Saturday, October 4, 2014

Kepentingan Vitamin B Complex Untuk Tubuh



Terdapat banyak vitamin B yang diperlukan untuk memastikan semua fungsi tubuh berada dalam keadaan yang baik. Semua vitamin B adalah perlu untuk fungsi yang berbeza. Tanpa vitamin B yang cukup bekalan darah akan menjadi tidak sihat dan boleh mendorong kepada pelbagai penyakit. Otak memerlukan vitamin B untuk berfungsi dengan betul. Jantung pula memerlukan vitamin B untuk kekal sihat dan mencegah penyakit jantung. Makanan pula memerlukan vitamin B untuk dipecahkan kepada pelbagai nutrient. Sebenarnya, boleh dikatakan semua organ dan proses dalam badan memerlukan sekurang-kurangnya satu jenis vitamin B.



Kepentingan Vitamin B Complex Untuk Tubuh

Thiamin atau  B1 adalah vitamin B yang diperlukan oleh badan untuk memastikan semua sel terutamanya saraf untuk berfungsi dengan baik. Ia adalah penting terutamanya untuk daya ingatan dan kesihatan mental. B1 juga diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

Riboflavin atau B2 adalah vitamin B yang penting untuk pembebasan tenaga daripada makanan yang diambil. Tanpa vitamin B2 badan tidak boleh berkembang dengan betul kerana sel darah merah tidak terhasil dengan sebaiknya.

Niacin atau  B3 adalah vitamin B yang terlibat dalam lebih 50 proses yang melibatkan detoksifikasi bahan kimia sehinggalah proses penghasilan hormon dan pembebasan tenaga daripada makanan.

Pantothenic acid atau B5 berfungsi bersama-sama vitamin B lain untuk beberapa proses penting termasuklah proses pemecahan lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga dan merupakan vitamin B yang diperlukan unutk membentuk vitamin D, pelbagai jenis hormone dan sel darah merah.

Pyridoxine atau  B6 adalah vitamin B yang bertanggungjawab dalam pengagihan asid amino untuk membentuk lebih 5000 jenis protein yang diperlukan oleh badan dan salah satu vitamin B yang diperlukan untuk membtuk pelbagai enzim.

Biotin atau B7 adalah salah satu vitamin B yang terlibat dalam beberapa proses dalam badan termasuklah proses pemecahan lemak, karbohidrat dan protein kepada bentuk tenaga yang boleh digunakan.

Folic acid atau  B9 adalah vitamin B yang penting untuk membantu pertumbuhan dan pembahagian sel-sel terutamanya semasa hamil. Vitamin ini juga perlu untuk menghasilkan bahan kimia semulajadi yang mengawal selera makan, perasaan dan kualiti tidur. Ia juga merupakan vitamin terbaik untuk menolong mengurangkan kebarangkalian untuk seseorang menderita kerana serangan jantung atau angin ahmar dengan memastikan salur darah sentiasa terbuka.

Cobalamin atau B12 adalah vitamin B yang penting dalam proses penukaran karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Vitamin ini juga penting untuk membentuk lapisan pelindung sel saraf dan memastikan sel darah merah yang sihat dan mencegah penyakit jantung.


* entry seterusnya selepas ini akan lebih terperinci untuk setiap vitamin..jangan lupe singgah lagi lepas ni ye:))

Klik untuk order: B Complex

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis