Tuesday, April 7, 2015

Teknik Marmet Yang betul

Baru2 ni, tibe pulak adaptor Spectra M1 rosak. Memang tak boleh pam langsung sebab built in battery tu pun dah habis bateri. Semua pam2 manual yang pernah beli dulu pun, semua dah rosak jadi barang mainan anak2. Nak marmet memang tak pernah buat. Cube google dan ikut gambar yang diberi, tapi gagal jugak..sampai bengkak Cik B nie..dah la Alya minum susu sikit je. .nak taknak memang kena pam..

Ada tanya jugak kat group2 breastfeeding kot2 ade jual adaptor Spectra M1 nie..tak ramai yang jual. Kalau ada pun tak boleh COD terus, kena pos..ambik mase jugak tu..harga pun boleh tahan jugak RM70 termasuk pos. 


Lepas tu pujuk2 suami suruh pergi cari kat Low yat kot2 ada adaptor yang lebih kurang same. Setelah 3 kali berulang alik ke sana, akhirnya adaptor yang sesuai dijumpai jugak..hehe..silap sendiri. tak buat persediaan awal2 sebelum pergi.


Kali pertama: Silap saiz..kecik sangat.

Kali ke-2:Saiz dah betul tapi Output 5V tak cukup...berjam2 cas pun tak masuk jugak bateri tu..
Kali Ke3: sebelum pergi sekali lagi, suami google maklumat pasal output yang sesuai. Sebab Spectra M1 perlukan 8-9V. Jadi, tiada masalah kalau gunakan adaptor yang 12V..masa mula2 pergi suami memang dah jumpe adaptor yang 12v tu tapi teragak2 nak beli takut overload. tapi bila dah google maklumat baru konpiden sikit nak beli. Beli dah beli terus cuba..Alhamdulillah..cepat je bateri penuh.

Disini saya kongsikan teknik marmet yang betul hasil carian google. Teknik marmet atau perahan tangan nie perlu disaat kecemasan. Kot2 tibe2 lupe bawak pam masa pergi kerja ke? Tibe2 pam rosak ke? Saya pun dalam proses belajar jugak nie:).
Ikuti langkah dibawah:


1. Basuh tangan dengan bersih.

2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.
2. Duduk dengan selesa.
3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan. 
4. Ampu payudara. 
5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.


Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.

6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9). 


Tolak ke belakang

7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.
Tolak dan golek.

10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.

Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.

11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.

Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.


- Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan. 
- Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak. 
- Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.

Selamat mencuba :))

No comments:

Post a Comment

AddThis