Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

8 Kepentingan Protein Untuk Badan

Sempena promo September nie, harini nak cerita pasal PROTEIN.  Kenapa semua orang cakap ESP Soy Protein nie bagus sangat dan ada dalam kebanyakkan set kesihatan Shaklee?

Apa itu PROTEIN?

Protein yang paling kecil adalah asid amino. Sel2 badan kita terbina daripada protein. Protein menjadi blok2 asas untuk binaan sel badan. Jadi terang dan jelas bahawa protein sangat penting untuk badan kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Protein penting untuk proses baik pulih sel2 rosak dan pembinaan sel2 kulit baru. 

Kepentingan protein untuk badan?

1) Baikpulih luka: Dalam proses baikpulih luka, protein penting untuk memperbaiki tisu2 yang rosak. Pengambilan protein akan mempercepatkan lagi proses luka untuk sembuh.
2) Parut jerawat/ Stretch mark selepas bersalin (baca lanjut)/ Parut jeragat/ parut chicken pox: Protein diperlukan dalam baikpulih sel2 kulit rosak dan pembaharuan sel2 kulit lama kepada sel kulit baru.
3) Penghasilan susu ibu: Protein adalah salah satu komponen utama dalam susu ibu. Justeru pengambilan protein sangat penting dalam mempercepatkan proses refill setiap kali lepas menyusu atau mengepam. Ibu2 pasti teruja bila melihat hasil susu perahan selepas pengambilan protein soya keranasusu ibu akan menjadi semakin pekat dan bayi akan kenyang lebih lama.
4) Turunkan berat badan: Protein penting dalam penurunan berat badan untuk membina otot2 agar kelihatan fit and firm (tidak menggelebeh) apabila semua lemak2 degil dibakar. Protein juga penting untuk meningkat metabolisma badan dan membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat. (Cinch Shake untuk kurus).
5) Pilihan hidangan untuk pesakit Diabetes: Pesakit Diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana pembebasan tenaga adalah secara perlahan. Disamping memberi rasa kenyang lebih lama, protein memberi kesan yang sedikit kepada kenaikan gula dalam darah.

6) Mengurangkan Masalah Gastrik: Pesakit gastrik tidak digalakkan untuk melewatkan waktu makan kerana bimbang gastrik akan datang menyerang. Dalam keadaan ini, protein soya boleh membantu dengan cara memberi rasa kenyang lebih lama. ESP juga ditambah dengan kalsium dimana kalsium ini bersifat alkali dan boleh membantu meneutralkan asid didalam perut. (Baca lanjut)

7) Perkembangan bayi dalam kandungan.

Seperti yang saya nyatakan diatas, badan kita terdiri daripada protein. Justeru itu, pengambilan protein membantu perkembangan fetus semasa didalam kandungan disamping memberi tenaga yang berpanjangan kepada si ibu.

Sel-->tisu-->organ-->sistem-->badan




8) Pembekal tenaga segera dan berpanjangan: Dalam kesibukan seorang ibu bekerjaya yang multitasker, minuman protein seperti ESP Shaklee banyak membantu kerana senang dibancuh dan boleh terus diminum untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Ia juga lengkap dengan nutrisi lain yang memastikan ibu sihat dan boleh melaksanakan tugasan harian dengan sempurna.

Bacaan Lanjut: Kenapa kena pilih ESP Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Friday, September 11, 2015

Diabetes (Kencing Manis): Panduan Dan Tips Kesihatan

Baru2 ini , rakan fb kongsikan kisah seorang pesakit Diabetes Kencing manis yang pada awalnya mempunyai HbA1c 13.6% (sasaran normal < 6.5%), akhirnya sembuh daripada Diabetes dengan HbA1c  5.5% selepas 6 bulan tidak mengambil sebarang ubat yang dipreskrib oleh doktor.

Menarik kan?

Dalam kebanyakkan kes, biasanya penyakit Diabetes tidak akan sembuh dan pesakit terpaksa makan ubat atau cucuk insulin sehingga ke ahir hayat. 

Tapi, tiada yang mustahil kan. Allah pun sudah janjikan, setiap penyakit, jika kena dengan ubatnya, maka sembuhlah ia..

Kronologi kisah pesakit tersebut:

29 Jan 2015: Dikesan ada Diabetes, HbA1c 13.6%.

Ubat yang dipreskrib oleh doktor:
1) Metformin 500mg x 2 biji x 2 kali sehari
2) Simvastatin 40mg 1/2 biji x 1 kali sehari
3) Insuman Comb 30 100 UI/ml (insulin) 14 unit x 2 kali sehari

27 hb Februari 2015: Berhenti ambil semua ubat yang dipreskrib oleh doktor  . Ujian darah dilakukan sendiri setiap hari dan meneruskan temujanji di klinik seperti biasa. 

Selepas 6 bulan tau lebih tidak makan ubat hospital dan mengamalkan diet yang strict: HbA1c  5.5%, penglihatan dan 'Erectile dysfunction' kembali normal.

* Diabetes tidak terkawal akan membawa kepada komplikasi melibatkan kerosakan saraf mata, mengganggu fungsi seksual dan yang semua orang tahu kerosakan buah pinggang sehingga perlu menjalani dialisis.

Diet strict yang diamalkan oleh pesakit ini adalah:

1) Elakkan tiga unsur ini secara TOTAL - Gula, Beras biasa dan Gandum biasa.

Pesakit memang mengelak unsur-unsur ini secara TOTAL, pada tahap yang sangat extreme. Pesakit tidak mengambil gula walaupun sebutir. Bukan itu sahaja, segala makanan yang ada gula di dalamnya juga ditolak. Walaupun penggunaan gula di dalam makanan itu amat sedikit, memang pesakit tidak akan memakannya. Begitu juga makanan yang ada unsur tepung beras dan gandum.

Ringkasnya, jika masuk pasaraya mencari produk-produk makanan yang boleh dimakan, memang tidak jumpa. Hampir kesemua produk-produk makanan yang ada mesti ada unsur gula, beras atau tepung. Ini termasuklah juga sebarang jenis sos seperti sos tomato, sos cili, sos tiram, sos black pepper, kicap  dan sebagainya mesti ada gula di dalamnya.

Begitu juga jika masuk ke kedai makan, memang tiada makanan yang boleh di makan pun...

Maka, pesakit hanya makan makanan yang dimasak di rumah sendiri. Langsung tidak makan di sebarang kedai atau restoran kerana pesakit tidak yakin tukang masak meletakkan gula atau tidak di dalam masakan mereka. 

Selain dari 3 unsur di atas, pesakit juga berhenti makan sebarang perisa makanan seperti ajinomoto. 

Badan kita perlukan tenaga dalam bentuk gula ringkas (glukosa dan lain-lain). Tapi tidak semestinya daripada gula putih. Semua makanan yang berkarbohidrat juga akan ditukarkan kepada gula (glukosa). Pesakit tidak pantang semua jenis buah-buahan, maka sumber gula pesakit datang daripada buah-buahan.

2) Hanya makan nasi beras perang organik dan beras ponni/basmathi organik.

Nasi beras perang memang tidak sedap. Tetapi apabila dicampur dengan beras ponni/basmati 50-50, insyaAllah lama-lama sudah biasa, akan rasa sedap. Diet pesakit hanya beras ini sahaja. Orang melayu mana boleh tidak makan beras langsungkan. Tetapi beras biasa memang saya tidak sentuh walaupun sebiji.

https://www.facebook.com/notes/halim-bede/diet-melawan-kencing-manis-tanpa-ubat/1139914986038533?pnref=story

Kesimpulannya, sebagai ikhtiar menyembuhkan Diabetes tanpa ubat, boleh amalkan diet seperti dibawah:

1. Tidak mengambil sebarang gula mahupun gula alternatif.
2. Tidak mengambil sebarang makanan terproses yang mengandungi gula.
3. Bertukar kepada beras perang.
4. Tidak mengambil sebarang makanan daripada tepung gandum (gluten free).


Semoga bermanfaat.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No Id:1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, July 8, 2015

12 Khasiat Resveratrol Dalam Vivix Shaklee

Pagi nie terfikir untuk cari jurnal berkaitan Resveratrol yang merupakan kandungan utama dalam Vivix Shaklee. 

Senyum sorang2 bila baca jurnal nie..Excited je rase..saya nie pharmacist, jadi bile jumpa jurnal yang 'support' kebaikan Resveratrol memang sangat2 teruja..tambah2 lagi jurnal yang saya jumpa nie adalah kajian yang bukan dijalankan oleh pihak Shaklee. Yela kan, kalau Shaklee yang buat kajian nanti orang cakap bias pulak..Semua claim yang distributor shaklee duk2 di fb semuanya ada bukti saintifik. Bukan berdasarkan testimoni semata2. 

Bahagianya rasa bila jumpe jurnal nie..mungkin sebab saya dalam medical stream, saya lebih suka berkongsi sesuatu berdasarkan bukti saintifik yang ada kajian dijalankan ke atasnya dan berkongsi maklumat berdasarkan fakta bukan sekadar omong kosong:))

Ya Allah..Allah Maha Besar. 

Terlalu banyak kebaikan Resveratrol nie..makin teruja bila setiap fungsinya diterangkan secara terperinci bagaimana Resveratrol bertindak. Kebanyakannya diterangkan dalam medical term seperti yang saya belajar dalam program ijazah farmasi dulu. Rasa macam nak kembali sambung belajar je..excited dengan mechanism of action of resveratrol. Mungkin sebab inilah Vivix digelar 'tonik ajaib". Mekanisma tindakannya sangat2 mengujakan.
Sumber: 
Resveratrol: A multitargeted agent for age-associated chronic diseases Kuzhuvelil B. Harikumar & Bharat B. Aggarwal Published online: 30 Apr 2008.

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan, resveratrol berpotensi untuk melawan kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes, penyakit auto-immune dan anti-penuaan.

Khasiat Resveratrol Dalam Vivix Shaklee:

1) Resveratrol berpotensi sebagai anti-kanser.

Kajian terdahulu menunjukkan resveratrol mempunyai kemampuan yang 'excellent' untuk mencegah kanser pada pelbagai peringkat (cellular growth, cell division, apoptosis, inflammation, angiogenesis, and metastasis).

Kesan Resveratrol kepada Solid tumor:
1) Merencatkan perkembangan tumor dan menghalang metastasis (sel kanser menceroboh ke tisu lain)

2) mengurangkan saiz/isipadu (volume) tumor sebanyak 42% dan mengurangkan berat  tumor sebanyak (44%).

2) Resveratrol merencatkan perkembangan kanser prostat.

Mengurangkan kejadian kanser prostat dan merencatkan proliferasi (perkembangan atau pertambahan) sel.

3) Kanser Pankreas: 
Resveratrol menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel kanser pankreas.


4)Leukemia, Lymphoma dan Myeloma

Banyak kajian menunjukkan Resveratrol memberi kesan anti-proliferative dalam sel leukimia.

5)Resveratrol: Molekul anti-penuaan. Didapati Resveratrol secara konsistennya memanjangkan jangka hayat.
6)Resveratrol sebagai anti-diabetic agent

i) Kajian menunjukkan Resveratrol mempunyai kesan antihyperglycemic dan antioksidan
ii) Resveratrol merencatkan kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes (diabetic nephropathy).
iii) Resveratrol juga mengurangkan perembesan insulin dan melambatkan terjadinya kerintangan insulin (insulin resistance).
iv) Resveratrol merangsang proses fisiologi seperti merangsang pengambilan glukosa oleh sel hati (hepatocytes),sel lemak (adipocytes), dan otot-otot (skeletal muscle) dan menggalakkan penghasilan glycogen di hati. Proses ini akan menurunkan paras glukosa dalam darah.
v) Rawatan bersama Resveratrol dan insulin: Kajian terkini menunjukkan Resveratrol menunjukkan kesan yang positif dalam kawal atur glukosa dalam badan dan meningkatkan sensitiviti insulin pada tisu lemak (adipose tissue), otot-otot dan hati.

7) Resveratrol dan sistem imun.

Inflamasi memainkan peranan utama dalam kebanyakan penyakit. Resveratrol dilaporkan mempunyai kesan anti-inflamasi dan antioksidan yang signifikan.

8) Menurunkan paras LDL (lemak jahat): Bagus untuk Hypercholestrolemia.

Resveratrol mencegah pengoksidaan LDL kerana oksidasi LDL akan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dan myocardial infarction. Resveratrol adalah antioksidan yang baik dan ia menghalang peroksidaan LDL.

9) Kesan kepada aggregasi platelet. : Bagus untuk pesakit jantung dan strok.

Resveratrol merencatkan aggregasi platelet. Platelet yang boleh melekat pada permukaan endothelial salur darah dan membentuk trombosis, yang mana akhirnya akan menyebabkan atherosclerosis (keadaan dimana salur darah menjadi sempit disebabkan ada mendapan pada dinding salur darah).

10) Kesan vasorelaksasi. Bagus untuk pesakit darah tinggi atau hypertension.

Resveratrol berkebolehan untuk me'relaks'kan salur darah. Resveratrol juga menghalang pengahasilan "endogenous vasoconstrictors".

11) Mengurangkan keradangan kulit seperti dalam masalah ekzema.

12) Mengurangkan Bone loss. Bagus untuk osteoporosis

Mencegah kehilangan tulang, meningkatkan ketumpatan mineral dan kandungan kalsium dalam tulang.

Klik untuk order: Vivix


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, July 4, 2015

Rawat PCOS Dengan Shaklee Dan Berpeluang Untuk Hamil

Sumber: Polycystic ovarian syndrome in infertility,Sri Lanka Journal of Obstetrics and Gynaecology 2012; 34: 112-119

Polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah keadaan dimana seseoarang wanita tidak mengalami ovulasi (proses penghasilan telur) yang disebabkan oleh paras androgen (hormon lelaki) yang tinggi. 

PCOS dicirikan dengan:
1) Saiz ovari (kilang telur) yang membesar.
2) Terdapat banyak folikel2 kecil (>10mm) di dalam ovari.
3) Biasanya pesakit yang mengalami masalah PCOS akan mengalami gangguan haid seperti oligomenorrhoea (kekerapan haid yang kurang @ kitar haid yang panjang) dan amenorrhoea (tiada haid), obesiti dan hirsuitism (pertumbuhan bulu yang tidak normal pada muka dan badan)

Dalam kebanyakkan kes PCOS, pesakit biasanya mengalami masalah kerintangan insulin (insulin resistance). Kesan utama insulin terhadap ovari bukan sahaja meningkatkan penghasilan androgen , tetapi juga menyebabkan keabnormalan dalam kawal atur androgen, estrone, LH dan FSH (hormon yang terlibat dalam kawal atur haid yang normal dan proses ovulasi). Gangguan pada kawal atur ini akan menghalang ovulasi daripada berlaku.

Jadi pendekatan wajar yang boleh diambil adalah dengan cara memperbaiki metabolisma karbohidrat dan ini akan mengurangkan penghasilan insulin berlebihan dalam badan.

Dalam kebanyakan kes PCOS, rawatan yang biasa diberikan adalah Tab. Metformin kerana ia berkesan dalam memperbaiki metabolisma glukosa.

Sasaran utama dalam rawatan PCOS:
1) Mencegah endometrial hyperplasia, atypia/cancer.
2) Mengembalikan ovulasi normal/ kesuburan.
3) Mengembalikan haid.
4) Mengatasi Hirsuitism.

Antara pilihan rawatan PCOS adalah:
1) PCOS dan haid tidak teratur: Pengambilan oral contraceptive pills (pil perancang keluarga)
2) PCOS dan Hirsutism : Disampaing cosmetic therapy (cukur) yang memberi kesan yang cepat, antiandrogenic drugs juga boleh digunakan.
3) PCOS dan kesuburan: Clomiphene citrate (CC)
4) PCOS dan BMI >25 kg/m2: Insulin sensitizing agents iaitu Metformin.

Metformin akan meningkatkan sensitviti insulin pada tisu periferal dengan menurunkan paras insulin yang berada dalam peredaran darah.  Insulin yang lebih sensitif berkait rapat dengan kadar ovulasi yang makin baik dan tindakan glukosa yang lebih effisien. Dengan kata lain Metformin menggalakkan ovulasi dan peratusan untuk hamil.

6) PCOS dan obesiti: Penurunan berat badan.

Obesiti menyumbang kepada kejadian PCOS. Kajian menunjukkan penurunan berat badan memberi kesan spontan iaitu haid kembali normal. Hal ini mungkin terjadi kerana penurunan LH, testosterone bebas dan paras insulin dalam darah. Dan ini akan meningkatkan kadar ovulasi dan peratusan untuk hamil.

ALERT: Semua rawatan yang memerlukan penggunaaan ubat/drugs memerlukan khidmat nasihat doktor.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda?

Dalam kes PCOS, saya lebih suka fokus kepada penurunan berat badan, meningkatkan sensiviti insulin dan kembalikan kitaran haid yang normal.

Turun berat badan.

Ramai pengidap PCOS yang mengadu, walaupun mereka makan sedikit tapi berat badan masih naik.

Apa puncanya?

Metabolisma badan yang rendah akan menyebabkan peningkatan berat badan kerana bahan yang dimakan tidak diproses dengan betul oleh badan. Metabolisma badan yang rendah pula disebabkan oleh sel2 badan kekurangan nutrisi dan ini menghalang sel2 badan untuk berfungsi dengan cara sepatutnya. Pengambilan Multivitamin amat membantu dalam hal ini disamping pengambilan B Complex yang terlibat dalam banyak proses termasuk penukaran makanan kepada tenaga.
Klik untuk baca lanjut: B complex untuk penghasilan tenaga.

Ini adalah supplement asas yang diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan.

Untuk lebih spesifik, pengidap PCOS biasanya akan mengalami kerintangan insulin. Disini Zinc Complex memainkan peranan dalam meningkat sensitviti insulin dalam badan.

Selain itu juga, untuk menurunkan berat badan, saya cadangkan pengambilan:
1) Detox agent seperiti Alfalfa Complex atau Herblax untuk memcuci usus. 
2) Pemecah lemak seperti Lecithin atau Omegaguard untuk membantu membakar lemak2 degil dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.
3) Protein: Penting untuk pembinaan sel2 baru. Protein akan meningkatkan metabolisma badan dengan membantu badan membakar lebih banyak lemak. Protein yang saya cadangkan adalah Energizing Soy protein (ESP) atau Cinch Shake Mix yang diperkaya dengan Leucine. Klik untuk bacaan lanjut.

Pengambilan air kosong 2-3liter sehari adalah perlu untuk memastikan supplement bertindak dengan berkesan.

Kembalikan kitaran haid yang normal.

Haid tidak teratur adalah disebabkan paras hormon yang tidak seimbang. Disini saya suka untuk mencadangkan pengambilan GLA Complex yang membantu mengembalikan paras hormon yang normal dalam badan dan ini seterusnya akan mengembalikan kitar haid yang normal. 
GLA adalah omega 6 baik yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.:

1) GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding EPO. 

2) Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Selain itu juga, supplement tambahan yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst  adalah:

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - CoQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc.

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - antioksidan yang kuat.

Klik untuk baca lanjut: Cadangan pemakanan untuk PCOS.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, July 2, 2015

Vivix Untuk Pesakit Buah Pinggang

Minggu lepas buat MTAC DM. Salah seorang pesakit diabetes yang dirujuk kepada saya adalah seorang makcik yang ditemani anak lelaki. Makcik tu cakap, anak lelaki dia lepasan universiti, ada ijazah, tapi sanggup korbankan ijazah yang dia pegang semata2 untuk menjaga dia yang tengah sakit. Makcik tu cakap, semua ubat2 anak dia yang jage. Insulin pun anak yang tolong suntik. Sejuk perut mak mengandung kan:)).

Sembang punya sembang, baru tahu makcik tu pernah ambik Vivix Shaklee. Tapi dia cakap "tak berkesan pun..Dah abis sebotol takde rase bertenaga pun..dah la harga rm 400++ sebotol. "

Saya terkedu jugak dengar luahan makcik tu.. setahu saya Vivix sangat2 la bagus kerana ia mengandungi Resveratrol yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan bertindak pada peringkat DNA.

Selain Diabetes tak terkawal, makcik tu jugak adalah pengidap End stage renal disease dan perlu menjalani dialisis 3 kali seminggu. Makcik tu mengadu penat sangat buat dialisis..badan pun rasa lemah..hanya tunggu masa nak mati je..sampai tahap macam tu makcik tu fikir..


Saya terangkan kepada makcik tu tentang kepentingan dialisis. Dalam bahasa mudahnya, dialisis adalah untuk cuci darah sebab buah pinggang yang sepatutnya berfungsi untuk menyingkirkan semua bahan buang tak boleh berfungsi dengan cara sepatutnya. Kalau skip dialisis, jawapnya, racun2 akan berkumpul dalam badan.


Menjawab kepada aduan makcik tadi tentang ketidakberkesanan Vivix, saya kongsikan kepada makcik dan anaknya testimoni kawan baik sendiri yang menggunakan Vivix.


Dia juga seorang pharmacist. Dia ambil vivix sebab masalah kulit eczema. Alhamdulillah, eczemanya berkurang dengan pengambilan Vivix yang berterusan.


Ayahnya pula disahkan oleh doktor mengidap ESRD dan perlu menjalani dialisis kerana kandungan asid urik yang tinggi dalam darah. Tapi, ayahnya enggan mengikut saranan doktor. Ayahnya mengambil keputusan untuk mencuba Vivix seperti yang dicadangkan oleh anak2nya. Alhamdulillah, setelah konsisten mengambil Vivix 2-3minggu, keputusan darah menunjukkan terdapat perubahan positif yangmana jika pada mulanya ayahnya sepatutnya menjalani proses dialisis, sekarang kidney diseasenya berada pada tahap 3. dan dah tak perlu buat dialisis lagi:)). Bukan itu sahaja, paras asid urik dalam darah juga makin turun.

Berbalik kepada cerita tadi, makcik tu dah tak percaya dengan keberkesanan vivix. Dan seolah2 memperlekehkan Vivix yang pada saya ia adalah "tonik ajaib". Mane taknya, ade ke supplement lain yang boleh bertindak diperingkat DNA..Ade ke?

Saya sedaya upaya cuba untuk mengembalikan kepercayaan makcik dan anaknya tentang Vivix. Pada saya, kita tak boleh mengjangkakan sesuatu supplement menunjukkan kesan dalam masa yang singkat. Mungkin masa yang lebih lama diperlukan bergantung kepada tindakbalas badan kita terhadap supplement. Takkan la, sakit dah bertahun2 tapi mengharapkan kesembuhan dalam masa beberapa minggu sahaja kan?


Saya cuba untuk memujuk makcik tadi untuk mengambil semula Vivix secara konsiten kemudian bandingkan keputusan darah sebelum dan selepas terutamanya paras creatinine dalam darah yang penting dalam menentukan tahap kerosakan buah pinggang. Vivix bukan sahaja bagus untuk penyakit buah pinggang tetapi juga bagus untuk diabetes tak terkawal. Untuk diabetes, parameter yang boleh dibuat perbandingan adalah HbA1c.


Haaaa..mesti yang fikir saya bersusah payah pujuk makcik tu sebab saya nak jual produk saya kan??


Saya berkongsi kebaikan Vivix bukan sebab saya nak makcik tu beli vivix dengan saya taw. Kalau nak tahu, makcik tu tak tahu pun saya jual Shaklee. Saya tak pernah cakap kat mana2 pesakit pun yang saya nie Distributor Shaklee..saya hanya cakap "Saya pun ambil Shaklee".


Jujur saya katakan, saya rasa bahagia bile berkongsi. Dan saya rasa sangat2 bersalah kalau saya tak beritahu semua orang betapa bagusnya Vivix nie..Saya harap, dengan izin Allah keajaiban akan berlaku pada makcik tu setelah mengambil Vivix semula.

Kenapa saya cakap 'keajaiban"???

Ramai pesakit dialisis yang menganggap dialisis adalah penamat untuk segalanya..hanya menunggu masa untuk mati sahaja..


Kalau ayah kawan saya boleh menyelamatkan dirinya daripada dialisis dengan pengambilan vivix (dengan izin Allah), tidak mustahil makcik tu pun boleh kembali sihat tanpa perlu menjalani dialisis lagi.. tak salah untuk mencuba kan..Allah sukakan hambaNya yang berusaha.


Dalam perubatan moden, ubat2 yang diberikan kepada pesakit lebih kepada untuk merawat komplikasi daripada ESRD dan untuk memperlahankan perkembangan penyakit ke arah yang lebih teruk. Tetapi saya percaya, semua penyakit ada ubatnya. Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha. Dan yakinlah ilmu Allah nie tersangat luas dan mungkin tak terjangkau dek perubatan moden..


Untuk entry seterusnya saya akan kongsikan jurnal yang menyokong kebaikan Resveratrol yang terkandung dalam Vivix. Yang pastinya, jurnal yang akan saya kongsikan nanti bukan dikeluarkan oleh Shaklee sendiri tapi dari penyelidik lain yang takde kaitan dengan Shaklee..takut nanti bias pulak kan:))

Klik Untuk Order: Vivix

Masih ada harapan untuk sembuh jika kita berusaha...InsyaAllah.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor

No ID: 1070721

6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, June 14, 2015

Benarkah Makan B Complex Boleh Jadi Gemuk?

Seperti yang kita tahu, Vitamin B Complex with Folic Acid Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B. Vitamin2 B ni bekerjasama antara satu sama lain untuk membantu kita mengekalkan kesihatan.

Kenapa penting untuk ambil Vitamin B Complex? 
Adakah hanya untuk ibu hamil & merancang untuk hamil supaya anak tak dapat spina bifida disebabkan oleh kekurangan asid folik?
Betul ke kalau makan vitamin B complex nanti berat badan akan naik?
Kelebihan Vitamin B Complex:
1) Bagus untuk masalah kuku rapuh kerana mengandungi Biotin
2) Untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
3) Anti stress. (Klik Untuk Baca Lanjut). Bagus untuk pengidap migrain dan pesakit darah tinggi yang berpunca daripada stress.
4) Penting dalam penghasilan tenaga. (Klik untuk baca lanjut). Bagus untuk pesakit diabetes kerana makanan yang dimakan akan cepat ditukar kepada tenaga dan ini akan mengelakkan paras gula dalam darah menjadi tinggi.
5) Mengandungi asid folik yang penting untuk mencegah spida bifida kepada bayi dalam kandungan.
6) Penting dalam penghasilan darah merah. Sesuai diambil oleh pengidap anemia disamping Vitalea dan Vita C SR.

B Complex adalah vitamin yang agak 'panas' . Jadi dinasihat untuk minum air sekurang-kurangnya 2-3 Liter sehari. 

Vitamin B complex terlibat dalam proses pengaktifan enzim yang terlibat dalam penukaran karbohidrat dan lemak kepada tenaga. Dalam kata lain, B complex membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Oleh sebab itu, kita akan rasa cepat lapar. Kurang pengambilan air akan memberi isyarat kepada otak untuk makan lebih banyak. Untuk mengelakkan hal ini, pengambilan air secukupnya adalah sangat penting.

Klik untuk Order: B Complex

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, June 4, 2015

Kenapa kita perlukan supplement?

Saya pasti semua orang pernah dengar, mencegah lebih baik daripada merawat. Tapi masih ramai yang masih berkira2 untuk mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya. Kebanyakan daripada kita lebih mudah untuk bertindak setelah didiagnos mendapat sesuatu penyakit. 

Yup..betul..penyakit masih boleh dirawat, tapi tak semudah untuk mencegah.

Saya sangat2 tak suka makan ubat hospital. Begitu juga anak2 saya..mungkin sebab saya sendiri tak pernah introduce ubat hospital kepada mereka. Betul orang cakap, biasanya pharmacist nie susah sangat nak makan ubat. Sejak berkenalan denagn Shaklee nie, lagi la saya susah nak makan ubat. Yela kan..kenapa saya perlu ambil ubat yang terdiri daripada bahan kimia sintetik kalau saya dah ada pilihan supplement yang lebih baik yang saya yakin selamat, semulajadi dan berkesan.

Cara paling mudah untuk mencegah penyakit adalah dengan mengambil supplement terutamanya yang tinggi antioksidan. Kebanyakan penyakit disebabkan oleh kehadiran radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel2 badan dan keadaan badan yang berasid.  

Kalau dikira kos untuk merawat sesuatu penyakit, rasanya kosnya lebih mahal berbanding harga supplement. Tu tak dikira lagi kos tersembunyi kerana apabila sakit kualiti hidup juga akan terjejas. 

Jadi, masih ragu2 nak laburkan duit untuk beli supplement yang selamat, semulajadi dan berkesan?
Nak tunggu sakit sampai kena buat dialisis baru nak cari ubat?

Mungkin ramai antara kita yang masih belum sedar tentang kepentingan supplement. Mungkin juga ramai yang rasa membazir untuk beli supplement sebab ubat2 boleh dapat percuma di hospital kerajaan. 

Sepanjang saya bekerja sebagai pegawai farmasi, kebanyakan pesakit yang datang ambil ubat boleh dikatakan terpaksa makan ubat untuk seumur hidup. Kebanyakan kes yang saya jumpa adalah end stage renal disease (ESRD)  yang biasanya perlu menjalani proses cuci darah (dialisis). Kebanyakan penyakit kerosakan buah pinggang berpunca daripada Diabetes yang tak terkawal. Penyakit2 ini adalah progressive disease yang mana rawatan moden adalah untuk memperlahankan perkembangan penyakit dan mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

Begitu juga dengan masalah prostat membengkak (benign prostate hyperplasia @ BPH dan kanser prostat) terpaksa mengambil ubat untuk seumur hidup. Ramai pesakit mengadu, dah bertahun2 makan ubat nie, tapi tak nampak improvement pun.

Penat kan nak makan ubat setiap hari sampai hujung nyawa.. 

Jadi apa pilihan anda?

Saya pilih cegah sebelum parah.
Dan saya pilih supplement yang selamat, semulajadi dan berkesan.

Kenapa kita kena ambil supplement Shaklee?

Shaklee membekalkan nutrient yang tubuh kita tidak boleh dapat daripada makanan. Walaupun kita rasa kita dah cukup makan semua vitamin, tapi hakikatnya:

1) Nutrient dalam makanan hari ini berkurangan kerana tanah pertanian kita sudah tidak berkualiti.
2) Pemakanan kita juga tidak seimbang. Lebih2 lagi yang suka makan di luar.
3) Pencemaran alam termasuk asap kereta, radiasi (telefon bimbit, komputer, barang elektrik) asap kilang, habuk construction dan sebagainya menyumbang kepada penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel2 tubuh dan menyebabkan kanser.
4) Kerap stress. Setiap kali stress, ia akan memberi kesan kepada kolestrol kita walaupun kita tidak makan benda yang berlemak. Stress juga boleh mengurangkan sesetengah nutrient dalam badan.
5) Kebanyakan barangan yang kita gunakan mengandungi bahan kimia. Walaupun kita rasa kita dah makan dan guna produk organik, tetapi bahan2 kimia masih ada dan tersembunyi dalam barangan plastik, dakwat, cat, baju, kasut dan sebagainya.

Banyak lagi faktor yang merosakkan sel badan kita.

Persoalannya:

1) Makan ubat bila sakit

atau

2) kawal dan jaga sebelum sakit dengan shaklee..

yang mana anda pilih???

Saya pilih Mencegah dengan mengambil supplement Shaklee yang pastinya selamat, semulajadi dan berkesan.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, May 26, 2015

Multivitamin Terbaik Untuk Pesakit Diabetes

Secara ringkasnya, diabetes berlaku disebabkan oleh 2 perkara:

1) Kekurangan insulin
2) Kerintangan insulin (insulin ada tetapi ia tidak berfungsi dengan cara sepatutnya @ tidak sensitif)

Sepanjang menjalankan sesi kaunseling MTAC DIabetes terhadap pesakit kencing manis, saya banyak diajukan pertanyaan tentang supplement yang sesuai untuk pesakit Diabetes. 

Saya suka mencadangkan supaya mereka mengambil supplement yang boleh bertindak dengan cara meningkatkan sensitiviti insulin terhadap glukosa. Ini bermaksud walaupun insulin yang ada di dalam badan adalah sedikit tetapi ia mampu berfungsi dengan cekap dalam memproses glukosa dalam darah.

Saya sangat2 menggalakkan pesakit Diabetes untuk mengambil Multivitamin dan mineral yang "high-potency" bagi memenuhi keperluan nutrient yang semakin meningkat. Pengambilan nutrient penting tambahan menunjukkan perubahan positif dari segi kawalan gula dalam darah dan juga mencegah atau mengurangkan kejadian komplikasi "major'.
Contoh nutrient yang sangat diperlukan oleh pesakit diabetes adalah Vitamin B1 (Thiamine) , B6, B12, Biotin, niacinamide, Vitamin C, E, Manganase, Vanadium, zinc, chromium dan selenium.

Kenapa nutrient ini sangat penting?

Vitamin B6: Kebanyakan pesakit diabetes kekurangan vitamin B6. Ia penting untuk melindungi daripada kerosakan saraf (diabetic peripheral neuropathy).

Vitamin B12: Vitamin B12 terlibat dalam pelbagai proses metabolisma karbohidrat.

Biotin: Meningkatkan sensitiviti insulin. Berperanan dalam menstabilkan paras gula dalam darah.

Manganase: Faktor bersama bagi enzim2 penting yang terlibat dalam metabolisma gula.

Vitamin E dan Selenium: Bertindak sebagai antioksidan dan terlibat dalam keseimbangan glukosa. Komplikasi diabetes mungkin mempunyai hubungkait dengan kewujudan radikal bebas secara berlebihan dimana antioksidan berperanan meneutralkan radikal bebas ini.

Kromium: Merangsang insulin untuk lebih sensitif dengan meningkatkan dari segi meningkatkan bilangan reseptor insulin pada sel dan juga aktiviti reseptor tersebut.

Vitamin C: Paras vitamin C biasanya rendah dalam pesakit diabetes. Kekurangan vitamin C dalam pesakit diabetes akan menyebabkan sorbitol berkumpul dalam sel2 darah merah dan ini akan mendedahkan  pesakit diabetes kepada kerosakan periferal.

Vitamin B1 (Thiamine) : Sebahagian daripada enzim yang diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan metabolisma karbohodrat.

Niacinamide : Ia merupakan komponen faktor toleransi glukosa. Ia memainkan peranan penting dalam metabolisma karbohidrat.

Zink: Terlibat dalam kedua2 proses iaitu dalam sintesis insulin oleh sel beta pankreas dan pengikatan insulin pada sel2 hepar dan tisu lemak.

Vanadium: Terbukti dapat meningkatkan sensitiviti insulin.


Bertindak sekarang!!!
Pastikan pilih yang selamat, semulajadi dan berkesan.

Klik untuk order: Vitalea


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

AddThis