Monday, December 28, 2015

Cerita Kami: Ummi, Alya dan Halba

Satu malam saya cuba rendam halba dengan air panas (terpengaruh dengan cadangan rakan seperjuangan dalam breastfeeding group community). Lepas 5minit, campur dengan susu kambing dan vico (dalam pukul 10.30pm). Lepas habiskan susu, terus bawak Alya masuk bilik dan menyusu untuk tidurkan Alya. Alya menyusu macam biasa. Selepas 1jam saya offer susu lagi sebab Alya tak terus tidur lepas menyusu menyusu tadi (biasanya Alya akan main2 dulu dalam bilik sebelum tidur). Tapi kali nie Alya reject sambil menangis2. Bila nampak saya selak baju sikit, Alya terus berpaling daripada saya. 

Jam 12.45am, saya mintak suami panaskan chilled ebm dalam botol. Alya terus minum susu dalam botol sampai habis dan tertidur. 

Jam 2.45am Alya terjaga mintak susu lagi. Saya offer susu badan. Tapi Alya menangis meraung2 reject lagi!!!. Saya panaskan chilled ebm lagi, kemudian Alya sambung tidur selepas susu habis sebotol. Lepas tu berulang lagi jam 4.45am, panaskan lagi sebotol. 

Kemudian saya ambil keputusan untuk pam semua susu sampai kosong untuk pastikan kesan halba semalam hilang. Disebabkan Alya prefer susu botol, saya cuba bagi Alya minum susu yang dipam tadi untuk sahkan bahawa halba tadi menjadi punca Alya taknak direct feeding dengan saya. 

Ternyata sangkaan saya betul. Alya reject susu yang dipam tadi. Kemudian saya offer untuk direct feeding. Masa nie dah siap mandi nak pergi kerja. Alhamdulillah Alya dah tak reject dah. 

Jadi saya boleh simpulkan bahawa, Alya tak suka rasa halba dan bau badan selepas makan halba.

Cerita belum tamat lagi..:))

Balik kerja saya terus susukan Alya macam biasa. Alya ok je. Tapi bila masuk bilik untuk tidur, Alya refused direct feeding lagi. Tapi saya nekad untuk biarkan dia menangis sampai tertidur. 

Jam 12.45am Alya terjaya nak susu. Saya cuba direct feeding. Alhamdulillah Alya tak reject hingga ke pagi.

Perkara yang sama berulang untuk malam seterusnya. Sebelum 12am Alya akan reject direct feeding, dan hanya direct feeding selepas jam 12am hingga ke pagi.

Risau dibuatnya. Sampaikan suami cadangkan untuk bagi susu formula waktu malam sebab takut kepenatan bangun panaskan chilled ebm untuk Alya setiap 2jam.

Saya tak sanggup jadi EPMOM. Tak sanggup nak bangun setiap 2-3jam diwaktu malam untuk mengepam.

Tiap2 kali lepas solat, saya berdoa minta Allah permudahkan Alya untuk kembali direct feeding seperti biasa.

Alhamdulillah..malam ke 4 Alya menyusu seperti biasa.

Lega rasanya:))

Tamat...

No comments:

Post a Comment

AddThis