Tuesday, April 28, 2015

Cinch Shake Untuk Ibu Menyusu: Boleh atau tidak?

Seperti yang semua orang sedia maklum, Shaklee Cinch Shake Mix biasanya diambil oleh individu yang nak kuruskan badan. 

Ibu mengandung dan menyusu juga boleh menggunakan Shaklee Cinch™ Shake Mix sebagai supplement untuk sumber protein, kalori dan nutrisi penting. Walau bagaimanapun, Cinch™ Inch Loss Plan for weight loss tidak digalakkan untuk ibu hamil dan menyusu.

Sumber: www.physicians.shaklee.com

Bagi yang belum kenal dengan Shaklee Cinch™ Shake Mix, meh kita bersuai kenal dulu ye:))

Apa itu Shaklee Cinch™ Shake Mix?

(1) Minuman berkhasiat dan seimbang yang digunakan sebagai meal replacement dalam Shaklee Cinch™ Inch Loss Plan.
(2) Mempunyai indeks glisemik yang rendah, bebas kolestrol dan laktosa. Tiada lemak trans. 
(3) Setiap hidangan membekalkan 35% daripada Nilai Harian untuk 20 vitamin dan mineral perlu, 80% nilai harian untuk chromium, 25% nilai harian untuk iron, dan 10% nilai harian untuk vitamin A. 
(4) Diperkaya dengan rantaian asid amino perlu, leucine. Dalam diet sihat yang kaya protein, leucine merangsang sintesis protein dalam tsiu otot, membantu mengekalkan otot semasa tempoh “calorie restriction”.

Antara bahan penting dalam Cinch shake berdasarkan penemuan saintifik terbaru ialah Leucine.

Apakah leucine?

Leucine adalah salah satu amino acid perlu yang sangat penting untuk badan kita. Badan kita tak mampu hasilkan jadi kita perlu dapatkan dari sumber makanan.

Antara fungsi Leucine:

(1) Ia berfungsi untuk memulakan pembinaan sel dalam otot kita (muscle synthesis).

(2) Juga merangsang Fat loss pada peringkat sellular. Ini bermaksud penurunan berat badan adalah daripada Fat Loss.

(3) Ia meningkatkan metabolisma badan untuk membolehkan badan membakar lebih banyak kalori. Lebih banyak kalori yang dibakar lebih cepat proses hilang lemak berlaku.

(4) Bila leucine diambil bersama-sama denagn resveratrol (komponen utama dalam vivix Shaklee) dalam kuantiti yang sedikit, semua proses yang di atas akan jauh lebih berkesan.

Berbalik kepada persoalan kita, Boleh ke kuruskan badan sambil menyusu? 

Macam mana nak kurus semasa menyusukan bayi? 
Boleh ke berdiet semasa menyusu badan?Cukup ke susu nanti?

Tidak salah nak berdiet dan kurus semasa menyusu asalkan kita pastikan badan kita masih mendapat nutrisi lengkap dan penting untuk penghasilan susu ibu.

Menyusukan bayi juga adalah salah satu cara untuk cepat kurus kerana ibu yang menyusukan membakar purata 500 kalori sehari.

Tips-tips untuk ibu-ibu yang hendak kuruskan badan semasa menyusukan:

1) Jangan skip meal kerana ia berpotensi untuk terlebih makan jika tahan lapar.

2) Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3) Jangan timbang berat setiap hari kerana perubahan mungkin tidak segera dalam masa yang singkat, jadi elakkan timbang setiap hari untuk elakkan perasaan kecewa jika berat tidak turun secepat yang dikehendaki.

4) Ambil sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang berlebihan.

5) Makan dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. 

Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. 

(i) Cuba lebihkan makanan yang berfiber, protein tinggi. 
(ii) Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. 
(iii) Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. 
(iv) Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging. 
(v) Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti nutrisi seharian.

6) Makan lebih kerap. Makan setiap 2-3 jam sepanjang hari dan bukannya hanya 3 kali sehari. Ini akan memastikan metabolisma badan anda aktif, mengelakkan terlebih makan kerana lapar dan dahaga. Tukarlah kepada cara pemakanan yang baru dan sihat.

7) Pastikan anda cukup tidur. Tidur itu penting untuk memastikan anda focus dan beremosi baik dan seterusnya dapat mengawal gaya pemakanan anda. Cuba untuk tidur sementara bayi anda tidur.

8) Harus diingatkan proses menurunkan badan ini memerlukan komitmen sebab berat akan turun secara beransur-ansur.

9) Bersenamlah selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan ‘kesan sampingan’nya akan berat kita akan berkurangan.

Jadi macam mana ibu2. Usah takut untuk KURUS semasa menyusu. Yang penting anda sihat dan mendapatkan nutrisi lengkap yang diperlukan dalam penghasilan susu ibu. Makan banyak tidak semestinya dapat membekalkan semua nutrisi yang diperlukan.

Saya sangat2 menyarankan anda mengambil Cinch Shake Mix sebagai supplement tambahan sebagai sumber protein yang boleh membantu anda kenyang lebih lama dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan. Dengan pengambilan protein anda boleh kurangkan pengambilan karbohidrat. Bagus bukan?.

Banyak pilihan kombinasi Set Kurus yang kami tawarkan. Semua berbeza untuk setiap individu kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza.


Saya menjanjikan konsultasi terbaik untuk anda.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com







7 Faktor Susu Badan Makin Berkurang




Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..

Kali ni saya nak share 7 faktor penyebab susu semakin berkurang iaitu:

1. Stress

Stress adalah salah satu faktor utama kurangnya penghasilan susu. Hal ini kerana, stress akan merencatkan perembesan hormon prolaktakin yang penting untuk penghasilan susu ibu. Stress juga akan merencatkan perembesan hormon oksitosin yang diperlukan untuk pengeluaran susu ibu ("milk ejectiob"). Jadi ibu2 hendaklah sentiasa tenang dan gembira kerana ia sangat2 membantu penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Bersyukur dengan segala hasil perahan walaupun sedikit.  InsyaAllah, dengan bersyukur dan berlapang dada, susu ibu pasti cukup untuk bayi. 

2. Diet Tidak Seimbang

Ibu menyusu perlu mendapatkan diet yang seimbang bagi menjayakan penyusuan ibu sehingga bayi berusia 2 tahun. Diet yang seimbang mampu memberikan nutrisi yang secukupnya kepada si ibu. Perbanyakkan makan sayuran, bijirin dan buah-buahan disamping hasil tenusu.

3. Tidak Minum Air Secukupnya.

Susu ibu itu sendiri terdiri daripada cecair (>80%). Ibu mestilah minum air secukupnya (minimum 3 liter sehari) agar tidak menganggu penghasilan susu ibu. 

4. Masalah Kesihatan

Ibu hendaklah menjaga kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk memastikan penghasilan susu yang cukup dan berkhasiat untuk bayi. Masalah kesihatan sudah pasti mengganggu fungsi badan seterusnya menyebabkan mengganggu penghasilan susu ibu. Badan yang sentiasa letih dan lesu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu. Jadi, rehat dan tidur yang berkualiti walaupun sekejap sangat2 penting untuk ibu menyusu.

5. Pengambilan Ubat-Ubatan.

Sesetengah ubat memberi kesan terhadap penghasilan susu terutamanya ubat2 hormon. Bagi mengelakkan susu berkurangan, minta khidmat nasihat daripada doktor  atau ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.

6. Kehamilan

Kehamilan boleh menyebabkan susu berkurangan kerana hormon estrogen dan progesteron meningkat seterusnya akan menyebabkan prolaktin berkurangan. Ini seterusnya akan mengurangkan penghasilan susu ibu. Menjarakkan kehamilan merupakan pilihan terbaik jika anda mahu menyusukan bayi sehingga 2 tahun.

Kedatangan haid juga boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Tetapi kesan ini adalah sementara dan akan kembali normal beberapa hari selepas haid. (Klik untuk baca lanjut tentang cara mengatasinya)

7. Tidak Memahami Konsep “Demand & Supply”

Kebanyakan masalah penyusuan adalah disebabkan ibu tidak memahami konsep “Demand & Supply”. Untuk mengekalkan penghasilan susu, ibu perlu susukan bayi atau pam setiap 2-3 jam untuk memastikan payudara sentiasa kosong dan ini akan memberi signal yang positif kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan.
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, April 27, 2015

Peranan Suami Menjayakan Penyusuan Susu ibu


Minggu lepas borak2 dengan rakan sekerja. Dia pun sama macam saya baru je balik kerja dari cuti bersalin. Bezanya, dia melahirkan anak pertama dan saya dah anak ketiga.

Semua ibu berhasrat untuk menyusukan anaknya sendiri. Sama juga dengan rakan sekerja saya yang saya namakan Ms J (Bukan Nama sebenar). Terkejut bile die cakap yang dia GAGAL. Dia hanya fully BF sampai anak berumur sebulan. Saya cuba selidik faktor dia GAGAL. Bila dengar cerita dari mulut dia, saya tak salahkan dia. Sebenarnya tak istilah KEGAGALAN dalam BF. Itu semua pengalaman. BF bukan semudah yang disangka. Mungkin mudah untuk sesetengah orang, tapi susah untuk sesetangah yang lain.


Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..

Punca MS J hanya mampu fully BF sebulan sahaja:

1) Tiada pengalaman. Ini merupakan pengalaman pertama beliau bersalin dan menyusu.
2) Berpantang seorang diri dalam tanpa pengalaman menguruskan diri dan anak semasa dalam pantang yang sangat2 mencabar.
3) Kesihatan diri yang tidak mengizinkan. Sejurus selepas bersalin Ms J dapat Urticaria yang sangat teruk di seluruh badan. Ms J cuba bertahan selama sebulan tanpa ambil apa2 anti-histamine untuk mengurangkan kegatalan sebab antihistamine akan masuk ke dalam susu ibu dan memberi kesan mengantuk kepada bayi juga. Tapi sampai satu tahap dia dah tak mampu nak bertahan dan akhirnya beliau tewas dan terpaksa makan antihistamine untuk kurangkan urtaria di badan. Serentak dengan itu, Ms J mula memberi susu formula untuk anaknya sebab bimbang anaknya mendapat kesan daripada ubat yang diambil.

Ms J cuba untuk relakstasi. Tetapi bila melihat hasil pam yang semakin sedikit, memudarkan hasratnya untuk meneruskan perjuangan penyusuannya.

Sedih, kecewa, kesian..mana ada ibu yang taknak susukan bayinya sendiri.

Saya harap MS J dapat jadikan ini pengalaman yang akan membantunya untuk lebih bersedia untuk perjuangan penyusuan susu ibu untuk anak seterusnya.

Sebenarnya masih belum terlambat untuk Ms J menyambung kembali perjalanan penyusuan susu ibunya. Tetapi ia memerlukan pengorbanan yang besar dari dirinya sendiri dan memerlukan sokongan penuh daripada suami. Sokongan suami sangat2 penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Apa yang suami boleh bantu untuk menjayakan penyusuan susu ibu?

Sebelum:

(1) Cari info berkaitan penyusuan sejak dari awal  mengandung. Info2 ini sangat penting untuk kita terus yakin dan mempertahankan bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita kerana tidak semua orang sekeliling kita terutamanya orang tua menyokong penuh penyusuan susu ibu.
(2) Bagi isteri yang bekerja, suami belikan pam untuk digunakan semasa bekerja nanti.
(3) Supplement: Belikan supplement yang selamat, semulajadi dan berkesan untuk isteri untuk melengkapkan nutrisi harian isteri untuk memastikan isteri sentiasa sihat dan bertenaga untuk menyusu. Supplement yg bersifat milkbooster juga boleh diambil untuk menggalakkan penghasilan susu ibu.
(4) Sediakan makan/minuma: Biasanya ibu menyusu akan selalu dahaga dan lapar. Suami boleh menyediakan air dan biskut semasa isteri sedang menyusu atau mengepam.
(5) Layan anak2 yang lain agar isteri dapat menyusu atau mengepam dengan tenang. Gangguan semasa menyusu atau mengepam akan memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu.
(6) Suami boleh membantu isteri mendapatkan posisi yang selesa semasa menyusu atau mengepam.

Selepas:

(7) Sendawakan bayi selepas menyusu.
(8) Mencuci dan menyimpan peralatan mengepam dan botol2 susu.

Sepanjang masa:

(1) Membantu isteri membuat kerja rumah.
(2)Membantu menjaga anak supaya ibu mendapat rehat dan tidur yang berkualiti walaupun sekejap.
(3) Menyediakan makanan yang berkhasiat untuk isteri untuk memastikan ibu sentiasa bertenaga.
(4) Membantu mengurangkan sakit belakang isteri akibat menyusu dengan memberi urutan lembut dibahagian belakang badan.
(5) Memberi masa dan ruang untuk isteri selalu berdampingan dengan anak (skin to skin contact) untuk memudahkan penyusuan dan meningkatkan penghasilan susu ibu.
(6) Memberi sokongan penuh dan kata semangat untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.
Klik Untuk Order: Set menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, April 26, 2015

5 sebab untuk berhenti merokok



Semua orang tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Bukan sahaja kepada perokok, malah orang di sekeliling yang terdedah kepada asap rokok. Kadang-kadang orang merokok sebab suke2 je,nak tunjuk macho..macho ke??? Zaman sekarang nie, orang dah tak pandang merokok tu  sebagai "macho" dah sebab semua orang dah tahu bahayanya ROKOK tu.

5 Sebab untuk berhenti merokok:

1. Hidup lebih lama jika berhenti merokok.

Ajal maut ditangan Allah. TAPI sebagai manusia normal takkan la nak tempah maut awal2 kan. Dah tahu merokok boleh membahayakan kesihatan tapi teruskan jugak tabiat tu..tu la namenye menempah maut.

Berdasarkan American Cancer Society, separuh daripada perokokak akan meneruskan tabiat itu sehingga mereka mati akibat daripada kesan merokok seperti penyakit peparu, jantung dan byk lagi penyakit lain. 

Lelaki kehilangan 13.2 tahun daripada hidupnya disebabkan oleh merokok. Manakala perokok wanita hilang 14.5 tahun dari hidup mereka.

2. Anda akan melindungi ahli keluarga dan rakan anda jika berhenti merokok.

Merokok bukan sahaja membahayakan diri anda sendiri malah orang sekeliling kerana mereka terdedah kepada asap rokok "secondhand smoke". "secondhand smoke" meningkatkan risiko penyakit jantung 25-30%.  Wanita hamil yg terdedah kepada asap rokok akan meningkatkan risiko sindrom mati mengejut dikalangan bayi baru lahir. Kanak2 pula akan berisiko mendapat jangkitan telinga, batuk, pneumonia,bronkitis dan asma yg teruk.

3. Sel2 badan akan mula diperbaiki jika anda berhenti merokok.

Bermula beberapa jam selepas rokok yg terakhir. anda akan memperoleh semula kekuatan dalam masa 10hari selepas anda berhenti merokok termasuklah deria rasa dan bau. Anda akan kelihatan lebih baik. Merokok mempercepatkan penuaan kulit dan menyebabkan kedut. Merokok boleh mewarnakan (stains) gigi, jari dan kuku dan menyebabkan nafas berbau.

4. Lebih ramai orang akan suka pada anda jika anda berhenti merokok.

Sekarang kita boleh lihat kebanyakan tempat kerja dilarang merokok. Orang yang berakal akan menjauhi perokok sebab kesan "secondhand smoke".

5. Dapat buat simpanan jika anda berhenti merokok.

Pada saya, perokok nie sangat2 la kaya duit. Yela, selamba je bakar duit kan. Kalau simpanan duit tu dah boleh beli rumah kot..

Sedikit kira2 untuk tatapan semua:



Sekotak rokok ~RM13
Sehari sekotak: RM390 Sebulan
Sehari 2 kotak: RM780 Sebulan.

Klik untuk Order : Vivix Shaklee

Sebotol Vivix 150mL RM 475. 
Untuk penggunaan sebulan (5mL sekali sehari)
(Join ahli : harga sama dengan kos sebulan hisap rokok sekotak sehari) 

Ikuti pengalaman Saudara Uzir yang mula merokok sejak umur 14 tahun. Macam2 cara yang pernah beliau cuba untuk berhenti merokok tapi GAGAL sehinggalah beliau cuba dot dot dot.....Alhamdulillah..dah setahun tak merokok :))


Bertindak sekarang!!!
Sayangi diri dan orang tersayang.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com




Saturday, April 25, 2015

Cara Kuruskan Badan: Tips Kurus Cepat Dan Berkesan

Salam Sejahtera..

KURUS...KURUS...KURUS..

Siapa yang taknak kurus kan..Semua orang pun nak kurus..Anak saya Athirah pun selalu cakap, nanti besar nak kurus macam ummi je..baru cantik..taknak gemuk macam kak ngah dengan abah..hihi..

Tapi kena ingat ye..kurus bukan sahaja untuk kelihatan CANTIK tapi untuk SIHAT jugak. Berat badan berlebihan dan obesiti boleh membawa kepada banyak kompliasi lain .

Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.

Apakah komplikasi daripada berat badan berlebihan?

(1) Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
(2) Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
(3) Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
(4) Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
(5) Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
(6) Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Sumber: www.myhealth.gov.my

Disebabkan permintaan produk pelangsing yang tinggi, produk2 kurus nie tumbuh bak cendawan kat pasaran sekarang. Murah atau mahal, semua ada. Tepuk dada, tanya poket sendiri. Kurus kurus jugak, tapi kena hati2 ye..tak semua produk kat luar tu selamat dan berdaftar dengan KKM. Dan yang lebih menakutkan produk2 tersebut mungkin mengandungi bahan2 terlarang (bahan racun berjadual) yang diharamkan oleh KKM oleh kerana kesan sampingannya yang mengancam nyawa. Dan sudah pastilah bahan terlarang tu tak tercatat pun dalam kandungan produk. 

Ada sesetengah produk pelangsing pulak, masa nak dapatkan kelulusan daripada KKM, semua sampel yang dihantar bebas bahan racun berjadual. Tapi akhirnya untuk "menjual" produknya, mereka secara sembunyi2 menambahkan bahan terlarang dalam produk mereka untuk kesan yang lebih cepat. Yela kan..kalau produk mereka tak berjaya "mengkuruskan' orang takkan ada yang nak beli dan "repeat order" kan..sebab tu tugas bahagian penguatkuasa farmasui untuk membuat pemantauan berkala terhadap produk2 di pasaran sekarang walaupun sudah mendaftar dengan KKM.

Contoh bahan terlarang yang selalu digunakan dalam produk pelangsing adalah SIBUTRAMINE. Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi Sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan Sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan sukar untuk tidur.

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my

Sumber: www.pharmacy.gov.my

Disini saya nak kongsikan tips asas untuk kuruskan badan secara sihat tanpa UBAT:

1. Wajib makan sarapan pagi. Seeloknya ambil makanan berat dengan menu yang sihat untuk membekalkan tenaga sehingga ke tengahari (Breakfast like a king:)).
2. Seperti yang dianjurkan Islam berhenti makan sebelum kenyang dan makan sebelum lapar. Bersederhana dalam pengambilan makanan
3. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan (skip meal) anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
4. Makan malam awal seeloknya sebelum maghrib. Jangan makan lewat malam. Makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
6. Kurangkan pengambilan nasi. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran

Tips diatas merupakan perkara WAJIB yang perlu dilakukan untuk sesiapa sahaja yang nak KURUS.

Untuk kesan yang lebih baik dan cepat, saya cadangkan anda untuk ikuti 3 langkah ini BAKAR-BUANG-BINA.

3 Langkah untuk Kurus dengan Cepat dan Sihat:

Langkah 1: Bakar

Lecithin @ Omegaguard: Berfungsi untuk membakar lemak dalam badan.

Kedua2 Lecithin dan Omegaguard membantu untuk kurus dengan membakar lemak2 yang tidak dingini. Bezanya cuma dari segi harga dan keberkesanan. Salah satunya yang lebih mahal bertindak lebih baik, tetapi tak bermaksud yang lebih murah tidak bagus. Terpulang kepada kemampuan masing2. tapi kalau kedua-duanya diambil bersama2, kesannya memang SUPERBBB!!!

Selain membakar lemak, Lecithin juga bertindak sebagai Pengelmusi lemak. 

Omegaguard pula boleh menurunkan paras LDL dan menaikkan paras HDL dalam darah. Omegaguard adalah minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 yang dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Ia turut membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga.

Bagaimana asid lemak boleh bakar lemak?

(1) Omega 3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda memberi tindak balas yang lebih baik terhadap hormon leptin.
(2) Hormon Leptin bertanggungjawab memberi arahan kepada otak untuk mengurangkan selera makan. Dengan itu, anda akan kurang makan dan boleh kekal atau turunkan berat badan.
(3) Hormon Leptin akan meningkatkan metabolisma badan dengan meningkatkan kesan hormon tiroid (tirod mengawal atur metabolisma badan).

Selain itu, Omega 3 membantu anda untuk kurangkan berat badan dengan membantu mengawal tahap kelaparan dengan menstabilkan paras gula dalam darah.

Langkah 2: Buang



Alfalfa Complex @ herb-lax: Untuk mencuci usus dan membuang segala toksin untuk memastikan penyerapan nutrient yang lebih baik. 

Kalau tak detox, macam mane supplement yang dimakan nak diserapkan kan. Makan supplement dah berbotol2 tapi masih tak nampak kesan. mungkin ini faktornya. Usus berkerak sebab tak detox..tak cuci bersih2.

Langkah 3: Bina


Cinch Shake Mix: membekalkan sumber protein yang penting untuk mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan.

WAJIB DIAMBIL OLEH INDIVIDU YANG TAK DAPAT KAWAL NAFSU MAKAN

Kenapa mesti PROTEIN?

(1) Minuman yang kaya protein akan memberikan rasa kenyang lebih lama. Oleh sebab itu, Cinch shake Mix boleh menggantikan 2 hidangan utama iaitu sarapan dan makn tengahari/ makan malam.
(2) Cinch Shake Mix mempunyai indeks glisemik yang rendah yang memberi perubahan yang kecil pada paras gula dalam darah dan membebaskan tenaga secara perlahan untuk tempoh yang lama untuk mengekalkan tenaga.
(3) Minuman protein shakes yang diperkaya dengan LEUCINE juga boleh membantu mengekalkan otot semasa berat badan turun selepas lemak2 yang tidak diingini dibakar.
(4) LEUCINE juga membantu meningkatkan metabolisma dalam badan dan mempercepatkan pembakaran lemak2 yang tidak diingini.
(5) Satu hidangan Cinch Shake Mix membekalkan 16g PROTEIN, 6g FIBER dan membekalkan 35% atau lebih Nilai harian (daily value) bagi 21 vitamin dan mineral penting.

Inilah yang dikatakan kurus secara sihat. Walaupun mengehadkan pengambilan karbohidrat terutamanya untuk sarapan pagi dan makan tengahari, kita masih boleh mendapat nutrisi lengkap Cinch Shake  Mix. Tindakan untuk tidak makan langsung untuk kurus hanya membahayakan kesihatan.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, April 21, 2015

RAWAT RUAM PANAS BAWAH PAYUDARA TANPA BAHAN KIMIA



Dah lame sebenarnya nak kongsikan testimoni sendiri berkaitan ruam panas bawah payudara nie, tapi asyik bertangguh je.. Saya dapat ruam nie masa Malaysia dilanda musim panas yang membahang tu..tak silap awal bulan Mac..mane taknye kan..badan asyik berpeluh sampai bahagian bawah payudara merah2 dan gatal2.

Biasanya kalau ada merah2 atau gatal di bahagian tu, mungkin ada jangkitan kulat (fungus). Kalau di hospital doktor akan kasi krim antifungal Miconazole. Untuk kegatalan yang biasa doktor akan bagi krim Calamine. Tapi semua tu takde pun kat rumah. Yang ada krim HERBAL BLEND Shaklee je..krim nie multipurpose..jadi saya cuba sapu kat tempat merah2 tu..Alhamdulillah, dalam 3hari camtu merah2 dan gatal2 hilang.

Herbal blend dirumus khas daripada bahan2 semulajadi yang selamat dan berkesan.

Selain sapu herbal blend, saya juga amalkan tips2 di bawah:

1) kerap mandi
2) kerap tukar baju dan pilih baju yang menyerap peluh
3) duduk dibawah kipas

Baca lanjut tentang ruam panas...

Ruam panas :

(1) Juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah (Prickly Heat atau Miliaria) (2) Berlaku dalam keadaan panas dan lembab lebih-lebih lagi jika anda memakai pakaian yang tebal. 
(3) Paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, walau bagaimanapun, individu yang aktif, bayi yang baru lahir di dalam incubator dan pesakit demam yang terlantar di atas katil sepanjang masa juga boleh mendapat ruam panas ini.

Tanda dan Gejala

(1) Ruam panas kelihatan seperti bintik-bintik kecil yang dikelilingi oleh zon kulit yang merah. Ia biasanya berlaku pada bahagian badan yang dilindungi pakaian, seperti bahagian belakang, abdomen, leher, bahagian atas dada, celah ketiak dan akan berkurangan dalam beberapa hari. Di antara tanda-tanda dan gejala yang biasa adalah:

(2) Dalam bentuk yang teruk, ruam panas boleh menganggu mekanisma aturan pengeluaran haba badan (pengeluaran peluh) dan boleh menyebabkan demam, kepenatan akibat kepanasan dan malahan boleh menyebabkan kematian.

Rawatan

Beberapa ubat yang boleh digunakan:

Losyen Calamine boleh menyejukkan dan menyamankan kulit.
Cubaan penggunaan antiseptik topikal seperti Hexachlorophene boleh mencegah ruam-ruam ini dengan sempurna.

Pencegahan

(1)  Pakai pakaian jenis kain kapas yang longgar.
(2) Elakkan peluh berlebihan. Bahkan jika ini boleh dilakukan walau hanya beberarapa jam setiap hari, ianya mampu memberi kesan yang ketara. Contohnya, berada di dalam bilik yang berhawa dingin untuk beberapa jam sehari. Mandi dengan air yang sejuk bagi mendinginkan kulit dan mampu mengelakkan peluh.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/ruam-panas

Pilihan ditangan anda.

Kimia atau semulajadi

Klik untuk order: Herbal Blend

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, April 19, 2015

Susu Badan Tak ada Sejurus Selepas Bersalin: Apa nak buat???



Alhamdulillah..diberi kesempatan masa untuk update blog. Sejak masuk kerja nie tak sempat nak bukak laptop sebab memang takde laptop pun :))..nie pun tengah taip kat hp, nanti ade mase baru copy & paste kat blog pakai laptop suami..huhu..

Malam nie nak kongsi tentang kerisauan ibu2 terutamanya new mommies yang bimbang susu tak ade sejurus selepas bersalin nanti. 

Mesti ade yang terfikir, boleh ke aku susukan anak ku sendiri?Ade susu ke? Breast kecik ade susu ke?

Sejujurnya, itulah yang bermain2 difikiran saya semasa menanti kelahiran anak sulung say dulua..tapi sangkaan saya meleset sama sekali..

Sebaiknya semasa tempoh hamil, ibu2 cuba menambah ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. 'Mindset' ibu sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Tanamkan niat untuk menyusukan anak paling kurang 6 bulan dan cuba sedaya upaya sehingga 2 tahun..itu paling penting.

Ada sesetengah ibu berusaha mengambil milkbooster beberapa bulan sebelum bersalin untuk memastikan susu badan terus banyak sejurus selepas bersalin. Kalau ibu2 tanya saya perlukah semua itu? 

Pada saya tak perlu pun. Pengambilan supplement hanya untuk memastikan kesihatan ibu berada pada tahap maksimun sehingga bersalin. Kesihatan ibu yang baik sudah tentunya mempengaruhi kebolehan si ibu untuk menyusukan anaknya sejurus selepas bersalin dengan tenang. Kebolehan yang saya maksudkan adalah dari segi tenaga dan kebolehan ibu untuk bergerak dengan mudah terutamanya bergerak untuk menyusukan anak.

Berbalik kepada topik kita, apa yang perlu dilakukan jika susu tiada / tak keluar sejurus selepas bersalin:

1) Tenang: tenangkan diri dan duduk dalam posisi yang selesa untuk menyusukan bayi. 

2) Sentuhan kulit ke kulit: Mulakan menyusu secepat yang mungkin dalam tempoh sejam selepas kelahiran. Minta pertolongan orang lain untuk meletakkan anak pada posisi menyusu yang betul. Pastikan lekapan bayi kepada puting payudara adalah betul. Belaian si ibu membantu bayi lebih tenang untuk melekap dengan betul.

2) Berfikiran positif: Fikirkan bahawa susu sentiasa cukup untuk anak. Penghasilan susu ibu dikawal oleh hormon prolaktin. Hormon oksitosin pula mengawal susu yang keluar daripada payudara. Perasaan gembira dan bahagia akan merangsang perembesan hormon oksitosin yang memudahkan susu keluar apabila dihisap oleh bayi.


3) Kolostrum: Susu yang keluar sejurus selepas bersalin berwarna kuning pekat yang kaya dengan kolostrum. Jumlahnya memang sedikit tetapi penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi dan cukup untuk mengenyang bayi kerana saiz perut bayi pada umur 1 hari sebesar saiz buah ceri. Jadi ibu jangan risau ye..susu ibu cukup untuk perut kecik si comel tu.

4) Demand & supply : teruskan menyusu ikut rentak bayi. Semakin banyak menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.

5) Kuatkan semangat: jangan mudah terpengaruh dengan kata2 orang sekeliling. " susu tak cukup, anak nangis sebab tak cukup susu..susu formula lagi mengenyangkan..bayi perlukan air kosong". abaikan je semua tu..masuk telinga kanan keluar telinga kiri..HANYA SUSU IBU YANG TERBAIK UNTUK BAYI SEHINGGA 6 BULAN.

Ingat ye ibu2, 

Say no to:

Susu formula
Air kosong
Puting kosong

NO!!NO!!NO!!

Sabarlah ibu..6bulan tu sekejap je :).

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Klik untuk order: set menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis