Saturday, April 25, 2015

Cara Kuruskan Badan: Tips Kurus Cepat Dan Berkesan

Salam Sejahtera..

KURUS...KURUS...KURUS..

Siapa yang taknak kurus kan..Semua orang pun nak kurus..Anak saya Athirah pun selalu cakap, nanti besar nak kurus macam ummi je..baru cantik..taknak gemuk macam kak ngah dengan abah..hihi..

Tapi kena ingat ye..kurus bukan sahaja untuk kelihatan CANTIK tapi untuk SIHAT jugak. Berat badan berlebihan dan obesiti boleh membawa kepada banyak kompliasi lain .

Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.

Apakah komplikasi daripada berat badan berlebihan?

(1) Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
(2) Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
(3) Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
(4) Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
(5) Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
(6) Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Sumber: www.myhealth.gov.my

Disebabkan permintaan produk pelangsing yang tinggi, produk2 kurus nie tumbuh bak cendawan kat pasaran sekarang. Murah atau mahal, semua ada. Tepuk dada, tanya poket sendiri. Kurus kurus jugak, tapi kena hati2 ye..tak semua produk kat luar tu selamat dan berdaftar dengan KKM. Dan yang lebih menakutkan produk2 tersebut mungkin mengandungi bahan2 terlarang (bahan racun berjadual) yang diharamkan oleh KKM oleh kerana kesan sampingannya yang mengancam nyawa. Dan sudah pastilah bahan terlarang tu tak tercatat pun dalam kandungan produk. 

Ada sesetengah produk pelangsing pulak, masa nak dapatkan kelulusan daripada KKM, semua sampel yang dihantar bebas bahan racun berjadual. Tapi akhirnya untuk "menjual" produknya, mereka secara sembunyi2 menambahkan bahan terlarang dalam produk mereka untuk kesan yang lebih cepat. Yela kan..kalau produk mereka tak berjaya "mengkuruskan' orang takkan ada yang nak beli dan "repeat order" kan..sebab tu tugas bahagian penguatkuasa farmasui untuk membuat pemantauan berkala terhadap produk2 di pasaran sekarang walaupun sudah mendaftar dengan KKM.

Contoh bahan terlarang yang selalu digunakan dalam produk pelangsing adalah SIBUTRAMINE. Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi Sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan Sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan sukar untuk tidur.

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my

Sumber: www.pharmacy.gov.my

Disini saya nak kongsikan tips asas untuk kuruskan badan secara sihat tanpa UBAT:

1. Wajib makan sarapan pagi. Seeloknya ambil makanan berat dengan menu yang sihat untuk membekalkan tenaga sehingga ke tengahari (Breakfast like a king:)).
2. Seperti yang dianjurkan Islam berhenti makan sebelum kenyang dan makan sebelum lapar. Bersederhana dalam pengambilan makanan
3. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan (skip meal) anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
4. Makan malam awal seeloknya sebelum maghrib. Jangan makan lewat malam. Makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
6. Kurangkan pengambilan nasi. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran

Tips diatas merupakan perkara WAJIB yang perlu dilakukan untuk sesiapa sahaja yang nak KURUS.

Untuk kesan yang lebih baik dan cepat, saya cadangkan anda untuk ikuti 3 langkah ini BAKAR-BUANG-BINA.

3 Langkah untuk Kurus dengan Cepat dan Sihat:

Langkah 1: Bakar

Lecithin @ Omegaguard: Berfungsi untuk membakar lemak dalam badan.

Kedua2 Lecithin dan Omegaguard membantu untuk kurus dengan membakar lemak2 yang tidak dingini. Bezanya cuma dari segi harga dan keberkesanan. Salah satunya yang lebih mahal bertindak lebih baik, tetapi tak bermaksud yang lebih murah tidak bagus. Terpulang kepada kemampuan masing2. tapi kalau kedua-duanya diambil bersama2, kesannya memang SUPERBBB!!!

Selain membakar lemak, Lecithin juga bertindak sebagai Pengelmusi lemak. 

Omegaguard pula boleh menurunkan paras LDL dan menaikkan paras HDL dalam darah. Omegaguard adalah minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 yang dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Ia turut membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga.

Bagaimana asid lemak boleh bakar lemak?

(1) Omega 3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda memberi tindak balas yang lebih baik terhadap hormon leptin.
(2) Hormon Leptin bertanggungjawab memberi arahan kepada otak untuk mengurangkan selera makan. Dengan itu, anda akan kurang makan dan boleh kekal atau turunkan berat badan.
(3) Hormon Leptin akan meningkatkan metabolisma badan dengan meningkatkan kesan hormon tiroid (tirod mengawal atur metabolisma badan).

Selain itu, Omega 3 membantu anda untuk kurangkan berat badan dengan membantu mengawal tahap kelaparan dengan menstabilkan paras gula dalam darah.

Langkah 2: Buang



Alfalfa Complex @ herb-lax: Untuk mencuci usus dan membuang segala toksin untuk memastikan penyerapan nutrient yang lebih baik. 

Kalau tak detox, macam mane supplement yang dimakan nak diserapkan kan. Makan supplement dah berbotol2 tapi masih tak nampak kesan. mungkin ini faktornya. Usus berkerak sebab tak detox..tak cuci bersih2.

Langkah 3: Bina


Cinch Shake Mix: membekalkan sumber protein yang penting untuk mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan.

WAJIB DIAMBIL OLEH INDIVIDU YANG TAK DAPAT KAWAL NAFSU MAKAN

Kenapa mesti PROTEIN?

(1) Minuman yang kaya protein akan memberikan rasa kenyang lebih lama. Oleh sebab itu, Cinch shake Mix boleh menggantikan 2 hidangan utama iaitu sarapan dan makn tengahari/ makan malam.
(2) Cinch Shake Mix mempunyai indeks glisemik yang rendah yang memberi perubahan yang kecil pada paras gula dalam darah dan membebaskan tenaga secara perlahan untuk tempoh yang lama untuk mengekalkan tenaga.
(3) Minuman protein shakes yang diperkaya dengan LEUCINE juga boleh membantu mengekalkan otot semasa berat badan turun selepas lemak2 yang tidak diingini dibakar.
(4) LEUCINE juga membantu meningkatkan metabolisma dalam badan dan mempercepatkan pembakaran lemak2 yang tidak diingini.
(5) Satu hidangan Cinch Shake Mix membekalkan 16g PROTEIN, 6g FIBER dan membekalkan 35% atau lebih Nilai harian (daily value) bagi 21 vitamin dan mineral penting.

Inilah yang dikatakan kurus secara sihat. Walaupun mengehadkan pengambilan karbohidrat terutamanya untuk sarapan pagi dan makan tengahari, kita masih boleh mendapat nutrisi lengkap Cinch Shake  Mix. Tindakan untuk tidak makan langsung untuk kurus hanya membahayakan kesihatan.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis