Friday, October 31, 2014

Masker Vitamin E Shaklee



Biasanya saya makan sebiji sebelum tidur. 

TAPI malam tadi tiba2 jumpe vita e sebiji kat lantai dalam bilik..nak buang sayang....so saya gunting jela sikit kat hujung pastu sapu kat muka.

Kak yaya cakap "ummi dah jadi hantu la..taknak tidur dengan ummi malam nie..malam nie jangan peluk yaya ye..peluk adik je"..huhu

Best sgt pakai masker vitamin E nie..pagi2 cuci lembut je kulit..tapi kena tahan la skit..masa pakai kulit memang melekit..nak tidur pun susah..nak cuci pun kene cuci 2x pakai cleanser..tak macam masker alfalfa dan masker vita C tu..senang pakai senang cuci..tapi biasanya bende bagus mesti susah skit kan:))

Sebotol 120biji RM149

Klik Untuk Order: Vita E Complex


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

ESP Mengurangkan Risiko Kanser Payudara



Kajian menunjukkan pengambilan isoflavones dalam diet harian boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser payudara...bukan satu kajian je ye..tapi banyak kajian.



Protein soya dalam ESP shaklee mengandungi isoflavones.

Protein soya dalam ESP diproses dengan menggunakan air Bukan Alkohol. ALKOHOL BOLEH MEMUSNAHKAN isoflavones yang terkandung dalam kacang soya.

Klik Untuk order: ESP


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, October 25, 2014

ESP Mempunyai Indeks Glisemik Yang Rendah




Makanan yang mempunyai glisemik index yang rendah hanya melibatkan perubahan yang kecil pada paras gula dalam darah jika diambil dalam kuantiti yang sepatutnya.






PROTEIN adalah salah satu contoh makanan yang mempunyai glisemik index yang rendah.



PROTEIN memberi rasa kenyang yang berpanjangan. Jadi ia sangat sesuai untuk individu yang ingin mengurangkan berat badan dan sangat sesuai untuk pesakit diabetes kerana indeks glisemik yang rendah memberi perubahan yang kecil pada paras gula dalam darah.

Ia juga sesuai untuk ibu hamil yang takut dengan kenaikan berat badan yang mendadak kerana ibu hamil biasanya selalu rasa lapar dan mempunyai kecenderungan untuk makan lebih daripada biasa.

Klik untuk order: ESP


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Set Kesuburan Suami Isteri


Masih berusaha untuk dapatkan cahaya mata?

Ada yang cakap antioksidan bagus untuk bantu cepat hamil..Yup..betul..saya tak nafikan sebab antioksidan boleh membantu dalam penghasilan sperma dan ovum yang berkualiti.

TAPI saya lebih suka untuk fokus dahulu kepada kitaran haid dulu..kena pastikan kitaran haid normal dulu baru kita tahu bila ovum tu dihasilkan (waktu subur).

Vitamin E yang kaya dengan antioksidan boleh diambil bersama2 GLA Complex yang bertindak untuk menstabilkan hormon dan zinc complex untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. 

TAPI kalau ambil supplement lain TANPA GLA, itu bukan satu pilihan yang bijak jika kita tahu punca kita susah untuk hamil adalah disebabkan kitaran haid yang tidak normal.

Klik Untuk order: GLA Complex
Klik Untuk order: Vita E Complex
Klik Untuk order: Zinc Complex



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Omegaguard Mencegah Kelahiran Pra-matang




Alhamdulillah..kandungan dah masuk 34minggu..

Masa kandungan belum 28 minggu dah start contraction. Doktor cakap ada kemungkinan bersalin awal (preterm labor).

Takutnye preterm labour kan...tak sampai hati tengok anak yang lahir tu kecik je..pastu kena tahan wad..huhu..

Lepas je doktor cakap camtu terus saya mula ambil omegaguard secara konsisten sampai la sekarang..Dengan izin Allah boleh bertahan sampai sekarang..berat badan baby pun naik ok je..last 2weeks scan EFW 1.77kg..target untuk melepasi berat 1.8kg dah dekat sangat dah..Alhamdulillah..

Kenapa target 1.8kg?

Sebab kalau preterm labour ditambah dengan berat badan baby <1.8kg memang kene warded la baby nnt..tu yg sy taknak..

Selain Omegaguard, sepanjang mengandung nie saya ambil:

(1) Set mighty 3 gem : Nutrisi lengkap untuk kekal bertenaga
(2) Vita C: membantu penyerapan zat besi dan vitamin2 lain
(3) B Complex : anti-stress, membekalkan folic acid
(4) Ostematrix: sumber kalsium, membantu masalah sembelit dan kejang kaki
(5) habbatus sauda : makanan sunnah..ubat segala penyakit kecuali mati.
(6) Vita E : saya start ambil mase 2nd trimester..nie untuk kulit takde kaitan dengan pregnancy.

Semoga semuanya dipermudahkan..

Klik Untuk order: OmegaguardMighty 3 gemOstematrixVita C SRB Complex



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Kanser Prostat Lagi!!!

23/10/2014: Saya baru dapat berita bahawa seorang pesakit kanser prostat yang menerima rawatan di Klinik Pakar Urology Hospital Selayang dah meninggal dunia. Setakat yang saya tahu ada lebih kurang 40 orang pesakit kanser prostat di Hospital Selayang tapi fokus saya sekarang kepada 2 orang pesakit sahaja sebab yang nie special case.

Biasanya pesakit akan datang ambil injection untuk kanser prostat setiap 3 bulan. Tapi untuk 2 pesakit nie, diorang ambil injection yang sebulan sekali sebab hormon diorang tak stable dengan injection yang 3 bulan. Sebab tu senang nak ingat 2 pesakit nie.

Bila tengok keadaan pesakit yang dah bertahun2 menerima rawatan tapi masih tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif, saya geram nak suggest suruh ambil Vivix nie..sampai bila nak bergantung keopada ubat hospital yang kadang2 saya fikir hanya menguntungkan company ubat je..kalau macam ubat2 untuk BPH biasanya kena ambil sampai mati. Bila saya check history patient, dia dah ambil ubat2 tu hampir 10 tahun..10tahun??? Kalau saya lah saya dah cari alternatif lain dah.

Sama jugak dengan penyakit kronik lain macam Diabetes, Buah Pinggang, stroke...sesak nafas bila tengok patient2 nie..tiap2 bulan datang ambil ubat kat farmasi satu plastik besar...ada yang kena makan lebih kurang 15 jenis ubat sehari...Saya dah kerja kat Hospital Selayang 4 tahun..maknenye diorang dah jadi regular customer saya 4 tahun dah kat kaunter farmasi tu..stress kan tengok semua nie...

Sejak kenal Shaklee nie saya dah semacam anti dengan ubat moden nie...kenapa orang tak jumpa Shaklee dan cuba Shaklee..Shaklee Selamat, Semulajadi dan Berkesan...Saya betul2 yakin dengan Shaklee..Sampai nak bagi badan kita makan bahan2 kimia nie..kenapa tak bagi yang semula jadi je kat badan kita...tak sayang ke kat badan kita nie??..huhu..

Saya harap suatu hari nnt pesakit2 saya akan jumpa, kenal dan jatuh cinta dengan Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik..Susah untuk saya mempromosikan produk saya kat kaunter farmasi takut bertentangan dengan etika kerja saya. Saya harap dengan perkongsian saya di blog boleh membuka mata masyarakat kita yang terlalu bergantung kepada ubat hospital untuk kenal alternatif semulajadi yang lain. Saya tidak menafikan tugas doktor dalam hal nie..Kepakaran doktor adalah amat penting untuk membuat diagnosis, tetapi pilihan rawatan mestilah lebih luas.


Klik untuk order: Vivix Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Thursday, October 23, 2014

Vivix Untuk Pesakit Stroke


Semalam dispen ubat kat seorang makcik ni..dia ambil ubat untuk anak dia.. Dia tanya kat farmasi ada ubat cuci tak sebab anak dia ada backsore..Dia ada tanya doktor tapi doktor cakap takde. kalau di farmasi , kita ada normal saline (air garam) untuk cuci luka. Tapi apa2 ubat yang pesakit nak mesti melalui doktor.

Bila saya tengok pada preskripsi dibahagian umur pesakit, umur baru 23 tahun.. terlintas difikiran saya kenapa ada backsore??. Lalu saya terus bertanya pada makcik tersebut macam mana boleh ada backsore. Makcik tu cakap dah 7 tahun anaknya lumpuh sebab stroke..terkejut bila dengar..muda2 dah dapat stroke. Tapi betul kan, stroke ni tidak mengenal sesiapa dan usia. sesiapa je boleh kena. Semua dengan kuasa ALLAH.

Cumanya yang saya nak tekankan disini, dah 7 tahun adik tu lumpuh. Mungkin makcik tu dan keluarga dan ikhtiar macam2 cara nak sembuhkan anaknya. Ditambah lagi dengan ubat hospital. tapi sampai bila nak terus macam tu?? 




Terus terlintas difikiran saya VIVIX. Sejujurnya saya memang takde pengalaman sendiri menggunakan VIVIX ni..tapi melihat kepada bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix ni membuatkan saya yakin VIVIX boleh menjadi alternatif terbaik untuk pesakit stroke. Vivix bertindak pada peringkat DNA. Dan boleh memperbaiki sel2 dan DNA yang rosak.
------------------------------------------------------------------------
Ikuti pengalaman Suami kepada Puan Zeti hafiza yang aktif bersukan tibe2 "lumpuh" disebabkan soft tissue injury..Alhamdulillah asbab Vivix, suami beliau kini kembali aktif bersukan..


Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.
------------------------------------------------------------------------

Tapi itu hanyalah apa yang saya fikir.,takkan saya nak cadangkan produk shaklee pada makcik tu kan..tambah2 lagi dalam waktu kerja. takut bertentangan dengan etika kerja saya sebagai pharmacist pulak..kalau jumpa makcik tu kat luar dah lama saya cadangkan dia untuk ambil VIVIX nie:)


Mahal memang mahal. Tapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kesihatan kita. Bayangkan, pesakit stroke akan lumpuh dan perlu bergantung pada orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka. kalau diambil kira kos rawatan, kualiti hidup, pengorbanan ahli keluarga yang menjaga dan macam2 lagi, kosnya lagi mahal dari sebotol VIVIX.

Klik untuk bacaan lanjut dan testimoni: Vivix dan Stroke

Ikuti perkongsian daripada Master Zura tentang Vivix, darah tinggi dan Stroke...


[ Darah Tinggi & Strok ]

Ermm hari ni nak belanja satu lagi Review..! Malas nak share. Tapi teringat pesan mentor saya.. Berdosa jika tak share. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit manfaat.

Ok nie cerita pasal Ummie saya. Seorang ibu tunggal yang telah banyak berjasa dalam membesarkan saya. InsyaAllah tahun ni usia beliau masuk 71 tahun. Alhamdulillah sihat dan dapat melihat kejayaan anak dan cucu-cucu membesar di depan mata.

Cerita yang saya nak share adalah tentang penyakit beliau.., Ummie saya nie ada macam-macam penyakit. Dari muda sampai laa ke usia emas. Antaranya darah tinggi, jantung, pernah accident beberapa kali dan macam-macam lagi. Ok hari ni saya nak cerita pasal darah tinggi dan strok.

Beliau pernah tidak sedarkan diri dan koma lebih sebulan. Masa tu tak silap saya tengah nak ambil peperiksaan SPM. Allah sahaja tahu situasi dan keadaan pada masa itu. Masa tu ramai yang kata.., dah tak ada harapan dan sebagainya. Tapi dengan izin Allah, Alhamdulillah beliau masih bernafas hingga ke saat ini.

Darah tinggi beliau agak serius sebenarnya, dan beliau pernah masa mudanya tak silap saya terkena angin ahmar. Dan kesan dari itu, Kawasan di sebelah saraf mukanya terganggu. Dan beliau mempunyai maslah mata yang akan berkerdip tanpa henti.. Walaupun dia tidur.. Mata tu berkerdip. Sampai dulu anak-anak saya dok tanya.. "Mama, kenapa tok mie suka kenyit-kenyit mata" hahahaha.. Upss..!

Puas rawatan demi rawatan.., sampai ke pakar di Singapore. Tapi tiada hasilnya. Menurut beliau sakit dan sangat penat rasa rahang muka tu. Bila darah tinggi beliau naik. Lagi lah kerdipan itu menjadi-jadi. Saya tak pasti apa kaitannya. Lama beliau tanggung dari saya sekolah rendah rasanya. Tapi puas berubat secara moden, tradisional, akupuntur dan macam-macam lagi.. Semuanya tidak berhasil.

Nak dijadikan cerita.. Tahun lepas setelah beliau konsisten amalkan VIVIX, Masa tu rasanya baru masuk botol kedua.. Tiba-tiba dia terperasan yang muka dia dah tidak lagi berkedip. Allahuakbar.. Dengan izin Allah sakit beliau tanggung sebelum ini yang bertahun lamanya menemui penawar. 

Dan alhamdulillah.. keadaan darahnya juga semakin stabil. Malah kelihatan semakin sihat dan kuat. Dulu kalau tengok walaupun masih muda. Tapi nampak macam dah berumur. Sebab kesan dari sakit dan ubat-ubatan yang beliau makan sebelum ni rasanya. Kulit pun kering teruk dan macam-macam lagi.. Alhamdulillah.. kesihatan beliau semakin baik dan tahun lepas mampu mengerjakan umrah tanpa mengunakan kerusi roda. 

Inilah antara sebab kenapa saya sayang sangat dengan Shaklee.. Bukan semata kerana income yang lebat.. Tapi kerana saya sendiri rasakan kesan itu pada diri saya, suami, anak-anak, keluarga dan orang sekeliling. InsyaAllah ianya sangat dijamin selamat dan berkesan. 

Dan ianya banyak membantu saya dan keluarga untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih optimun dengan izin Allah.. Alhamdulillah smile emoticon


Master Zura Betty

Sebotol 150ML RM 475

Klik untuk Order: Vivix Shaklee


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Wednesday, October 22, 2014

Kenapa Mesti Pilih ESP Shaklee?

1) Ditanam secara Organik

Kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP ditanam secara organik.

Kenapa perlu ditanam secara organik?



SEBAB kajian menunjukkan penanaman secara kimia atau bukan organik akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. kajian juga menunjukkan ada hubungkait antara kanser dan nitrates.

Jadi amatlah penting dalam proses penanaman kacang soya tidak boleh menggunakan pesticides, fungicides, dan herbicides.

2) Non-GMO


Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan ESP adalah Non-GMO (tidak diubah secara genetik). Secara umumnya, kacang soya yang diubah secara genetik (GMO) adalah lebih murah dan memerlukan kos yang rendah untuk menghasilkannya (lebih kurang macam vitamin sintetik dan vitamin natural). Kebanyakkan syarikat akan mencari cara jalan untuk menjimatkan kos penghasilan produk soya mereka. Kajian menunjukkan toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan dalam kacang soya tersebut.

Makanan yang diubah secara genetik bukan sahaja menyebabkan kandungan nutrisinya berkurang, tapi berkemungkinan akan menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa panjang.

Oleh yang demikian memang wajar jika ada usaha unutk menyekat usaha untuk menghalalkan produk GMO ini.


3) Mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh badan.

Soya protein dalam ESP mengandungi 9 asid amino perlu. Ciri ini adalah amat penting kerana badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormone, enzim penghadaman,antibodi dan enzim-enzim lain. Kekurangan salah satu asid amino perlu ini boleh menyebabkan sistem imun merosot sebanyak 30% dan banyak fungsi badan akan terganggu.

4) Kacang soya dibersihkan dengan menggunakan AIR BUKAN ALKOHOL.

Dalam proses pembuatan Soya yang di'isolate', soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dengan alkohol. Kacang soya yang dibersihkan dengan menggunakan alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavone dalam kacang soya sehingga 88%.

Isoflavone (phytoestrogens) ini bagus untuk kesihatan jantung, tulang dan payudara kerana ia menyerupai hormon wanita iaitu estrogen.

5) Pembuatan Protein Soya tanpa menggunakan pemanasan.

Ini adalah kerana asid amino sangat sensitif kepada suhu panas (melebihi 60 darjah celsius) kajian menunjukkan protein yang dimasak akan memusnahkan hampir 50% asid amino perlu.

Individu yang mengambil kurang asid amino perlu ini akan mengganggu proses perkembangan otak dan hormon atau perkembangan tisu badan yang lain.

6) Soya yang di'isolate' mestilah ditambah dengan KALSIUM yang cukup.

Serbuk soya yang di 'isolate' bersifat asid. Kajian menunjukkan keasidan tersebut boleh menyebabkan kerapuhan tulang. 

Penambahan KALSIUM adalah untuk meneutralkan keasidan tersebut. TAPI kebanyakan produk soya di pasaran tidak ditambah dengan KALSIUM yang cukup.


BUAT PILIHAN YANG BIJAK

850g: RM 150

Beli 6 percuma 1 sehingga 30/09/2015

Klik untuk order: ESP SHAKLEE

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, October 21, 2014

Vivix Membantu Dalam Masalah Prostat

Ada patient tanya, sampai bile nak ambil ubat2 nie..sampai mati ke?

hmmm..boleh kata sampai mati la kan..so far tak pernah lagi jumpe patient yang dah sembuh dan boleh berhenti ambil ubat2 tu..

Ubat yang saya maksudkan tu ubat untuk BPH (benign Prostate Hyperplasia) dan kanser prostat..

Untuk kanser prostat setiap 3 bulan kena ambil suntikan..kesian kan..

Kalau BPH tu kene makan ubat biji tiap2 hari la..

TAK NAK CUBA ALTERNATIF LAIN KE?

Vivix boleh membantu anda dalam masalah prostat. Kajian menunjukkan Resveratrol yang terkandung dalam vivix boleh merencat pertumbuhan kanser prostat..


Apa kaitan BPH dengan Kanser prostat?

Kedua-duanya melibatkan pembesaran sel prostat dan berkongsi simptom yang sama. Kalau di Klinik Pakar Urology Hospital Selayang, BPH nie boleh dikatakan penyakit biasa yang dialami oleh lelaki yang sudah meningkat usia. Pesakit kanser prostat pula tidak la seramai pesakit BPH. 

Boleh dikatakan setiap lelaki berisiko untuk mendapat BPH. Peratusannya mengikut umur pesakit. Semakin meningkat usia semakin berisiko untuk seorang lelaki mendapat masalah prostat. Jika pesakit tersebut berumur 50 tahun, jadi risikonya mendapat BPH adalah sebanyak 50%, kalau umurnya 60tahun, risikonya untuk mendapat BPH adalah 60% dan begitulah seterusnya.

BPH nie pun boleh dikatakan macam kanser jugak..bezanya ketumbuhannya tak bahaya macam kanser prostat. Ia hanya melibatkan sel prostat yang membesar dari saiz biasa dan hanya melibatkan prostat sahaja.

Tapi kalau kanser prostat nie, ia adalah ketumbuhan yang bahaya dan boleh menceroboh ke sel2 lain selain prostat.

Kalau kajian menunjukkan kesan yang positif Vivix kepada kanser prostat yang bahaya tu, apatah lagi untuk BPH kan..


Info lanjut berkaitan PROSTAT:

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/kanser-prostat

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. 

Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.


Apakah itu Kanser Prostat?

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Gejala kanser prostat:

(1) Aliran air kencing yang tidak lancar.
(2) Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
(3) Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
(4) Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
(5) Darah dalam air kencing atau air mani.

Bagaimana Vivix boleh membantu dalam masalah prostat?

Sudah tentulah sebab bahan-bahan utamanya yang kaya dengan polifenol dan resveratrol yang bertindak sebagai antioksida yang kuat dan bertindak sehingga peringkat DNA.


Klik untuk bacaan Lanjut tentang Bagaimaan Vivix Menghalang Perkembagan Kanser

Apa tunggu lagi?

SEBOTOL 150ml RM475

Klik Untuk order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis