Showing posts with label CoQHealth. Show all posts
Showing posts with label CoQHealth. Show all posts

Sunday, April 5, 2015

Tanda-tanda Darah Tinggi Dan Cara Mengatasi



Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 1/3 rakyat Malaysia yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Hipertensi merupakan penyumbang utama kematian di negara ini.

Ikuti perkongsian daripada saudara fahmy bagaimana beliau turunkan tekanan darah TANPA UBAT HOSPITAL..



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.



Punca-punca darah tinggi.

Antara punca hipertensi adalah:
1) Penyakit buah pinggang
2) Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid.
3) Faktor keturunan.
4) Alkohol dan merokok meningkatkan risiko komplikasi hipertensi (termasuk penyakit jantung dan strok)

Tanda dan Gejala

1) Biasanya hipertensi tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala.
2) Tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.

Komplikasi

Hipertensi akan menyebabkan pelbagai komplikasi akibat daripada kegagalan darah beroksigen sampai ke organ penting seperti otak, jantung dan buah pinggang.

Peningkatan tekanan darah yang mendadak boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian.

Tekanan darah tinggi yang berterusan akan menyebabkan:
1) Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian.
2) Kegagalan buah pinggang
3) Pedarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata.
4) Strok/angin ahmar.

Semua komplikasi di atas dapat dicegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Tekanan darah tinggi boleh dirawat secara:

1) Tanpa ubatan:
     - Kurangkan pengambilan garam
     - Meningkatkan aktiviti fizikal
     - Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman atau pemakanan.
     - Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
     - hindari stress

2) Rawatan ubatan.

Shaklee juga menawarkan produk untuk masalah darah tinggi.

1)  Ostematrix : mengandungi kalsium dan magnesium yang terlibat dalam kontraksi salur darah.
Klik Untuk Order : Osteomatrix

2) B Complex : Lengkap dengan kesemua vitamin B yang penting untuk fungsi tubuh yang normal dan bertindak sebagai anti-stress.

Klik Untuk Order: B Complex

3) Omegaguard: Omega 3 bukan sahaja bagus untuk menurunkan kolestrol jahat (LDL) dalam darah tetapi juga bagus untuk kesihatan salur darah.
Klik Untuk Order: Omegaguard

4) Garlic complex : Mempunyai kesan untuk menurunkan tekanan darah
Klik Untuk Order: Garlic Complex

5) CoQ Health: Bagus untuk kesihatan jantung.
6) Vita E Complex: memelihara kesihatan salur darah daripada kesan radikal bebas.

Klik Untuk Order: Vita E Complex

7) Vivix: 4 mekanisma utama penuaan sellular.



Klik untuk order: Vivix


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, September 7, 2014

Shaklee Bantu Kecutkan Cyst

Sekarang heboh pasal GLA boleh menyebabkan cyst makin membesar kan. Apa pun yang kita sebarkan mestilah berdasarkan ilmu. Mungkin individu yang bukan dari aliran perubatan akan terus percaya dengan hebahan yang menakutkan ni. Tapi yang dari aliran perubatan mesti terkedu tengok semua ni kan.. 

Bulan 5 tahun lepas semasa disahkan appendiks doktor ada cakap semasa ultrasound dijalankan, beberapa cyst telah dikesan, tapi saiz yang kecil. Kehadiran Cyst adalah normal bagi kebanyakan wanita selagi mana ia tidak sakit dan tidak membesar. Cyst boleh mengecut dengan sendiri atau boleh jadi bahaya bila ia makin membesar.

Selepas keluar dari wad, kakak ipar ada cadangkan pada saya untuk ambil GLA untuk kecutkan cyst. Tapi sebarang keraguan saya terus cuba GLA Complex tu. Saya makan tak habis sebotol kemudian berhenti sebab takut ada kebarangkalian untuk mengandung. GLA tidak boleh diambil oleh wanita mengandung. Saya juga bimbang dengan cyst berkenan, Saya cuba cari maklumat tambahan berkaitan cyst. Apa yang saya boleh simpulkan, jika berlaku kesakitan, atau tiada haid atau tidak hamil, cyst tersebut mungkin makin membesar dan membahaya kesihatan wanita. Sehingga kini, saya tidak mengalami sebarang kesakitan disekitar rahim saya.
Di sini saya ingin konsikan perkongsian daripada Dr Malinda berkaitan Cyst dan supplement tambahan :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit tidak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, jadi mereka hanya akan kata 'rahim'. 

Jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak didiagnosis oleh mana-mana doktor ataupun dikesan secara tidak sengaja semasa melakukan scan. 

(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak disebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dalam plastik atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.


4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

1) haid yang tidak teratur / berpanjangan
2) sakit perut
3) sakit ketika hubungan kelamin
4) perut membuncit
5) pendarahan abnormal

Perlukah pembedahan?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan pembedahan sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.


Bagaimana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?


Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ramai orang masih ragu tentang produk soya. Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.


Berdasarkan Michael T. Et al, 2012, Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan merangsang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soya sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.


Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - CoQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc


3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant


GLA boleh ke?

GLA adalah omega 6 baik yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.:

-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.


Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID:1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, August 23, 2014

Cadangan Set Jantung Shaklee



Vivix

Perlindungan: 

Memberi perlindungan sel dari penuaan atau kerosakan sel.
Melindungi salur darah dari proses pengoksidaan. Pengoksidaan dalam salur darah sama seperti besi yang berkarat dan lusuh. Ini menyebabkan plak mudah terbentuk.

Bertindak dalam 4 cara:
1) Membaiki dan melindungi DNA.
2) Kesan positif terhadap pengawal genetik.
3) Penghasilan tenaga )mitokondria)
4) Melambatkan penghasilan AGE protein.

CoQHealth

Menguatkan : 

1) Mengandungi 3 bahan untuk kesihatan jantung iaitu CoQ10, Vitamin E dan Teh Hijau.
2) Penghasilan CoQ10 dalam badan akan berkurangan selepas umur 20 tahun.
3) CoQ10 menyumbangkan tenaga dalam otot jantung.
4) Ubat untuk menurunkan kolestrol (statin) menghalang proses penghasilan CoQ10 dalam badan.
5) CoQHealth akan menguatkan fungsi otot jantung dan memperbaiki pengaliran darah.


Omegaguard

Penurunan:

Minyak ikan diperlukan untuk kesihatan jantung:
1) Meningkatkan paras kolestrol HDL dalam salur darah.
2) Hantar LDL kolestrol ke hati untuk disingkirkan.
3) Menurunkan paras kolestrol LDL.
4) Membersihkan salur darah.

Phytocol-ST

Pencegahan:

1) Mencegah penyerapan kolestrol dari makanan dan menurunkan kolestrol LDL.
2) Membekalkan 2000mg Fitosterol sehari.
3) Pengambilan 2000mg fitosterol sehari menurunkan LDL kolestrol sebanyak 10-15%.
4) Fitosterol mempunyai struktur yang hampir sama dengan kolestrol untuk mendapatkan tapak serapan pada dinding. Ini akan menghalang penyerapan kolestrol ke dalam salur darah.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe



Thursday, August 14, 2014

Vitamin Untuk Kesuburan Lelaki

Kepentingan folate, zinc dan antioksidan dalam pathogenesis (bagaimana masalah berlaku) dan pencegahan kemandulan.

Folate 

(1) Memainkan peranan penting dalam penghasilan sperma (lelaki)
(2) Penting untuk penghasilan telur yang berkualiti, proses kematangan telur, perlekatan pada dinding rahim dan perkembangan organ.

Zinc    

(1) Memberi kesan pada perkembangan testis, proses kematangan sperma dan penghasilan testoterone(lelaki).
(2) Penting dalam perkembangan seksual wanita, proses penghasilan telur dan kitar haid.

Folate & zinc

(1) Mempunyai sifat antioksida yang akan menghalang tindakan Reactive Oxygen Spesies (ROS).

Glutathione

(1) Mengimbangi paras ROS yang dihasilkan oleh sperma dan mepengaruhi kestabilan dan pergerakan sperma. Selepas persenyawaan, glutathione penting untuk penghasilan nukleus sperma.

Folate,zinc, ROS dan thiols mempengaruhi apoptosis yangmana penting untuk pembebasan sperma dan penanggalan dinding rahim.

Peranan Terapi Antioksida dalam rawatan kemandulan lelaki.

Tekanan oksidatif (oxidative stress) menyumbang kepada kecacatan dalam penghasilan sperma yang menjurus kepada kemandulan lelaki.

Carnitines dan Vitamin C & E secara jelas menunjukkan sangat berkesan sebagai rawatan utama dalam kemandulan lelaki.

Kajian menunjukkan keberkesanan antioksida seperti glutathione, selenium & coenzyme Q10 dalam rawatan kemandulan lelaki yang mana boleh dijadikan pilihan rawatan yang kedua.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda?

(1) Vitamin C SR 500mg
(2) Vita E Complex 400iu (Vitamin E + Selenium) (Lebih Lanjut tentang set kesuburan Lelaki)
(3) CoQ Health (Vitamin E + CoQ10) (Baca lebih lajut)



Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe


Tuesday, April 22, 2014

Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki


Zinc Complex merupakan suplemen yang sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma. Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.






Vita-E Complex juga merupakan suplemen penting untuk kesuburan lelaki. Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.





CoQ Health Plus - kandungan CoQ10 di dalam CoQ Health Plus dapat meningkatkan kualiti 3 ciri utama sperma iaitu pergerakan sperma (motility), bilangan sperma (sperm count) dan juga bentuk struktur sperma (morphology). 


Klik Untuk Order: Set Kesuburan Lelaki

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 




ZARIDA ZAKARIA


Shaklee Independent Distributor

+6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Monday, March 24, 2014

CoQhealth Membantu Menambah Kesuburan Suami Isteri



Bagaimana COQHEALTH menambahkan kesuburan untuk isteri?

Kita semua tahu peluang untuk  mengandung bagi wanita menurun selepas kira-kira 30 tahun. Kita tahu bahawa kemerosotan mempunyai beberapa sebab, tetapi masalah utama ialah penurunan dalam "kualiti telur". Kualiti telur adalah satu konsep yang penting yang melibatkan beberapa faktor kritikal. Salah satu komponen utama kualiti telur melibatkan status kromosom telur. Telur dari wanita yang lebih tua adalah lebih cenderung untuk menjadi tidak normal kromosomnya berbanding daripada telur dari wanita muda.


Telur manusia adalah sel yang sangat besar dan bersedia menerima 23 kromosom daripada sperma. Apabila 23 kromoson ni dibebaskan, kilang telur akan dihdupkan dan perkembangan embrio bermula. Pembangunan embrio normal memerlukan banyak tenaga. Mitokondria adalah organel yang sangat kecil di dalam sel-sel yang menghasilkan banyak tenaga yang sel-sel perlukan. Tanpa mitokondria yg mewujudkan tenaga, tiada fungsi badan kita boleh berlaku. Telur manusia mempunyai lebih mitokondria dan DNA mitokondria daripada mana-mana sel lain dalam badan.


"Jadi apa pula kaitan antara kualiti telur dan kesuburan?"

Sebahagian daripada masalah dalam telur tua adalah pengeluaran tenaga mitokondria yang menurun. Jadi mungkin telur dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan cekap jika sesuatu yang boleh dilakukan untuk meningkatkan bilangan atau kesihatan mitokondria dalam telur. Mungkin telur boleh melakukan kerja yang lebih baik untuk mengekalkan normal kromosom jika ia mempunyai bekalan tenaga yang cukup.

Bagaimana pula COQHEALTH menambahkan kesuburan untuk suami?


Kesuburan lelaki juga boleh dipertingkatkan dengan COQHEALTH. COQ10 merupakan antioksidan yang penting bagi membantu untuk melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas yang boleh menghalang motilitas dan bentuk sperma. Bentuk sperma yang tidak betul tidak boleh berenang dengan cekap dan menembusi tiub fallopio untuk bertemu telur.Justeru persenyawaan tidak mungkin akan terjadi. CoQ10 boleh membantu menguatkan sperma dan memberikan perlindungan yang diperlukan untuk menghindari kerosakan DNA.


Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) pula: "Terdapat beberapa bukti bahawa COQ10 boleh meningkatkan pergerakan dan kepadatan sperma pada lelaki dengan beberapa jenis kemandulan. "Namun NIH mengingatkan bahawa COQ10 tidak perlu diambil jika anda juga mengambil kemoterapi untuk rawatan kanser, ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Apa tunggu lagi? Jadikan CoQhealth salah satu ikhtiar anda untuk meningkatkan peluang untuk dapat cahaya mata. Yakinlah dengan ketentuan dan Rezeki ALLAH. Jangan pernah putus asa.

Credit to Super Vitamin Store


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis