Thursday, September 17, 2015

8 Kepentingan Protein Untuk Badan

Sempena promo September nie, harini nak cerita pasal PROTEIN.  Kenapa semua orang cakap ESP Soy Protein nie bagus sangat dan ada dalam kebanyakkan set kesihatan Shaklee?

Apa itu PROTEIN?

Protein yang paling kecil adalah asid amino. Sel2 badan kita terbina daripada protein. Protein menjadi blok2 asas untuk binaan sel badan. Jadi terang dan jelas bahawa protein sangat penting untuk badan kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Protein penting untuk proses baik pulih sel2 rosak dan pembinaan sel2 kulit baru. 

Kepentingan protein untuk badan?

1) Baikpulih luka: Dalam proses baikpulih luka, protein penting untuk memperbaiki tisu2 yang rosak. Pengambilan protein akan mempercepatkan lagi proses luka untuk sembuh.
2) Parut jerawat/ Stretch mark selepas bersalin (baca lanjut)/ Parut jeragat/ parut chicken pox: Protein diperlukan dalam baikpulih sel2 kulit rosak dan pembaharuan sel2 kulit lama kepada sel kulit baru.
3) Penghasilan susu ibu: Protein adalah salah satu komponen utama dalam susu ibu. Justeru pengambilan protein sangat penting dalam mempercepatkan proses refill setiap kali lepas menyusu atau mengepam. Ibu2 pasti teruja bila melihat hasil susu perahan selepas pengambilan protein soya keranasusu ibu akan menjadi semakin pekat dan bayi akan kenyang lebih lama.
4) Turunkan berat badan: Protein penting dalam penurunan berat badan untuk membina otot2 agar kelihatan fit and firm (tidak menggelebeh) apabila semua lemak2 degil dibakar. Protein juga penting untuk meningkat metabolisma badan dan membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat. (Cinch Shake untuk kurus).
5) Pilihan hidangan untuk pesakit Diabetes: Pesakit Diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana pembebasan tenaga adalah secara perlahan. Disamping memberi rasa kenyang lebih lama, protein memberi kesan yang sedikit kepada kenaikan gula dalam darah.

6) Mengurangkan Masalah Gastrik: Pesakit gastrik tidak digalakkan untuk melewatkan waktu makan kerana bimbang gastrik akan datang menyerang. Dalam keadaan ini, protein soya boleh membantu dengan cara memberi rasa kenyang lebih lama. ESP juga ditambah dengan kalsium dimana kalsium ini bersifat alkali dan boleh membantu meneutralkan asid didalam perut. (Baca lanjut)

7) Perkembangan bayi dalam kandungan.

Seperti yang saya nyatakan diatas, badan kita terdiri daripada protein. Justeru itu, pengambilan protein membantu perkembangan fetus semasa didalam kandungan disamping memberi tenaga yang berpanjangan kepada si ibu.

Sel-->tisu-->organ-->sistem-->badan




8) Pembekal tenaga segera dan berpanjangan: Dalam kesibukan seorang ibu bekerjaya yang multitasker, minuman protein seperti ESP Shaklee banyak membantu kerana senang dibancuh dan boleh terus diminum untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Ia juga lengkap dengan nutrisi lain yang memastikan ibu sihat dan boleh melaksanakan tugasan harian dengan sempurna.

Bacaan Lanjut: Kenapa kena pilih ESP Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis