Wednesday, March 9, 2016

Susu Makin Banyak Dan Kulit Makin Cantik

TESTIMONI 6: LIYANA UZIR

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun. Saya sudah mengenali Shaklee semenjak saya menyusukan anak pertama lagi kira2 5 tahun dahulu. Yang saya tahu, Shaklee adalah untuk ibu-ibu menyusu sahaja. Dengan kata lain supplemen untuk tambah susu ibu.

Saya menyusukan Dani secara direct hanya untuk 4 bulan kerana Dani mengalami masalah keliru puting. Lagi menerukkan keadaan, saya langsung tidak berusaha untuk mencari solusi kepada masalah tersebut. Sebenarnya ada pelbagai cara untuk mengajar anak untuk kembali direct feeding semula. Hanya perlu sabar dan berusaha. Tapi saya buat tak kisah je. 

Ketika itu, ilmu penyusuan susu ibu saya sangat kurang. Bila teringat kisah dahulu, saya menyesal sampai sekarang. Dan paling membuatkan saya rasa bersalah adalah apabila sedang menyusukan Zara, si Dani asyik tengok gelagat kami. Dani minta untuk disusukan juga seperti adiknya. Saya terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang...

Apabila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian, saya masih belum terpanggil untuk mengambil vitamin Shaklee. Tetapi semangat untuk menyusukan anak kembali berkobar-kobar. Setiap hari saya renung breastpump spectra 3 saya yang sempat saya pakai 3 bulan sahaja ketika menyusukan Dani dahulu. Sampailah waktu bersalin, saya kecewa sangat2 kerana setitik susu pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu.

Bayi asyik menangis-nangis dahagakan susu ibu. Jururawat kat hospital pun tak boleh nak buat apa2. Terpaksa topup FM. Saya yang masih menanggung sakit akibat bersalin bertambah stress apabila susu ibu taknak keluar. Ditambah lagi apabila mendengar tangisan anak yang masih kecil.

Hari ketiga saya balik ke kampung. Saya tuam dan urut payudara perlahan2. Alhamdulillah..susu makin meriah. Lepas sesi mengurut 3 hari, susu makin meriah. Alhamdulillah, berterusan sehingga kini.

Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampailah si kecil mula meragam ditengah malam.

Saya cuba google di internet untuk mencari punca bayi menangis ditengah malam. Alasan yang logik mungkin kerana dia lapar. Tetapi saya kerap bangun menyusu diwaktu malam, takkan bayi tak kenyang2??? Sampaikan saya keletihan sepanjang malam.

Tak boleh jadi ni...

Saya google lagi kemudian terbaca tentang pengalaman2 ibu2 yang mengamalkan Shaklee. Saya baca baca dan baca. Dapat gaji terus saya order Set B Shaklee (Breastfeeding). Kebanyakan komen yang saya baca, semua kata best sangat set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, hanya untuk untuk banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk bayi. Saya belajar daripada pengalaman yang lepas. Saya mula kumpulkan stok EBM semasa anak berusia 3 minggu. Saya makin teruja apabila susu badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning..

Saya google  & google lagi, cari perbezaan kenapa masa saya tak makan shaklee susu cair je. Sebelum ini, susu badan memang banyak, tetapi berwarna putih cair sahaja. Berbeza sangat berbanding apabila saya mengambil Shaklee, susu jadi pekat dan berwarna kekuningan. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tidur jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya...

Tu bab susu..

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.

Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya dan anak-anak, selepas bersalam-salaman, suami merenung wajah saya dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." Saya senyum kembang kempis lah. Ketika itu saya menafikan lagi perubahan kulit saya yang menjadi semakin putih dan bersih kerana saya fikir mungkin kesan hormon lepas bersalin. Sehinggalah saya kembali bekerja, ramai kawan-kawan yang tegur, "kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni.." Masa tu baru saya sedar bahawa set B juga bagus untuk kulit wajah berdasarkan pengalaman ibu-ibu lain.

Dalam set B ini ada Vita-C dan Vit B. seperti yang anda sedia maklum, Vitamin C amat penting dalam pembentukan kolagen, sebagai antioksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B bertindak sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan anak yang mengambil set Breatsfeeding Shaklee kelihatan berseri-seri..:)


Buktinya gambar seperti diatas. 

Berbeza bukan? 

Disamping memperbanyakkan susu & bayi kenyang lebih lama setiap kali selepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air kosong. Paling kurang 2 liter.

Pakej kan... badan cergas, susu ibu banyak, bayi sihat, kulit muka makin flawless...semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee. Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee...


Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis