Saturday, January 30, 2016

Fudgy Brownies Selayang/Batu Caves/ Gombak

Yummylicious!!!
One bite and you’re in heaven!

"A fudgy brownie is dense, with a moist, intensely chocolatey interior.."
"Relax your shoulders, close your eyes, tilt your head to one side, and make your “Ohhh” Face!.."

It's the best thing you have ever tasted.

Sesuai untuk sebarang majlis atau hanya sekadar minum petang bersama keluarga.

ZaridaZ Bakes berusaha untuk menghasilkan brownies yang terbaik dan insyaAllah halalan toyyiban. Semua bahan yang dipilih dipastikan dahulu kehalalannya. Mencari yang halal itu fardhu. Diadun dan dibakar dengan penuh kasih sayang.

Dibuka untuk tempahan..

Pre-order:

8"x8": RM30



Update 10/4/2016:

Fudgy Brownies 8": RM 30

Walnut Brownies 8": RM35

Nutella Gunung Berapi: RM 35
Lapisan paling bawah (base): oat crumble dan badam kisar.
Lapisan tengah: choc ganache dilapisi dizzle nutella
Lapisan atas: sama macam base.
Yang macam gunung berapi tu opkos la nutella kan :))

Walnut Brownies With Nutella Dizzle (Upon Request): RM40

Maklumat lanjut boleh whatsapp: 013-2862949
FREE COD: Selayang, Batu Caves, Gombak.KL

Friday, January 29, 2016

Cara Merawat Chicken Pox

TESTIMONI 3 : NAJIHAH RAZALI

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalammualaikum,

Orang kata bila dewasa baru nak kena chicken pox, sakit dia lain macam kan. Dan semakin meningkat usia, parut semakin susah untuk hilang.

Saya dijangkit chicken pox semasa mengandung. Saya tidak fokus langsung untuk memperbaiki kulit akibat chicken pox tetapi fokus saya adalah untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan sahaja.

Saya pasrah apabila rakan pejabat ada yang mengejek 'Eeee buruk dah muka dia'. Mungkin sekadar bergurau tetapi panas juga telinga mendengarnya.

Lebih malu apabila berhadapan dengan suami. Yela..muka comot semacam kan. Kena la jugak tepek foundation dan bedak sebab terasa malu pada suami. Tapi terasa rimas kerana saya jenisyang  tak berbedak apa lagi foundation. Rasa kulit tak dapat bernafas dan tak bagus untuk parut-parit jugak kan.

Sampailah suatu hari, apabila saya mengambil gambar barulah saya perasan yang parut semakin pudar. Apabila diterangkan oleh upline saya, rupanya dalam Set Hamil Shaklee pun ada vitamin untuk kulit iaitu ESP, B Complex dan Sustained Release Vita C.
Alhamdulillah seronok sangat rasa. Selepas habis pantang, saya tambah Vita E Complex dan suami perasan perubahan kat kulit. Dia kata nampak berseri-seri, kalau tak dulu kulit nampak kusam je. Saya pun perasan yang sama, rasa tona kulit semakin sekata.

Nak dapatkan kulit yang cantik, bukan sahaja perlu jaga dari luar tapi perlu jaga dari dalaman juga. Set Kulit Shaklee memang pilihan saya, lebih sihat dan lebih cantik dengan vitamin semulajadi!

Credit to: FB Supermom Shaklee Story


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, January 28, 2016

Cara Merawat Penyakit Kayap

TESTIMONI 2: SITI NORHAYATI ABDUL HALIM

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap dibahagian muka. Hampir separuh muka sebelah kanan melepuh-lepuh. Saya dimasukkan ke Wad selama 5 hari kerana kayap juga melibatkan bahagian mata. Saya diwajibkan untuk makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. Jadi, memang tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung!

Lepas keluar wad, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.
Klik Untuk Order: Nutriferon

NUTRIFERON berfungsi untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak berhenti consume ubat & supplement Shaklee daripada Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..:)
Klik Untuk Order: Lecithin

Selepas itu, saya mengamalkan LECITHIN kerana kayap meninggalkan parut hitam di kawasan yang di'jajah'. Memang jadi "two Face" apabila mendaftar masuk ke LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Selepas 5 bulan konsisten makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah jadi sekata balik. Dah takde 'two face'.
Klik Untuk Order: B Complex

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti-henti menjaga kakak time berkayap tu, Along, sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik lain yang menggembirakan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang daripada Allah. Bila dah cukup masa, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

Happy Sayyidul Ayyam. Zikir Hari Ini: Ya Allah.

Credit to: FB Supermom Shaklee Story

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, January 27, 2016

Kanser, Detoks dan Badan Berasid




Badan kita sangat sensitif kepada keseimbangan asid dan alkali. 

Apabila badan lebih bersifat alkali (pH 7.4):
1) Badan kita akan lebih bertenaga.
2) Sistem imun akan jadi semakin kuat.
3) Lemak akan disingkirkan dengan lebih cepat.
4) Kulit, tulang dan sel badan akan diperbaharui untuk kekal muda.
5) Sel kanser tidak aktif (dormant) pada pH 7.4.
6) Sel darah merah dapat berfungsi dengan baik (membawa oksigen kepada sel badan, mengangkut keluar karbon dioksida dan bahan toksin yang lain, dan membawa nutrisi kepada sel-sel badan).
Tetapi kebanyakkan daripada kita  mempunyai badan yang bersifat asid kerana terdedah dengan banyak faktor yang menjadikan badan berasid.

Apa penyumbang kepada asid kepada tubuh badan kita?
1) Stress
2) Racun serangga
3) Pencemaran udara
4) Radiasi
5) Gula
6) Rokok
7) Makanan bergoreng
8) Minuman ringan
9) Burger
10) Bahan kimia dll.

Apabila badan kita berasid:
1) Lemak-lemak akan cepat terkumpul.
2) Senang dijangkiti penyakit.
3) Kurang bertenaga.
4) Penuaan akan berlaku dengan cepat.
5) Mengaktifkan sel kanser.
6) Menggangu fungsi normal sel darah merah.

Menurut Dr Otto Warbug, seorang pakar biologi sel, setiap orang yang mempunyai sel kanser didapati berada dalam keadaan sel tubuh yang bersifat asid. Kata beliau lagi, tisu yang sihat sepatutnya bersifat alkali. Dalam artikel tersebut, beliau beritahu bahawa detoks boleh membantu regenerasi sel baru yang sihat dalam badan.

Bagaimana untuk mendapatkan badan yang beralkali?
Cara yang paling mudah adalah mengambil makanan beralkali seperti di atas.
Klik untuk order: Alfalfa Complex

Nak lagi mudah boleh telan Alfalfa Complex Shaklee. Alfalfa bukan sahaja bersifat alkali tetapi juga bertindak sebagai agen detoks untuk 'mencuci' darah dan usus.

Cegah sebelum parah.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, January 26, 2016

Bagaimana Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok dengan Cepat.

TESTIMONI 1: NASIRUDDIN SULONG.

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)

Assalamualaikum…Semangat Pagi semua ☺

Nama saya Nasiruddin Sulong (51th), seorang suami dan bapak 6 org anak.

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee iaitu VIVIX.

Saya seorang perokok tegar. Saya merokok seawal usia belasan tahun. Sudah lebih 30 tahun saya 'bersama' dengan nikotin. Bayangkan sehari saya boleh habiskan 2 bungkus rokok Marlboro Light bahkan lebih. Bayangkan dah berapa banyak pembaziran yang saya lakukan yang juga merosakkan diri saya secara perlahan-lahan. Sedih jika diigatkan semua itu.

Dalam hati memang berniat untuk berhenti merokok tetapi usaha saya selalunya gagal. Punca kegagalan itu saya sendiri tidak pasti. Sampai pada suatu masa, anak saudara saya memperkenalkan Shaklee kepada saya. 

5 September 2013 saya mula mengamalkan VIVIX. Pada awalnya saya mengambil Vivix hanya untuk menjaga kesehatan & tidak bermaksud untuk berhenti merokok. Saya minum 1 sudu teh setiap malam sebelum tidur.

Selepas seminggu pengambilan Vivix, badan rasa lebih bertenaga. Masuk minggu ke 2, perasaan saya mula berkecamuk. Saya tertanya, "kenapa dengan aku nie…kenapa rokok ni tak abis lagi , dah 3 hari…". Rasa rokok pun dah mulai hambar. 

Setiap pagi, kebiasaannya saya minum nescafe tetapi sejak kebelakangan ini rasa nescafe pun jadi lain macam. sejak daripada itu, saya bulatkan tekad untuk berhenti merokok. Niat untuk berhenti merokok sudah ada jadi saya mesti kuatkan semangat.

Banyak ujian yang saya lalui terutamanya daripada kawan-kawan yang asyik cakap “alah kejap je tu..nanti sambung merokok lg hehehe...” 

Tetapi saya kuatkan diri dan mental saya untuk buktikan kalau saya boleh berhenti (lagi pun saya dah puas dah merokok hehehe). Ada doktor cakap kalau nak berhenti merokok mestilah secara perlahan-lahan, tidak boleh terus berhenti kerana bimbang ada simptom-simptom setelah berhenti merokok seperti sakit kepala, selsema, batuk-batuk dan banyak lagi. Tetapi Alhamdulillah, saya tidak mengalami simptom tersebut mungkin kerana VIVIX telah back up saya untuk tidak merasakan simptom-simptom tersebut.

Saya mengamalkan VIVIX selama 1bulan 15hari (1botol VIVIX je). Setelah VIVIX habis, saya mengambil VITALEA secara tetap dan berterusan. Alhamdulillah sudah 2tahun saya berhenti merokok. Sekarang, saya hanya makan VITA-C sehari 1 biji sahaja.

Demikianlah perkongsian saya bersama produk Shaklee “VIVIX”.Ssemoga pengalaman saya ini boleh membantu anda-anda yang ingin berhenti merokok dan untuk jadi lebih sihat dan bertenaga..

Terima Kasih Shaklee.

Credit to: FB Supermom Shaklee Story
Klik untuk order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, January 25, 2016

Dental Clearance: Kali Pertama Kak Yaya Masuk Dewan Bedah Cabut Gigi (Part 2)

-bersambung daripada Part 1-

Saya diiringi staff nurse ke ruang menunggu sementara menunggu pembedahan selesai. Saya telah dimaklumkan awal-awal lagi bahawa semua gigi susu bahagian atas Kak Yaya akan dicabut. Manakala 2 gigi geraham dibahagian bawah akan ditampal.

Sepanjang menunggu, saya tidak putus-putus berdoa memohon Allah jauhkan Kak Yaya daripada sebarang komplikasi yang teruk. Seperti kita sedia maklum, ubat bius ada berbagai-bagai kesan sampingan. Saya pun kadang-kadang fobia dengan 'ubat bius'. Tapi biarlah doktor bius menjalankan tugasnya sepanjang pembedahan. Saya hanya boleh berserah kepadaNya. 

Setelah sejam berlalu, pembedahan pun selesai. Kak Yaya yang masih tidak sedarkan diri ditolak ke ruang pemantauan diiringi oleh doktor bius tadi. Doktor meminta saya menemani Kak Yaya sehingga sedar. Tak lama selepas itu Kak Yaya tersedar dan kembali tidur kerana masih mengantuk. Kak Yaya seolah-olah tidak sedar yang giginya telah dicabut. Kak Yaya cuma mengadu ada lelehan darah keluar daripada mulutnya. Setelah mendapat kelulusan untuk keluar dari bilik bedah daripada doktor bertugas, kami kembali ke wad 8C. 

Di dalam wad, Kak Yaya mengadu lapar. Jadi, saya terus bancuhkan susu. Alhamdulillah, Kak Yaya boleh minum susu macam biasa. Sampai waktu makan tengahari, makanan untuk kami dihantar ke bilik. Saya suapkan Kak Yaya nasi berlauk ayam dan sup. Nampak Kak Yaya berselera sangat makan di wad:)).

Lewat petang baru doktor gigi yang melakukan penbedahan tadi datang untuk melihat keadaan kak yaya. Setelah memastikan semuanya baik, doktor memberi kebenaran untuk pulang ke rumah. Temujanji susulan  diberi dalam tempoh seminggu lagi.

Saya agak risau kerana setahu saya (hasil 'interview' daripada orang yang berpengalaman menjalani dental clearance), anak-anak akan mengadu sakit untuk beberapa hari. Tapi ini tidak berlaku kepada Kak Yaya. Pada mulanya saya fikir mungkin kesan bius masih ada. Tetapi setelah pulang ke rumah  dan beberapa hari selepas pembedahan Kak Yaya langsung tidak mengadu sakit. Bukanlah tak mengadu langsung, tetapi apabila saya offer ubat tahan sakit, Kak Yaya menolak. Kak Yaya memang jenis tidak suka makan ubat. 
Saya hanya berikan Nutriferon untuk menguatkan sistem imunnya untuk melawan jangkitan pada gigi yang dicabut jika ada. 
Untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan, saya bancuhkan mealshakes bersama-sama susu Kak Yaya. Ditambah lagi Kak Yaya terpaksa mengambil soft diet yang saya pasti nutrisi hariannya tidak lengkap. Mealshakes adalah minuman multimineral dan multivitamin yang membantu memberi nutrisi lengkap kepada kanak-kanak yang kurang selera makan dan 'picky eater'. Dengan nutrisi lengkap, proses penyembuhan akan berjalan dengan lancar.

Seminggu selepas pembedahan saya, membawa Kak Yaya ke hospital untuk temujanji susulan. Doktor mencabut benang yang mengikat gusi geraham. Alhamdulillah..kak yaya tak banyak ragam. Tidak seperti yang diceritakan oleh kawan-kawan, Kak Yaya langsung tidak mengadu sakit sepanjang proses mencabut benang tadi. Selesai jumpa doktor, Kak Yaya terus pergi sekolah.

Alhamdulillah, walaupun kak yaya masih mengambil soft diet seperti bubur nasi dan bihun sup, seleranya makin bertambah. Berbeza sangat berbanding semasa gigi atas Kak Yaya masih ada. 

Jadi, ibu-ibu jangan takut untuk buat dental clearance atau comprehensive dental care untuk anak. Semuanya adalah untuk kebaikan mereka sendiri. 

Nasihat saya kepada ibu-ibu diluar sana, jangan mengambil mudah tentang kesihatan gigi anak-anak. 

Baca lanjut (cara elak karies susu).

Jangan disebabkan kemalasan kita mendisiplinkan anak-anak, gigi mereka jadi mangsa.

Belajar dari kesilapan lalu. Semoga menjadi ikhtibar untuk semua.

Klik untuk order: Nutriferon
Klik untuk order: Mealshakes

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, January 23, 2016

Dental Clearance: Kali Pertama Kak Yaya Masuk Dewan Bedah Cabut Gigi (Part 1)

Tiba masa yang ditunggu-tunggu. .

Pagi tu tibe2 dapat short notice dari oral surgery. Saya dimaklumkan ada pesakit yang batalkan pembedahan. Tanpa banyak fikir, saya terus setuju untuk di "slot in" untuk jadual pembedahan besok.

Setelah mendapat surat kemasukan wad dan menandatangani consent form untuk pembedahan Kak Yaya, saya terus mengisi borang cuti rehat.

Keesokkan harinya, kami (saya, suami dan kak Yaya bangun seawal 6pagi (awallah sangat kan;)). Kami sampai ke kaunter pendaftaran masuk wad  jam 7.05 pagi.

Jam 7.20pagi, kami sudah berada di wad 8c Hospital Sleyang untuk bersiap masuk ke dewan bedah.

Kak Yaya diminta untuk memakai persalinan yang ditetapkan untuk masuk ke dewan bedah. Kak yaya masih tenang. Mungkin seronok dilayan sebagai pesakit. Saya dan suami menemani kak yaya yang ditolak ke bilik bedah. Saya diberi persalinan baru sebelum saya dibenar masuk ke bilik bedah. Suami diminta tunggu di luar.

Diluar bilik bedah, Doktor bius menghampiri kami untuk memberi penjelasan sekali lagi tentang ubat bius yang akan diberi. Selepas itu kak yaya ditolak masuk ke bilik bedah. 

Doktor bius cuba menenangkan kak yaya sebelum diberi gas oksigen berperisa strawberi. Kak yaya kelihatan masih tenang. Tak lama selepas itu, doktor bius mula mengawal kemasukan ubat bius bersama-sama gas oksigen. Kak yaya mula mengantuk. Tak lama selepas itu, kak yaya tertidur. Proses menidurkan kak yaya terlalu cepat. Rasenya tak sampai seminit dari saat die diberikan gas oksigen berperisa strawberi tadi.

Setelah kak yaya tidur, saya diminta untuk menunggu di luar. Sebelum keluar, doktor meminta saya untuk mencium Kak Yaya terlebih dulu. Sambil mencium, saya menggosok-gosok pipi Kak yaya. Sejujurny,a berat untuk saya tinggalkan Kak Yaya dalam keadaan seperti itu. Mungkin itu kali terakhir saya akan berjumpa dengan Kak Yaya. Segalanya mungkin kan..

Teringat semasa saya memasuki dewan bedah kerana serviks terkoyak yang menyebabkan kehilangan banyak darah semasa bersalin anak ke 3 kami Alya. Suami menghantar saya sehingga ke pintu dewan bedah. Suami diminta tunggu di luar. Suami cuba mengintai saya dari tingkap kecil. Dia senyum sambil melambai-lambai melihat saya ditolak masuk ke ruang bilik bedah. Walaupun dia senyum, saya tahu dia risaukan saya. Saya dah kehilangan banyak darah dan semakin lemah. Sehinggakan untuk membuka mata pun dah tak larat. Kini saya rasa apa yang suami saya rasa dulu sewaktu meninggalkan saya di bilik bedah. Segalanya mungkin berlaku..

-bersambung-

Sunday, January 17, 2016

E-Book Hanya Susu Ibu Full STOP!!!


Siapa yang perlu dapatkan E BOOK ini?

1) Ibu baru yang tiada pengalaman / ilmu menyusu.
2) Ibu yang pernah 'gagal' dalam penyusuan terdahulu.
3) Ibu yang berniat untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu paling kurang 6 bulan.
4) Suami yang ingin membantu isteri dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

♥ Tak perlu susah-susah belek buku. 
♥ Tak perlu pergi kedai beli buku.
♥ Hanya perlu scroll pada telefon pintar anda.

Menyusu mestilah dengan ilmu. Bukan sekadar ikutan. InsyaAllah, semoga dipermudahkan perjuangan ibu-ibu.

Apa ibu perlu tahu untuk BERJAYA menyusu secara eksklusif?

1) Inspirasi: My Breastfeeding Journey 
2) Bagaimana BERMULA?
3) Jangan percaya. Ini Semua MITOS!!!
4)  Anak asyik menangis. Tak Cukup Susu Ke?
5) Tips ASAS TAMBAH susu ibu. 
6) Panduan pemakanan sihat ibu menyusu
7) Keperluan Ibu Menyusu Bekerjaya.
8) Formula 1,2,3.
9) Jadual dan Tips Mengepam.
10) Jangka Hayat Susu Ibu Perahan.

Anda akan menerima E book melalui penghantaran emel setelah bayaran diterima pada masa yang terdekat:

Minggu bekerja (Isnin-Jumaat):
(1) 6.30-7.30pagi
(2) 2.30-3.30petang
(3) 5.30-6.30petang

Hujung minggu  (Sabtu-Ahad):
(1) 7.00-8.00pagi
(2) 12.00-1.00tengahari
(3) 5.00-7.00petang

Jangan lepaskan peluang untuk memilik E-Book Hanya Susu Ibu FULL STOP!!! Hanya RM9.90Ibu pasti berpuas hati. Berbaloi-baloi..

Bayaran boleh dibuat ke akaun dibawah:

Nama: Khairulisam Bin Ramli (Suami)
Bank : CIMB Bank
No Akaun: 7049502107

Atau

Nama: Zarida Binti Zakaria
Bank : Bank Simpanan Nasional
No Akaun : 14163-41-00000186-8

Nota: Sila sertakan alamat emel dan bukti bayaran ke zaridazakaria@yahoo.com atau whatsapp 013-2862949 (Pn Zarida)



AddThis