : SUHAILA ABDUL

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su. Saya berusia 40 tahun. Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3. Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering. Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung. Saya pernah mencuba berbagai-bagai produk kecantikan dan supplement tetapi semuanya tak pernah kekal. Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya dengan kolagen Shaklee. Pada mulanya, saya hanya mencuba sekotak. Tetapi selepas itu saya berhenti mengamalkannya kerana saya tidak konsisten mengambil kolagen tersebut setiap hari.

Suatu hari, saya diserang sakit di bahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat. Selepas mendapatkan rawatan doktor, disahkan bahawa bahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang. Doktor memberi saya ubat untuk pecahkan batu karang. Walaupun, saya makan ubat tersebut sehingga habis, rasa sakit semasa kencing dan masalah kencing tidak lawas masih saya alami. Disamping masalah batu karang, saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening dan juga  tidak didatangi haid selama setahun lebih.

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimoni supplement Shaklee, saya nekad ingin mencuba VIVIX. Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah, kitaran haid saya kembali normal. Tanpa saya sedari, rasa sakit seperti dahulu sudah tidak dirasai lagi. Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri, tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dahulu. Malah, saya jarang sekali berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Dengan vivix, boleh dikatakan saya akan mengambilnya setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa. Kesan lain yang saya rasai adalah saya tidak mudah rasa letih dalam menguruskan 5 orang anak di rumah dan mengurus anak murid di sekolah. Tujuan asal saya mengambil Vivix adalah untuk menyembuhkan sakit batu karang. Tetapi banyak pula kesan sampingan baik yang saya dapat.

Dan yang paling mengujakan saya adalah saya sendiri tidak sedar akan perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini. Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata. Dan kini, saya mula konsisten semula mengambil kolagen Shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….

Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai daripada si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik. Alhamdulillah.Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh..
Klik untuk order: Vivix Shaklee

Credit to FB Supermom Shaklee Story

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, April 10, 2016

Merawat Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak

TESTIMONI 13 : NOR RUZANNA HANEE

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum

Saya Nor Ruzanna Hanee atau lebih manja dipanggil sebagai ana. Dulu-dulu orang panggil saya dengan gelaran ‘dayang senandung', mula-mula tu ok la tetapi lama-kelamaan tersentap jugak apabila dipanggil macam tu. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya. Macam-macam usaha saya lakukan untuk hilangkan kulit kusam dan berminyak sehinggakan kulit saya menjadi sensitif akibat menggunakan produk yang tidak bersesuaian.

Akhirnya takdir Allah saya dipertemukan dengan Shaklee. Sebagai permulaan, saya mengambil Vitamin E Shaklee sahaja kerana ketika itu Vitamin C Shaklee tiada di pasaran. Pada awalnya saya berkira-kira untuk membeli Vitamin E Shaklee. Tetapi setelah dibuat perkiraan, sebotol Vitamin E boleh bertahan selama 4 bulan dengan pengambilan sebiji sehari. Selain ditelan sebagai supplement, Vitamin E Shaklee juga boleh digunakan sebagai masker.

Alhamdulillah..kini kulit wajah kusam saya beransur hilang dan kurang berminyak dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten. Tona kulit pun menjadi semakin sekata dan tiada lagi yang memanggil saya dengan gelaran ‘dayang senandung'.

Credit to FB Supermom Shaklee Story.
Klik untuk Order: Vita E Complex


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, March 19, 2016

Ekzema Dan Minyak Ikan

TESTIMONI 11: AYU ABDULLAH

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

KISAH RUHIL DAN ECZEMA

Assalamualaikum..

Cuba perhatikan gambar di atas. Agak-agak apa perasaan ibu dan ayah apabila anak berkeadaan seperti dalam gambar 'Before'? Saat ini, hanya Ummi sahaja yang sanggup mencium pipi si kecil. Pipi yang sentiasa dibasahi dengan cecair yang berbau hanyir.

Kisah bermula apabila Ruhil (Anak ke-2) dijangkiti chicken pox semasa berumur 3 bulan. Selepas sembuh daripada chicken pox, antibodi Ruhil down dan seluruh badannya kemerah-merahan. Paling ketara pada bahagian muka.

Kami kerap kali ke klinik. Setiap kali ke klinik, setiap kali itulah kami dapat ubat yang berlainan. Walaupun bertukar kepada ubat yang lain, keadaan tidak pernah bertambah baik. Kali ketiga kami ke klinik, kami meminta untuk dirujuk ke pakar kulit, tetapi doktor enggan berbuat demikian. Akhirnya kami mengambil keputusan unuk Ko. Skin Care.

Alhamdulillah lepas 3 hari makan ubat dari Ko. Skin Care dan pakai ubat sapu yang diberi, keadaan muka Ruhil bertambah baik. Tetapi, memang jelas ketara kulit Ruhil menipis dan menegang.

Hakikatnya, ubat yang diberi oleh klinik biasadan klinik pakar adalah sama sahaja. Kami diberikan ubat antiradang, dan aqueous cream untuk sapu. Sedikit maklumat yang saya dapat daripada Ko skin care:

1) Eczema adalah penyakit keturunan.
2) Pesakit eczema perlu menjaga persekitaran.
3) Pesakit eczema perlu menjaga pemakanan.

No (1): Memang betullah. Saya menghidapi  resdung, manakala suami menghidapi asma semasa kecil.
No (2): Barang-barang seperti karpet, bantal berbulu, bantal kekabu tidak boleh ada di dalam rumah.
No (3): Ini adalah paling mencabar. Disebabkan si Ruhil 100% breastfeeding, maka Ummi terpaksa menjadi vegeteranian selama 3 bulan. EBM yang dalam stok? Pada mulanya rasa nak buang, tapi sayang sangat-sangat. Hampir 100 botol (3oz setiap botol). Akhirnya kami cuba beri minum kepada abang Ruhil dahulu. Alhamdulillah, abangnya minum dengan baik. Jadi bermulalah episod start up buat stok baru.

Selama 3 bulan jadi herbivor, kulit Ruhil bertambah baik. Jadi, Ummi mula cuba-cuba jadi karnivor, daging lulus, ayam lulus, telur lulus,  Ikan?? (hmmm ada yang lulus ada yang tak), telur lulus. Seafood? Kirim salam jela..until we meet again lepas ruhil dah cerai susu. "Gambar After"  adalah gambar semasa Ruhil berumur 6-7 bulan. Berkat Ummi menjaga makan. 

Panjangnya sejarah cerita eczema Ruhil ni kan?. Hihi, terima kasih kerana masih sudi membaca. Ok sekarang masuk bab macam mana kisah cinta Ruhil dan Omega Guard bermula.

Bila umur Ruhil dah masuk setahun, saya mula bagi dia makan Omega Guard sebiji sehari. Bila dah berumur 2 tahun setengah, dah dos di'up'kan jadi 2 biji sehari. Kadang-kadang mungkin lebih kalau tak sempat sorok, sebab dia dah pandai bukak botol sendiri. 

Kulit muka Ruhil masih kelihatan kemerah-merahan. Walau bagaimana pun, kemerahan ini adalah amat sedikit dan tidak memerlukan ubat untuk disapu dan ia akan hilang sendiri.

Kandungan EPA dalam Omega Guard membantu mengurangkan simptom inflamasi pada kulit Ruhil. Ya, ia perlukan masa dan harus konsisten untuk mendapatkan hasil yang positif. Apapun saya bersyukur pada Allah, sebab Ruhil dapat jugak menikmati rasa seafood yang ohsem tu. Hihi.

Sekian.

Semoga member manfaat pada yang ada masalah seperti Ruhil.

Credit to FB Supermom Shaklee Story.
Klik Untuk Order: Omegaguard

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, March 14, 2016

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid.

TESTIMONI 9 : ARIANA MARYAM & AINUL FADZILAH

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum. 

Saya Ainul, ibu kepada Ariana Maryam yang berusia 1 tahun 3 bulan. Saya ingin kongsikan pengalaman saya dan anak saya, Maryam yang mempunyai masalah eczema pada pipi yang teruk.

Pada umur Maryam 4bulan, pipi Maryam naik merah dan kering. Bertambah teruk apabila cuaca panas, kulit menjadi semakin kering dan pipi semakin merah sehinggakan berdarah.

Maryam  tidak selesa dengan keadaan dirinya. Maryam sering menggaru-garu dan menangis-nangis apabila kepanasan. Risau melihat keadaan maryam ketika itu.

Pelbagai jenis krim yang saya telah saya cuba namun tidak sesuai untuk Maryam. Ada sesetengah ubat ada bahan kimia dan jadi saya takut untuk sapukan pada pipi Maryam. Risau terkena tangan Maryam dan bimbang Maryam memasukkan tangannya ke mulut.

Akhirnya, saya jumpa krim Shaklee iaitu HERBAL BLEND. Saya tidak risau lagi untuk sapukan pada pipi Maryam kerana saya tahu bahawa bahan yang terkandung dalam HERBAL BLEND adalah terdiri daripada bahan semulajadi, selamat dan berkesan.

Setiap hari saya akan menyapu HERBAL BLEND pada pipi maryam secara konsisten. Semasa Maryam berusia 11 bulan pipi Maryam sudah tidak lagi merah dan kering. Pipi Maryam semakin bersih, putih dan cantik.

Hati ibu mana yang tidak gembira bukan?

Sehingga kini, HERBAL BLEND adalah krim WAJIB ada di rumah saya dan pasti saya bawa ke mana-mana sahaja kami pergi.

Terima kasih Shaklee kerana mengembalikan senyuman puteri saya Ariana Maryam. Semuanya dengan izin Allah. Alhamdulillah..

Credit to FB Supermom Shaklee Story.
Klik Untuk Order: Herbal Blend

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, March 12, 2016

Rahsia Dapatkan Tona Kulit Lebih Sekata

TESTIMONI 8 : HALIZA KAMIS

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Sebelum ini kulit saya menjadi sensitif gara-gara berhenti menggunakan produk Lxxnxs selepas lebih kurang 5 bulan penggunaan(2kotak). Kemudian saya mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan mana-mana produk kecantikan kulit selama sebulan.

Saya bermula dengan menggunakan Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite & Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 Nutriwhite pada hujung bulan Jun 2015 sehingga kini. Pada Julai 2015, sebagai tambahan kepada 2 produk Nutriwhite sebelum ini, saya menggunakan Overnight Renewal Whitening Cream Nutriwhite setiap malam sebelum tidur. Pada September 2015, saya menambah Gentle Makeup Remover Nutriwhite dalam koleksi penjagaan kulit Nutriwhite ini.

Kesannya, kulit saya lebih halus, liang-liang pori mengecil, parut jerawat dan jeragat semakin pudar, kulit kurang berminyak dan tona kulit lebih sekata. Kini saya jarang memakai mekap tebal untuk menyembunyikan kesan parut dan jerawat. Saya hanya oleskan bedak bayi sahaja jika hendak keluar bekerja dan berjalan-jalan. 

Selain mengamalkan produk penjagaan kulit Nutriwhite, kini saya konsisten mengamalkan Garlic Complex, Ostematrix, GLA Complex, Lecithin, Vita-C S dan Cinch Shake untuk kesihatan kulit, pengurusan berat badan dan kesihatan dalaman wanita.

Rasa gembira kerana dapat merasai perubahan yang sangat positif apabila kita menjaga kesihatan luar dan dalam. Kini, saya rasa lebih berkeyakinan.

Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, March 10, 2016

Atasi Masalah Haid Tidak Teratur Dan Jerawat Teruk

TESTIMONI 7: KHAIRIAH ZAINOL ABIDIN

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum.

Kisah cinta Shaklee Kay bermula apabila Kay menghadapi masalah haid yang tidak teratur, jerawat naik mendadak disebabkan hormon yang tidak seimbang dan resdung semenjak sekolah menengah lagi. Kulit muka kusam dan tona kulit tidak sekata.

Kay mula mengambil Shaklee pada 2013 setelah berhabisan ribuan ringgit untuk membeli pelbagai produk dan ke SPA untuk menangani masalah ini.

Alhamdulillah, sejak ESP Shaklee dijadikan minuman harian dan konsisten mengambil GLA, Alfalfa Complex, B Complex dan Vita C, haid Kay kembali normal seperti wanita lain. Kay pernah terfikir untuk berhenti mengamalkan Shaklee selepas setahun pengambilan kerana tiada perubahan, tetapi upline memberi semangat untuk meneruskan pengambilan supplement Shaklee. Menurut upline Kay, ada yang mengambil masa 3 tahun untuk haid kembali normal. Kay bertawakkal kepada-NYA setelah berusaha kosisten mengambil supplement Shaklee. 

Alhamdulillah, setelah hampir setahun kitar haid Kay kembali normal dan jerawat semakin kurang. Parut jerawat pula semakin pudar. Simptom-simptom resdung juga semakin berkurang tidak seperti sebelum ini, sepanjang tahun asyik selsema je..

Alhamdulillah..Syukur..Masalah kay selesai dengan Supplement Shaklee walaupun Kay agak lambat mengenali Shaklee. Kay nekad untuk tidak mencuba produk lain lagi selain Shaklee. InsyaAllah..doakan Kay berjaya menimang cahaya mata pula selepas ini.

Terima Kasih semua.


Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, March 9, 2016

Susu Makin Banyak Dan Kulit Makin Cantik

TESTIMONI 6: LIYANA UZIR

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun. Saya sudah mengenali Shaklee semenjak saya menyusukan anak pertama lagi kira2 5 tahun dahulu. Yang saya tahu, Shaklee adalah untuk ibu-ibu menyusu sahaja. Dengan kata lain supplemen untuk tambah susu ibu.

Saya menyusukan Dani secara direct hanya untuk 4 bulan kerana Dani mengalami masalah keliru puting. Lagi menerukkan keadaan, saya langsung tidak berusaha untuk mencari solusi kepada masalah tersebut. Sebenarnya ada pelbagai cara untuk mengajar anak untuk kembali direct feeding semula. Hanya perlu sabar dan berusaha. Tapi saya buat tak kisah je. 

Ketika itu, ilmu penyusuan susu ibu saya sangat kurang. Bila teringat kisah dahulu, saya menyesal sampai sekarang. Dan paling membuatkan saya rasa bersalah adalah apabila sedang menyusukan Zara, si Dani asyik tengok gelagat kami. Dani minta untuk disusukan juga seperti adiknya. Saya terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang...

Apabila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian, saya masih belum terpanggil untuk mengambil vitamin Shaklee. Tetapi semangat untuk menyusukan anak kembali berkobar-kobar. Setiap hari saya renung breastpump spectra 3 saya yang sempat saya pakai 3 bulan sahaja ketika menyusukan Dani dahulu. Sampailah waktu bersalin, saya kecewa sangat2 kerana setitik susu pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu.

Bayi asyik menangis-nangis dahagakan susu ibu. Jururawat kat hospital pun tak boleh nak buat apa2. Terpaksa topup FM. Saya yang masih menanggung sakit akibat bersalin bertambah stress apabila susu ibu taknak keluar. Ditambah lagi apabila mendengar tangisan anak yang masih kecil.

Hari ketiga saya balik ke kampung. Saya tuam dan urut payudara perlahan2. Alhamdulillah..susu makin meriah. Lepas sesi mengurut 3 hari, susu makin meriah. Alhamdulillah, berterusan sehingga kini.

Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampailah si kecil mula meragam ditengah malam.

Saya cuba google di internet untuk mencari punca bayi menangis ditengah malam. Alasan yang logik mungkin kerana dia lapar. Tetapi saya kerap bangun menyusu diwaktu malam, takkan bayi tak kenyang2??? Sampaikan saya keletihan sepanjang malam.

Tak boleh jadi ni...

Saya google lagi kemudian terbaca tentang pengalaman2 ibu2 yang mengamalkan Shaklee. Saya baca baca dan baca. Dapat gaji terus saya order Set B Shaklee (Breastfeeding). Kebanyakan komen yang saya baca, semua kata best sangat set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, hanya untuk untuk banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk bayi. Saya belajar daripada pengalaman yang lepas. Saya mula kumpulkan stok EBM semasa anak berusia 3 minggu. Saya makin teruja apabila susu badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning..

Saya google  & google lagi, cari perbezaan kenapa masa saya tak makan shaklee susu cair je. Sebelum ini, susu badan memang banyak, tetapi berwarna putih cair sahaja. Berbeza sangat berbanding apabila saya mengambil Shaklee, susu jadi pekat dan berwarna kekuningan. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tidur jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya...

Tu bab susu..

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.

Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya dan anak-anak, selepas bersalam-salaman, suami merenung wajah saya dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." Saya senyum kembang kempis lah. Ketika itu saya menafikan lagi perubahan kulit saya yang menjadi semakin putih dan bersih kerana saya fikir mungkin kesan hormon lepas bersalin. Sehinggalah saya kembali bekerja, ramai kawan-kawan yang tegur, "kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni.." Masa tu baru saya sedar bahawa set B juga bagus untuk kulit wajah berdasarkan pengalaman ibu-ibu lain.

Dalam set B ini ada Vita-C dan Vit B. seperti yang anda sedia maklum, Vitamin C amat penting dalam pembentukan kolagen, sebagai antioksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B bertindak sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan anak yang mengambil set Breatsfeeding Shaklee kelihatan berseri-seri..:)


Buktinya gambar seperti diatas. 

Berbeza bukan? 

Disamping memperbanyakkan susu & bayi kenyang lebih lama setiap kali selepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air kosong. Paling kurang 2 liter.

Pakej kan... badan cergas, susu ibu banyak, bayi sihat, kulit muka makin flawless...semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee. Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee...


Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, February 20, 2016

Apa Pilihan Anda? : Cepat Putih Dengan Merkuri ATAU Putih Semulajadi Tanpa Merkuri

Ramai sudah mula sedar tentang bahaya kandungan merkuri dalam produk kosmetik terutamanya krim pemutih.

Banyak kosmetik yang menjanjikan kesan pemutihan yang cepat. Mesti ramai yang teruja untuk mencubanya bukan? 

Saya pernah melalui fasa dunia remaja yang sukakan kecantikan khususnya kulit yang putih. Berlumba-lumba untuk memutihkan kulit. Pada zaman saya, ramai yang pakai krim pemutih Fair & Lovely. Lebih teruja untuk mencuba apabila selalu melihat iklan Fair & Lovely di kaca televisyen yang sering kali dipaparkan untuk mempengaruhi penonton untuk mencubanya. Walaupun kesan pemutihan agak perlahan, tapi berpandananlah dengan harganya yang murah bukan?:)). 

Tetapi diera kini, terdapat lambakan produk kosmetik di pasaran yang menjanjikan perubahan yang cepat. Ramai yang mengambil jalan mudah untuk melihat perubahan kepada diri tanpa memikirkan kandungan sebenarnya produk tersebut.

Putih seawal 3 hari?
Anda percaya?
Anda sanggup ambil risiko?

Perubahan yang cepat berlaku jika ada "bahan terlarang" yang biasanya adalah bahan kimia berbahaya dan diharamkan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sudah pastinya pihak pengeluar tidak akan 'declare' kehadiran bahan tersebut di dalam produk mereka. 

Habis tu macam mana produk mereka dapat kelulusan KKM???

Macam-macam yang masyarakat kita fikir tentang KKM kan..
Senyum..tak perlu kata apa-apa.. Senang cerita, untuk mendapatkan kelulusan KKM, pengeluar perlu menghantar sampel kepada KKM. Kalau anda sebagai pengeluar, adakah anda akan menghantar sampel yang dicemari dengan bahan terlarang untuk mendapatkan kelulusan?

Saya tak berminat untuk mengulas lanjut berkaitan hal ini. FULL STOP.

Disini saya kongsikan 3 cara bagaimana untuk mengenalpasti bahawa produk krim pemutih yang anda gunakan mengandungi merkuri:

Pertama : 
Semak label dahulu. Jikalau ada perkataan sebegini...

“mercurous chloride,”
“calomel,”
“mercuric,” 
“mercurio,” 
“mercury,”

Sila hati-hati kemungkinan besar ia mengandungi merkuri.

Kedua:
Dikatakan produk krim pemutih yang menggunakan merkuri akan memberikan kesan yang super cepat! Dalam seminggu pakai dah nampak perubahan!

Sebab itulah ramai yang sangat teruja dan berpuashati dengan keberkesanan produk dan mula berkongsi testimoni tanpa mengetahui bahaya yang bakal mereka terima.

Jadi, kaji produk tersebut sebelum membuat keputusan untuk memcuba. Pastikan syarikat pengeluar produk adalah syarikat yang mempunyai integriti.

Kebanyakkan syarikat pengeluar jenama besar dan terkenal akan menjaga taraf kualiti produk mereka.

Hati-hati dengan jenama yang baru muncul dalam pasaran yang tiada rekod integriti keselamatan produk mereka.

Contoh sikap tiada integriti adalah kandungan produk berkenaan tidak dipaparkan pada bekas produk. Cuba elakkan produk sebegini kerana berkemungkinan besar ada bahan terlarang.

Ketiga:
Sapukan sedikit krim berkenaan ke atas barang kemas anda yang diperbuat daripada emas tulen seperti cincin atau gelang.

Jika produk itu mengandungi merkuri, warna emas akan bertukar menjadi warna kelabu.

Semakin gelap warna kelabu bermakna semakin tinggi kadar merkurinya.

Paling merbahaya ialah sekiranya merkuri tersebut dalam kategori organic mercury.

Ia biasa dilabelkan seperti berikut : mercuric chloride, mercuric acetate atau mercuric sulfide.

Kenapa ianya lebih merbahaya?

Kerana merkuri jenis ini boleh terus meruap ke udara, seterusnya boleh membahayakan seluruh penghuni rumah terutama anak-anak kita.

Jadi... 

‪‎Apa Pilihan Anda‬ ?

Baca lanjut: Rahsia Kulit Putih Berseri Semulajadi Tanpa Merkuri.

Credit to SupermomShakleeStory

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Friday, January 29, 2016

Cara Merawat Chicken Pox

TESTIMONI 3 : NAJIHAH RAZALI

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalammualaikum,

Orang kata bila dewasa baru nak kena chicken pox, sakit dia lain macam kan. Dan semakin meningkat usia, parut semakin susah untuk hilang.

Saya dijangkit chicken pox semasa mengandung. Saya tidak fokus langsung untuk memperbaiki kulit akibat chicken pox tetapi fokus saya adalah untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan sahaja.

Saya pasrah apabila rakan pejabat ada yang mengejek 'Eeee buruk dah muka dia'. Mungkin sekadar bergurau tetapi panas juga telinga mendengarnya.

Lebih malu apabila berhadapan dengan suami. Yela..muka comot semacam kan. Kena la jugak tepek foundation dan bedak sebab terasa malu pada suami. Tapi terasa rimas kerana saya jenisyang  tak berbedak apa lagi foundation. Rasa kulit tak dapat bernafas dan tak bagus untuk parut-parit jugak kan.

Sampailah suatu hari, apabila saya mengambil gambar barulah saya perasan yang parut semakin pudar. Apabila diterangkan oleh upline saya, rupanya dalam Set Hamil Shaklee pun ada vitamin untuk kulit iaitu ESP, B Complex dan Sustained Release Vita C.
Alhamdulillah seronok sangat rasa. Selepas habis pantang, saya tambah Vita E Complex dan suami perasan perubahan kat kulit. Dia kata nampak berseri-seri, kalau tak dulu kulit nampak kusam je. Saya pun perasan yang sama, rasa tona kulit semakin sekata.

Nak dapatkan kulit yang cantik, bukan sahaja perlu jaga dari luar tapi perlu jaga dari dalaman juga. Set Kulit Shaklee memang pilihan saya, lebih sihat dan lebih cantik dengan vitamin semulajadi!

Credit to: FB Supermom Shaklee Story


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, January 28, 2016

Cara Merawat Penyakit Kayap

TESTIMONI 2: SITI NORHAYATI ABDUL HALIM

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap dibahagian muka. Hampir separuh muka sebelah kanan melepuh-lepuh. Saya dimasukkan ke Wad selama 5 hari kerana kayap juga melibatkan bahagian mata. Saya diwajibkan untuk makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. Jadi, memang tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung!

Lepas keluar wad, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.
Klik Untuk Order: Nutriferon

NUTRIFERON berfungsi untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak berhenti consume ubat & supplement Shaklee daripada Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..:)
Klik Untuk Order: Lecithin

Selepas itu, saya mengamalkan LECITHIN kerana kayap meninggalkan parut hitam di kawasan yang di'jajah'. Memang jadi "two Face" apabila mendaftar masuk ke LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Selepas 5 bulan konsisten makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah jadi sekata balik. Dah takde 'two face'.
Klik Untuk Order: B Complex

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti-henti menjaga kakak time berkayap tu, Along, sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik lain yang menggembirakan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang daripada Allah. Bila dah cukup masa, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

Happy Sayyidul Ayyam. Zikir Hari Ini: Ya Allah.

Credit to: FB Supermom Shaklee Story

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, October 19, 2015

Bila Bayi Demam Campak (Chicken pox): Dos and Donts

Alhamdulillah..selepas 4hari, Alya sembuh dari demam. Kemuncak demam alya adalah pada hari ke3 suhu naik sehingga 39.1°c. Panik juga saya dan suami. Risau sangat2. Biasanya borderline untuk saya risau adalah 38.5°c. Kalau dah sampai borderline baru start bagi ubat demam Syr paracetamol atau ibuprofen(most preferred). Ketika suhu 39.1°c terus bagi Supp Voren dan sponging giler2. Mase tu jam 2-3pagi kot. Lepas suhu dah turun <38.5°c baru kitorang letak kepala untuk tidur.  Selagi suhu tak turun memang tak tidur la jawabnya. 

Keesokkan pagi, badan Alya dah tak berapa panas dah, jadi saya memang tak bagi ubat langsung. Bila malam dalam pukul 8mlm baru bagi ubat sebab saya kena kerja night shift. Bimbang suhu Alya makin naik nanti malam. Kesian abah dia kena jaga sorang2.
Tiba2 kul 6pagi suami wassap mesej cakap suhu Alya pagi tu 47.4°c. Menggeletar lutut mase tengah berdiri kat kaunter dispensing tu. Rase nak gugur jantung. Saya terkejut. Saya cakap kat suami, termometer rosak kot. Saya jadi tak tentu arah dah. Tibe suami mesej.."eh silap..typo la..37.4°c". Lega rasenye..boleh pulak typo kan;)).

Suami cakap dia tak bagi apa2 ubat sepanjang saya kerja malam tu. Keesokkanya pun badan Alya dah tak panas sampailah petang tu, mase nak mandikan Alya, bila bukak baju die baru nampak bintik2 merah timbul kat badan dia. Makin lama makin banyak naik ke leher dan sekeliling mulut. Saya cakap kat suami, nie mesti chicken pox berjangkit dengan nazhan (anak buah suami). Nasib baik anak2 yang lain dah kena chicken pox mase kecik. Kalau tak penat jugak nak jage 3orang sekali kan:).

Sebut pasal chicken pox nie, terus teringat 1 post yang viral kt fb tentang ubat Ibuprofen (kalau tak silap la) yang diberi kepada bayi yang dijangkiti chicken pox telah memberi kesan sampingan teruk kepada kulit. Sampai berlubang2 tempat blister timbul. Bile saya confirmkan dengan kawan pharmacist yang lain, Ibuprofen memang ada risiko untuk skin reaction (rare cases) kalau diberi semasa dijangkiti chicken pox.

Kali nie, saya nak kongsikan Dos and Donts semasa anak dijangkiti chicken pox:

Dos
1) Ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan penyebaran jangkitan. Kebiasaanya Simptom akan mula timbul 8 -21 hari selepas terdedah dengan orang yang dijangkiti. Orang yang dijangkiti dengan virus chicken pox ini boleh menyebarkan virus seawal 3 hari sebelum rashes timbul dan sehingga bintik terakhir itu kering.
2) Beri keselesaan kepada anak. Mandi air suam 2-3x sehari. Mandian boleh dicampur dengan baking soda atau oatmeal untuk mengurangkan kegatalan. Atau ibu2 boleh campurkan mandian dengan beberapa titik Basic H Shaklee.
Klik untuk order: Basic H

3) Bersedia untuk bersabar melayan kerenah anak yang tidak selesa dengan keadaan dirinya disebabkan kegatalan kulit yang dialami.
4) Cuba untuk tenangkan anak supaya mereka tidak melakukan aktiviti yang menggalakkan pengeluaran peluh yang akan membuatkan mereka makin tidak selesa
5) Sapukan calamine lotion atau Herbal blend shaklee (multipurpose cream) untuk memberi kesan sejuk dan mendamaikan pada kulit gatal.
Klik untuk order: Herbal Blend

6) Hubungi doktor jika chicken pox semakin teruk dan menyebabkan anak anda kurang makan dan minum atau demam yang sangat tinggi suhunya.

Donts
1) Jangan menggaru. Menggaru akan meninggalkan parut.
2) Jangan habiskan masa dengan orang2 tua kerana orang tua lebih senang dijangkiti bila bersentuhan dengan orang yang dijangkiti chicken pox.
3) Jangan beri anak produk berasaskan aspirin (sejenis NSIADs tapi lain sikit)  dan NSAIDs (nonsteroidal antiimflammatory drugs) seperti Ibuprofen kerana ia boleh menyebabkan komplikasi lain. 

Semoga bermanfaat.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

AddThis