Showing posts with label Berhenti merokok. Show all posts
Showing posts with label Berhenti merokok. Show all posts

Saturday, March 5, 2016

Apa Pilihan Anda? : Bazirkan Duit Untuk Rokok Atau Laburkan Duit Untuk Kesihatan

Entri ini khusus untuk para perokok yang memiliki keinginan untuk berhenti Merokok.

Saban tahun, jika diperhatikan rokok menjadi barang wajib yang dipilih oleh pihak kerajaan untuk dinaikkan kadar cukai dan seterusnya dinaikkan harga.

Harga sekotak rokok popular dahulunya RM12 pada tahun 2013, kini sudah meningkat menjadi RM17 sekotak.
(Peningkatan RM 4 dalam masa 3 tahun dan semakin meningkat saban tahun).

Bayangkan berapa agaknya harga sekotak rokok dalam tempoh 3 tahun lagi?

Selain harganya yang kian mencanak naik, terlalu banyak keburukan yang boleh disenaraikan dan boleh menjadi sebab para perokok mengambil keputusan untuk berhenti merokok.

1) Tabiat merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit merbahaya kerana kandungannya membahayakan kesihatan.
2) Imej si perokok yang tidak disenangi seperti bau mulut serta pakaian yang busuk dan ini kan menjatuhkan imej individu terssebut.
3) Asap rokok bukan sahaja membahayakan si perokok tetapi juga orang disekeliling mereka. Secara tidak langsung perokok membahyakan kesihatan ahli keluarga mereka sendiri.
4) Fatwa majoriti ulama yang telah mengharamkan amalan merokok.
5) Pembaziran wang yang tidak memberi faedah dikala zaman kemelesetan ekonomi yangmana menunjukkan para perokok bukan terdiri daripada mereka yang bijak dalam pengurusan kewangan.

Di Supermom Shaklee Story, kami telah merakamkan banyak kisah mereka yang telah berjaya berhenti merokok dengan pengamalan Vivix.

Para perokok tersebut bukan sahaja perokok muda, malah ada yang telah puluhan tahun menjadi porokok tegar akhirnya telah berjaya berhenti merokok.

Pokoknya dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Apa Pilihan Anda?

Baca lanjut: Tips Untuk Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Berkesan.

Credit to SupermomShakleeStory

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, January 26, 2016

Bagaimana Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok dengan Cepat.

TESTIMONI 1: NASIRUDDIN SULONG.

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum…Semangat Pagi semua ☺

Nama saya Nasiruddin Sulong (51th), seorang suami dan bapak 6 org anak.

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee iaitu VIVIX.

Saya seorang perokok tegar. Saya merokok seawal usia belasan tahun. Sudah lebih 30 tahun saya 'bersama' dengan nikotin. Bayangkan sehari saya boleh habiskan 2 bungkus rokok Marlboro Light bahkan lebih. Bayangkan dah berapa banyak pembaziran yang saya lakukan yang juga merosakkan diri saya secara perlahan-lahan. Sedih jika diigatkan semua itu.

Dalam hati memang berniat untuk berhenti merokok tetapi usaha saya selalunya gagal. Punca kegagalan itu saya sendiri tidak pasti. Sampai pada suatu masa, anak saudara saya memperkenalkan Shaklee kepada saya. 

5 September 2013 saya mula mengamalkan VIVIX. Pada awalnya saya mengambil Vivix hanya untuk menjaga kesehatan & tidak bermaksud untuk berhenti merokok. Saya minum 1 sudu teh setiap malam sebelum tidur.

Selepas seminggu pengambilan Vivix, badan rasa lebih bertenaga. Masuk minggu ke 2, perasaan saya mula berkecamuk. Saya tertanya, "kenapa dengan aku nie…kenapa rokok ni tak abis lagi , dah 3 hari…". Rasa rokok pun dah mulai hambar. 

Setiap pagi, kebiasaannya saya minum nescafe tetapi sejak kebelakangan ini rasa nescafe pun jadi lain macam. sejak daripada itu, saya bulatkan tekad untuk berhenti merokok. Niat untuk berhenti merokok sudah ada jadi saya mesti kuatkan semangat.

Banyak ujian yang saya lalui terutamanya daripada kawan-kawan yang asyik cakap “alah kejap je tu..nanti sambung merokok lg hehehe...” 

Tetapi saya kuatkan diri dan mental saya untuk buktikan kalau saya boleh berhenti (lagi pun saya dah puas dah merokok hehehe). Ada doktor cakap kalau nak berhenti merokok mestilah secara perlahan-lahan, tidak boleh terus berhenti kerana bimbang ada simptom-simptom setelah berhenti merokok seperti sakit kepala, selsema, batuk-batuk dan banyak lagi. Tetapi Alhamdulillah, saya tidak mengalami simptom tersebut mungkin kerana VIVIX telah back up saya untuk tidak merasakan simptom-simptom tersebut.

Saya mengamalkan VIVIX selama 1bulan 15hari (1botol VIVIX je). Setelah VIVIX habis, saya mengambil VITALEA secara tetap dan berterusan. Alhamdulillah sudah 2tahun saya berhenti merokok. Sekarang, saya hanya makan VITA-C sehari 1 biji sahaja.

Demikianlah perkongsian saya bersama produk Shaklee “VIVIX”.Ssemoga pengalaman saya ini boleh membantu anda-anda yang ingin berhenti merokok dan untuk jadi lebih sihat dan bertenaga..

Terima Kasih Shaklee.

Credit to: FB Supermom Shaklee Story
Klik untuk order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, December 7, 2015

Vape (Rokok Elektronik) vs Rokok?: Bebaskan Diri Daripada Nikotin

Ada orang cakap Vape adalah alternatif yang lebih selamat daripada merokok. Tapi hakikatnya betul ke???

Terkejut bile tengok video kanak2 yang meghisap vape bersame2 kakak atau ibunya. Lagi terkilan bila melihat wanita bertudung juga dengan bangganya menunjukkan aksi menghisap vape di tempat awam. Ya Allah..kiamat makin hampir. Dunia dah makin tenat..

Vape (rokok Elektronik) Vs Rokok.

Apakah perbezaannya? 

Rokok: Bentuk asalnya iaitu daun tembakau yang kering dan mengandungi nikotin. 

Vape: Direka untuk beroperasi menggunakan bateri bagi menyampaikan nikotin dalam bentuk wap air berperisa yang dihasilkan melalui sintesis kimia. 

Vape & rokok: Memberikan kesan nikotin sama ada dalam bentuk asap atau wap air berperisa. 

Kebelakangan ini, Vape diwar-warkan sebagai sumber alternatif yang lebih selamat berbanding dengan rokok. 

Alasannya???

Rokok: Pembakaran tembakau daripada rokok menghasilkan lebih kurang 4,000 bahan kimia dan 50 jenis bahan daripadanya yang dianggap berbahaya kepada kesihatan termasuk nikotin. 

Vape: Pada awalnya ia dikatakan hanya mengandungi sejenis bahan kimia sahaja iaitu nikotin. Namun, setelah beberapa tahun dipasarkan cecair rokok elektronik ini, didapati ia juga mengandungi beberapa bahan kimia berbahaya seperti toluene, ecetaldehyde, benzene, cadmium, isoprene, nickel, plumbum dan N-nitrosonornicotein.
Pada asasnya, nikotin boleh menghasilkan beberapa kesan terhadap fisiologi tubuh. Nikotin akan memasuki sistem peredaran darah manusia melalui pertukaran gas di paru-paru. Nikotin dalam peredaran darah cuma memerlukan lebih kurang 10 saat sahaja untuk menghasilkan kesannya terhadap fisiologi tubuh manusia. Organ paling utama yang dirangsangkan oleh nikotin adalah otak manusia. Hasil rangsangan ini meningkatkan rembesan neurotransmitter yang dikenali sebagai dopamine dan ia akan memberi kesan rasa seronok dan kepuasan. Pendedahan lama terhadap rangsangan seperti ini di otak boleh menyebabkan berlakunya ketagihan.

Dopamine yang dirembeskan ini selain daripada merangsang perasaan seronok dan kepuasan, ia juga akan menyebabkan:
1) Degupan jantung seseorang itu meningkat. 
2)Menyebabkan salur darah manusia mengecut dimana diameter bukaan salur darah akan mengecil (menyebabkan tekanan darah meningkat). 

Tekanan darah yang meningkat pula lama-kelamaan akan merosakkan fungsi organ lain dalam tubuh seperti buah pinggang dan salur darah pada jantung itu sendiri. Oleh sebab itu pengguna nikotin terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi, serangan jantung, serangan strok dan kegagalan buah pinggang jika tekanan darah tidak dapat dikawal dengan baik.

Apabila seseorang individu kerap mengambil nikotin, lama-kelamaan ia akan jatuh ke dalam fasa ketagihan. Dalam fasa ini, pengguna nikotin akan merasakan kesan tarikan atau withdrawal sekiranya tiada nikotin dalam peredaran darah. Secara farmakokinetiknya, nikotin cuma boleh berada dalam tubuh manusia dan memberikan kesannya lebih kurang 2 jam sahaja sebelum ia dikumuhkan melalui air kencing. Antara kesan tarikan yang akan dirasai oleh pengguna nikotin apabila tiada nikotin dalam tubuh adalah seperti gelisah, kekosongan, murung, cepat marah, gangguan tidur dan tumpuan pemikiran yang berkurangan. 

Daripada fakta berkenaan, kesan pendedahan lama terhadap nikotin sama ada melalui rokok atau rokok elektronik akan menyebabkan keperluan dos nikotin yang meningkat untuk memberikan kesan keseronokan dan kepuasan yang sama seperti pada peringkat permulaan. Maka, pengguna nikotin akan mula mengambil lebih banyak batang rokok atau mengambil kandungan nikotin yang lebih tinggi bagi rokok elektronik semata-mata untuk mendapatkan dos yang dapat memberi kesan kepuasan yang sama seperti sebelum ini. Justeru, pendapat bahawa pengambilan nikotin melalui rokok elektronik akan mengurangkan kesan kebergantungan badan terhadap nikotin adalah kurang tepat. Sebenarnya pengguna rokok elektronik tidak sedar bahawa kekerapan mereka menghisap wap air yang mengandungi nikotin meningkat atau menggunakan cecair nikotin yang dosnya lebih tinggi demi mendapatkan rasa keseronokan dan kepuasan yang sama.

Untuk mengatasi masalah ketagihan nikotin ini, ada individu yang menggunakan kaedah berhenti serta-merta atau cold-turkey dengan motivasi diri yang tinggi untuk kekal bebas daripada nikotin dalam jangka masa panjang. Namun, adalah mencabar untuk seseorang individu untuk berhenti penggunaan nikotin secara tiba-tiba. Profesional kesihatan telah melalukan kajian dan menggunakan pelbagai kaedah perubatan untuk membantu seseorang individu berhenti penggunaan nikotin bergantung kepada status ketagihan nikotin seseorang individu tersebut. 

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga membekalkan perkhidmatan berhenti merokok dengan kaedah rawatan yang berkesan melalui Program Farmakoterapi Berhenti Merokok. Antara bentuk dosej ubat yang digunakan dalam program tersebut adalah chewing gum, tampalan pada kulit, inhalasi dan tablet yang telah dikaji keselamatannya serta keberkesanannya. Ubat-ubatan seperti Varenicline dan semua ubat-ubatan yang lain mempunyai dosnya yang tertentu untuk membantu pengguna nikotin berhenti penggunaannya secara berperingkat atas pemantauan dan nasihat kumpulan profesional kesihatan terlatih seperti doktor dan ahli farmasi. Rawatan-rawatan tersebut disokong dengan bukti klinikal dan semua bentuk dosej ubat yang mengandungi nikotin telah berdaftar dengan pihak Biro Farmaseutikal Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Racun 1952. 

Dalam Program Farmakoterapi Berhenti Merokok, pengguna nikotin yang berhasrat untuk berhenti menggunakan nikotin juga akan dibantu oleh profesional kesihatan dari segi kaunseling kesihatan, kaunseling motivasi dan pemantauan tahap kesihatan sepanjang tempoh rawatan. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua pengguna nikotin sama ada rokok atau cecair nikotin untuk rokok elektornik. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan nikotin, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.

Disediakan Oleh:
Mohd Dziehan bin Mustapa
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Masih nak cakap Vape lebih selamat daripada rokok?

Itu semua alasan untuk menghalalkan tindakan sesetangah pihak.


Bebaskan diri anda dan keluarga daripada NIKOTIN. 

Untuk yang berniat untuk berhenti merokok demi orang yang tersayang, saya syorkan anda untuk mengambil Vivix Shaklee yang boleh membantu anda untuk mengurangkan ketagihan kepada nikotin. Bacaan lanjut: Tips Berhenti Merokok

Sedikit kira2 untuk tatapan semua:

Sekotak rokok ~RM13
Sehari sekotak: RM390 Sebulan
Sehari 2 kotak: RM780 Sebulan.
Klik untuk Order : Vivix Shaklee

Sebotol Vivix 150mL RM 475. 
Untuk penggunaan sebulan (5mL sekali sehari)
(Join ahli : harga sama dengan kos sebulan hisap rokok sekotak sehari) 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, July 6, 2015

Bahaya Merokok: Ikhtiar Berhenti Merokok Dengan Vivix

Sambil2 tunggu pesakit untuk kaunseling Diabetes nie, ternampak flipchart "Berhenti Merokok" kat atas meja nie. Jadi saya ambil peluang nie untuk kongsikan apa yang saya dapat daripada flipchart yang dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia untuk membuka minda kita tentang bahaya rokok.

Anda tahu tak apa yang terkandung dalam sebatang rokok?
Menakutkan je tengok kandungan rokok nie kan..
1) Cadmium batteries
2) Stearic acid candle wax.
3) Hexamine barbecue lighter.
4) Toluene Industrial Solvent.
5) Nicotine insecticide
6) Paint
7) Ammonia Toilet Cleaner
8) Methanol Rocket Fuel
9) Arsenic Poison
10) Methane sewer Gas
11) Butane Lighter Fluid.
Rokok boleh menyebabkan:
1) Kanser mulut
2) Kelahiran Pra Matang
3) Kanser Peparu
4) Penyakit Gangren

Risiko kesihatan:
1) Kanser peparu 15x ganda lebih tinggi (90% pengidap kanser peparu adalh perokok)
2) Kanser payudara 11x ganda lebih tinggi
3) Kanser tekak 13x ganda lebih tinggi.

Faedah berhenti merokok.

20 minit: degupan jantung anda kembali normal.
8 jam: karbon Monoksida mula keluar dari badan, lebih banyak oksigen dibawa masuk, paru-paru mula dibersihkan, pernafasan semakin baik.
48 jam: Deria bau dan rasa makin pulih.
72 jam: paru-paru anda telah pulih, anda dapat menyedut lebih banyak oksigen.
3 bulan: peredaran darah semakin baik, sistem pertahanan badan semakin kuat dan tahap kesuburan meningkat.
9 bulan: kebarangkalian mendapat selsema dan sesak nafas berkurang.
1 tahun: Risiko mendapat serangan jantung berkurangan 50%.
10 tahun: Risiko mendapat kanser peparu sama seperti bukan perokok.

Jika anda berhenti merokok, ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan diri anda sendiri malah orang sekeliling anda terutamanya orang yang tersayang. Duit yang biasanya anda gunakan untk beli rokok anda boleh buat simpanan untuk perkara yang lebih berfaedah.
Ikuti "Tips 12M" yang boleh membantu anda untuk Quit Smoking dengan cara yang mudah, selamat, semulajadi dan berkesan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, April 26, 2015

5 sebab untuk berhenti merokok



Semua orang tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Bukan sahaja kepada perokok, malah orang di sekeliling yang terdedah kepada asap rokok. Kadang-kadang orang merokok sebab suke2 je,nak tunjuk macho..macho ke??? Zaman sekarang nie, orang dah tak pandang merokok tu  sebagai "macho" dah sebab semua orang dah tahu bahayanya ROKOK tu.

5 Sebab untuk berhenti merokok:

1. Hidup lebih lama jika berhenti merokok.

Ajal maut ditangan Allah. TAPI sebagai manusia normal takkan la nak tempah maut awal2 kan. Dah tahu merokok boleh membahayakan kesihatan tapi teruskan jugak tabiat tu..tu la namenye menempah maut.

Berdasarkan American Cancer Society, separuh daripada perokokak akan meneruskan tabiat itu sehingga mereka mati akibat daripada kesan merokok seperti penyakit peparu, jantung dan byk lagi penyakit lain. 

Lelaki kehilangan 13.2 tahun daripada hidupnya disebabkan oleh merokok. Manakala perokok wanita hilang 14.5 tahun dari hidup mereka.

2. Anda akan melindungi ahli keluarga dan rakan anda jika berhenti merokok.

Merokok bukan sahaja membahayakan diri anda sendiri malah orang sekeliling kerana mereka terdedah kepada asap rokok "secondhand smoke". "secondhand smoke" meningkatkan risiko penyakit jantung 25-30%.  Wanita hamil yg terdedah kepada asap rokok akan meningkatkan risiko sindrom mati mengejut dikalangan bayi baru lahir. Kanak2 pula akan berisiko mendapat jangkitan telinga, batuk, pneumonia,bronkitis dan asma yg teruk.

3. Sel2 badan akan mula diperbaiki jika anda berhenti merokok.

Bermula beberapa jam selepas rokok yg terakhir. anda akan memperoleh semula kekuatan dalam masa 10hari selepas anda berhenti merokok termasuklah deria rasa dan bau. Anda akan kelihatan lebih baik. Merokok mempercepatkan penuaan kulit dan menyebabkan kedut. Merokok boleh mewarnakan (stains) gigi, jari dan kuku dan menyebabkan nafas berbau.

4. Lebih ramai orang akan suka pada anda jika anda berhenti merokok.

Sekarang kita boleh lihat kebanyakan tempat kerja dilarang merokok. Orang yang berakal akan menjauhi perokok sebab kesan "secondhand smoke".

5. Dapat buat simpanan jika anda berhenti merokok.

Pada saya, perokok nie sangat2 la kaya duit. Yela, selamba je bakar duit kan. Kalau simpanan duit tu dah boleh beli rumah kot..

Sedikit kira2 untuk tatapan semua:



Sekotak rokok ~RM13
Sehari sekotak: RM390 Sebulan
Sehari 2 kotak: RM780 Sebulan.

Klik untuk Order : Vivix Shaklee

Sebotol Vivix 150mL RM 475. 
Untuk penggunaan sebulan (5mL sekali sehari)
(Join ahli : harga sama dengan kos sebulan hisap rokok sekotak sehari) 

Ikuti pengalaman Saudara Uzir yang mula merokok sejak umur 14 tahun. Macam2 cara yang pernah beliau cuba untuk berhenti merokok tapi GAGAL sehinggalah beliau cuba dot dot dot.....Alhamdulillah..dah setahun tak merokok :))


Bertindak sekarang!!!
Sayangi diri dan orang tersayang.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com




Friday, March 6, 2015

Tips Berhenti Merokok 12M

Kempen berhenti merokok bukanlah suatu  benda baru. Sejak zaman tok nenek lagi, kempen berhenti merokok nie dah dibuat. tapi berapa kerat je yang berjaya berhenti hisap rokok. Walaupun kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dah lakukan macam2 kempem untuk memberi kesedaran kepada perokok-perokok tegar nie tapi hasilnya???..anda sendiri tahu jawapannya kan..

Dah tahu merokok nie membahayakan kesihatan bukan sahaja diri sendiri malah orang sekeliling dan satu dunia pun tapi masih jugak nak hisap benda alah tu kan...

Ikuti pengalaman Saudara Uzir yang mula merokok sejak umur 14 tahun. Macam2 cara yang pernah beliau cuba untuk berhenti merokok tapi GAGAL sehinggalah beliau cuba dot dot dot.....Alhamdulillah..dah setahun tak merokok :))




Bagaimana hendak berhenti merokok?

Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

1) Tetapkan tarikh untuk berhenti.
2) Yakin diri.
3) Buatkan nota peringatan.
4) Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
5) Sentiasa berfikiran positif.
6) Dapatkan sokongan.
7) Gunakan terapi pengganti nikotin.
8) Amalkan 12M untuk berhenti merokok.

Tips Berhenti Merokok 12M:

1) Melengah-lengahkan : Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2) Menarik nafas panjang: tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3) Minum air: Terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein.
4) Menyibukkan diri: Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5) Menjauhkan diri: daripada orang yang merokok.
6) Mengelakkan diri: daripda suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
7) Mengunyah sesuatu: Seperti gam dan buah-buahan. elakkan yang manis.
8) Membasuh tangan selalu.
9) Mandi dengan kerap.
10) Meregangkan otot: lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
11) Meditasi.
12) Memohon doa: berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkatkan usaha.

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/tips%20berhenti%20merokok.php

Semoga dipermudahkan usaha2 perokok tegar untuk berhenti merokok. Berhenti kerana Allah dan ingatlah orang tersayang.


Sedikit kira2 untuk tatapan semua:


Sekotak rokok ~RM13

Sehari sekotak: RM390 Sebulan
Sehari 2 kotak: RM780 Sebulan.


Klik untuk Order : Vivix Shaklee

Sebotol Vivix 150mL RM 475. 
Untuk penggunaan sebulan (5mL sekali sehari)
(Join ahli : harga sama dengan kos sebulan hisap rokok sekotak sehari) 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis