Sunday, December 20, 2015

10 Perkara Yang Menjauhkan Kita Daripada Siksa Kubur

Terbayang2 wajah saudara Islam kita yang mati bergelimpang di tanah air sendiri akibat dihujani bom saban hari. Hancurnya hati ini apabila melihat anak2 kecil sebaya anak sendiri yang tak mengerti apa terkulai layu yang menjadi mangsa serangan jahat Regim Bashar dan sekutunya. 
Anak kecil tanpa dosa, tempat yang layak untuk mereka hanyalah syurga. Tenanglah engkau disana. Pergilah kepada Tuhan yang menciptakanmu. Dunia ini sudah tidak layak untuk dihuni. Penuh dengan manusia tanpa peri kemanusiaan. 
Hanya kepada Allah kami berserah. Dan Allah sebaik-baik Penolong.

Mati itu PASTI.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi mati. 

Sudahkah kita bersedia menghadapi hari kematian kita?

Kali ini saya kongsikan 10 Perkara Yang Menjauhkan Kita Daripada Siksa Kubur oleh Ustaz Dusuki di IKIM FM yang boleh kita amalkan:

1. Tambah kebaikan akhlak dari segi percakapan, layanan dan jangan sakiti orang lain kerana ianya akan mengundang siksa kubur. 
2. Tambah ketakwaan diri kepada Allah. Sebaik baik bekal ialah takwa, orang paling mulia ialah yang paling taqwa
3. Sabar disaat anak kita meninggal dunia semasa masih kecil. Allah akan hantar malaikat khusus dan tanya bagaimana keadaan hambaku disaat kematian anak kecilnya. Bila dia sabar, Allah bina " Istana pujian"  untuknya termasuk orang yang keguguran anak. Anak2 itu akan menunggu kita disyurga. 
4. Tambahkan rasa takut pada Allah. Takut dengan dosa dan amalan tidak cukup sehinggakan berguguran air mata kerana takutkan azab kubur.
5. Mesti berprasangka baik kepada Allah atas setiap apa yang terjadi. 
6. Banyakkan berselawat untuk menunjukkan tanda cinta kepada Rasulullah. 
7. Sentiasa melazimi lidah kita dengan bersyahadah (selalu memperbaharui syahadah) 
8. Membaca AlQuran dan beramal dengannya. Sekurang- kurangnya Surah Al Mulk. Ajarkan kepada keluarga dan jiran. Ada seorang tidak menghafal Quran, tetapi beliau hanya menghafal Surah Al-Mulk. Apabila masuk  ke dalam kubur tertebarnya Sural Al-Mulk diatas tubuhnya.
9. Mati syahid. Berdoa dan berniat untuk mati syahid iaitu kematian yang paling mulia.
10. Berdoa agar kita meninggal dunia pada malam jumaat atau hari jumaat kerana tidak ada azab kubur.

Semoga bermanfaat dan mari sama2 kita amalkan.

Jangan lupa doakan saudara Islam kita di Syria, Gaza, Palestin dan seluruh dunia yang sedang dizalimi. Semoga kemenangan untuk Islam akan tiba secepat mungkin. Janji Allah itu pasti berlaku.

No comments:

Post a Comment

AddThis