Monday, April 27, 2015

Peranan Suami Menjayakan Penyusuan Susu ibu


Minggu lepas borak2 dengan rakan sekerja. Dia pun sama macam saya baru je balik kerja dari cuti bersalin. Bezanya, dia melahirkan anak pertama dan saya dah anak ketiga.

Semua ibu berhasrat untuk menyusukan anaknya sendiri. Sama juga dengan rakan sekerja saya yang saya namakan Ms J (Bukan Nama sebenar). Terkejut bile die cakap yang dia GAGAL. Dia hanya fully BF sampai anak berumur sebulan. Saya cuba selidik faktor dia GAGAL. Bila dengar cerita dari mulut dia, saya tak salahkan dia. Sebenarnya tak istilah KEGAGALAN dalam BF. Itu semua pengalaman. BF bukan semudah yang disangka. Mungkin mudah untuk sesetengah orang, tapi susah untuk sesetangah yang lain.


Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..

Punca MS J hanya mampu fully BF sebulan sahaja:

1) Tiada pengalaman. Ini merupakan pengalaman pertama beliau bersalin dan menyusu.
2) Berpantang seorang diri dalam tanpa pengalaman menguruskan diri dan anak semasa dalam pantang yang sangat2 mencabar.
3) Kesihatan diri yang tidak mengizinkan. Sejurus selepas bersalin Ms J dapat Urticaria yang sangat teruk di seluruh badan. Ms J cuba bertahan selama sebulan tanpa ambil apa2 anti-histamine untuk mengurangkan kegatalan sebab antihistamine akan masuk ke dalam susu ibu dan memberi kesan mengantuk kepada bayi juga. Tapi sampai satu tahap dia dah tak mampu nak bertahan dan akhirnya beliau tewas dan terpaksa makan antihistamine untuk kurangkan urtaria di badan. Serentak dengan itu, Ms J mula memberi susu formula untuk anaknya sebab bimbang anaknya mendapat kesan daripada ubat yang diambil.

Ms J cuba untuk relakstasi. Tetapi bila melihat hasil pam yang semakin sedikit, memudarkan hasratnya untuk meneruskan perjuangan penyusuannya.

Sedih, kecewa, kesian..mana ada ibu yang taknak susukan bayinya sendiri.

Saya harap MS J dapat jadikan ini pengalaman yang akan membantunya untuk lebih bersedia untuk perjuangan penyusuan susu ibu untuk anak seterusnya.

Sebenarnya masih belum terlambat untuk Ms J menyambung kembali perjalanan penyusuan susu ibunya. Tetapi ia memerlukan pengorbanan yang besar dari dirinya sendiri dan memerlukan sokongan penuh daripada suami. Sokongan suami sangat2 penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Apa yang suami boleh bantu untuk menjayakan penyusuan susu ibu?

Sebelum:

(1) Cari info berkaitan penyusuan sejak dari awal  mengandung. Info2 ini sangat penting untuk kita terus yakin dan mempertahankan bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita kerana tidak semua orang sekeliling kita terutamanya orang tua menyokong penuh penyusuan susu ibu.
(2) Bagi isteri yang bekerja, suami belikan pam untuk digunakan semasa bekerja nanti.
(3) Supplement: Belikan supplement yang selamat, semulajadi dan berkesan untuk isteri untuk melengkapkan nutrisi harian isteri untuk memastikan isteri sentiasa sihat dan bertenaga untuk menyusu. Supplement yg bersifat milkbooster juga boleh diambil untuk menggalakkan penghasilan susu ibu.
(4) Sediakan makan/minuma: Biasanya ibu menyusu akan selalu dahaga dan lapar. Suami boleh menyediakan air dan biskut semasa isteri sedang menyusu atau mengepam.
(5) Layan anak2 yang lain agar isteri dapat menyusu atau mengepam dengan tenang. Gangguan semasa menyusu atau mengepam akan memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu.
(6) Suami boleh membantu isteri mendapatkan posisi yang selesa semasa menyusu atau mengepam.

Selepas:

(7) Sendawakan bayi selepas menyusu.
(8) Mencuci dan menyimpan peralatan mengepam dan botol2 susu.

Sepanjang masa:

(1) Membantu isteri membuat kerja rumah.
(2)Membantu menjaga anak supaya ibu mendapat rehat dan tidur yang berkualiti walaupun sekejap.
(3) Menyediakan makanan yang berkhasiat untuk isteri untuk memastikan ibu sentiasa bertenaga.
(4) Membantu mengurangkan sakit belakang isteri akibat menyusu dengan memberi urutan lembut dibahagian belakang badan.
(5) Memberi masa dan ruang untuk isteri selalu berdampingan dengan anak (skin to skin contact) untuk memudahkan penyusuan dan meningkatkan penghasilan susu ibu.
(6) Memberi sokongan penuh dan kata semangat untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.
Klik Untuk Order: Set menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis