Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts

Sunday, December 20, 2015

10 Perkara Yang Menjauhkan Kita Daripada Siksa Kubur

Terbayang2 wajah saudara Islam kita yang mati bergelimpang di tanah air sendiri akibat dihujani bom saban hari. Hancurnya hati ini apabila melihat anak2 kecil sebaya anak sendiri yang tak mengerti apa terkulai layu yang menjadi mangsa serangan jahat Regim Bashar dan sekutunya. 
Anak kecil tanpa dosa, tempat yang layak untuk mereka hanyalah syurga. Tenanglah engkau disana. Pergilah kepada Tuhan yang menciptakanmu. Dunia ini sudah tidak layak untuk dihuni. Penuh dengan manusia tanpa peri kemanusiaan. 
Hanya kepada Allah kami berserah. Dan Allah sebaik-baik Penolong.

Mati itu PASTI.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi mati. 

Sudahkah kita bersedia menghadapi hari kematian kita?

Kali ini saya kongsikan 10 Perkara Yang Menjauhkan Kita Daripada Siksa Kubur oleh Ustaz Dusuki di IKIM FM yang boleh kita amalkan:

1. Tambah kebaikan akhlak dari segi percakapan, layanan dan jangan sakiti orang lain kerana ianya akan mengundang siksa kubur. 
2. Tambah ketakwaan diri kepada Allah. Sebaik baik bekal ialah takwa, orang paling mulia ialah yang paling taqwa
3. Sabar disaat anak kita meninggal dunia semasa masih kecil. Allah akan hantar malaikat khusus dan tanya bagaimana keadaan hambaku disaat kematian anak kecilnya. Bila dia sabar, Allah bina " Istana pujian"  untuknya termasuk orang yang keguguran anak. Anak2 itu akan menunggu kita disyurga. 
4. Tambahkan rasa takut pada Allah. Takut dengan dosa dan amalan tidak cukup sehinggakan berguguran air mata kerana takutkan azab kubur.
5. Mesti berprasangka baik kepada Allah atas setiap apa yang terjadi. 
6. Banyakkan berselawat untuk menunjukkan tanda cinta kepada Rasulullah. 
7. Sentiasa melazimi lidah kita dengan bersyahadah (selalu memperbaharui syahadah) 
8. Membaca AlQuran dan beramal dengannya. Sekurang- kurangnya Surah Al Mulk. Ajarkan kepada keluarga dan jiran. Ada seorang tidak menghafal Quran, tetapi beliau hanya menghafal Surah Al-Mulk. Apabila masuk  ke dalam kubur tertebarnya Sural Al-Mulk diatas tubuhnya.
9. Mati syahid. Berdoa dan berniat untuk mati syahid iaitu kematian yang paling mulia.
10. Berdoa agar kita meninggal dunia pada malam jumaat atau hari jumaat kerana tidak ada azab kubur.

Semoga bermanfaat dan mari sama2 kita amalkan.

Jangan lupa doakan saudara Islam kita di Syria, Gaza, Palestin dan seluruh dunia yang sedang dizalimi. Semoga kemenangan untuk Islam akan tiba secepat mungkin. Janji Allah itu pasti berlaku.

Friday, December 18, 2015

Beruntunglah Bumi Syam (Syria)



“Beruntunglah bumi Syam, beruntunglah bumi Syam, beruntunglah bumi Syam.”

Sejak akhir2 nie terasa sejuk semacam je terumatanya masa naik motor pergi kerja. Waktu malam pun sama. Sebelum nie tak pandang pun selimut tu. Tapi sekarang wajib tarik selimut kalau nak tidur. Tu baru sejuk di bumi Malaysia. Belum lagi sejuk di negara2 yang mengalami musim sejuk yang bersalji kan. Bagi kita orang Malaysia yang tak pernah jumpa salji mesti rase seronok sangat bila berpeluang tengok salji turun kan :)). 

Tapi bagi negara yang tengah bergolak seperti Syria yang dihujani bom kluster setiap hari yang menghancurkan tempat tinggal mereka keseluruhannya dan semua harta benda, ditambah lagi sekatan dilakukan dimana2 yang menghalang kemasukan bahan makanan dan peralatan untuk memanaskan badan, musim sejuk yang sudah mula menjenguk mereka merupakan satu tamparan hebat untuk mereka.
Sedih melihatkan gambar pelarian Syria di pantai Greece berbungkus dengan aluminium foil untuk menghangatkan badan. 
Bagaimana mereka boleh bertahan dengan cuaca sejuk disana yang mencecah suhu negatif yang semakin rendah tanpa pakaian dan selimut tebal?
Terlalu berat ujian buat mereka. Mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan nyawa daripada pemerintah yang kejam. Semoga kemenangan untuk Islam akan tiba tidak lama lagi. Janji Allah itu PASTI berlaku.

Ujian hebat untuk mereka, ujian juga untuk kita. Sejauh mana kita sudah berusaha untuk membantu mereka?




Bagaimana perasaan kita setelah melihat semua ini?
Jika kita ditempat mereka mampukah kita bertahan?
Apa yang kita sudah lakukan untuk meringan beban mereka?

Tepuk dada, tanya iman kita. Mereka adalah saudara kita. Dan kita bertanggungjawab untuk membantu mereka.



Melihat seorang demi seorang rakyat Syria terbunuh dalam serangan Basyar dan sekutunya, terutamanya anak2 kecil yang tak berdosa, pasti hancur remuk setiap jiwa manusia yang melihatnya. 

Kadang2 ingin menangis meraung2 untuk meluahkan kesedihan yang terbuku dihati. Memohon kepada Allah untuk menamatkan semua ini secepat mungkin. Menghentikan kekejaman ini. Hati ini tak tenang melihat semua yang berlaku disana. Tapi Allah lebih tahu apa yang direncanakan-NYA.









Sekarang, selalu sangat rasa tak sabar untuk menunaikan solat sebab nak berdoa banyak2 dalam sujud terakhir untuk saudara Islam kita di Syria dan seluruh umat Islam yang sedang ditindas dimana sahaja dan disetiap waktu. Hanya doa yang mampu dikirim dari kejauhan. 
Semoga Allah limpahkan rezeki kepada kita semua untuk terus menyumbang kepada mereka disana. Kita tidak mampu untuk berada disana bersama2 mereka untuk menentang musuh2 Islam. Tapi kita masih ada doa dan rezeki untuk dikongsikan bersama mereka. Semoga doa dan sumbangan kita dapat meringan beban mereka dan dicatat dalam buku amalan kita sebagai bekalan akhirat kita nanti.

Teruskan berdoa dan menyumbang untuk Syria.

Saturday, December 5, 2015

Ruang Solat Dalam Rumah Idaman.

Alhamdulillah selesai sudah majlis sambut menantu adik perempuan saya di perak hujung minggu lepas. Saya, suami dan anak2 datang awal sehari. Jadi kami bermalam semalaman di homestay yang disediakan oleh keluarga lelaki. Sampai je homestay terus masuk tengok2 bilik2 dalam homestay. Rumah banglo dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air. 2 ruang tamu yang luas. Ruang dapur dan bilk bacaan juga ada. Cukup untuk menempatkan 40 orang wakil daripada pihak perempuan (termasuk mak ayah saya) yang datang dari Terengganu dengan menaiki bas. Mereka singgah untuk berehat, mandi dan bersiap sebelum majlis berarak di rumah pengantin lelaki. 
Gambar Hiasan

Teruja bila melihat ada ruang khas untuk solat berjemaah. Disebelahnya tersedia tempat berwudhuk yang tertutup bagi memudahkan golongan wanita untuk berwudhuk. Doa2 yang bersesuaian ditampal ditempat yang sepatutnya.
Gambar hiasan
Rumah sebeginilah yang saya impikan. Rumah luas dilengkapi ruang solat khas dan tempat berwudhuk. Kalau tetamu datang singgah pun senang untuk tumpang solat. Ruang tamu yang luas untuk tetamu dan keluarga diasingkan untuk privasi. Laman diluar rumah yang luas untuk tumbuhan hiasan..wooww.. Bestnya dapat rumah macam nie kan:)).

Dalam apa jua keadaan, solat adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Kemudahan untuk tetamu juga jangan dilupakan kerana meraikan tetamu itu amat dituntut dalam Islam.

Semoga dipermudahkan untuk mendapat rumah idamn suatu hari nanti.

Thursday, December 3, 2015

Menutup Aurat: Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

"Ummi..tengok kak ros tu keluar rumah tak pakai tudung..berdosa kan ummi.." Komen Athirah sambil tengok cerita Geng Upin & Ipin.

Alhamdulillah..Athirah dah terbiasa pakai tudung bila nak keluar rumah walaupun umur baru 4 tahun. Dari kecik memang dah dididik untuk pakai tudung dan pakai baju yang menutup aurat bile nak keluar rumah. Jadi bila tengok watak kartun dalam tv die akan komen la mane yang patut:)).
Melentur buluh biarlah dari rebungnye kan. Bukan susah pun nak ajar budak2 nie.. Ibu bapa lah yang memainkan peranan. Ibu bapa berperanan menunjukkan contoh yang baik untuk dicontohi oleh anak2. Macam mane nak anak berpakaian sopan kalau ibu bapa tak berpakaian sopan kan?.

Alhamdulillah jugak dibuka hati untuk menghantar Athirah ke Little Caliph. Anak2 diajar mengenal dosa dan pahala dan perbuatan yang membuatkan Allah marah dan sayang kepada mereka. Athirah selalu mengaitkan perbuatan2 yang dilakukan dengan "sayang Allah" kepada dia.

Semasa majlis sambut menantu adik aritu, Athirah berkesempatan untuk berjumpa dan bermain2 dengan sepupu sepapatnya yang jarang sangat bertemu. Saya terkejut apabila sepupu Athirah (lebih besar daripada Athirah) memarahi Athirah sebab memakai tudung semasa bermain2 dengan mereka. Pada mulanya mereka juga memakai tudung, tapi setelah kepenatan berlari-lari dan kepanasan, mereka terus membuka tudung. Athirah juga disuruh untuk membuka tudng seperti mereka. Nasib baik Athirah buat tak endah je dengan arahan tu. Tapi budak2 kan. Senang terpengaruh. Kalau lame2 berkawan dengan orang macam tu, mereka pun boleh terikut kan. Sebab tu ibu bapa kena pantau kawan2 anak2 supaya mereka tidak terpengaruh dengan benda yang tidak baik.

Saya tak kisah orang lain nak cakap apa. Yang penting saya dah didik anak2 kami untuk menutup aurat sejak kecik lagi. Apa yang berlaku pada masa akan datang diluar kawalan kita dan saya hanya boleh berdoa supaya anak2 saya jadi anak yang solehah sampai akhir hayat mereka.

Wednesday, November 11, 2015

Pecah Ketuban: Wajib ke solat lagi?


Flashback 4tahun lepas..

Saya kembali bekerja selepas cuti bersalin anak pertama selama 3 bulan. Macam biasalah. Soalan pertama yang ditanya, sakit tak bersalin?

Opkos la sakittttt sangat. 

Kalau nak diimbau kembali saat sakit tu, memang tak boleh dibayangkan. Masa tengah sakit kontraksi tu hanya Allah yang tahu macam mana rasanya. Sehinggakan saya cakap kat suami sambil menangis2, "sayang taknak bersalin..biarlah baby tak keluar pun.."

Saya dah mula rasa kontraksi sejak kandungan 8bulan lagi. Kalau buat CTG mase check up bulanan, mesti orang ingat baby dah nak keluar dah. Masa check up terakhir sebelum bersalin, bacaan CTG menunjukkan kontraksi kuat dan kerap. Kebetulan Dr Fidak ada kes mase check up terakhir kami, jadi keputusan CTG dirujuk kepada doktor pakar lain. Melihat kepada bacaan CTG yg 'beriya' je tu, doktor tersebut arahkan saya untuk terus admit pada hari yang sama.

Yang kelakarnya, bila Dr Fidak buat Vaginal examination, jalan baru terbuka 1cm dan serviks pun tebal lagi. Perjalanan masih jauh katanya. Tapi disebabkan dah admit, Dr Fidak suruh tinggal diwad untuk pemantauan. Selepas lebih 12jam, masih takde tanda jalan nak terbuka. Saya cakap kat doktor, induce jela alang2 dan masuk wad kan (konpiden jekan ;)). 

Selepas solat subuh, Dr bagi pessari prostin untuk lembutkan serviks. Terlebih dahulu Dr dah ingat tentang kesakitan yang bakal saya terima. Tak lama selepas ubat dimasukkan, air ketuban pecah. Masa nie dah ade 'show' (darah). Ditambah lagi midwife selalu buat VE, lagi banyak darah keluar. Setiap kali kontraksi, setiap kali itulah saya akan menjerit menangis2 minta suami urut dibelakang pinggang. Tengok kepada graf CTG pun buat saya rasa makin sakit..huhu..

Selesai solat Zohor suami sediakan bekas air untuk bersihkan darah2 ditubuh saya. 

Saya: nak buat apa susah2 nak bersihkan sayang? 
Suami: Nak solat mestilah kena bersih..selagi tak bersalin selagi tu kena solat.
Saya: abang nie..macam mane nak solat? sayang kan tengah sakit nie..(Sambil menangis menahan kesakitan)
Suami: kalau tak solat camne sakit nak hilang. Kena lah solat, baru sakit hilang..( pandai pujuk kan..)

Selesai berwudhuk dan tukar pakaian bersih, saya terus solat sambil duduk berlunjur diatas katil. Semua suami yang siapkan. Saya dah tak mampu nak bergerak2 kerana terlalu sakit. 

Suami betulkan kedudukan katil supaya mengadap ke arah kiblat. Kesakitan masih kuat sepanjang saya solat. Kalau difikir ikut logik akal, kesakitan  tu dah tak tertanggung. Rasa nak menjerit sekuat hati tetapi saya bertahan jugak untuk menyempurnakan solat selagi boleh.

Sejujurnya saya tak terfikir pun nak solat kerana dah sakit nak bersalin. Tambahan pula dah ada 'show' kan. 

Kesakitan akibat kontraksi makin kuat sehingga akhirnya saya minta suntikan epidural. Alhamdulillah, selepas diberi suntikan epidural kesakitan terus hilang sehinggalah baby keluar.

Kembali kepada soalan saya tadi, 

Pecah Ketuban: Wajib ke solat lagi?

Selagi tak bersalin, selagi itulah solat itu wajib.Pecah ketuban atau 'Show' tidak menggugurkan kewajipan solat. 'Show" bukan darah nifas. Darah yang keluar selepas bersalin barulah darah nifas dan wanita tidak boleh solat sehingga darah nifas kering sehingga maksimum 60 hari.

Sebelum solat, darah perlu dibersihkan dan pakaian perlu ditukar jika terkena najis. 

Bila dikenang kembali, saya sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat menjaga solat saya bukan sahaja ketika saya sakit malah setiap masa sentiasa bertanyakan "sayang dah solat?". 

Alhamdulillah..

Wednesday, October 21, 2015

Majlis Kahwin Ala Kadar

Alhamdulillah..

Perkahwinan saya dan suami dah melepasi fasa 5 tahun pertama. Orang cakap 5 tahun pertama sangat genting kerana fasa ini biasanya diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian kan. Yup..betul. Macam2 yang dah berlaku dalam tempoh 5 tahun nie..yang baik kita teruskan, yang tak baik kita perbaiki untuk kebahagiaan masa hadapan.

Kali ni bukan nak bercerita pasal dugaan sepanjang tempoh 5 tahun nie. Kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang majlis perkahwinan kami 5 tahun lepas.

Kami berkahwin selepas 6bulan saya mula bekerja. Kebanyakan persiapan majlis kahwin saya siapkan sendiri. Barang2 hantaran dan goodie bag pun beli sikit2. Saya tak memperuntukkan banyak masa untuk majlis nie..lagipun saya masih dalam tempoh pegawai farmasi pelatih selama 1 tahun. Banyak benda nak kena buat dalam masa setahun tu. 2 hari sebelum akad nikah, baru saya balik kampung untuk siapkan saki baki persiapan kahwin. 

Tak banyak yang perlu disiapkan sebenarnya. Untuk gubahan hantaran mak saudara tolong siapkan. Majlis dirumah, mak ayah dan jiran tetangga tolong uruskan.

Bila dikenang balik, kelakar bila saya hanya pakai kasut kerja saya untuk majlis kahwin tu. Tak terfikir langsung nak beli kasut kahwin atau sewa kasut ke. Lepas tu bila sampai ke masjid tempat akad nikah, orang duk tanya pengantin nak duduk atas apa, takde alas ke? Hihi..nie lagi satu, saya pun terfikir langsung. Last2 suami akad nikah beralaskan sejadah je:)

Selesai akad nikah dan bacaan doa, semua bergegas balik untuk bersiap untuk berarak pulak. Memang tak ada sesi bergambar dalam masjid pun. Semuanya nak cepat je.

Keluarga mertua minta untuk berarak pakai baju akad nikah je sebab diorang kena balik cepat sebab datang dari jauh. Kitorang ikut je. Saya tak tempah pelamin grand2 pun untuk majlis nie.. hanya tempah background je sebab nak ambik gambar dengan kawan dan keluarga nanti. 

Dah siap berarak dan pihak keluarga lelaki selesai makan dan bergambar mereka terus bergerak balik. Selesai solat Zohor baru kami tukar baju pengantin yang ke 2.  Baju akad nikah tadi, saya mintak jiran je yang jahitkan. Baju pengantin yang ke 2, mak saudara suami yang jahitkan. Baju simple je. Boleh pakai pergi kerja jugak..Jimat kan?:))

Untuk makluman saya memang tak ambik mak andam untuk mekapkan. Tak mekap pun, cuma pakai lipbalm je sikit. Suami memang awal2 lagi dah pesan tak perlu mekap2. Bayaran mak andam pun boleh tahan jugak kan..so, boleh jimat duit lagi:)). 

Lagi satu, biasanya orang kahwin akan buat makan beradab kan. Kitorang takde makan beradab pun. Awal2 suami pesan taknak makan beradab sebab taknak membezakan makanan pengantin dengan makanan tetamu. Suami cakap makan je apa yang tetamu makan. Kitorang makan pun duduk bersila atas lantai je.. Tapi biasalah pengantin kan, tak lalu nak makan sebab dah penat senyum sepanjang hari:)).

Untuk gambar akad nikah dan bergambar dengan keluarga dan kawan2, semua sepupu yang tolong jadi photographer bidan terjun. Saya tak pernah terfikir nak mintak tolong sesiapa untuk jadi photographer apatah lagi nak ambik package wedding photogragher yang harga riban2 tu. Sepupu sponsor semua gambar2 tu. Semua cantik2. Muka clean and clear je..jimat kan:))

Simple je kan..banyak yang boleh kita buat untuk cut cost.
Takde pelamin grand2
Takde sanding bagai
Takde makan beradab
Takde mak andam
Takde sewa baju mahal2
Takde wedding photographer berbayar.
Takde majlis potong kek jugak (harga kek pun dah mahal kan..).

Kalau takde semua nie, banyak duit yang kita boleh simpan untuk kegunaan lepas kahwin nanti. Tak perlu membazir untuk benda yang tak perlu.

Panduan ringkas untuk yang merancang untuk kahwin:
1) Jangan buat pinjaman peribadi semata-mata untuk kahwin. 
2) Majlis kahwin tak perlu megah2, cukup sekadar yang wajib, tapi kalau mampu tak salah untuk buat majlis lagi meriah kan. Perbelanjaan selepas kahwin itu jauh lebih penting.
3) Utamakan yang wajib. Jangan kerana taknak bagi hilang mekap sanggup lambatkan solat zohor. (nie ramai sangat yang buat kan..)
4) Tinggalkan unsur2 yang tidak dianjurkan oleh Islam seperti karoake, mainkan lagu2 lagho, pakaian menjolok mata, pergaulan bebas dan elakkan mekap melampau atau tabarruj.

Semoga bermanfaat untuk bakal2 pengantin. Semoga perkahwinan yang dibina lebih diberkati.

Thursday, October 15, 2015

Syria: Jangan Lupa Mereka Dalam Doa kita.

Alhamdulillah, berkesempatan kongsikan gambar2 dan video2 tentang apa yang sedang melanda bumi Syria dengan anak2. Saya nak diorang tahu apa yang berlaku kepada saudara Islam mereka disana. Saya nak tanamkan rasa kasih mereka kepada saudara Islam mereka. 

Kak yaya tak habis2 cakap kesian. Dia cakap nanti kawan2  yang mati tu akan masuk syurga. Kak yaya cakap "kat syurga ade taman cantik, taman permainan yang cantik, buah yang cantik, makanan yang cantik...bla3(semua bende cantik)".

Lepas tu kak yaya cakap, "orang dalam video tu cakap Allahu akbar..Allahu akbar tu nama die Allah Maha Besar..Allah tu tuhan kita.." Alhamdulillah..terima kasih ticer2 Little Caliph bandar baru selayang. Terima kasih sebab ajarkan anak2 kami mengenal Allah sebagai tuhan mereka. Ajar mereka keindahan syurga..terima kasih cikgu:))
Meh pakat hantar anak2 pergi Little Caliph:))

Anak kecil pun tahu cakap 'kesian', nie kan kita yang dah boleh berfikir. Jangan lupa mereka dalam doa kita. Bukan sahaja Syria tapi umat Islam di seluruh dunia yang tengah dizalimi oleh musuh Islam. Berusaha membantu sekadar yang termampu. Disini saya kongsikan gambar dan video dari fb:

Bayangkan ini anak2 kita,adik beradik kita, suami kita..

Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa mereka daripada rejim Bashar al-assad yang kejam. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka.
Anak kecil yang tidak berdosa. Damailah engkau disana..
Tangisan anak kecil yang dizalimi..

Ini baru sebahagian kecil gambar2 tentang apa yang berlaku disana.

Untuk maklumat lanjut anda follow FB: Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria.

Ya Allah..berikanlah mereka kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi ujianMu ini. Anugerahkan syurga tertinggi untuk mereka. Kurniakan syahid untuk mereka. Lindungilah mereka. Permudahkan perjalanan mereka. Bukakan pintu hati seluruh umat manusia untuk membantu mereka unutk mendapat kehidupan yang lebih baik. 

Tumpaskanlah musuh2MU..hancurkan mereka Ya Allah..porak perandakan pakatan mereka.

Berikan kami kekuatan untuk terus mendoakan mereka dan membantu selagi terdaya.

Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik Penolong.

Amin...

Tuesday, October 13, 2015

Sebab Utama Anak Degil Dan Cara-cara Mengatasinya.

Sejak akhir2 ini, anak2 makin buat perangai. Ada je perkara yang diorang buat yang membangkitkan kemarahan kami suami isteri. Saya cuba tenangkan hati. Istighfar mohon  keampunan Allah. Mungkin anak saya degil sebab saya degil dengan Allah. Mungkin saya ada sakitkan hati suami..Astaghfirullah..Ya Allah, aku mohon keampunan-MU.

Kalau nak anak baik, kita kena "baik"kan diri kita dulu kan. Cakap memang mudah, tapi tiada jalan pintas untuk hasilkan anak yang solehah kan. Masih belum terlambat untuk kita sama2 usaha menyiapkan anak solehah sebagai bekalan untuk akhirat kita nanti.

Merawat mestilah dari puncanya kan. Sedikit panduan untuk ibu bapa mengatasi masalah anak degil:

PUNCA ANAK KITA DEGIL - USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ

Antara punca anak jadi degil adalah disebabkan oleh dosa-
dosa lampau yang pernah d ilakukan oleh ibu bapa itu sendiri. Contohnya :
1) meninggalkan solat
2) pernah melawan/bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja.
3) ponteng sekolah dan merokok.
4) mencuri duit/barang/buah dari dusun orang (walaupun
nilaiannya hanya beberapa ringgit)
5) mengurat/mengacau anak dara orang.
6) mencuri masa bekerja di pejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi.
7) mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi.
8) menipu dalam urusan jual beli.
9) menipu ibu bapa memberitahu balik lewat sebab tuisyen
padahal bersosial dengan kawan lelaki dan perempuan.
10) duduk berdua-duaan, berjalan berpimpin tangan dengan
kekasih hati yang bukan mahram.
11) mendedahkan aurat kepada bukan mahram.
12) suka melihat video atau gambar lucah.

Ini adalah sebahagian kecil fenomena penipuan dan dosa- dosa yang mungkin pernah kita lakukan suatu ketika dahulu mahupun yang sedang berlaku. Tanpa disedari keadaan ini telah membawa kesan negatif dalam kehidupan berumah tangga terutama dalam membesarkan anak-anak. Ada duit gaji sudah bercampur dengan unsur syubhah yang diberi makan kepada keluarga.

Jadi, kita atasi puncanya dahulu. Bertaubat dari dosa2 lalu dan banyakkan Istighfar mohon keampunan Allah. Itu adalah langkah utama yang perlu kita ambil sebelum ke langkah seterusnya iaitu mengamalkan doa dan zikir2 tertentu. Kalau tidak bertaubat dan tidak mendapat keampunan daripada Allah, bagaimana Allah akan makbulkan doa kita melalui doa dan zikir yang diajarkan kan?


Doa untuk menangani anak nakal oleh Ustaz Kazim "Tanyalah Ustaz"
1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.
2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.
3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.
4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.
5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. 

Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. 

Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau
anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As- Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.
8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:

1) Supaya anak-anak pandai belajar: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
2) Sewaktu anak-anak bergaduh: baca surah Al-Baqarah ayat 102 
3) Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24.
4) Anak-anak malas ke sekolah: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
5) Anak-anak yang suka keluar malam: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Mari kita sama2 amalkan supaya dapat membentuk anak yang soleh dan solehah yang mendapat kejayaan hidup didunia dan diakhirat.

Semoga bermanfaat.




Saturday, October 3, 2015

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur untuk bertemu hari Jumaat  (semalam) penghulu segala hari. Kebiasaannya di hari Jumaat, kita akan nampak banyak post2 yang positif dan mengajak kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Setidak-tidaknya, bila scroll fb, terbuka pintu hati kita untuk beristighfar, berselawat, mengingati yang mati itu pasti dan kiamat itu pasti tiba. Mengingatkan orang lain kepada Allah juga boleh dapat pahala kan. Semoga Allah merahmati mereka2 yang amar makruf nahi mungkar.

Salah satu post yang  saya baca dan mungkin semua orang dah tahu tapi boleh dijadikan sebagai peringatan untuk kita yang selalu leka dengan dunia yang sementara ini:

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW Sebelum Wafat:

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyyah, Di Lembah Uranah, Gunung Arafah

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.”

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan, dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah, setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.”

“Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.”

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Qur’an dan sunnahku.”

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Credit to : FB Prof Dr Muhaya

Semoga Bermanfaat.

Wednesday, September 30, 2015

Tips Felinna Nadea ed Fattah: Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Saya suka follow FB atau Instagram orang2 berjaya terutamanya mereka2 yang menjadikan Islam itu sebagai kunci utama untuk mereka berjaya dunia Akhirat. Kalau yang menutup aurat secara sempurna lagilah saya suka follow. Suka tengok orang yang menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka bukan sekadar hanya "beragama Islam". 

Saya bangga melihat orang Islam kaya dan berjaya. Kalau mereka boleh berjaya, sudah tentu saya pun boleh. Nak berjaya mesti ikut cara orang yang berjaya kan? Bak kata orang, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan dapat harumannya sekali kan. InsyaAllah..Salah satu orang Islam yang kaya dan berjaya yang saya suka follow adalah Felinna Nadea ed Fattah. Hari ini saya kongsikan:

Menjemput Rezeki: Tips Felinna Nadea.

-copy and paste dari Felinna Nadea ed Fattah (official)-

KAMI CABAR Anda!
TIPS Jadi kaya dalam masa 3hari :

Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.

Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?

Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia! 

Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY! 
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.
2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)
3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)
3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan. 
4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.
5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen
6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.
7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang selama 3 hari berturut turutInshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! 

Siapa berani sahut cabaran ni? ‪

Semoga Bermanfaat untuk kita sama2 amalkan.

Thursday, September 24, 2015

Pengalaman Pertama Puasa Sunat Hari Arafah.

Alhamdulillah..semalam (23/9/2015) terbuka hati nak puasa sunat hari arafah. Sepanjang hidup nie tak pernah terfikir pun nak laksanakan puasa sunat nie. Lagipun, saya bukan kaki puasa sunat. Tapi bila melihat fadhilat puasa sunat hari Arafah, Allah ampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun akan datang, rasa nak puasa sunat membuak2. Ditambah lagi, waktu mustajab  berdoa adalah semasa berjuta2 jemaah haji tak mengira bangsa dan warna kulit wukuf di padang Arafah. Berdasarkan perkongsian daripada rakan fb, masa mustajab berdoa pada hari Arafah adalah pada 23/9/2015 antara 5.20ptg hingga 11malam (bermula tergelincir matahari di Arab Saudi antara waktu Zohor hingga Maghrib).

Mari sama2 berdoa untuk kesejahteraan hidup didunia dan akhirat. Jangan dilupakan mendoakan keselamatan saudara Islam kita diseluruh dunia.

Perkongsian daripada FB Prof Muhaya untuk persediaan ibadat Hari Arafah:

Tips Ibadat Hari Arafah: Rabu, 9 Dzulhijjah 1436H / 23 September 2015M:

1. Tidurlah lebih awal di malam Arafah untuk saving energy, persiapan ibadah penuh pada Allah SWT.
2. Bangun sebelum Snubuh. Makan sahur secukupnya sambil berniat puasa Arafah.
3. Lakukan solat Tahajjud minima 4 rakaat. Berdoa dikala sujud untuk kebaikanmu dunia-akhirat. Jangan lupa titiskan air mata. Kalau tak boleh, paksa untuk nangis. Moga Rahmat & Ampunan Allah SWT turun untuk mu di malam itu. Tutup tahajjudmu dengan solat witir.
4. Jelang subuh manfaatkan waktu tersebut dengan beristigfar sehingga engkau termasuk golongan orang yang beristigfar dikala sahur (وبالأسحار هم يستغفرون)
5. Siap-siap solat subuh. Menjelang azan, gunakan sejenak untuk muhasabatunnafsi (introspeksi diri). Ambil wudhu' dan rasakan ketika itu dosa-dosa mu gugur satu per satu bersama titisan akhir air wudhu'mu.
6. Jangan lupa baca doa setelah wudhu'.
7. Solat subuh berjama’ah. Bayangkan jika itu adalah shalat terakhirmu.
8. Lalu duduk bersila, teruskan dengan berzikir. Awali zikirmu dengan takbir.
9. Setelah itu lanjutkan dengan tasbih, tahmid, tahlil, istigfar dan seterusnya, juga baca Azkar Pagi hingga masuk waktu syuruq.
10. Setelah berlalu 15 minit pasca syuruq solatlah 2 rakaat agar ibadah mu pagi itu tercatat sama pahalanya dengan haji & umrah. Jangan sekali-kali engkau sia-siakan kesempatan itu.
11. Setelah itu, boleh pilih; berehat atau gunakan seluruh kesempatan itu untuk berzikir, tilawah qur’an dan berdoa.
12. Atau tidur satu jam dengan niat saving energy untuk ibadah selanjutnya.
13. Bangun tidur terus berwudhu' dan shalat dhuha minima 4 rakaat. Lakukan variasi ibadah untuk menghindari kejenuhan.
14. Solat zuhur berjama’ah. Lalu bertakbir, bertasbih dan baca Al-Qur’an.
15. Jika memungkinkan, akses internet, buka program yang menyiarkan live khutbah Arafah. Semak pesan-pesan khutbahnya. Ikrarkan diri tahun ini adalah tahun penerapan pesan-pesan Ilahi seutuhnya dalam kehidupan mu sehari-hari.
16. Solat asar berjama’ah, sambung dengan takbir dan azkar petang.
17. Baca Al-Qur’an hingga menjelang satu jam sebelum magrib. Lalu mulailah berdoa dengan khusyu. Cuba bayangkan engkau sedang berdiri di hadapan Allah Rabbul ‘izzati wal jalal. Jangan lupa mendoakan saudara-saudari muslim yang teraniaya, dizalimi diluar sana, di manapun mereka berada.
18. Berdoa juga pada Allah agar sebelum matahari terbenam engkau telah terbebas dari seksa neraka.
19. Semoga engkau mendapat taufiq & inayah dari Allah dalam menjalankan tips-tips ibadah & ketaatan ini. Dan mudah-mudahan juga Allah yang Pengasih dan Penyayang menerima segala usaha, amal soleh dan permohonanmu.
20. Ketika azan magrib berkumandang, pastikan engkau langsung ta’jil buka puasa. Ingat, doa orang berpuasa tidak pernah ditolak oleh Allah SWT.
21. Jangan lupa reminder family & karib-kerabat serta orang-orang yang engkau cintai dengan amalan agung ini. Syurga terlalu luas kalau hanya kita masuki seorang diri.
22. Insya Allah syurga Firdaus dengan segala kenikmatannya kan menanti mu.

Alhamdulilallah. Banyak ilmu baru yang saya dapat sempena hari Arafah nie.. Macam2 info yang dikongsikan di laman FB. Semoga hari esok lebih baik dari semalam. Semoga amal ibadat kita diterima Allah dan diampunkan segala dosa.

Semoga umur kita diberkati oleh Allah dan diberi kesempatan untuk berpuasa sunat Arafah lagi ditahun hadapan dalam keadaan lebih teratur dan dipenuhi dengan amal ibadat seperti yang dikongsikan oleh Prof Muhaya seperti diatas.

Semoga bermanfaat.

AddThis