Showing posts with label Cyst. Show all posts
Showing posts with label Cyst. Show all posts

Saturday, July 18, 2015

Turun 5kg Dalam Masa 3 Minggu.

Semalam  (9/7/15) dapat PM dari kawan sekolah. Dia cakap berat badan dia dah turun 5kg selepas 3minggu ambil multivitamin seperti yang saya cadangkan.

3 minggu lepas dia ada PM tanya tentang PCOS dan usahanya untuk hamil. Borak punya borak, akhirnya saya cadangkan untuk fokus kepada turunkan berat badan dulu. Dia cakap walaupun kurang makan tapi berat badan masih naik. Sampai dia pening kepala tak tahu nak buat apa dah.

Makan sikit tapi berat badan makin naik petanda metabolisma badan yang rendah. Metabolisma rendah berpunca daripada sel2 badan yang tidak mendapat nutrisi yang lengkap. Bila sel2 tidak mendapat nutrisi secukupnya, jadi sistem badan tak dapat bertindak secara sepatutnya. Tidak makan bukan jalan terbaik untuk kurus.

Sebab itu saya cadangkan pengambilan multivitamin sebagai first step untuk kurus. Nak kurus ke, gemuk ke, hamil ke , cantik ke semua bermula dengan langkah pertama iaitu pastikan sel2 badan kita mendapat nutrisi yang secukupnya. Bila sel2 badan sihat, sistem tubuh akan berfungsi dengan betul.
Kawan saya tanya apa multivitamin yang terbaik. Opkoslah dengan yakinnya saya cakap Vitalea Shaklee. Tapi saya tidaklah memaksa kawan saya membeli vitalea daripada saya. 

Saya hanya memberi pilihan kepada dia samada nak beli multivitamin shaklee yang selamat, semulajadi dan berkesan dengan harga RM88.75 untuk 120 biji ( penggunaan 4 bulan) atau boleh pilih mana2 produk di farmasi. Nanti boleh bandingkan harga dan kualiti ye:)).

Dia memilih untuk membeli multivitamin di farmasi berdekatan pada petang itu juga, jadi saya kongsikan dengan dia apa yang perlu ada dalam multivitamin tersebut seperti yang ada dalam vitalea Shaklee (multivitamin terbaik).  Pada saya, multivitamin Vitalea Shaklee sangat bagus dan lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan untuk mengatasi masalah beliau.

Alhamdulillah..tak dapat jual produk pun dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat pun dapat pahala kan..semoga jadi saham di akhirat nanti.
Sekarang dalam misi untuk regularkan period pulak :))

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, July 4, 2015

Rawat PCOS Dengan Shaklee Dan Berpeluang Untuk Hamil

Sumber: Polycystic ovarian syndrome in infertility,Sri Lanka Journal of Obstetrics and Gynaecology 2012; 34: 112-119

Polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah keadaan dimana seseoarang wanita tidak mengalami ovulasi (proses penghasilan telur) yang disebabkan oleh paras androgen (hormon lelaki) yang tinggi. 

PCOS dicirikan dengan:
1) Saiz ovari (kilang telur) yang membesar.
2) Terdapat banyak folikel2 kecil (>10mm) di dalam ovari.
3) Biasanya pesakit yang mengalami masalah PCOS akan mengalami gangguan haid seperti oligomenorrhoea (kekerapan haid yang kurang @ kitar haid yang panjang) dan amenorrhoea (tiada haid), obesiti dan hirsuitism (pertumbuhan bulu yang tidak normal pada muka dan badan)

Dalam kebanyakkan kes PCOS, pesakit biasanya mengalami masalah kerintangan insulin (insulin resistance). Kesan utama insulin terhadap ovari bukan sahaja meningkatkan penghasilan androgen , tetapi juga menyebabkan keabnormalan dalam kawal atur androgen, estrone, LH dan FSH (hormon yang terlibat dalam kawal atur haid yang normal dan proses ovulasi). Gangguan pada kawal atur ini akan menghalang ovulasi daripada berlaku.

Jadi pendekatan wajar yang boleh diambil adalah dengan cara memperbaiki metabolisma karbohidrat dan ini akan mengurangkan penghasilan insulin berlebihan dalam badan.

Dalam kebanyakan kes PCOS, rawatan yang biasa diberikan adalah Tab. Metformin kerana ia berkesan dalam memperbaiki metabolisma glukosa.

Sasaran utama dalam rawatan PCOS:
1) Mencegah endometrial hyperplasia, atypia/cancer.
2) Mengembalikan ovulasi normal/ kesuburan.
3) Mengembalikan haid.
4) Mengatasi Hirsuitism.

Antara pilihan rawatan PCOS adalah:
1) PCOS dan haid tidak teratur: Pengambilan oral contraceptive pills (pil perancang keluarga)
2) PCOS dan Hirsutism : Disampaing cosmetic therapy (cukur) yang memberi kesan yang cepat, antiandrogenic drugs juga boleh digunakan.
3) PCOS dan kesuburan: Clomiphene citrate (CC)
4) PCOS dan BMI >25 kg/m2: Insulin sensitizing agents iaitu Metformin.

Metformin akan meningkatkan sensitviti insulin pada tisu periferal dengan menurunkan paras insulin yang berada dalam peredaran darah.  Insulin yang lebih sensitif berkait rapat dengan kadar ovulasi yang makin baik dan tindakan glukosa yang lebih effisien. Dengan kata lain Metformin menggalakkan ovulasi dan peratusan untuk hamil.

6) PCOS dan obesiti: Penurunan berat badan.

Obesiti menyumbang kepada kejadian PCOS. Kajian menunjukkan penurunan berat badan memberi kesan spontan iaitu haid kembali normal. Hal ini mungkin terjadi kerana penurunan LH, testosterone bebas dan paras insulin dalam darah. Dan ini akan meningkatkan kadar ovulasi dan peratusan untuk hamil.

ALERT: Semua rawatan yang memerlukan penggunaaan ubat/drugs memerlukan khidmat nasihat doktor.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda?

Dalam kes PCOS, saya lebih suka fokus kepada penurunan berat badan, meningkatkan sensiviti insulin dan kembalikan kitaran haid yang normal.

Turun berat badan.

Ramai pengidap PCOS yang mengadu, walaupun mereka makan sedikit tapi berat badan masih naik.

Apa puncanya?

Metabolisma badan yang rendah akan menyebabkan peningkatan berat badan kerana bahan yang dimakan tidak diproses dengan betul oleh badan. Metabolisma badan yang rendah pula disebabkan oleh sel2 badan kekurangan nutrisi dan ini menghalang sel2 badan untuk berfungsi dengan cara sepatutnya. Pengambilan Multivitamin amat membantu dalam hal ini disamping pengambilan B Complex yang terlibat dalam banyak proses termasuk penukaran makanan kepada tenaga.
Klik untuk baca lanjut: B complex untuk penghasilan tenaga.

Ini adalah supplement asas yang diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan.

Untuk lebih spesifik, pengidap PCOS biasanya akan mengalami kerintangan insulin. Disini Zinc Complex memainkan peranan dalam meningkat sensitviti insulin dalam badan.

Selain itu juga, untuk menurunkan berat badan, saya cadangkan pengambilan:
1) Detox agent seperiti Alfalfa Complex atau Herblax untuk memcuci usus. 
2) Pemecah lemak seperti Lecithin atau Omegaguard untuk membantu membakar lemak2 degil dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.
3) Protein: Penting untuk pembinaan sel2 baru. Protein akan meningkatkan metabolisma badan dengan membantu badan membakar lebih banyak lemak. Protein yang saya cadangkan adalah Energizing Soy protein (ESP) atau Cinch Shake Mix yang diperkaya dengan Leucine. Klik untuk bacaan lanjut.

Pengambilan air kosong 2-3liter sehari adalah perlu untuk memastikan supplement bertindak dengan berkesan.

Kembalikan kitaran haid yang normal.

Haid tidak teratur adalah disebabkan paras hormon yang tidak seimbang. Disini saya suka untuk mencadangkan pengambilan GLA Complex yang membantu mengembalikan paras hormon yang normal dalam badan dan ini seterusnya akan mengembalikan kitar haid yang normal. 
GLA adalah omega 6 baik yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.:

1) GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding EPO. 

2) Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Selain itu juga, supplement tambahan yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst  adalah:

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - CoQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc.

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - antioksidan yang kuat.

Klik untuk baca lanjut: Cadangan pemakanan untuk PCOS.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, September 7, 2014

Shaklee Bantu Kecutkan Cyst

Sekarang heboh pasal GLA boleh menyebabkan cyst makin membesar kan. Apa pun yang kita sebarkan mestilah berdasarkan ilmu. Mungkin individu yang bukan dari aliran perubatan akan terus percaya dengan hebahan yang menakutkan ni. Tapi yang dari aliran perubatan mesti terkedu tengok semua ni kan.. 

Bulan 5 tahun lepas semasa disahkan appendiks doktor ada cakap semasa ultrasound dijalankan, beberapa cyst telah dikesan, tapi saiz yang kecil. Kehadiran Cyst adalah normal bagi kebanyakan wanita selagi mana ia tidak sakit dan tidak membesar. Cyst boleh mengecut dengan sendiri atau boleh jadi bahaya bila ia makin membesar.

Selepas keluar dari wad, kakak ipar ada cadangkan pada saya untuk ambil GLA untuk kecutkan cyst. Tapi sebarang keraguan saya terus cuba GLA Complex tu. Saya makan tak habis sebotol kemudian berhenti sebab takut ada kebarangkalian untuk mengandung. GLA tidak boleh diambil oleh wanita mengandung. Saya juga bimbang dengan cyst berkenan, Saya cuba cari maklumat tambahan berkaitan cyst. Apa yang saya boleh simpulkan, jika berlaku kesakitan, atau tiada haid atau tidak hamil, cyst tersebut mungkin makin membesar dan membahaya kesihatan wanita. Sehingga kini, saya tidak mengalami sebarang kesakitan disekitar rahim saya.
Di sini saya ingin konsikan perkongsian daripada Dr Malinda berkaitan Cyst dan supplement tambahan :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit tidak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, jadi mereka hanya akan kata 'rahim'. 

Jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak didiagnosis oleh mana-mana doktor ataupun dikesan secara tidak sengaja semasa melakukan scan. 

(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak disebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dalam plastik atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.


4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

1) haid yang tidak teratur / berpanjangan
2) sakit perut
3) sakit ketika hubungan kelamin
4) perut membuncit
5) pendarahan abnormal

Perlukah pembedahan?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan pembedahan sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.


Bagaimana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?


Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ramai orang masih ragu tentang produk soya. Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.


Berdasarkan Michael T. Et al, 2012, Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan merangsang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soya sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.


Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - CoQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc


3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant


GLA boleh ke?

GLA adalah omega 6 baik yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.:

-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.


Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID:1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

AddThis