Wednesday, April 27, 2016

Mengatasi Protein Berlebihan Dalam Urin

TESTIMONI 015 : MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum, 

Ini adalah kisah bagaimana kami telah jatuh cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail, 38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrome iaitu masalah buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang bukan??

Sebenarnya sebelum itu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tidak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda sebarang penyakit. Tetapi apabila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di hospital. Semasa di hospital, saya ditahan di wad kecemasan dan saya perlu menjalani pemeriksaan air kencing untuk 24jam dan juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrome, doktor memberikan "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan yang terdiri daripada ubat surut bengkak, ubat kolesterol dan ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberikan saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor juga memberi pilihan samada untuk mengambil steroid atau menjalani biopsy iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang. Jika saya bersetuju untuk menjalani biopsy, saya tidak perlu mengambil steroid. 

Setelah berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu doktor bahawa kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Saya terus mengambil suppplement dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak dan perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix dihabiskan, bacaan protein dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah lebih kurang 3bulan (3 botol Vivix), saya kembali ke Hospital Selayang untuk temujanji susulan. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur apabila doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan keputusan yang normal. Doktor juga memberhentikan semua ubat dan yang paling seronok, doktor sendiri yang memberitahu saya TIDAK PERLU MENJALANI BIOPSY lagi.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi apabila dalam situasi begini barulah kami sedar bahawa duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tidak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.
Klik untuk order: Vivix Shaklee

Credit to FB Supermom Shaklee Story

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, April 23, 2016

Atasi Masalah Haid Tidak Teratur, Jeragat Dan Kulit Kusam

TESTIMONI 014 : SUHAILA ABDUL

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su. Saya berusia 40 tahun. Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3. Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering. Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung. Saya pernah mencuba berbagai-bagai produk kecantikan dan supplement tetapi semuanya tak pernah kekal. Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya dengan kolagen Shaklee. Pada mulanya, saya hanya mencuba sekotak. Tetapi selepas itu saya berhenti mengamalkannya kerana saya tidak konsisten mengambil kolagen tersebut setiap hari.

Suatu hari, saya diserang sakit di bahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat. Selepas mendapatkan rawatan doktor, disahkan bahawa bahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang. Doktor memberi saya ubat untuk pecahkan batu karang. Walaupun, saya makan ubat tersebut sehingga habis, rasa sakit semasa kencing dan masalah kencing tidak lawas masih saya alami. Disamping masalah batu karang, saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening dan juga  tidak didatangi haid selama setahun lebih.

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimoni supplement Shaklee, saya nekad ingin mencuba VIVIX. Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah, kitaran haid saya kembali normal. Tanpa saya sedari, rasa sakit seperti dahulu sudah tidak dirasai lagi. Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri, tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dahulu. Malah, saya jarang sekali berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Dengan vivix, boleh dikatakan saya akan mengambilnya setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa. Kesan lain yang saya rasai adalah saya tidak mudah rasa letih dalam menguruskan 5 orang anak di rumah dan mengurus anak murid di sekolah. Tujuan asal saya mengambil Vivix adalah untuk menyembuhkan sakit batu karang. Tetapi banyak pula kesan sampingan baik yang saya dapat.

Dan yang paling mengujakan saya adalah saya sendiri tidak sedar akan perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini. Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata. Dan kini, saya mula konsisten semula mengambil kolagen Shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….

Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai daripada si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik. Alhamdulillah.Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh..
Klik untuk order: Vivix Shaklee

Credit to FB Supermom Shaklee Story

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, April 10, 2016

Merawat Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak

TESTIMONI 13 : NOR RUZANNA HANEE

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum

Saya Nor Ruzanna Hanee atau lebih manja dipanggil sebagai ana. Dulu-dulu orang panggil saya dengan gelaran ‘dayang senandung', mula-mula tu ok la tetapi lama-kelamaan tersentap jugak apabila dipanggil macam tu. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya. Macam-macam usaha saya lakukan untuk hilangkan kulit kusam dan berminyak sehinggakan kulit saya menjadi sensitif akibat menggunakan produk yang tidak bersesuaian.

Akhirnya takdir Allah saya dipertemukan dengan Shaklee. Sebagai permulaan, saya mengambil Vitamin E Shaklee sahaja kerana ketika itu Vitamin C Shaklee tiada di pasaran. Pada awalnya saya berkira-kira untuk membeli Vitamin E Shaklee. Tetapi setelah dibuat perkiraan, sebotol Vitamin E boleh bertahan selama 4 bulan dengan pengambilan sebiji sehari. Selain ditelan sebagai supplement, Vitamin E Shaklee juga boleh digunakan sebagai masker.

Alhamdulillah..kini kulit wajah kusam saya beransur hilang dan kurang berminyak dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten. Tona kulit pun menjadi semakin sekata dan tiada lagi yang memanggil saya dengan gelaran ‘dayang senandung'.

Credit to FB Supermom Shaklee Story.
Klik untuk Order: Vita E Complex


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, March 21, 2016

Cara Selamat Dan Berkesan Turunkan Kolestrol Dalam Darah

TESTIMONI 12 : PN. NOOR AZMIAH & EN. HUZAIR

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul-betul jatuh cinta dengan produk Shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tetapi pengambilannya tidak begitu konsisten sampaikan akhirnya produk mencapai tarikh luput. Sampai suatu hari, saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee.

Kisahnya bermula apabila suami saya disahkan oleh doktor mempunyai kadar kolesterol dalam darah yang terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5). Bacaan fungsi hati iaitu Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan berisiko tinggi untuk serangan jantung atau strok. Semasa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM), doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan merujuk kes kami ke hospital. Walau bagaimanapun, suami meminta untuk ditangguhkan selama sebulan kerana suami seboleh-bolehnya tidak mahu bergantung kepada ubat-ubatan daripada hospital. 

Sebelum membuat pemeriksaan di hospital, suami saya menghadapi sakit-sakit badan dan lesu. Saya memulakan misi meng'google' mencari produk Shaklee untuk kolesterol. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk beli dan daftar sebagai ahli. Sejak daripada hari pertama menerima produk, suami mengambil set kolesterol terdiri yang terdiri daripada Omegaguard, lecithin, garlic complex secara konsiten.

Genap 1 bulan suami, suami membuat pemeriksaan darah ulangan untuk mengetahui keputusan darah yang terkini. Amat mengejutkan, ia betul-betul berkesan. Bacaan kolesterol daripada bacaan 13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tetapi separuh daripada bacaan pertama. Paras Alt juga menurun kepada 43, hampir ke paras normal. Doktor juga sangat kagum dengan penurunan tersebut. Bertambah gembira apabila doktor meminta suami untuk meneruskan pengambilan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan dengan pemakanan sihat dan dibantu oleh supplemen Shaklee.

Semasa suami saya membuat pemeriksaan yang berikutnya, saya tidak menemaninya. Disebabkan terlalu gembira dengan keputusan darah yang diterima, suami meminta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk ditunjukkan kepada saya. Keratan kertas tersebut adalah seperti diatas.

Semenjak itu, kami yakin bahawa produk Shaklee bukanlah sebarangan produk. Ia benar-benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga ke hari ini kami berdua masih terus konsisten mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah..semuanya dengan izin Allah.

Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, March 19, 2016

Ekzema Dan Minyak Ikan

TESTIMONI 11: AYU ABDULLAH

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

KISAH RUHIL DAN ECZEMA

Assalamualaikum..

Cuba perhatikan gambar di atas. Agak-agak apa perasaan ibu dan ayah apabila anak berkeadaan seperti dalam gambar 'Before'? Saat ini, hanya Ummi sahaja yang sanggup mencium pipi si kecil. Pipi yang sentiasa dibasahi dengan cecair yang berbau hanyir.

Kisah bermula apabila Ruhil (Anak ke-2) dijangkiti chicken pox semasa berumur 3 bulan. Selepas sembuh daripada chicken pox, antibodi Ruhil down dan seluruh badannya kemerah-merahan. Paling ketara pada bahagian muka.

Kami kerap kali ke klinik. Setiap kali ke klinik, setiap kali itulah kami dapat ubat yang berlainan. Walaupun bertukar kepada ubat yang lain, keadaan tidak pernah bertambah baik. Kali ketiga kami ke klinik, kami meminta untuk dirujuk ke pakar kulit, tetapi doktor enggan berbuat demikian. Akhirnya kami mengambil keputusan unuk Ko. Skin Care.

Alhamdulillah lepas 3 hari makan ubat dari Ko. Skin Care dan pakai ubat sapu yang diberi, keadaan muka Ruhil bertambah baik. Tetapi, memang jelas ketara kulit Ruhil menipis dan menegang.

Hakikatnya, ubat yang diberi oleh klinik biasadan klinik pakar adalah sama sahaja. Kami diberikan ubat antiradang, dan aqueous cream untuk sapu. Sedikit maklumat yang saya dapat daripada Ko skin care:

1) Eczema adalah penyakit keturunan.
2) Pesakit eczema perlu menjaga persekitaran.
3) Pesakit eczema perlu menjaga pemakanan.

No (1): Memang betullah. Saya menghidapi  resdung, manakala suami menghidapi asma semasa kecil.
No (2): Barang-barang seperti karpet, bantal berbulu, bantal kekabu tidak boleh ada di dalam rumah.
No (3): Ini adalah paling mencabar. Disebabkan si Ruhil 100% breastfeeding, maka Ummi terpaksa menjadi vegeteranian selama 3 bulan. EBM yang dalam stok? Pada mulanya rasa nak buang, tapi sayang sangat-sangat. Hampir 100 botol (3oz setiap botol). Akhirnya kami cuba beri minum kepada abang Ruhil dahulu. Alhamdulillah, abangnya minum dengan baik. Jadi bermulalah episod start up buat stok baru.

Selama 3 bulan jadi herbivor, kulit Ruhil bertambah baik. Jadi, Ummi mula cuba-cuba jadi karnivor, daging lulus, ayam lulus, telur lulus,  Ikan?? (hmmm ada yang lulus ada yang tak), telur lulus. Seafood? Kirim salam jela..until we meet again lepas ruhil dah cerai susu. "Gambar After"  adalah gambar semasa Ruhil berumur 6-7 bulan. Berkat Ummi menjaga makan. 

Panjangnya sejarah cerita eczema Ruhil ni kan?. Hihi, terima kasih kerana masih sudi membaca. Ok sekarang masuk bab macam mana kisah cinta Ruhil dan Omega Guard bermula.

Bila umur Ruhil dah masuk setahun, saya mula bagi dia makan Omega Guard sebiji sehari. Bila dah berumur 2 tahun setengah, dah dos di'up'kan jadi 2 biji sehari. Kadang-kadang mungkin lebih kalau tak sempat sorok, sebab dia dah pandai bukak botol sendiri. 

Kulit muka Ruhil masih kelihatan kemerah-merahan. Walau bagaimana pun, kemerahan ini adalah amat sedikit dan tidak memerlukan ubat untuk disapu dan ia akan hilang sendiri.

Kandungan EPA dalam Omega Guard membantu mengurangkan simptom inflamasi pada kulit Ruhil. Ya, ia perlukan masa dan harus konsisten untuk mendapatkan hasil yang positif. Apapun saya bersyukur pada Allah, sebab Ruhil dapat jugak menikmati rasa seafood yang ohsem tu. Hihi.

Sekian.

Semoga member manfaat pada yang ada masalah seperti Ruhil.

Credit to FB Supermom Shaklee Story.
Klik Untuk Order: Omegaguard

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, March 16, 2016

Rahsia Berat Badan Ibu Cepat Turun Selepas Bersalin

TESTIMONI 10: FITRIYATUL ASYIQIN

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum...

Perkenalan saya dengan Shaklee bermula dengan set menyusu bajet iaitu ESP dan Alfalfa. Saya mula mengambil set ini sejak anak berumur 6 bulan iaitu Januari 2014.

Niat asal menyertai Shaklee adalah untuk berbisnes tetapi saya tidak begitu aktif dan hanya buat ala kadar sahaja. Begitu juga dengan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee, saya tidak mengambilnya secara konsisten.

Sampailah suatu ketika, apabila saya konsisten mengamalkan set menyusu Shaklee, saya dapat merasakan sendiri perubahannya dimana susu cepat penuh dan banyak kali saya mengalami bengkak susu. Akhir tahun 2014, saya nekad untuk konsisten mengamalkan ESP, Alfalfa Complex, Lecithin, Ostematrix dan juga B Complex.

Alhamdulillah, semenjak konsisten mengamalkan set menyusu Shaklee rezeki susu ibu untuk anak saya melimpah-ruah.

Apabila mengalami masalah bengkak susu, saya akan konsisten mengambil Lecithin untuk meredakan bengkak susu.

Paling teruja apabila saya berjaya mendapatkan berat badan asal saya sebelum mengandung. Saya dapat rasakan badan saya lebih bertenaga.

Alhamdulillah kini anak saya Adam Khalish sudah berusia 2 tahun 5 bulan dan masih menyusu susu ibu sepenuhnya.

Dengan hanya mengambil set menyusu, saya bukan saya direzekikan dengan susu badan yang melimpah-ruah, tetapi saya berjaya mendapatkan semula berat asal saya sebelum hamil tanpa perlu berdiet ikat perut.

Siapa kata ibu menyusu tidak boleh tampil kurus bergaya?

Saya sudah buktikan berat badan saya turun dengan Shaklee.

Alhamdulillah .

Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, March 14, 2016

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid.

TESTIMONI 9 : ARIANA MARYAM & AINUL FADZILAH

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum. 

Saya Ainul, ibu kepada Ariana Maryam yang berusia 1 tahun 3 bulan. Saya ingin kongsikan pengalaman saya dan anak saya, Maryam yang mempunyai masalah eczema pada pipi yang teruk.

Pada umur Maryam 4bulan, pipi Maryam naik merah dan kering. Bertambah teruk apabila cuaca panas, kulit menjadi semakin kering dan pipi semakin merah sehinggakan berdarah.

Maryam  tidak selesa dengan keadaan dirinya. Maryam sering menggaru-garu dan menangis-nangis apabila kepanasan. Risau melihat keadaan maryam ketika itu.

Pelbagai jenis krim yang saya telah saya cuba namun tidak sesuai untuk Maryam. Ada sesetengah ubat ada bahan kimia dan jadi saya takut untuk sapukan pada pipi Maryam. Risau terkena tangan Maryam dan bimbang Maryam memasukkan tangannya ke mulut.

Akhirnya, saya jumpa krim Shaklee iaitu HERBAL BLEND. Saya tidak risau lagi untuk sapukan pada pipi Maryam kerana saya tahu bahawa bahan yang terkandung dalam HERBAL BLEND adalah terdiri daripada bahan semulajadi, selamat dan berkesan.

Setiap hari saya akan menyapu HERBAL BLEND pada pipi maryam secara konsisten. Semasa Maryam berusia 11 bulan pipi Maryam sudah tidak lagi merah dan kering. Pipi Maryam semakin bersih, putih dan cantik.

Hati ibu mana yang tidak gembira bukan?

Sehingga kini, HERBAL BLEND adalah krim WAJIB ada di rumah saya dan pasti saya bawa ke mana-mana sahaja kami pergi.

Terima kasih Shaklee kerana mengembalikan senyuman puteri saya Ariana Maryam. Semuanya dengan izin Allah. Alhamdulillah..

Credit to FB Supermom Shaklee Story.
Klik Untuk Order: Herbal Blend

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, March 12, 2016

Rahsia Dapatkan Tona Kulit Lebih Sekata

TESTIMONI 8 : HALIZA KAMIS

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Sebelum ini kulit saya menjadi sensitif gara-gara berhenti menggunakan produk Lxxnxs selepas lebih kurang 5 bulan penggunaan(2kotak). Kemudian saya mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan mana-mana produk kecantikan kulit selama sebulan.

Saya bermula dengan menggunakan Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite & Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 Nutriwhite pada hujung bulan Jun 2015 sehingga kini. Pada Julai 2015, sebagai tambahan kepada 2 produk Nutriwhite sebelum ini, saya menggunakan Overnight Renewal Whitening Cream Nutriwhite setiap malam sebelum tidur. Pada September 2015, saya menambah Gentle Makeup Remover Nutriwhite dalam koleksi penjagaan kulit Nutriwhite ini.

Kesannya, kulit saya lebih halus, liang-liang pori mengecil, parut jerawat dan jeragat semakin pudar, kulit kurang berminyak dan tona kulit lebih sekata. Kini saya jarang memakai mekap tebal untuk menyembunyikan kesan parut dan jerawat. Saya hanya oleskan bedak bayi sahaja jika hendak keluar bekerja dan berjalan-jalan. 

Selain mengamalkan produk penjagaan kulit Nutriwhite, kini saya konsisten mengamalkan Garlic Complex, Ostematrix, GLA Complex, Lecithin, Vita-C S dan Cinch Shake untuk kesihatan kulit, pengurusan berat badan dan kesihatan dalaman wanita.

Rasa gembira kerana dapat merasai perubahan yang sangat positif apabila kita menjaga kesihatan luar dan dalam. Kini, saya rasa lebih berkeyakinan.

Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, March 10, 2016

Atasi Masalah Haid Tidak Teratur Dan Jerawat Teruk

TESTIMONI 7: KHAIRIAH ZAINOL ABIDIN

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum.

Kisah cinta Shaklee Kay bermula apabila Kay menghadapi masalah haid yang tidak teratur, jerawat naik mendadak disebabkan hormon yang tidak seimbang dan resdung semenjak sekolah menengah lagi. Kulit muka kusam dan tona kulit tidak sekata.

Kay mula mengambil Shaklee pada 2013 setelah berhabisan ribuan ringgit untuk membeli pelbagai produk dan ke SPA untuk menangani masalah ini.

Alhamdulillah, sejak ESP Shaklee dijadikan minuman harian dan konsisten mengambil GLA, Alfalfa Complex, B Complex dan Vita C, haid Kay kembali normal seperti wanita lain. Kay pernah terfikir untuk berhenti mengamalkan Shaklee selepas setahun pengambilan kerana tiada perubahan, tetapi upline memberi semangat untuk meneruskan pengambilan supplement Shaklee. Menurut upline Kay, ada yang mengambil masa 3 tahun untuk haid kembali normal. Kay bertawakkal kepada-NYA setelah berusaha kosisten mengambil supplement Shaklee. 

Alhamdulillah, setelah hampir setahun kitar haid Kay kembali normal dan jerawat semakin kurang. Parut jerawat pula semakin pudar. Simptom-simptom resdung juga semakin berkurang tidak seperti sebelum ini, sepanjang tahun asyik selsema je..

Alhamdulillah..Syukur..Masalah kay selesai dengan Supplement Shaklee walaupun Kay agak lambat mengenali Shaklee. Kay nekad untuk tidak mencuba produk lain lagi selain Shaklee. InsyaAllah..doakan Kay berjaya menimang cahaya mata pula selepas ini.

Terima Kasih semua.


Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, March 9, 2016

Susu Makin Banyak Dan Kulit Makin Cantik

TESTIMONI 6: LIYANA UZIR

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun. Saya sudah mengenali Shaklee semenjak saya menyusukan anak pertama lagi kira2 5 tahun dahulu. Yang saya tahu, Shaklee adalah untuk ibu-ibu menyusu sahaja. Dengan kata lain supplemen untuk tambah susu ibu.

Saya menyusukan Dani secara direct hanya untuk 4 bulan kerana Dani mengalami masalah keliru puting. Lagi menerukkan keadaan, saya langsung tidak berusaha untuk mencari solusi kepada masalah tersebut. Sebenarnya ada pelbagai cara untuk mengajar anak untuk kembali direct feeding semula. Hanya perlu sabar dan berusaha. Tapi saya buat tak kisah je. 

Ketika itu, ilmu penyusuan susu ibu saya sangat kurang. Bila teringat kisah dahulu, saya menyesal sampai sekarang. Dan paling membuatkan saya rasa bersalah adalah apabila sedang menyusukan Zara, si Dani asyik tengok gelagat kami. Dani minta untuk disusukan juga seperti adiknya. Saya terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang...

Apabila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian, saya masih belum terpanggil untuk mengambil vitamin Shaklee. Tetapi semangat untuk menyusukan anak kembali berkobar-kobar. Setiap hari saya renung breastpump spectra 3 saya yang sempat saya pakai 3 bulan sahaja ketika menyusukan Dani dahulu. Sampailah waktu bersalin, saya kecewa sangat2 kerana setitik susu pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu.

Bayi asyik menangis-nangis dahagakan susu ibu. Jururawat kat hospital pun tak boleh nak buat apa2. Terpaksa topup FM. Saya yang masih menanggung sakit akibat bersalin bertambah stress apabila susu ibu taknak keluar. Ditambah lagi apabila mendengar tangisan anak yang masih kecil.

Hari ketiga saya balik ke kampung. Saya tuam dan urut payudara perlahan2. Alhamdulillah..susu makin meriah. Lepas sesi mengurut 3 hari, susu makin meriah. Alhamdulillah, berterusan sehingga kini.

Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampailah si kecil mula meragam ditengah malam.

Saya cuba google di internet untuk mencari punca bayi menangis ditengah malam. Alasan yang logik mungkin kerana dia lapar. Tetapi saya kerap bangun menyusu diwaktu malam, takkan bayi tak kenyang2??? Sampaikan saya keletihan sepanjang malam.

Tak boleh jadi ni...

Saya google lagi kemudian terbaca tentang pengalaman2 ibu2 yang mengamalkan Shaklee. Saya baca baca dan baca. Dapat gaji terus saya order Set B Shaklee (Breastfeeding). Kebanyakan komen yang saya baca, semua kata best sangat set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, hanya untuk untuk banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk bayi. Saya belajar daripada pengalaman yang lepas. Saya mula kumpulkan stok EBM semasa anak berusia 3 minggu. Saya makin teruja apabila susu badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning..

Saya google  & google lagi, cari perbezaan kenapa masa saya tak makan shaklee susu cair je. Sebelum ini, susu badan memang banyak, tetapi berwarna putih cair sahaja. Berbeza sangat berbanding apabila saya mengambil Shaklee, susu jadi pekat dan berwarna kekuningan. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tidur jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya...

Tu bab susu..

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.

Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya dan anak-anak, selepas bersalam-salaman, suami merenung wajah saya dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." Saya senyum kembang kempis lah. Ketika itu saya menafikan lagi perubahan kulit saya yang menjadi semakin putih dan bersih kerana saya fikir mungkin kesan hormon lepas bersalin. Sehinggalah saya kembali bekerja, ramai kawan-kawan yang tegur, "kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni.." Masa tu baru saya sedar bahawa set B juga bagus untuk kulit wajah berdasarkan pengalaman ibu-ibu lain.

Dalam set B ini ada Vita-C dan Vit B. seperti yang anda sedia maklum, Vitamin C amat penting dalam pembentukan kolagen, sebagai antioksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B bertindak sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan anak yang mengambil set Breatsfeeding Shaklee kelihatan berseri-seri..:)


Buktinya gambar seperti diatas. 

Berbeza bukan? 

Disamping memperbanyakkan susu & bayi kenyang lebih lama setiap kali selepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air kosong. Paling kurang 2 liter.

Pakej kan... badan cergas, susu ibu banyak, bayi sihat, kulit muka makin flawless...semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee. Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee...


Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, March 7, 2016

Cara Mengatasi Hb Rendah

TESTIMONI 5: SITI AISHAH

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum w.b.t.

Saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan.

Saya telah mengamalkan Shaklee selama 9 bulan bermula ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’. Bile ‘hb’ dah ‘low’, tanpa berlengah saya mencari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh membantu saya untuk normalkan balik hb saya tu.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???

Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2..depan mate pun dah ade..saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau.

Suatu hari, secara kebetulan saya nampak beliau post berkaitan cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea daripada Shaklee. Dengan izin suami, tanpa berlengah, saya terus order supplemen Shaklee dan akhirnya berjaya memiliki set hamil Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu mengamalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi ape rahsianya. Hihihii..

Sepanjang preggy, saya mengalami sakit2 badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang2 tu tak tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit2 badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa!

Saya terus mengamalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boley tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupekan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau terlentok2...

Mase usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran2 yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentua saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan terlebih kalsium agaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….

Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur. Tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ini secukupnya...

Vita C juga banyak membantu saya untuk kesihatan kulit muka. Sebelum mengamalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, bertompok2 dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata...

Alhamdulillah, sejak mengamalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Takde dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu2 nak keluar. Hihiii..

Itulah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya akan sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin.

Alhamdulillah…

sekian terima kasih Shaklee…

Credit To: FB Supermom Shaklee Story


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

AddThis