Monday, September 28, 2015

Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil Dan Janin

3 nutrien penting di samping zat pemakanan lain yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya adalah Vitamin C , Asid Folik dan kalsium.
Makan buah kiwi merupakan cara yang mudah dan segar bagi memastikan anda dan bayi dilengkapi nutrien secukupnya agar terus kekal sihat.

5 Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil Dan Janin


1) Kekalkan sistem imuniti.

Buah kiwi merupakan sumber vitamin C yang lebih baik berbanding buah oren. Vitamin C sudah diketahui umum boleh meningkatkan sistem imuniti badan bagi melawan sebarang jangkitan. Vitamin C juga memainkan peranan dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Yang paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ramai ibu2 hamil yang mengalami masalah hemoglobin rendah semasa hamil kerana 'terpaksa' berkongsi dengan bayi dalam kandungan. Jadi, Vitamin C sangat membantu dalam meningkatkan paras hemoglobin dalam darah.

2) Tinggi asid folik.

Asid folik yang cukup boleh mencegah kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%. Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan yang lazimnya sebelum ibu2 sedar tentang kehamilan. Oleh itu, ibu2 digalakkan untuk mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.

3) Mengurangkan sembelit.

Ramai ibu hamil yang mengalami masalah sembelit semasa hamil. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi yang membantu dalam mengurangkan masalah sembelit.

4) Tidur nyenyak.

Ibu hamil juga selalu mengalami masalah kesukaran untuk tidur terutamanya diakhir kehamilan. Kajian  menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.

5) Merendahkan tekanan darah.

Peningkatan kecil dalam tekanan darah semasa hamil adalah petanda kehamilan yang biasa. Jika tahap tekanan darah meningkat secara mendadak dan tidak dirawat, ia boleh membahayakan anda dan bayi anda.

Buah kiwi juga tinggi dengan potassium yang melawan kesan garam (sodium) bagi mengurangkan  tekanan darah tinggi.

Bagi ibu2 yang susah atau taknak makan buah kiwi atau mencari alternatif lain yang lagi jimat tetapi masih membekalkan apa yang dibekalkan oleh sebiji buah kiwi boleh cuba alternatif di bawah:

1) Vita C SR:  Formula sustained release yang membebaskan vitamin C 100mg setiap 1 jam selama 5 jam bagi memastikan badan dan menyerap kesemua vitamin c tanpa membazir akibat disingkirkan melalui air kencing.
2) Ostematrix: Bukan sekadar kalsium. Dilengkapi dengan vitamin d yang membantu penyerapan kalsium dan juga magnesium.
3) B Complex With Folic Acid: Lengkap dengan 8 Vitamin B termasuk asid folik.

Klik pada link produk untuk order.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis