Monday, March 21, 2016

Cara Selamat Dan Berkesan Turunkan Kolestrol Dalam Darah

TESTIMONI 12 : PN. NOOR AZMIAH & EN. HUZAIR

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul-betul jatuh cinta dengan produk Shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tetapi pengambilannya tidak begitu konsisten sampaikan akhirnya produk mencapai tarikh luput. Sampai suatu hari, saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee.

Kisahnya bermula apabila suami saya disahkan oleh doktor mempunyai kadar kolesterol dalam darah yang terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5). Bacaan fungsi hati iaitu Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan berisiko tinggi untuk serangan jantung atau strok. Semasa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM), doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan merujuk kes kami ke hospital. Walau bagaimanapun, suami meminta untuk ditangguhkan selama sebulan kerana suami seboleh-bolehnya tidak mahu bergantung kepada ubat-ubatan daripada hospital. 

Sebelum membuat pemeriksaan di hospital, suami saya menghadapi sakit-sakit badan dan lesu. Saya memulakan misi meng'google' mencari produk Shaklee untuk kolesterol. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk beli dan daftar sebagai ahli. Sejak daripada hari pertama menerima produk, suami mengambil set kolesterol terdiri yang terdiri daripada Omegaguard, lecithin, garlic complex secara konsiten.

Genap 1 bulan suami, suami membuat pemeriksaan darah ulangan untuk mengetahui keputusan darah yang terkini. Amat mengejutkan, ia betul-betul berkesan. Bacaan kolesterol daripada bacaan 13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tetapi separuh daripada bacaan pertama. Paras Alt juga menurun kepada 43, hampir ke paras normal. Doktor juga sangat kagum dengan penurunan tersebut. Bertambah gembira apabila doktor meminta suami untuk meneruskan pengambilan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan dengan pemakanan sihat dan dibantu oleh supplemen Shaklee.

Semasa suami saya membuat pemeriksaan yang berikutnya, saya tidak menemaninya. Disebabkan terlalu gembira dengan keputusan darah yang diterima, suami meminta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk ditunjukkan kepada saya. Keratan kertas tersebut adalah seperti diatas.

Semenjak itu, kami yakin bahawa produk Shaklee bukanlah sebarangan produk. Ia benar-benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga ke hari ini kami berdua masih terus konsisten mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah..semuanya dengan izin Allah.

Credit to FB Supermom Shaklee Story.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

1 comment:

AddThis