Showing posts with label Berat Badan Berlebihan. Show all posts
Showing posts with label Berat Badan Berlebihan. Show all posts

Wednesday, March 16, 2016

Rahsia Berat Badan Ibu Cepat Turun Selepas Bersalin

TESTIMONI 10: FITRIYATUL ASYIQIN

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum...

Perkenalan saya dengan Shaklee bermula dengan set menyusu bajet iaitu ESP dan Alfalfa. Saya mula mengambil set ini sejak anak berumur 6 bulan iaitu Januari 2014.

Niat asal menyertai Shaklee adalah untuk berbisnes tetapi saya tidak begitu aktif dan hanya buat ala kadar sahaja. Begitu juga dengan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee, saya tidak mengambilnya secara konsisten.

Sampailah suatu ketika, apabila saya konsisten mengamalkan set menyusu Shaklee, saya dapat merasakan sendiri perubahannya dimana susu cepat penuh dan banyak kali saya mengalami bengkak susu. Akhir tahun 2014, saya nekad untuk konsisten mengamalkan ESP, Alfalfa Complex, Lecithin, Ostematrix dan juga B Complex.

Alhamdulillah, semenjak konsisten mengamalkan set menyusu Shaklee rezeki susu ibu untuk anak saya melimpah-ruah.

Apabila mengalami masalah bengkak susu, saya akan konsisten mengambil Lecithin untuk meredakan bengkak susu.

Paling teruja apabila saya berjaya mendapatkan berat badan asal saya sebelum mengandung. Saya dapat rasakan badan saya lebih bertenaga.

Alhamdulillah kini anak saya Adam Khalish sudah berusia 2 tahun 5 bulan dan masih menyusu susu ibu sepenuhnya.

Dengan hanya mengambil set menyusu, saya bukan saya direzekikan dengan susu badan yang melimpah-ruah, tetapi saya berjaya mendapatkan semula berat asal saya sebelum hamil tanpa perlu berdiet ikat perut.

Siapa kata ibu menyusu tidak boleh tampil kurus bergaya?

Saya sudah buktikan berat badan saya turun dengan Shaklee.

Alhamdulillah .

Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, September 21, 2015

Cara Bakar Lemak Untuk Turunkan Berat Badan Elak Kena Bariatic Surgery

Berat badan berlebihan boleh menjadi punca banyak penyakit contohnya ketidakseimbangan hormon, ketidaksuburan (sukar untuk hamil), penyakit darah tinggi, diabetes dan masalah kolestrol tinggi. 

Berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan lemak yang berlebihan yangmana akan meningkatkan  risiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan lain.

Cara Bakar Lemak Untuk Turunkan Berat Badan Elak Kena Bariatic Surgery.
Ada sesetangah pakar perubatan mencadangkan pesakit dengan berat badan berlebihan supaya menjalani bariatic surgery bagi pesakit yang mengalami masalah obesiti yang berpotensi mengancam nyawa (Potentially life-threatening obesity) kerana berat badan berlebihan boleh menyebabkan banyak komplikasi lain.

Potentially life-threatening obesity adalah bagi mereka yang:

1) Mempunyai body mass index (BMI) 40 atau lebih.
2) Mempunyai BMI 35 atau lebih dan mempunyai masalah kesihatan yang lain yang boleh memberi manfaat jika turun berat badan seperti diabetes jenis 2 atau darah tinggi.

Bagi individu yang memenuhi kriteria di atas weight loss surgery terbukti berkesan dan pantas dalam mengurangkan berat badan berlebihan.

Walau bagaimanapun, adalah disarankan supaya penurunan berat badan dilakukan melalui diet sihat dan terkawal dan meningkatkan aktiviti senaman sebelum mempertimbangkan weight loss surgery kerana pembedahan mempunyai risiko komplikasi dan memerlukan perubahan dalam gaya hidup selepas itu.

Dalam kes2 sebegini yang berpontensi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk berpunca daripada berat badan berlebihan, saya suka untuk mencadangkan pengambilan Resveratrol dalam diet harian

Resveratrol adalah sejenis polifenol  yang banyak terkandung dalam buah epal, anggur, pir, ceri dan pelbagai jenis beri termasuklah dalam anggur Muscadines yang merupakan bahan utama dalam Vivix Shaklee.
Hasil kajian menunjukkan Resveratrol adalah agent yang berpotensi untuk :

1) Mengurangkan penghasilan lemak (adipogenesis) dan tisu2 lemak matang dengan merencatkan proses differentiation untuk tisu lemak (adipocytes). Kesan ini adalah disebabkan perubahan pada factor transkripsi dan gene yang mengubah suai fungsi mitokondria.
2) Menggalakkan pemecahan lemak (lipolysis) dan mengurangkan penghasilan lemak (lipogenesis)
3) Menggalakkan “kematian” (apoptosis)  sel lemak yang sedia ada dan dengan itu boleh mengurangkan berat tisu lemak.

Kesimpulannya:

Resveratrol mempunyai banyak kesan positif terhadap penyimpan tisu lemak dan sumsum tulang (bone marrow) bagi individu yang mengalami masalah obesiti .

Dalam kajian yang lain, Resveratrol memperbaiki sensitiviti insulin dan menurun berat badan.

Sumber: Effect of resveratrol on fat mobilization. Clifton A. Baile, et al. ANNALS OF THE NEW YORK ACADEMY OF SCIENCES.

Bacaan lanjut: 12 Kebaikan Resveratrol.

Klik Untuk Order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, September 17, 2015

8 Kepentingan Protein Untuk Badan

Sempena promo September nie, harini nak cerita pasal PROTEIN.  Kenapa semua orang cakap ESP Soy Protein nie bagus sangat dan ada dalam kebanyakkan set kesihatan Shaklee?

Apa itu PROTEIN?

Protein yang paling kecil adalah asid amino. Sel2 badan kita terbina daripada protein. Protein menjadi blok2 asas untuk binaan sel badan. Jadi terang dan jelas bahawa protein sangat penting untuk badan kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Protein penting untuk proses baik pulih sel2 rosak dan pembinaan sel2 kulit baru. 

Kepentingan protein untuk badan?

1) Baikpulih luka: Dalam proses baikpulih luka, protein penting untuk memperbaiki tisu2 yang rosak. Pengambilan protein akan mempercepatkan lagi proses luka untuk sembuh.
2) Parut jerawat/ Stretch mark selepas bersalin (baca lanjut)/ Parut jeragat/ parut chicken pox: Protein diperlukan dalam baikpulih sel2 kulit rosak dan pembaharuan sel2 kulit lama kepada sel kulit baru.
3) Penghasilan susu ibu: Protein adalah salah satu komponen utama dalam susu ibu. Justeru pengambilan protein sangat penting dalam mempercepatkan proses refill setiap kali lepas menyusu atau mengepam. Ibu2 pasti teruja bila melihat hasil susu perahan selepas pengambilan protein soya keranasusu ibu akan menjadi semakin pekat dan bayi akan kenyang lebih lama.
4) Turunkan berat badan: Protein penting dalam penurunan berat badan untuk membina otot2 agar kelihatan fit and firm (tidak menggelebeh) apabila semua lemak2 degil dibakar. Protein juga penting untuk meningkat metabolisma badan dan membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat. (Cinch Shake untuk kurus).
5) Pilihan hidangan untuk pesakit Diabetes: Pesakit Diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana pembebasan tenaga adalah secara perlahan. Disamping memberi rasa kenyang lebih lama, protein memberi kesan yang sedikit kepada kenaikan gula dalam darah.

6) Mengurangkan Masalah Gastrik: Pesakit gastrik tidak digalakkan untuk melewatkan waktu makan kerana bimbang gastrik akan datang menyerang. Dalam keadaan ini, protein soya boleh membantu dengan cara memberi rasa kenyang lebih lama. ESP juga ditambah dengan kalsium dimana kalsium ini bersifat alkali dan boleh membantu meneutralkan asid didalam perut. (Baca lanjut)

7) Perkembangan bayi dalam kandungan.

Seperti yang saya nyatakan diatas, badan kita terdiri daripada protein. Justeru itu, pengambilan protein membantu perkembangan fetus semasa didalam kandungan disamping memberi tenaga yang berpanjangan kepada si ibu.

Sel-->tisu-->organ-->sistem-->badan




8) Pembekal tenaga segera dan berpanjangan: Dalam kesibukan seorang ibu bekerjaya yang multitasker, minuman protein seperti ESP Shaklee banyak membantu kerana senang dibancuh dan boleh terus diminum untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Ia juga lengkap dengan nutrisi lain yang memastikan ibu sihat dan boleh melaksanakan tugasan harian dengan sempurna.

Bacaan Lanjut: Kenapa kena pilih ESP Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, July 18, 2015

Turun 5kg Dalam Masa 3 Minggu.

Semalam  (9/7/15) dapat PM dari kawan sekolah. Dia cakap berat badan dia dah turun 5kg selepas 3minggu ambil multivitamin seperti yang saya cadangkan.

3 minggu lepas dia ada PM tanya tentang PCOS dan usahanya untuk hamil. Borak punya borak, akhirnya saya cadangkan untuk fokus kepada turunkan berat badan dulu. Dia cakap walaupun kurang makan tapi berat badan masih naik. Sampai dia pening kepala tak tahu nak buat apa dah.

Makan sikit tapi berat badan makin naik petanda metabolisma badan yang rendah. Metabolisma rendah berpunca daripada sel2 badan yang tidak mendapat nutrisi yang lengkap. Bila sel2 tidak mendapat nutrisi secukupnya, jadi sistem badan tak dapat bertindak secara sepatutnya. Tidak makan bukan jalan terbaik untuk kurus.

Sebab itu saya cadangkan pengambilan multivitamin sebagai first step untuk kurus. Nak kurus ke, gemuk ke, hamil ke , cantik ke semua bermula dengan langkah pertama iaitu pastikan sel2 badan kita mendapat nutrisi yang secukupnya. Bila sel2 badan sihat, sistem tubuh akan berfungsi dengan betul.
Kawan saya tanya apa multivitamin yang terbaik. Opkoslah dengan yakinnya saya cakap Vitalea Shaklee. Tapi saya tidaklah memaksa kawan saya membeli vitalea daripada saya. 

Saya hanya memberi pilihan kepada dia samada nak beli multivitamin shaklee yang selamat, semulajadi dan berkesan dengan harga RM88.75 untuk 120 biji ( penggunaan 4 bulan) atau boleh pilih mana2 produk di farmasi. Nanti boleh bandingkan harga dan kualiti ye:)).

Dia memilih untuk membeli multivitamin di farmasi berdekatan pada petang itu juga, jadi saya kongsikan dengan dia apa yang perlu ada dalam multivitamin tersebut seperti yang ada dalam vitalea Shaklee (multivitamin terbaik).  Pada saya, multivitamin Vitalea Shaklee sangat bagus dan lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan untuk mengatasi masalah beliau.

Alhamdulillah..tak dapat jual produk pun dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat pun dapat pahala kan..semoga jadi saham di akhirat nanti.
Sekarang dalam misi untuk regularkan period pulak :))

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, July 12, 2015

Tips Kurus Dibulan Puasa

Lagi seminggu nak raya baru nak share tips bersahur..boleh ke camtu?:))

Takpe la.. better late than never kan.. Lagipun Syawal nanti boleh sambung puasa 6 lagi kan:)). Jom diet sambil berpuasa 6 pulak.

8 tips diet mudah untuk sahur oleh Kevin Zahri.

1. Jangan skip sahur: Sahur adalah penting untuk membekalkan tenaga sepanjang berpuasa di siang hari. Disamping itu juga ia adalah sunnah yang amat dituntut dalam Islam kerana dalam sahur itu ada keberkatannya.
2. Segenggam karbo:
Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama. Contoh karbohidrat adalah nasi atau roti.
3. Kompleks karbohidrat: ia memberikan tenaga yang tahan lebih lama atau mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi pilih karbo yang berserat seperti oat dan roti bijirin penuh.
4. Protein yang bersih: protein yang mengenyangkan. Boleh ambil Energizing Soy protein atau Cinch Mix sebagai sumber protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana tenaga dibebaskan perlahan2 dalam masa yang lebih lama.
5. Elakkan makanan garam/ masim: kerana ia boleh mempercepatkan dehidrasi. 

6. Elakkan kafein: kafein juga mempercepatkan dehidrasi kerana ia bersifat diuretik (menyebabkan kita kerap mebuang air kecil).
7. Elakkan minuman berkarbonat keran ia  juga mengandungi kafein dan mengandungi gula yang tinggi. Ia juga mempercepatkan dehidrasi.
8. Jangan minum terlalu banyak air: Lebih banyak anda minum, lebih cepat ia akan dibuang. 2-3 gelas air sudah mencukupi.
Senangkan nak kurus..nak kesan lagi bagus kena ambil detox agent dan fat bunner sekali.

Detox agent: alfalfa complex atau herblax.
Fat bunner: lecithin atau omega.
Bacaan Lanjut



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com


Saturday, July 4, 2015

Rawat PCOS Dengan Shaklee Dan Berpeluang Untuk Hamil

Sumber: Polycystic ovarian syndrome in infertility,Sri Lanka Journal of Obstetrics and Gynaecology 2012; 34: 112-119

Polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah keadaan dimana seseoarang wanita tidak mengalami ovulasi (proses penghasilan telur) yang disebabkan oleh paras androgen (hormon lelaki) yang tinggi. 

PCOS dicirikan dengan:
1) Saiz ovari (kilang telur) yang membesar.
2) Terdapat banyak folikel2 kecil (>10mm) di dalam ovari.
3) Biasanya pesakit yang mengalami masalah PCOS akan mengalami gangguan haid seperti oligomenorrhoea (kekerapan haid yang kurang @ kitar haid yang panjang) dan amenorrhoea (tiada haid), obesiti dan hirsuitism (pertumbuhan bulu yang tidak normal pada muka dan badan)

Dalam kebanyakkan kes PCOS, pesakit biasanya mengalami masalah kerintangan insulin (insulin resistance). Kesan utama insulin terhadap ovari bukan sahaja meningkatkan penghasilan androgen , tetapi juga menyebabkan keabnormalan dalam kawal atur androgen, estrone, LH dan FSH (hormon yang terlibat dalam kawal atur haid yang normal dan proses ovulasi). Gangguan pada kawal atur ini akan menghalang ovulasi daripada berlaku.

Jadi pendekatan wajar yang boleh diambil adalah dengan cara memperbaiki metabolisma karbohidrat dan ini akan mengurangkan penghasilan insulin berlebihan dalam badan.

Dalam kebanyakan kes PCOS, rawatan yang biasa diberikan adalah Tab. Metformin kerana ia berkesan dalam memperbaiki metabolisma glukosa.

Sasaran utama dalam rawatan PCOS:
1) Mencegah endometrial hyperplasia, atypia/cancer.
2) Mengembalikan ovulasi normal/ kesuburan.
3) Mengembalikan haid.
4) Mengatasi Hirsuitism.

Antara pilihan rawatan PCOS adalah:
1) PCOS dan haid tidak teratur: Pengambilan oral contraceptive pills (pil perancang keluarga)
2) PCOS dan Hirsutism : Disampaing cosmetic therapy (cukur) yang memberi kesan yang cepat, antiandrogenic drugs juga boleh digunakan.
3) PCOS dan kesuburan: Clomiphene citrate (CC)
4) PCOS dan BMI >25 kg/m2: Insulin sensitizing agents iaitu Metformin.

Metformin akan meningkatkan sensitviti insulin pada tisu periferal dengan menurunkan paras insulin yang berada dalam peredaran darah.  Insulin yang lebih sensitif berkait rapat dengan kadar ovulasi yang makin baik dan tindakan glukosa yang lebih effisien. Dengan kata lain Metformin menggalakkan ovulasi dan peratusan untuk hamil.

6) PCOS dan obesiti: Penurunan berat badan.

Obesiti menyumbang kepada kejadian PCOS. Kajian menunjukkan penurunan berat badan memberi kesan spontan iaitu haid kembali normal. Hal ini mungkin terjadi kerana penurunan LH, testosterone bebas dan paras insulin dalam darah. Dan ini akan meningkatkan kadar ovulasi dan peratusan untuk hamil.

ALERT: Semua rawatan yang memerlukan penggunaaan ubat/drugs memerlukan khidmat nasihat doktor.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda?

Dalam kes PCOS, saya lebih suka fokus kepada penurunan berat badan, meningkatkan sensiviti insulin dan kembalikan kitaran haid yang normal.

Turun berat badan.

Ramai pengidap PCOS yang mengadu, walaupun mereka makan sedikit tapi berat badan masih naik.

Apa puncanya?

Metabolisma badan yang rendah akan menyebabkan peningkatan berat badan kerana bahan yang dimakan tidak diproses dengan betul oleh badan. Metabolisma badan yang rendah pula disebabkan oleh sel2 badan kekurangan nutrisi dan ini menghalang sel2 badan untuk berfungsi dengan cara sepatutnya. Pengambilan Multivitamin amat membantu dalam hal ini disamping pengambilan B Complex yang terlibat dalam banyak proses termasuk penukaran makanan kepada tenaga.
Klik untuk baca lanjut: B complex untuk penghasilan tenaga.

Ini adalah supplement asas yang diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan.

Untuk lebih spesifik, pengidap PCOS biasanya akan mengalami kerintangan insulin. Disini Zinc Complex memainkan peranan dalam meningkat sensitviti insulin dalam badan.

Selain itu juga, untuk menurunkan berat badan, saya cadangkan pengambilan:
1) Detox agent seperiti Alfalfa Complex atau Herblax untuk memcuci usus. 
2) Pemecah lemak seperti Lecithin atau Omegaguard untuk membantu membakar lemak2 degil dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.
3) Protein: Penting untuk pembinaan sel2 baru. Protein akan meningkatkan metabolisma badan dengan membantu badan membakar lebih banyak lemak. Protein yang saya cadangkan adalah Energizing Soy protein (ESP) atau Cinch Shake Mix yang diperkaya dengan Leucine. Klik untuk bacaan lanjut.

Pengambilan air kosong 2-3liter sehari adalah perlu untuk memastikan supplement bertindak dengan berkesan.

Kembalikan kitaran haid yang normal.

Haid tidak teratur adalah disebabkan paras hormon yang tidak seimbang. Disini saya suka untuk mencadangkan pengambilan GLA Complex yang membantu mengembalikan paras hormon yang normal dalam badan dan ini seterusnya akan mengembalikan kitar haid yang normal. 
GLA adalah omega 6 baik yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.:

1) GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding EPO. 

2) Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Selain itu juga, supplement tambahan yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst  adalah:

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - CoQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc.

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - antioksidan yang kuat.

Klik untuk baca lanjut: Cadangan pemakanan untuk PCOS.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, May 24, 2015

Kuruskan Badan Dengan Cepat: Selamatkah?

Penting untuk faham konsep sebenar.

Asas untuk kuruskan badan mestilah dengan mengehadkan pengambilan kalori dan penggunaan tenaga (meningkatkan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisma badan dan secara tak langsung akan membantu membakar lemak). 

TAPI MUNGKINKAH? 
BOLEHKAH ANDA LAKUKANNYA?
DISIPLINKAH ANDA?

Mungkin ramai yang belum tahu, selain supplement untuk kesihatan, Shaklee juga menawarkan Inch loss program untuk individu yang berniat untuk kuruskan badan. 

Untuk kesan yang terbaik program ini mesti diikuti secara konsisten paling kurang  untuk 3 bulan untuk dapat kesan yang ketara. Kurus bukan proses yang mudah dan ia mengambil masa. Kuruskan badan dengan cepat dalam masa yang singkat boleh langkah yang selamat.

Proses kurus melibatkan pemilihan makanan, pilihan aktiviti, proper minset, target untuk dicapai dan perancangan.

Kali nie saya nak kongsikan pasal cinch shake mix.

Secara asasnya, untuk kurus kita masih perlu ambil semua jenis makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, fiber dan vitamin. 

Karbohidrat adalah sangat2 penting. Yang jadi isunya disini adalah terdapat pelbagai pilihan karbohidrat, jumlah pengambilan yang pelbagai, nilai kalori dan indeks glisemik pilihan makanan tersebut. Semua kriteria yang disebutkan adalah sangat penting dalam membantu seseorang untuk kuruskan badan. 

Tapi realitinya tidak semudah yang disangka terutamanya bagi individu yang bekerja di luar. Mereka terdedah dengan pelbagai pilihan makanan dan pilihan kafe. Ditambah lagi dengan pilihan makanan di Malaysia yang selalunya berminyak , tinggi kalori dan tinggi indeks glisemik.
Jadi disinilah Cinch shake mix memainkan peranan penting sebagai Meal replacement atau makanan gantian. 

Kenapa Cinch shake boleh jadi meal replacement?

Sebab ia mengandungi karbohidrat, protein (diperkaya dengan leucine), lemak, fiber, vitamin dan mineral. Ia juga mempunyai kalori yang rendah dan juga rendah indeks glisemik. 

Kenapa indeks glisemik yang rendah PENTING?

Indeks glisemik rendah bermaksud tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan yang kecil pada paras glukosa dalam darah. Ia akan memberi rasa kenyang lebih lama.

Kuruskan Badan Dengan Cepat: Selamatkah?

Sesetengah individu bertindak hanya dengan mengambil protein atau tidak makan langsung untuk tujuan kuruskan badan dengan cepat.

Diet yang hanya mengandungi protein akan membuatkan badan letih dan menghasilkan bahan kumuhan yang berbahaya kepada badan dan ini akan membebankan buah pinggang. Diet yang melampau pula akan menyebabkan banyak kehilangan mikronutrient asas.

Jadi anda pilih, kurus dengan cepat atau kurus perlahan2 dengan cara yang selamat dan sihat?

Cinch shake mix juga diperkaya dengan leucine. Berdasarkan kajian terkini, leucine akan membantu dalam penghasilan otot. Apabila otot dihasilkan, metabolisma badan akan meningkat, jadi kemampuan badan untuk membakar lemak juga akan meningkat.

Kurus yang baik adalah apabila ia dapat mengurangkan lemak dalam badan. Cara mudah untuk menganggar lemak dalam badan adalah dengan ukur lilit pinggang.

Ukur lilit pinggang yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Panduan Ukur lilit pinggang.

Wanita
Low risk: <31.5inci
Moderate Risk: 31.5-35 inci
High risk: >35inci

Lelaki
Low risk: <37inci
Moderate risk: 37-40inci
High: >40.2inci

Bertindak sekarang!!!
Pilih untuk kurus dengan CEPAT dan SIHAT.

Klik untuk order: Cinch Shake Mix


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, April 28, 2015

Cinch Shake Untuk Ibu Menyusu: Boleh atau tidak?

Seperti yang semua orang sedia maklum, Shaklee Cinch Shake Mix biasanya diambil oleh individu yang nak kuruskan badan. 

Ibu mengandung dan menyusu juga boleh menggunakan Shaklee Cinch™ Shake Mix sebagai supplement untuk sumber protein, kalori dan nutrisi penting. Walau bagaimanapun, Cinch™ Inch Loss Plan for weight loss tidak digalakkan untuk ibu hamil dan menyusu.

Sumber: www.physicians.shaklee.com

Bagi yang belum kenal dengan Shaklee Cinch™ Shake Mix, meh kita bersuai kenal dulu ye:))

Apa itu Shaklee Cinch™ Shake Mix?

(1) Minuman berkhasiat dan seimbang yang digunakan sebagai meal replacement dalam Shaklee Cinch™ Inch Loss Plan.
(2) Mempunyai indeks glisemik yang rendah, bebas kolestrol dan laktosa. Tiada lemak trans. 
(3) Setiap hidangan membekalkan 35% daripada Nilai Harian untuk 20 vitamin dan mineral perlu, 80% nilai harian untuk chromium, 25% nilai harian untuk iron, dan 10% nilai harian untuk vitamin A. 
(4) Diperkaya dengan rantaian asid amino perlu, leucine. Dalam diet sihat yang kaya protein, leucine merangsang sintesis protein dalam tsiu otot, membantu mengekalkan otot semasa tempoh “calorie restriction”.

Antara bahan penting dalam Cinch shake berdasarkan penemuan saintifik terbaru ialah Leucine.

Apakah leucine?

Leucine adalah salah satu amino acid perlu yang sangat penting untuk badan kita. Badan kita tak mampu hasilkan jadi kita perlu dapatkan dari sumber makanan.

Antara fungsi Leucine:

(1) Ia berfungsi untuk memulakan pembinaan sel dalam otot kita (muscle synthesis).

(2) Juga merangsang Fat loss pada peringkat sellular. Ini bermaksud penurunan berat badan adalah daripada Fat Loss.

(3) Ia meningkatkan metabolisma badan untuk membolehkan badan membakar lebih banyak kalori. Lebih banyak kalori yang dibakar lebih cepat proses hilang lemak berlaku.

(4) Bila leucine diambil bersama-sama denagn resveratrol (komponen utama dalam vivix Shaklee) dalam kuantiti yang sedikit, semua proses yang di atas akan jauh lebih berkesan.

Berbalik kepada persoalan kita, Boleh ke kuruskan badan sambil menyusu? 

Macam mana nak kurus semasa menyusukan bayi? 
Boleh ke berdiet semasa menyusu badan?Cukup ke susu nanti?

Tidak salah nak berdiet dan kurus semasa menyusu asalkan kita pastikan badan kita masih mendapat nutrisi lengkap dan penting untuk penghasilan susu ibu.

Menyusukan bayi juga adalah salah satu cara untuk cepat kurus kerana ibu yang menyusukan membakar purata 500 kalori sehari.

Tips-tips untuk ibu-ibu yang hendak kuruskan badan semasa menyusukan:

1) Jangan skip meal kerana ia berpotensi untuk terlebih makan jika tahan lapar.

2) Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3) Jangan timbang berat setiap hari kerana perubahan mungkin tidak segera dalam masa yang singkat, jadi elakkan timbang setiap hari untuk elakkan perasaan kecewa jika berat tidak turun secepat yang dikehendaki.

4) Ambil sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang berlebihan.

5) Makan dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. 

Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. 

(i) Cuba lebihkan makanan yang berfiber, protein tinggi. 
(ii) Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. 
(iii) Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. 
(iv) Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging. 
(v) Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti nutrisi seharian.

6) Makan lebih kerap. Makan setiap 2-3 jam sepanjang hari dan bukannya hanya 3 kali sehari. Ini akan memastikan metabolisma badan anda aktif, mengelakkan terlebih makan kerana lapar dan dahaga. Tukarlah kepada cara pemakanan yang baru dan sihat.

7) Pastikan anda cukup tidur. Tidur itu penting untuk memastikan anda focus dan beremosi baik dan seterusnya dapat mengawal gaya pemakanan anda. Cuba untuk tidur sementara bayi anda tidur.

8) Harus diingatkan proses menurunkan badan ini memerlukan komitmen sebab berat akan turun secara beransur-ansur.

9) Bersenamlah selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan ‘kesan sampingan’nya akan berat kita akan berkurangan.

Jadi macam mana ibu2. Usah takut untuk KURUS semasa menyusu. Yang penting anda sihat dan mendapatkan nutrisi lengkap yang diperlukan dalam penghasilan susu ibu. Makan banyak tidak semestinya dapat membekalkan semua nutrisi yang diperlukan.

Saya sangat2 menyarankan anda mengambil Cinch Shake Mix sebagai supplement tambahan sebagai sumber protein yang boleh membantu anda kenyang lebih lama dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan. Dengan pengambilan protein anda boleh kurangkan pengambilan karbohidrat. Bagus bukan?.

Banyak pilihan kombinasi Set Kurus yang kami tawarkan. Semua berbeza untuk setiap individu kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza.


Saya menjanjikan konsultasi terbaik untuk anda.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com







Saturday, April 25, 2015

Cara Kuruskan Badan: Tips Kurus Cepat Dan Berkesan

Salam Sejahtera..

KURUS...KURUS...KURUS..

Siapa yang taknak kurus kan..Semua orang pun nak kurus..Anak saya Athirah pun selalu cakap, nanti besar nak kurus macam ummi je..baru cantik..taknak gemuk macam kak ngah dengan abah..hihi..

Tapi kena ingat ye..kurus bukan sahaja untuk kelihatan CANTIK tapi untuk SIHAT jugak. Berat badan berlebihan dan obesiti boleh membawa kepada banyak kompliasi lain .

Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.

Apakah komplikasi daripada berat badan berlebihan?

(1) Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
(2) Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
(3) Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
(4) Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
(5) Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
(6) Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Sumber: www.myhealth.gov.my

Disebabkan permintaan produk pelangsing yang tinggi, produk2 kurus nie tumbuh bak cendawan kat pasaran sekarang. Murah atau mahal, semua ada. Tepuk dada, tanya poket sendiri. Kurus kurus jugak, tapi kena hati2 ye..tak semua produk kat luar tu selamat dan berdaftar dengan KKM. Dan yang lebih menakutkan produk2 tersebut mungkin mengandungi bahan2 terlarang (bahan racun berjadual) yang diharamkan oleh KKM oleh kerana kesan sampingannya yang mengancam nyawa. Dan sudah pastilah bahan terlarang tu tak tercatat pun dalam kandungan produk. 

Ada sesetengah produk pelangsing pulak, masa nak dapatkan kelulusan daripada KKM, semua sampel yang dihantar bebas bahan racun berjadual. Tapi akhirnya untuk "menjual" produknya, mereka secara sembunyi2 menambahkan bahan terlarang dalam produk mereka untuk kesan yang lebih cepat. Yela kan..kalau produk mereka tak berjaya "mengkuruskan' orang takkan ada yang nak beli dan "repeat order" kan..sebab tu tugas bahagian penguatkuasa farmasui untuk membuat pemantauan berkala terhadap produk2 di pasaran sekarang walaupun sudah mendaftar dengan KKM.

Contoh bahan terlarang yang selalu digunakan dalam produk pelangsing adalah SIBUTRAMINE. Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi Sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan Sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan sukar untuk tidur.

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my

Sumber: www.pharmacy.gov.my

Disini saya nak kongsikan tips asas untuk kuruskan badan secara sihat tanpa UBAT:

1. Wajib makan sarapan pagi. Seeloknya ambil makanan berat dengan menu yang sihat untuk membekalkan tenaga sehingga ke tengahari (Breakfast like a king:)).
2. Seperti yang dianjurkan Islam berhenti makan sebelum kenyang dan makan sebelum lapar. Bersederhana dalam pengambilan makanan
3. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan (skip meal) anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
4. Makan malam awal seeloknya sebelum maghrib. Jangan makan lewat malam. Makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
6. Kurangkan pengambilan nasi. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran

Tips diatas merupakan perkara WAJIB yang perlu dilakukan untuk sesiapa sahaja yang nak KURUS.

Untuk kesan yang lebih baik dan cepat, saya cadangkan anda untuk ikuti 3 langkah ini BAKAR-BUANG-BINA.

3 Langkah untuk Kurus dengan Cepat dan Sihat:

Langkah 1: Bakar

Lecithin @ Omegaguard: Berfungsi untuk membakar lemak dalam badan.

Kedua2 Lecithin dan Omegaguard membantu untuk kurus dengan membakar lemak2 yang tidak dingini. Bezanya cuma dari segi harga dan keberkesanan. Salah satunya yang lebih mahal bertindak lebih baik, tetapi tak bermaksud yang lebih murah tidak bagus. Terpulang kepada kemampuan masing2. tapi kalau kedua-duanya diambil bersama2, kesannya memang SUPERBBB!!!

Selain membakar lemak, Lecithin juga bertindak sebagai Pengelmusi lemak. 

Omegaguard pula boleh menurunkan paras LDL dan menaikkan paras HDL dalam darah. Omegaguard adalah minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 yang dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Ia turut membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga.

Bagaimana asid lemak boleh bakar lemak?

(1) Omega 3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda memberi tindak balas yang lebih baik terhadap hormon leptin.
(2) Hormon Leptin bertanggungjawab memberi arahan kepada otak untuk mengurangkan selera makan. Dengan itu, anda akan kurang makan dan boleh kekal atau turunkan berat badan.
(3) Hormon Leptin akan meningkatkan metabolisma badan dengan meningkatkan kesan hormon tiroid (tirod mengawal atur metabolisma badan).

Selain itu, Omega 3 membantu anda untuk kurangkan berat badan dengan membantu mengawal tahap kelaparan dengan menstabilkan paras gula dalam darah.

Langkah 2: Buang



Alfalfa Complex @ herb-lax: Untuk mencuci usus dan membuang segala toksin untuk memastikan penyerapan nutrient yang lebih baik. 

Kalau tak detox, macam mane supplement yang dimakan nak diserapkan kan. Makan supplement dah berbotol2 tapi masih tak nampak kesan. mungkin ini faktornya. Usus berkerak sebab tak detox..tak cuci bersih2.

Langkah 3: Bina


Cinch Shake Mix: membekalkan sumber protein yang penting untuk mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan.

WAJIB DIAMBIL OLEH INDIVIDU YANG TAK DAPAT KAWAL NAFSU MAKAN

Kenapa mesti PROTEIN?

(1) Minuman yang kaya protein akan memberikan rasa kenyang lebih lama. Oleh sebab itu, Cinch shake Mix boleh menggantikan 2 hidangan utama iaitu sarapan dan makn tengahari/ makan malam.
(2) Cinch Shake Mix mempunyai indeks glisemik yang rendah yang memberi perubahan yang kecil pada paras gula dalam darah dan membebaskan tenaga secara perlahan untuk tempoh yang lama untuk mengekalkan tenaga.
(3) Minuman protein shakes yang diperkaya dengan LEUCINE juga boleh membantu mengekalkan otot semasa berat badan turun selepas lemak2 yang tidak diingini dibakar.
(4) LEUCINE juga membantu meningkatkan metabolisma dalam badan dan mempercepatkan pembakaran lemak2 yang tidak diingini.
(5) Satu hidangan Cinch Shake Mix membekalkan 16g PROTEIN, 6g FIBER dan membekalkan 35% atau lebih Nilai harian (daily value) bagi 21 vitamin dan mineral penting.

Inilah yang dikatakan kurus secara sihat. Walaupun mengehadkan pengambilan karbohidrat terutamanya untuk sarapan pagi dan makan tengahari, kita masih boleh mendapat nutrisi lengkap Cinch Shake  Mix. Tindakan untuk tidak makan langsung untuk kurus hanya membahayakan kesihatan.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

AddThis