Wednesday, September 9, 2015

Cuti Menyusu Dilanjutkan Bergaji Penuh Atau Separuh Gaji: Wajarkah?

Ibu2 masih ingat tema Minggu Penyusuan tahun nie?

Baru2 nie terbaca satu post dekat fb berkaitan cuti menyusu bergaji penuh atau separuh gaji.

Cuti menyusu bergaji penuh atau separuh gaji: Wajarkah?

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan berkhidmat dalam sektor kerajaan dan diberi kelayakan untuk menikmati cuti bersalin sehingga 3bulan bergaji penuh (10 bulan sepanjang perkhidmatan). Kerajaan juga amat memahami keadaan ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif sehingga 6 bulan dengan membenarkan ibu2 untuk menyambung cuti menjaga anak (tanpa gaji) sehingga anak berumur enam bulan atau maksimum sehingga anak berumur 5tahun. 

Ada segelintir ibu2 menyokong jika pihak kerajaan memberi cuti bergaji penuh atau separuh  gaji untuk 3 bulan tambahan. Saya terdiam. Terfikir sendiri. 

Cuti menyusu bergaji penuh atau separuh gaji: Wajarkah?

Kenapa pihak kerajaan perlu membayar kita untuk menyusukan anak sendiri? 
Tidak cukupkah keistimewaan yang kerajaan bagi untuk ibu2? 
Tidak cukupkah pelepasan yang pihak kerajan beri unutk melanjutkan cuti menyusu tanpa gaji sehingga anak berumur 6 bulan? 
Kalau nak lanjutkan lagi sehingga 5 tahun pun boleh, tapi TANPA GAJI. Itu pun masih belum cukupkah?

SAYA BUKAN PENYOKONG KERAJAAN. Tapi...

Duit gaji kita dibayar dengan menggunakan duit rakyat yang membayar cukai. Takkan nak menyusukan anak sendiri pun rakyat perlu 'bayar' untuk kita? Besar sangat ke jasa kita kepada rakyat?

Saya bersyukur dengan apa yang pihak kerajaan telah beri kepada ibu2 bersalin dan menyusu. Bersyukur diberi kebenaran untuk menggunakan waktu pejabat untuk mengepam. Saya hanya berkesempatan mengepam di pejabat 2 kali sehari sahaja. Sesi pertama, jam 10 pagi. Saya gunakan masa kerja saya selama 30minit (set up, pam , cuci) sehari untuk mengepam. Untuk sesi ke2, saya pam semasa waktu makan tengahari. 

Tak cukup lagikah 30minit sehari tu?
Kalau rakyat Malaysia nak minta ibu2 bayar untuk '30minit' masa yang digunakan untuk mengepam tu, mampukah kita untuk bayar balik 'masa' tu?

Pendek cakap, nak berjaya dalam penyusuan susu ibu bukan sahaja perlukan "pelepasan" atau keistimewaan daripada pihak kerajaan semata-mata tetapi banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Perlukan pengorbanan daripada diri kita sendiri.

Walaupun bekerja, ibu2 masih boleh mematuhi konsep demand and supply. Boleh pam secara konsisten setiap 2-3jam   Dengan syarat tidak mengganggu waktu kerja.

Bagi yang bekerja dimeja sendiri, ibu2 boleh mengepam dimeja sambil membuat kerja. Pelbagai jenis pam yang ada dipasaran sekarang yang bunyi motornya sangat perlahan sehinggakan rakan sebelah tak perasan pun kita sedang mengepam. 
Nursing cover pelbagai corak dan bentuk juga boleh didapati dengan mudah untuk menutup aurat ibu2 ketika mengepam. Kalau dah pakai baju longgar dan bertudung labuh tak perlu la nak pakai nursing cover.

Nak seribu daya kan? 

Tak perlu nak tunggu kerajaan bagi cuti menyusu bergaji penuh atau separuh gaji baru nak berjaya susukan anak sendiri secara eksklusif.

Bagi ibu2 macam saya yang bekerja dikaunter, boleh pam menggunakan freemie yang terus dipasang pada breast tanpa perlu kita pegang dengan tangan. Sambil ber'freemie' sambil buat dispensing kan:).

Alhamdulillah, stok susu saya semasa dalam cuti bersalin melimpah ruah sampai penuh deep freezer. Terpaksa bagi kat anak susuan untuk clearkan stok beku yang lama untuk digantikan dengan stok yang baru. Semasa saya masuk kerja selepas 4bulan saya cuti bersalin, stok beku tak terusik pun. 

Jadi, ibu2 jangan jeles kalau saya hanya pam 2 kali je kat pejabat. Walaupun hanya pam 2 kali di pejabat, saya masih mampu membekalkan susu segar kepada anak daya dinursery. Kalau tak cukup pun, saya boleh topup dengan susu beku walaupun tak sampai hati sebenarnya :((

Masa awal2 mula kerja dulu, saya pam 5kali sehari  iaitu sebelum subuh-10am-lunch hour-5.30pm-sebelum tidur. Tapi akhirnya kecundang sebab tak larat. Ditambah lagi stok susu saya banyak lagi. Saya pun malas nak bekukan susu lagi sebab freezer dah penuh. Mungkin kalau lepas ni stok beku saya dah nak habis, saya akan kembali pada jadual mengepam seperti awal2 dulu.

Pokok pangkalnya kena usaha. Jangan harapkan orang lain. Konsep demand and supply wajib dipatuhi disesuaikan mengikut kerja masing2.Usaha sehabis daya. Bukan mengharap "keistimewaan" daripada pihak kerajaan.

Ingat ibu2..

1 titis susu ibu mengandungi lebih kurang 1 juta sel darah putih yang dikenali sebagai macrophage (big eaters), yang berfungsi memerangkap kuman dalam badan bayi kita. Bayangkan perlindungan yang dapat diberikan oleh susu ibu kepada bayi dalam kuantiti yang lebih banyak. 

Hence, breastfeeding is not all or nothing. 

Berapa pun jumlah susu ibu yang diberikan kepada bayi, ia sangat bernilai dan berfungsi untuk melindungi maksimum kepada bayi kita.
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis