Saya pasti semua ibu inginkan yang terbaik untuk anaknya. dan saya pasti semua ibu ingin susukan bayinya sendiri. Namun, perjuangan untuk menyusukan anak sehingga anak berumur 2 tahun bukanlah perkara yang mudah. Ianya memerlukan pengorbanan daripada seorang ibu.
Sesetengah ibu memang sudah direzekikan Allah dengan susu ibu yang banyak sejurus selepas bersalin. Tapi ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu ibu. Pelbagai milkbooster yang dicuba. Tak kesah berapa harganya, pasti dibeli demi untuk banyakkan susu ibu demi anak tersayang. Ibu mana tak sayangkan anak kan?
Disini saya kongsikan 9 petua banyakkan susu ibu 100% semulajadi. Semoga boleh membantu ibu2:
1) Daun bunga melur dan daun pucuk manis
Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. Jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.
2) Kacang tanah
Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.
3) Longan kering
Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.
4)Daun Sirih
Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.
5) Halba dan jintan hitam
Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.
6)Susu
Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.
7) Lobak putih
Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.
8) Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.
9) Daun betik muda
Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.
Selamat mencuba ye ibu2. Diingatkan, setiap orang memberi tindak balas yang berbeza pada setiap milkbooster. Kena "try & error". Jangan lupa konsep "demand & supply".
Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Klik untuk order: set menyusu Lengkap
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe
No comments:
Post a Comment