Saturday, February 20, 2016

Apa Pilihan Anda? : Cepat Putih Dengan Merkuri ATAU Putih Semulajadi Tanpa Merkuri

Ramai sudah mula sedar tentang bahaya kandungan merkuri dalam produk kosmetik terutamanya krim pemutih.

Banyak kosmetik yang menjanjikan kesan pemutihan yang cepat. Mesti ramai yang teruja untuk mencubanya bukan? 

Saya pernah melalui fasa dunia remaja yang sukakan kecantikan khususnya kulit yang putih. Berlumba-lumba untuk memutihkan kulit. Pada zaman saya, ramai yang pakai krim pemutih Fair & Lovely. Lebih teruja untuk mencuba apabila selalu melihat iklan Fair & Lovely di kaca televisyen yang sering kali dipaparkan untuk mempengaruhi penonton untuk mencubanya. Walaupun kesan pemutihan agak perlahan, tapi berpandananlah dengan harganya yang murah bukan?:)). 

Tetapi diera kini, terdapat lambakan produk kosmetik di pasaran yang menjanjikan perubahan yang cepat. Ramai yang mengambil jalan mudah untuk melihat perubahan kepada diri tanpa memikirkan kandungan sebenarnya produk tersebut.

Putih seawal 3 hari?
Anda percaya?
Anda sanggup ambil risiko?

Perubahan yang cepat berlaku jika ada "bahan terlarang" yang biasanya adalah bahan kimia berbahaya dan diharamkan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sudah pastinya pihak pengeluar tidak akan 'declare' kehadiran bahan tersebut di dalam produk mereka. 

Habis tu macam mana produk mereka dapat kelulusan KKM???

Macam-macam yang masyarakat kita fikir tentang KKM kan..
Senyum..tak perlu kata apa-apa.. Senang cerita, untuk mendapatkan kelulusan KKM, pengeluar perlu menghantar sampel kepada KKM. Kalau anda sebagai pengeluar, adakah anda akan menghantar sampel yang dicemari dengan bahan terlarang untuk mendapatkan kelulusan?

Saya tak berminat untuk mengulas lanjut berkaitan hal ini. FULL STOP.

Disini saya kongsikan 3 cara bagaimana untuk mengenalpasti bahawa produk krim pemutih yang anda gunakan mengandungi merkuri:

Pertama : 
Semak label dahulu. Jikalau ada perkataan sebegini...

“mercurous chloride,”
“calomel,”
“mercuric,” 
“mercurio,” 
“mercury,”

Sila hati-hati kemungkinan besar ia mengandungi merkuri.

Kedua:
Dikatakan produk krim pemutih yang menggunakan merkuri akan memberikan kesan yang super cepat! Dalam seminggu pakai dah nampak perubahan!

Sebab itulah ramai yang sangat teruja dan berpuashati dengan keberkesanan produk dan mula berkongsi testimoni tanpa mengetahui bahaya yang bakal mereka terima.

Jadi, kaji produk tersebut sebelum membuat keputusan untuk memcuba. Pastikan syarikat pengeluar produk adalah syarikat yang mempunyai integriti.

Kebanyakkan syarikat pengeluar jenama besar dan terkenal akan menjaga taraf kualiti produk mereka.

Hati-hati dengan jenama yang baru muncul dalam pasaran yang tiada rekod integriti keselamatan produk mereka.

Contoh sikap tiada integriti adalah kandungan produk berkenaan tidak dipaparkan pada bekas produk. Cuba elakkan produk sebegini kerana berkemungkinan besar ada bahan terlarang.

Ketiga:
Sapukan sedikit krim berkenaan ke atas barang kemas anda yang diperbuat daripada emas tulen seperti cincin atau gelang.

Jika produk itu mengandungi merkuri, warna emas akan bertukar menjadi warna kelabu.

Semakin gelap warna kelabu bermakna semakin tinggi kadar merkurinya.

Paling merbahaya ialah sekiranya merkuri tersebut dalam kategori organic mercury.

Ia biasa dilabelkan seperti berikut : mercuric chloride, mercuric acetate atau mercuric sulfide.

Kenapa ianya lebih merbahaya?

Kerana merkuri jenis ini boleh terus meruap ke udara, seterusnya boleh membahayakan seluruh penghuni rumah terutama anak-anak kita.

Jadi... 

‪‎Apa Pilihan Anda‬ ?

Baca lanjut: Rahsia Kulit Putih Berseri Semulajadi Tanpa Merkuri.

Credit to SupermomShakleeStory

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis