Showing posts with label My Shaklee Life. Show all posts
Showing posts with label My Shaklee Life. Show all posts

Saturday, November 7, 2015

Produk Shaklee Mahal?

Sejak dulu lagi saya memang mengakui kualiti produk Shaklee. Produk Shaklee memang bagus tapi MAHAL GILER KOT!!!

Betul ke Produk Shaklee Mahal?

Masa nie belum kenal lagi dengan Shaklee. Tapi sekarang bila dah kenal, terjatuh cinta la pulak..memang tak pandang supplement brand lain dah:)).

Saya mula makan Shaklee semasa menyusukan anak kedua. Mase tu saya cuba Alfalfa complex. Kakak ipar yang cadangkan supplement tu tapi tak berkesan pun. Lepas tu kakak ipar cadangkan untuk add on ESP. Lepas minum ESP breast memang cepat penuh, kesannya bergantung kepada pengambilan. Bila ambil baru nampak kesannya. Kalau tak minum lambat la breast penuh. Tak dinafikan susu ibu jadi makin pekat dan anak kenyang lebih lama. Tapi 1 tin dah RM150, boleh tahan jugak kan. Last2 saya berhenti ambil semua tu sebab saya rasa macam tak berkesan untuk saya. Macam2 milkbooster saya cuba untuk survive sampai Zulfa umur setahun. Tapi sekarang saya sedar bahawa kegagalan saya dalam breastfeeding bukan disebabkan oleh milkbooster tak bagus/berkesan tapi saya yang malas nak ikut konsep demand and supply. Senang cakap, makan la pape sekali pun, kalau tak ikut konsepnya, susu badan tak banyak.

Cerita saya dan Shaklee tak terhenti disitu..

Saya dijangkiti Chicken Pox 2minggu selepas kembali bekerja selepas cuti bersalin anak ke2. Habis mc seminggu saya terus kembali bekerja. Muka tak payah cakap lah..penuh dengan parut2. Ramai yang cadangkan untuk sapu krim vitamin E Cosmoderm. Petang lepas balik kerja, saya terus pergi beli di framasi. Tapi susah sangat nak pakai sebab melekit2..nak tidur pun tak selesa. Siang memang tak boleh pakai langsung sebab lagi melekit rasenye. Lepas tu kawan sekerja cadangkan untuk beli vitamin E softgel Natopherol kat farmasi. Saya pun beli la. Dalam masa yang sama, saya mesej kak ipar bertanyakan harga Vita-E Shaklee unutk buat perbandingan harga. 
Kalau dibandingkan harga per botol, Vita E shaklee lebih mahal berbanding Natopherol. Tapi kalau dibandingkan harga per softgel, Vita-E Shaklee lebih murah sebenarnya. Tapi disebabkan nak jimat, saya beli dulu vitamin E kat farmasi. 
Alhamdulillah ada perubahan. Bila dah habis sebotol Natopherol saya decide untuk beli Vita-E Shaklee pulak. Untuk penggunaan jangka panjnag, lebih baik beli Vita -E Shaklee yang jauh lebih murah selain berasaskan bahan semulajadi yang dijamin berkualiti, selamat dan berkesan. Vita-E Complex ditambah dengan selenium yang meningkatkan lagi fungsi vitamin E. 

Kebanyakkan produk di pasaran adalah terdiri daripada vitamin sintetik dan bukan berasaskan bahan semulajadi. Sehingga kini (dah lebih 2 tahun) saya masih mengamalkan Vita E Complex setiap malam sebelum tidur kerana sifat antioksidannya yang boleh membantu memusnahkan radikal bebas dalam badan yang menjadi punca banyak penyakit.

Vita E Complex: RM149 (120biji) penggunaan 4 bulan. Kalau jadi ahli, boleh beli dengan harga jauh lebih murah.

Murah kan?

Kebiasaanya produk yang berasaskan bahan semulajadi memerlukan kos pengeluaran yang tinggi. Tetapi dengan Shaklee anda boleh membelinya dengan harga yang  murah, berpatutan dan berkualiti tinggi.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, November 3, 2015

Ostematrix Cinta Hati Saya

(1/11/2015):

Pagi nie rase liat sangat nak bangun pagi. Sedar2 dah pukul 8pagi. Time period macam nie la..kalau boleh solat insyaAllah 30minit sebelum subuh dah bangun:)). 

Pagi nie rase teruk sangat. Badan sakit2. Lepas bangun terus keluar ke ruang tamu. Nampak suami tengah mengadap komputer siapkan projek baru dia. Terus mintak suami urutkan badan.


Tengah2 berurut, baru teringat malam tadi lupa nak telan cinta hati saya, Ostematrix!!!

Patutlah badan sakit2 dan liat sangat nak bangun pagi nie. Malam tadi balik lewat. Sampai rumah terus masuk tidur. Lupa nak telan cinta hati saya nie..


Sejak amalkan Ostematrix setiap malam sebelum tidur, memang senang bangun pagi. Badan pun rasa segar je. Mana taknya, Ostematrix yang terdiri daripada kalsium, vitamin D & magnesium membantu untuk tidur lebih lena (Baca lanjut: Atasi masalah tidur malam).



Selain bagus sebagai sumber kalsium yang membantu untuk tidur lena, Ostematrix membantu dalam masalah sembelit. 

Tak percaya??

Anda boleh merasai kesannya seawal 1 dos sahaja. Saya adalah pengidap sembelit kronik sejak zaman universiti lagi. Tapi sekarang Alhamdulillah saya bebas sembelit 100%. (baca lanjut: Cara Elak Sembelit).



Jadi tiap2 malam sebelum tidur saya wajib telan Ostematrix untuk tidur lebih lena dan bangun dalam keadaan segar bugar. Ditambah lagi saya ibu menyusu yang masih lagi bangun setiap 2jam untuk susukan anak walaupun anak dah nak masuk umur setahun. Ostematrix sangat2 membantu mengurangkan sakit badan akibat kerap menyusu dan mengepam.

Klik Untuk order: Ostematrix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, October 17, 2015

Pengedar Shaklee Hospital Selayang/Taman Amansiara


Maaf ye..terpaksa spesifik cakap "Hospital Selayang" sebab nya saya bekerja di Hospital Selayang dan pergi kerja pun suami yang hantarkan. So saya takkan COD ke tempat lain. Kalau nak COD kat Taman Amansiara pun boleh sebab saya memang tinggal disana.

Nota: Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Jangan segan2 godek2 blog saya..nak senang boleh terus pilih pada bahagian "Apa masalah anda" untuk dapat maklumat lanjut.

Apa istemewanya kalau anda beli produk shaklee dengan saya?

Saya menjanjikan konsultasi tip top kerana saya bukan sahaja pengedar shaklee yang berilmu tetapi juga seorang pegawai farmasi yang mempunyai pengalaman kerja selama 6tahun.

Saya boleh jadi pakar rujuk anda dalam masalah dibawah:

1) Penyusuan susu ibu

Pengalaman sendiri:

Anak pertama: menyusu 3bulan sahaja.
Anak ke2: menyusu sehingga setahun dengan stok kais pagi makan pagi.
Anak ke 3: anak berusia 45 hari freezer peti ais 2pintu dah penuh. Sekarang anak dah 11 bulan masih fully breastfed lagi. Stok EBM yang bulan 5 pun banyak lagi. Rasa tak mampu nak habiskan sebab anak saya lebih suka susu segar. Alhamdulillah..saya masih mampu membekalkan susu segar untuk anak saya ke nursery setiap hari.

InsyaAllah, saya boleh jadi kaunselor laktasi anda yang tak bertauliah (insyaAllah akan pergi training untuk dapatkan sijil kaunselor laktasi suatu hari nanti)


2) Masalah diabetes / kencing manis.

Saya bukan pengidap diabetes tetapi saya adalah seorang pegawai farmasi yang menjalankan MTAC Diabetes sejak mula berkhidmat sehingga sekarang. Kami memberi kaunseling berkaitan Diabetes termasuk kaunseling ubat-ubatan, perubahan cara hidup dan pemakanan. Kami tahu apa target dan pemonitoran dalam pesakit diabetes yang penting untuk mengawal masalah diabetes.


3) Anak selalu demam-batuk selsema.

Saya juga seperti anda seorang ibu bekerja dan terpaksa hantar anak ke nursery yang selalu terdedah dengan sebarang jangkitan. Demam-batuk-selsema dah sinonim dengan anak kecil yang dihantar ke nursery. Tetapi Alhamdulillah, sejak amalkan Shaklee, anak2 saya jarang sakit, kalau sakit pun tak melarat.

3) Masalah ibu hamil.

Masalah paling biasa dikalangan ibu hamil adalah masalah hemoglobin rendah. Saya adalah pengidap anemia yang kronik sejak sebelum kahwin lagi. Apabila hamil, paras hemoglobin saya makin teruk. Alhamdulillah sejak mengamalkan Shaklee secara konsisten  Hemoglobin saya telah berada dalam paras normal.


4) Dan lain2 lagi masalah kesihatan yang berkaitan kanak2, ibu hamil dan ibu menyusu. Sebagai seorang pegawai Farmasi, kami juga diajar serba sedikit berkaitan penyakit2 kronik yang lain dari segi bagaimana penyakit itu bermula, risiko2 penyakit, langkah2 pencegahan dan banyak lagi maklumat yang berkaitan. Semua ilmu ini kami perolehi semasa belajar di Universiti dalam Ijazah Farmasi.

Jadi, jangan ragu2 untuk memilih saya sebagai Distributor Shaklee anda.

Pilihlah Distributor Shaklee yang berilmu yang menawarkan konsultatsi tiptop bukan sekadar jual Shaklee dengan harga murah tetapi tiada konsultasi yang sepatutnya.

Buat pilihan bijak.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Friday, October 2, 2015

13 Sebab Kenapa Saya Memilih SHAKLEE

1) Shaklee membayar RM26 billion kepada pengedar-pengedarnya kerana berkongsi segala kebaikan berkaitan produk Shaklee.
2) Shaklee Malaysia telah berkembang 1000% sejak 6 tahun yang lepas.
3) Syarikat nutrisi semulajadi No 1 di Amerika Syarikat.
4) Perbezzan Shaklee kerana sentiasa menitikberatkan SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN DAN SENTIASA SEMULAJADI ketika menghasilkan produknya.
5) Landmark Study - Shaklee telah menjalankan kajian ke atas mereka yang mengambil suplemen Shaklee dengan mereka yang mengambil suplemen dari jenama lain serta mereka yang tidak pernah mengambil suplemen. Ternyata dalam kajian tersebut mendapati, mereka yang mengambil suplemen Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.
6) Malaysia ialah antara 9 negara yang telah menjangkau separuh daripada penduduk dunia.
7) Diberi pengiktirafan daripada BrandLaurete pada 2014/2015 sebagai BEST MLM jenama nutrisi.
8) Jenama yang memberi sokongan pemakanan sampingan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
9) Bisnes yang boleh diwariskan legasinya kepada anak cucu bila kita telah tiada.
10) Syarikat pertama yang mendapat sijil Climate Neutral dan offsets emisi CO2.
11) SHAKLEE menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500.
12) SHAKLEE membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidratan semula mengikut keperluan para angkasawan angkasa lepas yang digelar AstroAde dan ianya masih digunakan hingga ke hari ini
13) SHAKLEE menerima anugerah Environmental Protection Agency's Climate Protection.

Credit to: Norhalimatul Nazura (Master Zura Betty)

Masih ragu2 untuk sertai kami?

Wednesday, September 30, 2015

Tips Felinna Nadea ed Fattah: Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Saya suka follow FB atau Instagram orang2 berjaya terutamanya mereka2 yang menjadikan Islam itu sebagai kunci utama untuk mereka berjaya dunia Akhirat. Kalau yang menutup aurat secara sempurna lagilah saya suka follow. Suka tengok orang yang menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka bukan sekadar hanya "beragama Islam". 

Saya bangga melihat orang Islam kaya dan berjaya. Kalau mereka boleh berjaya, sudah tentu saya pun boleh. Nak berjaya mesti ikut cara orang yang berjaya kan? Bak kata orang, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan dapat harumannya sekali kan. InsyaAllah..Salah satu orang Islam yang kaya dan berjaya yang saya suka follow adalah Felinna Nadea ed Fattah. Hari ini saya kongsikan:

Menjemput Rezeki: Tips Felinna Nadea.

-copy and paste dari Felinna Nadea ed Fattah (official)-

KAMI CABAR Anda!
TIPS Jadi kaya dalam masa 3hari :

Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.

Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?

Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia! 

Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY! 
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.
2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)
3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)
3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan. 
4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.
5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen
6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.
7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang selama 3 hari berturut turutInshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! 

Siapa berani sahut cabaran ni? ‪

Semoga Bermanfaat untuk kita sama2 amalkan.

Tuesday, June 30, 2015

Trivago: Hotel?

Sekarang nie setiap kali keluar iklan Trivago kat TV mesti Athirah sebut 'hotel', "jom pergi hotel ummi..pergi kejap je..yaya nak mandi kolam..lepas tu kita balik". Senyum sorang2 ummi dengar permintaan kak yaya. Dia ingat tempat tu dekat kot.

Kami jarang sangat pergi bercuti. Hujung minggu hanya dihabiskan dirumah. Kalau ambil cuti panjang pun mesti balik kampung di Terengganu. Cuma masa ulangtahun ke 5 perkahwinan kami, suami ajak pergi bercuti di Glory Beach Resort. Sebenarnya suami terpengaruh dengan kawan2 opis yang baru balik bercuti di sana. Tapi diorang pergi tinggalkan anak isteri kat rumah. Berseronok kat luar macam orang bujang. Alhamdulillah..suami saya tak macam tu. Dia akan dahulukan anak isteri berbanding keseronokan keluar dengan kawan2.

Dulu masa Athirah kecik2 pernah jugak bawak dia pergi Cameron Highland 3x. Duduk hotel jugak. Tapi masa tu kecik lagi..dia mesti tak ingat pape. Tu yang bila dapat duduk hotel untuk kali pertama masa umur dia dah 'faham', seronok je dia. Mulanya kami tipu2 cakap tu rumah baru kita.. tapi kita datang sini kejap je..diw pun percaya la..duk pusing2 dalam bilik hotel..dia paling excited tengok swimming pool. Tak sabar2 ajak abah dia pergi mandi kolam. Walaupun masa mandi tu 2x dia lemas, tapi masih ajak nak pergi sana lagi.
Apa yang saya rasa dan lihat, Glory Beach Resort nie boleh tahan jugak. Kos penginapan termasuk breakfast untuk 2 orang tak sampai RM300 untuk 2 hari 1 malam. Buffet breakfast pun boleh tahan. Kitorang banyak habiskan masa di swimming pool dan pantai kat hotel tu je. 

Niat asal memang nak pergi jalan2. Tapi selepas incident Athirah lemas kat swimming pool tu terus mood nak buat pape terbantut. Athirah macam dah fobia dah..dia asyik sebut2 apa yang jadi kat dia..boleh nampak dari riak wajah dan cara dia menggambarkan kejadian dia lemas tu yang dia takut lemas lagi. Saya cuba tenangkan dia. Cakap dengan dia, "nanti ummi hantar kak yaya pergi belajar berenang dengan cikgu ea..dah pandai berenang baru tak lemas". Dia macam excited balik nak berenang sebab nanti dapat cikgu baru kot..

Plan lepas nie nak kumpul duit nak pergi Grand Lexis pulak. Mesti Athirah lagi seronok dapat mandi kolam 24jam:)). InsyaAllah..
Kan best kalo kite dapat financial and time freedom. Nak pergi mana,bila2 masa pun tak kesah. Tak perlu nak tunggu gaji atau bonus kerajaan baru boleh bawak anak pergi jalan2. Tak perlu nak mohon cuti dengan sape2. Tak payah nak fikir pasal kerja yang akan menunggu kalau kita ambil cuti panjang. 

Itu yang tengah saya usahakan. Impian untuk jadi working-at-home-mom & -dad.  Anak2 membesar depan mata. Kagum tengok upline saya dah dah menjelajah ke berapa buah negara dah..mungkin dah tak terbilang. Boleh pergi ke mana sahaja tanpa mengira kos dan masa.
 PM Cery Mamafaiz
PM Lyna Noh

PM Hadhatina Mkb
Mereka sudah buktikan semua itu tercapai dengan Shaklee. Tiada yang mustahil. Yang penting usaha yang tak putus2, doa dan tawakal kepada yang maha pemberi rezeki.

Towards financial and time freedom.

Friday, June 12, 2015

Shaklee National Conference 2014/2015: Mimpi Itu Percuma

7 Jun 2015:

Rakan2 sid (shaklee independent distributor) sibuk duk update status pasal National Conference Shaklee 2014/2015 yang telah berlangsung sekarang 6-7 Jun 2015. Setiap tahun akan berlangsung Shaklee National Conference (NC) bagi menghargai kerja keras sid sepanjang cycle setiap tahun. Kali ini NC berlangsung di MIECC Mines Exhibition Centre. Bagi sid yang layak, mereka berpeluang untuk mengikuti local trip yang 100% ditaja oleh Shaklee. Mereka berpeluang untuk menginap di Palace of The Golden Horses. Best kan :)).

Bila dah terjebak dengan Shaklee nie, ade yang terpaksa menginap dihotel mewah  6 bintang, ada yang terpaksa terima award dari shaklee atas usaha yang tak putus2 untuk cycle lepas, ada yang terpaksa menerima tajaan local trip daripada shaklee ditanggung 100% untuk 1 family, ada yang terpaksa terima kejutan bila check in tempat penginapan..masuk bilik hotel ada surprise daripada shaklee pulak..dapat sekotak shaklee collagen powder (bernilai RM300)..shawl Burberry..dapat elaun makan..makan di hotel dapat, elaun makan pun dapat.. Semua tu percuma je taw..sape taknak bende free kan..terasa SID sangat2 diraikan oleh pihak Shaklee.

Banyaknya terpaksa buat selepas berjaya dengan bisnes shaklee nie kan :))

National Conference Shaklee 2014/2015 Highlight from iReach HD on Vimeo.

Melihat gambar2 yang rakan sid upload kat fb, saya terbayangkan saya dan keluarga berada ditempat mereka. Terbayang penat lelah sid dah berjaya sehingga melayakkan mereka ke sana dan mendapat pengiktirafan daripada Shaklee. Daripada riak wajah yang penuh dengan senyuman, saya percaya disebalik semua itu mereka sudah bayar dengan pengorbanan yang tak ternilai. Bukan senang nak senang kan..semua perlukan usaha dan keizinan dari Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

Saya???

Masih berjuang untuk mencapai semua tu..usaha saya masih belum cukup untuk melayakkan saya untuk dapat semua pengiktirafan itu..InsyaAllah..Semua itu akan jadi milik saya suatu hari nanti. Saya akan capai semua tu dalam cycle 2015/2016. Menerima award bersama2 suami dan anak2..turun naik stage ambil paling kurang 3 award dalam satu cycle, pegang replika kunci kereta sebagai simbolik Car Bonus, Dinner di hotel mewah, menginap di hotel 6 bintang.. Ya Allah, hari itu pasti tiba..

Dan yang paling penting car bonus..bila dah dapat car bonus boleh dikatakan kita dah berpencen dengan shaklee. Tapi rezeki takkan datang bergolek. Semua tu perlukan usaha keras dan tak putus2..tiada yang mustahil bagi Allah. Dan Allah suka akan hamba2Nya yang berusaha. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Best kan Shaklee..setiap keringat yang dicurahkan dihargai..Shaklee tidak pernah gagal membayar bonus kepada sid yang layak setiap pertengahan bulan. Setiap tahun diadakan pula NC untuk meraikan sid yang berjaya mencapai target mereka.

Jangan tak tahu ye..Shaklee nie  bisnes mesra keluarga. Naik stage ambik award pun boleh bawak anak. Aktiviti untuk anak2 juga disediakan sepanjang NC. Pihak pengurusan Shaklee sangat2 menitik beratkan sensitiviti Islam. Tiada sesi bersalaman antara lelaki dan perempuan. Ini yang saya suka sangat dengan Shaklee. Kalau tengok, ramai Master Coordinator Shaklee yang bertudung labuh dan ada yang berniqab. Bahagia je tengok kejayaan orang Islam. Kita perlu kaya dan berjaya untuk membantu ummah. Tu yang buat saya bertambah sayang dengan Shaklee.

Selain tu jugak, pihak pengurusan Shaklee menyokong penuh penyusuan susu ibu. Di NC ini, mereka juga sediakan bilik khas untuk ibu2 menyusukan bayi. 

Walaupun saya tak pernah jumpa upline2 saya face to face, tapi kitorang ada secret group yang diterajui oleh leader2 hebat untuk memberi bimbangan berterusan kepada kami sebagai downline. Yang paling saya teruja dengan  secret group ini adalah, kitorang ada "master checklist" yang lengkap dengan pengisian rohani yang menjadi tunggak kepada kehidupan kami sebagai SID yang ingin berjaya dunia dan akhirat. Nak tahu lebih lanjut pasal "master checklist"? Meh join kami dulu:)).

Saya tak pernah terfikir untuk terlibat dalam semua nie. "Master checklist" banyak mengubah rutin harian saya. Dan kini saya yakin rezeki semuanya dari Allah. Hanya dia tempat kita bergantung. Dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Yang penting kita terus berusaha tanpa kenal putus asa.

Saya sudah jatuh cinta dengan Shaklee. Takkan pernah berpaling. Kini dan selamanya.

Anda bila lagi?

AddThis