Saturday, August 29, 2015

Tips Melatih Anak Suka Bangun Pagi

Pagi2 mulalah bising satu rumah untuk kejutkan Kak Yaya pergi sekolah. Sebelum nie macam elok je pagi2 dia bangun tidur. Akhir2 nie, Kak Yaya macam susah sangat nak bangun tidur. Macam2 alasan yang diberi. Ngantuk lah..pening kepala la..macam2..apa yang saya lihat, Kak Yaya seronok pergi sekolah tapi liat nak bangun pagi je.

Sambil2 habiskan waktu rehat dihari Jumaat yang panjang nie, saya blogwalk sekejap cari tips2 berguna kot2 boleh membantu saya atasi masalah Kak Yaya yang liat bangun pagi nie.

Antara tips yang saya jumpa:

PERSEDIAN SEBELUM TIDUR.

(1) Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.
(2) Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.
(3) Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insyaAllah akan berjalan dengan lebih lancar.

TIDUR DENGAN BAHAGIA
(1) Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita untuk menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Beri dorongan dengan menjelaskan bahawa guru-guru dan kawan-kawan pasti tertunggu-tunggu kehadiran mereka di sekolah esoknya. Dan guru-guru suka siapa yang datang awal pagi ke kelas.
(2) Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur beserta surah 3 Qul.
(3) Elakkan konflik sebelum tidur. Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. 
(4) Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibu ayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.
(5) Ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), selitkan juga doa ibu ayah dan programkan minda si manja untuk mereka mudah bangun awal untuk ke sekolah.
(6) Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. 

KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG
(1) Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.
(2) Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyang perlahan-perlahan. (3) Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
(4) Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun keadaan terkejut dan ketakutan.
(5) Kejutkan anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
(6) Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya. Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik. Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. Anak ummi ni senang bangun. Ummi kejut, terus bangun.”
(7) Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur. Usap kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
(8) Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.


Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendam dengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu. 

Oleh itu, elakkanlah perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak bangun dari tidur seperti :

1. DILARANG meninggikan suara.
2. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
3. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
4. DILARANG menyimbah air.
5. DILARANG membebel berterusan tanpa henti.

Jom bersama2 saya mendisiplin anak2 dengan cara yang berhemah.

Semoga bermanfaat untuk ibu2.





Thursday, August 27, 2015

Punca Puting Luka Semasa Menyusu

Mencegah lebih baik daripada merawat.

Jika sebelum ini saya kongsikan tips untuk elakkan puting luka, kali ini saya nak kongsikan pula punca-punca luka puting/nipple crack selain daripada teknik lekapan yang salah dan pam yang tidak sesuai :        

1. Menyusu dengan posisi ibu dan bayi yang tak betul.

Posisi yang betul semasa menyusu ialah ibu membawa bayi ke payudara, bukannya payudara kepada bayi. Kesilapan kebanyakan ibu adalah membawa payudara kepada bayi, akibatnya bayi tidak rapat dengan payudara dan bayi tak dapat melekap dengan betul, hanya dapat “tangkap” hujung puting sahaja. Ini sudah pasti buatkan ibu sakit dan luka.
Penyelesaian: Gunakan posisi yang betul semasa menyusu. Posisi bayi sepatutnya selari dengan badan dan kepala menghadap payudara ibu. Kedudukan bayi mesti rapat dengan ibu.

2. Penggunaan sabun di bahagian areola.

Tahukah anda, di kawasan areola (atau tampuk hitam) ibu ada struktur macam ‘jerawat’, ha ni bukan jerawat tau. Ini namanya kelenjar Montgomery, tugasnya menghasilkan cecair untuk melembapkan kawasan areola itu dan ia membawa bau air ketuban. Bau ini yang buatkan bayi ibu mengenal ibunya sendiri.

Penyelesaian: Elakkan penggunaan sabun di bahagian ini untuk mengelakkan kawasan ini kering. Ini adalah kerana apabila kawasan ini kering, ia lebih cepat luka atau crack. Memadai dengan cucian dengan air biasa atau air suam sahaja.

3. Sapuan krim/minyak yang tidak sesuai dengan kulit.

Sesetengah ibu yang mengalami luka pada bahagian puting atau areola membeli krim yang ada di pasaran dan menyapunya di kawasan luka. Beberapa hari selepas itu, luka menjadi lebih parah dan terjadinya jangkitan kulat. Ketika ini, sesi penyusuan dan pemerahan menyebabkan ibu lebih sakit.

Penyelesaian: Rujuk kepada doktor atau perunding laktasi jika anda dapati luka makin teruk dan masih tidak sembuh dalam jangka masa yang lama. Sebarang penggunaan krim hendaklah dipreskripsi oleh doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas anda.

Tips asas yang ibu2 boleh amalkan adalah:
(1) Kerap anginkan  payudara selepas menyusu atau memerah.   
(2) Jika memakai nursing pad, kerapkan tukar dan elakkan bahagian dalam baju dalam berpeluh atau basah.
(3) Selepas menyusu, sapukan susu perahan (yang di akhir sesi perahan, yang pekat tu) di bahagian luka/crack, dan anginkan dalam 5 minit. Ia dapat membantu luka lebih cepat sembuh.
klik untuk order: set lengkap menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, August 25, 2015

6 Tips Elak Puting Luka Semasa Menyusu

Alhamdulillah..

Akhirnya luka diputing (nipple crack) dah sembuh. Saya pasti ramai ibu2 diluar sana juga mengalami masalah yang sama. Saya mengalami masalah puting luka yang teruk sejak sebulan yang lalu sehingga bernanah. Setiap kali nak mengepam memang sakit yang teramat. Tapi terpaksa bertahan demi anak tersayang. Wajib ikut konsep demand and supply. Kalau menyusu terus (direct feeding) kurang sikit rasa sakitnya. Tapi kalau pergi kerja nak taknak kena pam jugak. Tapi macam biasalah, pam dalam keadaan menahan sakit hasilnya amat2 mengecewakan. Tapi saya tetap pam jugak untuk terus bagi rangsangan pada puting.

Pada awalnya saya cuba gunakan petua semulajadi yang ramai rakan ibu2 yang cadangkan   untuk letak susu ibu pada tempat luka. Mulanya macam berkesan. Tapi setiap kali lepas pam, luka akan jadi makin teruk. Yang saya perasan, bila saya cuti panjang dan hanya menyusu secara terus tanpa pam ketika bersama anak, luka dan kesakitan pada puting makin kurang. Tapi bila sesi mengepam kembali menjadi rutin harian, luka yang dah nak sembuh pun akan kembali sakit. Saya cuba sapu nursing cream cocoa butter sebelum mengepam sebagai pelincir. Alhamdulillah, kurang sikit sakit masa mengepam tetapi tidak membantu sangat untuk menyembuhkan luka2 tu.
Disebabkan terlalu sakit sampai sakit satu badan dan rasa nak demam, saya mengambil keputusan untuk minta pendapat doktor Dermatology. Klinik Pakar Dermatology Hospital Selayang dekat je dengan Farmasi. Jiran sebelah je. Bila semua pesakit di klinik dah habis, saya ambil kesempatan untuk jumpa doktor Dermatolgy yang perempuan sekejap. Saya tunjukkan pada dia masalah nipple crack  yang saya alami. Dia memang sudah mengjangkakan nipple crack tu disebabkan oleh breastfeeding. Tiap2 hari nampak saya kehulu kehilir dengan cooler bag mestilah semua orang disekeliling tahu yang saya tengah menyusukan anak kan:)). 

Doktor nasihatkan saya untuk mencuci luka dengan Normal Saline for irrigation (air garam) setiap kali lepas menyusu atau mengepam, kemudian sapukan dengan Mupirocin oinment (krim antibiotik) dan hydrocortisone oinment( krim steroid). Alhamdulillah, setelah konsistem sapu ubat2 tu selama 3hari, luka dah sembuh. Tapi saya perlu teruskan sampai hari ke 5. Sebab kalau antibiotik kena sapu berterusan paling kurang 5-7hari untuk memastikan semua bakteria mati.

Susahkan nak sembuhkan luka. Sebab itulah mencegah lebih baik dari merawat. Saya silap kerana tidak mencegah daripada peringkat awal lagi. 

Disini saya kongsikan sedikit tips elak puting luka semasa menyusu:
1. Pastikan lekapan yang betul

Pastikan mulut bayi mencakupi sebahagian besar areoala (kawan berwarna gelap sekeliling puting payudara. 

2. Jika bayi tidak mahu melepaskan puting kerana tertidur selepas menyusu, gunakan jari kelingking untuk keluarkan puting dari mulut bayi bukan dengan cara menarik puting secara terus dari mulut bayi kerana ini akan meningkatkan risiko puting ibu luka.

3. Pastikan saiz corong pam yang digunakan sesuai dengan saiz puting ibu

Bahagian puting sepatutnya dapat bergerak dengan baik semasa mengepam dan tidak bergesel dengan dinding corong pam. Ibu tidak merasa sakit atau pedih semasa memerah. 

Jika anda sakit dan melecet setiap kali memerah, dapatkan corong pam yang lebih besar dari saiz yang digunakan sekarang.

4. Gunakan kuasa sedutan yang perlahan pada awal sesi memerah.

Penggunaan pam susu seharusnya mimik cara hisapan bayi supaya tisu dan otot di payudara dapat mengeluarkan susu dengan baik. Tahukah anda, hisapan bayi menghasilkan kuasa vakum atau sedutan yang paling sesuai dan optimum untuk mengeluarkan susu dengan efektif dari payudara dengan pattern hisapan stimulation dan expression.

Cuba perhatikan cara bayi menyusu. Pada peringkat awal menyusu, hisapannya ringan dan laju-laju. Pada waktu ini dia sedang stimulate pengeluaran susu atau kita panggil stimulation phase

Dalam beberapa minit selepas itu, hisapan baby jadi perlahan dan mendalam. Pattern dia: hisap-telan-hisap-telan. Kita panggil expression phase semasa menggunakan pam susu.

Jadi, bagi mengelakkan rasa sakit, gunakan dulu stimulation phase di peringkat awal sesi memerah dan tukar ke expression phase bila susu dah mula memancut. Guna semula stimulation phase setiap kali aliran susu perlahan atau susu dah tidak memancut.

5. Pam yang kuat tak semestinya menghasilkan susu yang banyak.

Sebenarnya anda tidak memerlukan pam susu yang mempunyai kuasa sedutan yang sangat kuat untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Sedutan yang optimum dan selesa sudah pasti dapat mengosongkan payudara dengan efektif.

Kalau sedutan pam terlalu kuat, ia boleh menyebabkan tekanan yang terlalu tinggi kepada tisu dan otot payudara dan anda berpotensi mengalami luka pada tisu breast atau saluran susu.

6. Ibu mesti relaks.

Pengeluaran susu menggunakan hormon oksitosin untuk mengecutkan otot payudara dan memancutkan susu. Rembesan hormon ini menjadi tidak lancar jika anda dalam keadaan stress atau tertekan. Akibatnya, sesi memerah menjadi panjang, hasil perahan sedikit dan breast masih merasa berat. Ini kerana aliran susu jadi tak lancar.

Bertenang, amalkan zikir dan membaca al-Quran semasa menyusu dan memerah. Ia membantu susu keluar dengan sangat lancar.

Credit to: CikguSusu
Klik Untuk Order: Set Lengkap Menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Sunday, August 23, 2015

Rawatan Ketagihan Dadah.

Sayu hati bila tengok pesakit datang minum Methadone ditemani oleh anak yang masih kecil. Si ayah cakap kepada anak, "ayah nak makan ubat". Ya Allah..permudahkanlah pesakit2ku untuk meninggalkan najis dadah secara total melalui program gantian Methadone ini demi kebaikan mereka, keluarga, isteri dan anak2 mereka. Hati nie terkesan sangat bila tengok wajah si anak yang masih kecil, wajah yang suci bersih tanpa sebarang dosa. Semoga kisah silam ayahnya tidak akan mencacatkan pembinaan akhlaknya dan menghalangnya untuk menjadi anak yang soleh kelak.

Bila tengok sirap Methadone yang berwarna merah seakan VIVIX SHAKLEE nie, saya terfikir, kalau Vivix boleh membantu menghilangkan ketagihan kepada rokok iaitu ketagihan pada nicotine (klik untuk baca lanjut), ia mungkin boleh menghilangkan ketagihan kepada opioid (morphine,heroin, methadone) juga. Lepas nie kena cari journal lagi untuk kepastian. Tiada yang mustahil kan terutamanya kalau minum tonik ajaib Vivix nie:))


Klik Untuk Order: Vivix Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Friday, August 21, 2015

Kelebihan Istighfar Dan Selawat

Alhamdulillah..semua urusanku telah dipermudahkan hari ini.

Jika semalam (12/8/15) kepala nie serabut sangat bila fikirkan apa yang dah terjadi. Asyik termenung je. Makan pun tak lalu. Berbuka puasa hanya makan 2keping roti choco raisin cicah air vico+susu kambing je, walhal lauk frozen yang dah disiapkan hujung minggu lepas sedia untuk dipanaskan sahaja dan ditambah mana yang perlu sahaja. Semuanya disebabkan 'masalah besar' yang jadi kat tempat kerja. Saya cuba tenangkan diri. Pujuk hati untuk berserah pada Allah. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan, tambah2 lagi dalam keadaan fikiran berserabut.

Masuk waktu Isyak, saya terus berwudhuk dan bersiap untuk solat ditemani Alya ditikar sejadah. Tiada siapa yang boleh leraikan kekusutan saya. Tiada siapa yang boleh settlekan 'masalah besar' saya. Tapi saya yakin hanya Allah yang boleh leraikan semuanya.  Allah boleh settlekan 'masalah besar' saya. 

Saya cakapkan pada diri saya, hanya Allah yang boleh tolong, jadi kena minta tolong dengan Allah, mengadu kat Allah, menangis depan Allah, ambil hati Yang Maha Pencipta, Pemilik Alam Semesta. Saya betul2 nak Allah tolong saya sebab saya hanya boleh minta tolong dengan Allah tidak pada orang lain. Selesai solat, mulut tak henti2 Istighfar, zikir dan Selawat. Memuji kebesaran Allah. Saya yakin, dengan Istighfar dan Selawat ia dapat menolong selesaikan 'masalah besar' saya. 

Alhamdulillah, selesai solat saya lebih tenang dan bersedia untuk memasak makanan berbuka puasa yang dah terlewat sebenarnya. Saya dah boleh kembali senyum dengan suami dan anak2. Alhamdulillah, 'masalah besar' tu tak merosakkan malam kami sekeluarga yang sememangnya singkat sangat2 terutamanya masa weekdays.

Keesokkan pagi, sampai je kat tempat kerja, saya ditunjukkan jalan untuk selesaikan 'masalah besar' saya tu. Semuanya berjalan lancar sehingga semuanya selesai. Alhamdulillah Allah dah tolong saya. Allah dah makbulkan doa saya, insan hina yang penuh dosa nie..Allah masih sayangkan saya. Allah tu Maha Pengampun walaupun dosa kita terlalu banyak tak terhitung.

Saya kembali tenang dan buat kerja macam biasa. Bila buka emel, dapat lagi berita gembira yang menyelamatkan saya dari perkara yang saya taknak buat sangat2 tapi terpaksa buat disebabkan arahan orang atasan.

Jadi jelaslah kepada kita kelebihan istighfar dan selawat yang patut kita amalkan setiap detik dan waktu bukan ketika dilanda masalah sahaja.


Jom banyakkan Istighfar dan Selawat kepada Rasulullah SAW.

Selamat beramal:)

Wednesday, August 19, 2015

10 "Jangan" Dalam Penyusuan Susu Ibu Bagi Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun



Baru2 ini fb kita meriah dengan "DNA lembu". Suami saya pun tak bersetuju dengan kenyataan Ustazah tu. Katanya keterlaluan. Pada saya, saya ambil yang baik2 je, yang "tersalah cakap" tu, tak perlulah nak viralkan sampai mengaibkan orang sampai ada maki hamun. Saya sangat menghormati "golongan pendakwah" nie. Jasa dan sumbangan diorang pada agama sangat besar. Nak harapkan kita berdakwah amar makruf ,nahi mungkar entah bila la kan.

Takkan disebabkan kesilapan kecil boleh menutup semua kebaikan yang telah mereka lakukan. Kita semua adalah manusia. Begitu juga dengan Ustazah. Mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Buang yang keruh ambil yng jernih ea..Yang penting saya tetap menyokong penuh penyusuan susu ibu dan sangat2 berharap semua ibu2 akan berusaha sehabis daya untuk menyusukan anak sendiri paling kurang sehingga 6 bulan pertama.

10 "Jangan" untuk penyusuan susu ibu bagi menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun:

1. JANGAN bertangguh untuk mendapatkan bantuan atau sokongan sekiranya anda bermasalah dalam memulakan penyusuan contohnya latching, inverted nipple, susu tak keluar, clogged ducts dan sebagainya. Sekarang semua dihujung cari. Boleh google je. Nak senang boleh jumpa kaunselor laktasi macam Pn Zuain Ghani.

2. JANGAN ambil hati dan terlalu menghiraukan pendapat orang yang boleh membunuh semangat anda untuk menyusukan bayi yang mana mereka ini mungkin orang yang rapat dengan anda. JANGAN lupa untuk menolak dengan cara yang baik. Terutamanya apabila berdepan dengan orang yang lebih tua macam nenek saya:)).

3. JANGAN malas untuk mendapatkan ilmu tentang penyusuan susu ibu. Boleh bertanyakan teman2 yang sama2 menyusukan bayi tak kiralah teman online atau in real life. Malas nak bertanya pada orang lain, boleh beli buku berkaitan penyusuan susu ibu. Saya yakin semua itu boleh diperolehi dengan mudah. Hendak seribu daya kan?:)

4. JANGAN kedekut/berkira2 untuk membeli pam yang benar2 berkualiti agar dapat memaksimumkan pegeluaran susu ketika mengepam. (klik untuk tips memilih pam yang sesuai).

Kalau nak dibandingkan kos untuk membeli susu formula, rasanya kos membeli susu formula setiap bulan jauh lebih mahal kan. Lagipun susu ibu tak ternilai harganya. setitis susu ibu mengandungi 100 lebih khasiat berbanding susu formula terutamanya kandungan antibodi. Boleh beli ke antibodi kat kedai? Nak cucuk vaksin untuk rangsang pengahsilan antibodi dalam badan pun masih berkira2, masih was2 kan..oppsss!!!

5. JANGAN lupa untuk menjaga pemakanan terutamanya yang mengurangkan penghasilan susu ibu. Saya secara peribadinya tidak berpantang makan sangat. Saya hanya tidak mengambil kafein termasuk Teh O yang rasanya jumlah kafein didalamnya amat sedikit. Tapi kadang2 bila dah rindu sangat dengan kafein saya bantai jugak. Tapi berpada2 la ye..

6. JANGAN abaikan postur badan ketika menyusu untuk mengelakkan sakit belakang. Gunakan bantal untuk menyokong lengan dan bayi supaya ibu dan bayi selesa. Sakit belakang akan memberi rasa stress kepada si ibu. Jadi postur badan yang betul ketika menyusu dan mengepam sangat2 penting untuk mengelakkan stress kepada badan ibu. Stress akan merencatkan perembesan hormon prolaktin yangmana akan mengurangkan penghasilan susu ibu. Stress juga akan mengurangkan perembesan hormon oksitosin yang diperlukan untuk pengeluaran susu ketika mengepam atau menyusu.

7. JANGAN lupa ikut konsep demand and supply. Semakin kerap menyusu/mengepam, semakin banyak susu akan dihasilkan. Susu takkan banyak walaupun dah makan macam2 milkbooster termasuklah yang mahal2 kalau tidak patuhi konsep asas ini.

8. JANGAN cepat putus asa jika tidak dapat menyusukan bayi dengan sempurna pada peringkat awal. Sebab itu penting untuk mencari ilmu berkaitan penyusuan susu ibu sejak hamil lagi supaya kita tidak cepat menyerah kalah dan tergesa2 memberikan susu formula kepada bayi. Dapatkan nasihat dan bantuan kaunselor laktasi atau support group di media sosial.

9. JANGAN sesekali fikir susu anda tidak cukup untuk bayi. (klik untuk ketahui tanda bayi cukup susu dan tidak cukup susu). InsyaAllah dengan cara yang betul bayi anda akan mendapat susu yang cukup dengan syarat jangan berhenti menyusukan bayi dan jangan lupa mengepam apabila berjauhan dengan bayi.

10. JANGAN terlalu taksub untuk menurunkan berat badan lepas bersalin sehingga memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu. Ibu menyusu bayi membakar 200-500 kalori sehari. InsyaAllah berat badan akan berkurangan dengan sendiri tanpa perlu berdiet.

Credit to: Zatika Izati Puade

Klik untuk order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com





















Monday, August 17, 2015

Akikah Untuk Alya

Kurang daripada 2bulan lagi kita akan menyambut hari raya Qurban. Hajatnya nak buat akikah untuk Alya. Raya Qurban nanti Alya dah 10bulan. 2 orang anak sebelum nie buat 1 minggu selepas kelahiran. Kali nie disebabkan masalah budget terpaksa tunda sampai sekarang. 

Pernah dengar ceramah dalam radio IKIM cakap, sepatutnya selepas je disahkan hamil, ibu bapa perlu terus merancang untuk menyimpan duit untuk menjalankan ibadat akikah untuk si anak. Kita lebih senang untuk membeli barang2 keperluan bayi yang lain berbanding perbelanjaan akikah. Betul jugak kan. Kalau dari awal hamil hingga bersalin kita dah mula kumpul duit, mesti duit untuk majlis akikah anak dah cukup. Majlis akikah tak semestinya macam majlis akikah artis2 yang memakan belanja beribu2, cukuplah sekadar apa yang disunatkan sahaja. Tapi kalau duit dah terlebih apa salahnya kan. Terpulang kepada kemampuan individu.

Saya berselisih pendapat jugak dengan suami untuk akikah anak ke 3 kali ini. Saya dah lama berhajat untuk melakukan ibadah akikah ini melalui ezQurban. Sebelum nie saya pernah melakukan ibadat korban melalui ezQurban. Dan saya rasa ezQurban adalah badan bukan kerajaan yang sesuai dan bagus dalam urusan korban dan akikah. Dan faktor utama saya memilih ezQurban sebagai wakil korban dan akikah saya adalah kerana saya yakin bahawa daging korban atau akikah itu akan diagihkan kepada orang selayaknya iaitu fakir miskin.

Kalau ikutkan suami, dia nak lakukan akikah dikampung sahaja. Tapi pada pendapat saya, kalau buat dikampung, orang yang akan terima agihan daging korban atau akikah bukanlah golongan fakir miskin sahaja tetapi mungkin golongan orang senang yang saya rasa kalau dia nak beli kambing seekor pun tak menjadi masalah dan boleh beli bila2 masa sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan penduduk kemboja atau lain2 negara yang dipilih oleh ezQurban, mereka mungkin jumpa 'daging' setahun sekali sahaja. Sebab itu saya memilih ezQurban sebagai wakil saya. Untuk maklumat lanjut berkaitan ezQurban boleh singgah di EzQurban.

Jom ramai2 kita ber 'korban'  atau ber'akikah' bagi yang belum laksanakannya. Semoga kita dirahmati Allah selalu.

Saturday, August 15, 2015

10 Fakta Tentang Penyusuan Susu Ibu.

Penyusuan susu ibu bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi tetapi juga kepada ibu.

1) 1971: 1 dalam 4 ibu memulakan penyusuan susu ibu selepas keluar daripada hospital.
2) 2012: 3 dalam 4 ibu memulakan penyusuan susu ibu selepas keluar daripada hospital.
3) AAP (American Academy Of Pediatrics) menyarankan penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga 6 bulan pertama, tetapi hanya separuh daripada mereka yang menyusu susu ibu sehingga 6 bulan.
4) AAP mencadangkan untuk memperkenalkan makanan pejal pertama ketika 6 bulan tetapi meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 1 tahun.
5) Susu ibu mengandungi paling kurang 100 bahan yang tidak dijumpai dalam susu lembu.
6) Salah satu nutrisi dalam susu ibu adalah DHA yang menunjukkan peningkatan dalam IQ bayi.
7) Kanak2 yang diberi susu ibu menunjukkan tahap kepintaran yang lebih tinggi pada usia 3 dan 7 tahun berbanding kanak2 yang tidak diberi susu ibu.
8) Bayi yang menyusu susu ibu selama 2 bulan adalah 4x lebih senang untuk mengalami obesiti berbanding bayi yang menyusu susu ibu selama 1 tahun.
9) Kebaikan lain kepada bayi: menguatkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan telinga, saluran pernafasan, saluran kencing dan jangkitan yang biasa dialami semaas usia kanak2.
10) Kebaikan untuk ibu: wanita yang menyusukan anak sekurang-kurangnya 6 bulan akan menurunkan risiko kematian akibat serangan jantung (sebanyak 17%) dan kanser2 lain (sebanyak 10%).

Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, August 13, 2015

Anak Tak Suka Susu Beku

Saya pasti ramai ibu2 yang alami masalah anak tak suka susu beku (frozen expressed breastmilk). Saya pun tak terkecuali. Masa mula nak introduce frozen EBM kat Alya pun susah. Alya memang reject. Sanggup tak minum susu sampai tertidur sendiri. Tapi lama2 dia boleh terima asalkan susu beku tu suam2, kalau dah sejuk die reject jugak. Walaupun Alya minum sikit je susu beku, at least ada harapan stok frozen EBM menyusut sikit. Kalau tak kena bagi kat anak susuan la. Tu pun kalau sempat habis. Yang dah expired terpaksa buang jugak.

Tapi sampai satu masa tu, Alya tiba2 reject susu beku. Sebelum nie elok je dia minum. Lupa dah masa umur dia berapa bulan. Rasanya mase tu baru lepas cuti panjang. Kalau cuti saya jarang bagi susu dalam botol. Biasanya direct feeding je. Kalau bagi susu botol pun bagi yang fresh je..malas nak cairkan susu beku. Mungkin sebab dah biasa dengan susu fresh, dia reject susu beku.

Pastu saya post kat fb mintak pendapat kawan2 macam mana nak atasi masalah nie, Alhamdulillah setelah buat tips yang kawan2 kasi, Alya dah boleh minum susu frozen.

Dalam susu ibu ada satu enzim iaitu enzim lipase yang berfungsi menguraikan lemak supaya suus ibu senang dicernakan oleh perut bayi. Sebab itu bayi yang minum susu ibu dengan kadar yang mencukupi amat jarang sekali menghadapi masalah obesiti kerana lemak yang masuk ke sistem tubuh bayi sudah senang dicernakan.

Apabila susu ibu dibekukan, enzim lipase ini akan meningkat dan menyebabkan susu beku berubah bau dan rasa (bau tengik) seperti sabun dan rasanya sedikit tajam. Namun begitu tidak semua ibu mempunyai kandungan enzim lipase dalam susu jadi tidak semua bayi tidak sukakan susu beku. 

Bagi yang menolak minum susu beku (yang sudah dicairkan), ini bermaksud kandungan lipase dalam susu anda tinggi. 

Antara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan pembaziran susu beku:

1. Cairkan dan suamkan susu beku, campurkan dengan susu yang baru diperah sebelum diberikan kepada bayi. Susu yang baru diperah rasanya lebih manis, jadi ini membantu bayi anda menerima susu beku dengan baik. 

Nisbah susu fresh yang dimasukkan ke susu beku tadi adalah tidak lebih dari jumlah susu beku yang sudah disuamkan itu.

Ingat: Susu itu hanya bertahan selama 1 jam selepas disuamkan sahaja ya.

2. Campurkan susu beku yang sudah dicairkan ke dalam makanan bayi anda seperti cereal, atau puree.

3. Jika anda sudah mengenal pasti susu beku anda tidak diminum bayi anda, bermaksud enzim lipase di dalam susu anda tinggi. Jadi bekukan susu ibu dalam acuanaiskrim dan diberikan kepada bayi semasa bayi mengalami teething atau jika bayi sudah boleh menerima makanan sejuk dengan baik. Anda boleh menambah perisa tertentu jika anda mahu.

4. Banyakkan pemberian susu melalui direct feeding, susu yang baru diperah dan susu yang disimpan di bahagian chiller. Kerana susu ini tidak mengalami banyak perubahan suhu. Maka perubahan rasa dan bau sangat jarang berlaku, atau minimal.


Klik untuk order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, August 11, 2015

Amalan-amalan Selepas Kelahiran Bayi Baru

Ada sesetengah orang cakap staff Jabatan Farmasi nie mesti susah nak hamil sebab selalu terdedah dengan ubat. Tapi jangkaan itu meleset sama sekali. Apa yang saya tengok, staff Jabatan Farmasi di hospital Selayang nie terlebih subur. Tiap2 tahun ramai je yang cuti bersalin.

Saya baru je kembali bekerja awal April lepas. Alhamdulillah seorang lagi staff unit saya dah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.9kg pada 1/8/15 lepas. tu pun setelah 2 kali induce. Sorang lagi staff unit saya akan bersalin Oktober nanti. Tu baru unit saya. Unit2 di bawah Jabatan farmasi lain tak sebut satu2 lagi kan.

Kesian tengok kawan saya yang bersalin minggu lepas. Hampir 24jam dia menahan sakit. Ini boleh dikatakan pengalaman pertama beliau bersalin normal. Masa anak pertama terpaksa ceaser sebab uri di bawah. 

Saya juga mempunyai pengalaman yang sama merasai nikmat sakit untuk bersalin normal. Saya amat faham apa yang dia rasa. Masa anak pertama pun saya di induce jugak. Doktor bagi prostin untuk lembutkan serviks. 24 jam jugak menahan sakit. Alhamdulillah saya berjaya juga bersalin normal. 

Tapi kes kawan saya nie, walaupun dah di induce 2 kali, jalan masih tak terbuka. Akhirnya terpaksa emergency ceaser. Berlinang airmata dia bila dia menceritakan pengalaman bersalin kepada saya. Mata saya pun bergenang jugak dengar cerita dia. Sebab saya faham apa yang dia lalui. Alhamdulillah, anaknya dibenarkan keluar wad selepas seminggu ditahan diwad kerana tachycardia dan jangkitan pada peparu. Dan yang paling penting, kawan saya berjaya berikan susu ibu kepada bayi keduanya. Sebelum ini, mereka diuji dengan kelahiran pra-matang untuk anak pertama dan ditahan diwad NICU untuk tempoh yang agak lama. Disebabkan kekurngan ilmu dan pengalaman, anak pertama telah diberi susu formula sejak dari lahir lagi. 

Alhamdulillah untuk anak ke2 kali ini, saya diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk memulakan penyusuan dan bagaimana memastikan konsep demand and supply diikuti walaupun anak tidak dapat menyusu secara terus dan perlu minum susu ibu melalui cawan yang dibantu oleh jururawat NICU. Saya betul2 obsess dengan penyusuan susu ibu. Kalau boleh saya nak bantu semua orang untuk susukan anak sendiri sehingga 2 tahun. Saya pernah gagal, jadi saya tahu bagaimana untuk bantu orang lain untuk bangkit semula berdasarkan pengalaman sendiri.

Kali ini saya nak kongsikan tentang amalan-amalan selepas kelahiran bayi baru yang mungkin kita boleh amalkan:
1) Diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri: Supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi, azan juga adalah untuk mengusir syaitan yang memang menantikan kelahiran bayi.
2) Melakukan sujud syukur: suami disunatkan untuk sujud syukur sebaik sahaja anak keluar dari rahim ibu sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan perbanyakkan zikrullah.
3) Memberi nama yang baik kepada anak: Ibu bapa disunnahkan memberi nama pada hari ketujuh atau pada hari bayi dilahirkan. nama bayi haruslah mengandungi makna yang baik.
4) Membaca Surah al-Insyirah dijari manis dan ditahnikkan: Bayi baru lahir disunnahkan tahnik iaitu mengunyah kurma sehingga lumat lalu menggosokkan kurma ke langit mulut bayi bagi melatih bayi mengunyah dan membantu menguatkan mulut bayi untuk makan.
5) Mendoakan anak: hadis riwayat tirmizi menyebut salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya. Berdoalah memohon keberkatan untuk anak dan memohon perlindungan anak dari godaan syaitan.
6) Bercukur rambut: Disunnahkan untuk mencukur rambut bayi pada hari ke 7 kelahiran bayi. Rasulullah SAW menyuruh supaya mencukur rambut bayi dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak.
7) Aqiqah: Hukumnya adalah sunat muakkad dan afdhal dilakukan pada hari ke 7 kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak. bayi lelaki 2 ekor kambing, bayi perempuan 1 ekor kambing.
8) Mengkhatankan anak: sunnah dikhatankan pada hari ke7 kelahiran untuk kebersihan, mencegah penyakit seksual. Menjadi sunat untuk bayi perempuan dan satu kewajiban bagi bayi lelaki.

Semoga bermanfaat untuk sama2 kita amalkan.

Sunday, August 9, 2015

Tips Ajar Anak Masuk Tidur Awal

Malam tadi anak2 dara semua tidur lambat. Makin larut malam, makin aktif diorang. Pening kepala tengok diorang. Nak marah kan tak sampai hati. Yela kan..siang dari pagi sampai petang diorang terpaksa duduk di nursery. Dah maghrib baru sampai rumah. Rasa bersalah sangat dengan diorang. Diorang tak tidur pun sebab nak manja2 dengan kita jugak kan. 

Kak yaya pun asyik cakap je non stop. Macam2 cerita dia nak cerita dekat ummi dengan abah. Kak Ngah pulak nak main anak patung. Tinggi betul imaginasi dia. Tapi bila tengok cara dia layan baby dia (anak patung) , rasa lega sikit. Saya fikir mesti dia terikut2kan cara pengasuh jaga budak2 kat nursery tu. Pegang baby pun dengan hati2 taknak baby nangis. Budak2 kan belajar melalui apa yang dia lihat kan.. Alya pulak, nak berkepit je dengan ummi. Pantang ummi bangun pergi mana2 mesti dia menangis. Adoii la anak.. insyaAllah...ummi tengah berjuang untuk jadi WAHM nie..

Bila dah settle semua kerja rumah, terus ajak anak2 masuk bilik. Masa tu jam 11.30malam. Tapi diorang maish aktif. Dah banyak kali abah jerit marah2 macam tu jugak. Alya memang tak boleh tidur kalau kakak2 tak tidur. Akhirnya jam 1pagi baru semua anak2 tidur..huhu..penatnya..dahla besok nak kerja lagi..
Pagi2 sambil sarapan pagi di opis, cuba google tips bagi anak tidur awal. Dan ini 5 tips Ajar Anak Tidur awal:

1)Jangan bagi anak tidur petang.

Nie memang wajib lah kan. Kalau diorang tidur petang, jawabnya malam susah lah diorang nak tidur.

2) Haramkan gadget dibawa masuk ke dalam bilik termasuk hp atau tablet.

Betul sangat2. Lagi teruk kalau hp tu ada internet access. Lagi la kan.

3) Jangan bagi makanan manis dan jajan terutamanya waktu petang hingga malam.

Makanan manis atau coklat ( mengadungi kafein) akan menjadikan anak hiperaktif dan susah untuk tidur.

4) Masuk bilik awal.
5) Aktiviti yg memenatkan. 

Kalau anak nak tidur petang, umpan mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan dan memenatkan. Tak pun ajak anak masuk bilik awal2, lepas tu main 'geletek2' dengan diorang. Memang trick yang menjadi sebab bila diorang geli diorang akan gelak dan 'geli' itu sendiri memang memerlukan tenaga. Buat sampai diorang kepenatan. Sangat2 membantu anak2 saya yang suka minta kitorang geletek diorang:))>

Semoga Bermanfaat.

Friday, August 7, 2015

Resepi Makanan Bayi 6-12bulan

Alya dah masuk 8bulan. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam bersalin:)).

Awal2 introduce puree kat Alya, rase macam leceh jugak. Yela, budak2 baru belajar nak makan. Banyak yang keluar dari masuk mulut. Habis comot mulut dia. Biasanya kalau nak makan, saya akan pakaikan Alya apron dulu takut kotor baju.

Tapi sekarang senang je. Nampak sudu terus bukak mulut. Terus telan. Takde dah yang terkeluar dari mulut. Cepat je habis. Kalau awal2 dulu, sempat rasa penat tunggu dia habiskan puree tu.

Bagi ibu2 yang dah ketandusan idea nak buat puree apa untuk si manja,  disini saya kongsikan puree yang pernah saya sediakan untuk anak saya Alya yang sekarang dah berumur 8 bulan.

1) puree lobak merah.
2) puree labu
3) puree epal
4) puree buah lai
5) puree pisang
6) puree keledek
7) puree kentang
8) puree lai + epal
9) puree lai + belimbing
10) puree epal + mangga

Cara penyediaan yang super senang:
1) Cuci buah sehingga bersih.
2) kupas kulit dan potong kecil2.
3) kukus sehingga lembut.
4) Biarkan pada suhu bilik untuk seketika.
5) kisar halus dan tapis.
6) Siap untuk dimakan. Tambah air masak atau susu ibu jika tekstur puree terlalu pekat.

Boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dan boleh dibekukan dalam tray cube. Tempoh penyimpanan dan cara penyediaan puree beku adalah sama seperti susu ibu yang dibekukan.

*untuk buah pisang dan mangga, tidak perlu dimasak. Hanya perlu kisar dan tapis sahaja.
Selamat mencuba ibu2. Jangan lupa apply 4days rules. (16 Q & A Tentang Solid Food Pertama Bayi)

Semoga Bermanfaat.

Wednesday, August 5, 2015

5 Tips Atasi Monday Blues

Asyik LUPA je arini..

Suami cakap biasalah first day start kerja selepas cuti panjang kan. Monday bluesss!!!.

Dari malam tadi lagi suami duk merungut tak bersemangat nak pergi kerja. Mood tertinggal kat kampung katanya;))

Cerita dipagi Isnin...

Lagi 10minit pukul 8pagi, baru semua siap untuk keluar rumah. Bila semua dah ready kat bawah (rumah saya townhouse aras 2) dan suami nak kunci pintu rumah, suami cakap dia LUPA nak pakai stokin. Kemudian dia naik rumah dan masuk bilik tapi jumpa stokin 1 je..sebelah lagi tak tahu kat mana..suami cakap, takpela..

Pastu kitorang terus naik kereta hantar Zulfa dan Alya ke nursery (dalam taman amansiara jugak). Lepas tu patah balik tukar motor. Kak yaya kitorang hantar pergi tadika naik motor je..

Bila dah ambil barang2 dan beg laptop, suami terus kunci pintu rumah.

Saya tanya suami, "abg kepala besi ke?:))" Dia naik balik ambik helmet dia..boleh pulak LUPA kan.

Lepas separuh jalan, suami meraba2 poket seluar cari hp dia, tapi takde. LUPA lagi. Jadi patah balik. Suami naik rumah lagi. Cari2 tapi tak jumpa (biasalah lelaki cari mesti tak jumpa kan:)).

Bila turun, nampak dia pegang beg sekolah kak yaya..hahaha..beg kak yaya pun boleh LUPA. Cari hp jumpa beg sekolah pulak.

Saya tanya suami, "dah cuba cari hp kat tempat tidur sayang. Rasanya malam tadi kat kaki sayang".

Suamu naik balik..akhirnya jumpa hp dia. Lepas tu kitorang terus gerak hantar saya dulu (atas permintaan kak yaya..biasanya hantar kak yaya dulu).

Sampai kat Hospital Selayang, saya ambil semua barang dalam box kt motor dan terus meluru masuk untuk thumbprint. Bila tengok cermin, helmet masih dikepala.  senyum sorang2. LUPA nak simpan dalam box..hihi

Sekian cerita LUPA dipagi Isnin:))

Okeh..kalo ikutkan saya pun takde mood nak pergi kerja. Biasala..lepas cuti panjang  tambah2 hari Isnin  monday bluess!!!

Jom kita amalkan 5 tips untuk atasi monday bluess dan bagi rasa bersemangat je nak gie kerja setiap hari:

1) Sentiasa beryukur.

Syukur sebab masih ada kerja dan kena pergi kerja. Ingat kepada mereka yang masih menganggur dan susah payah pergi interview untuk mendapatkan sesuatu kerja. InsyaAllah, kita akan pergi kerja dengan hati yang tenang dan ikhlas kerana Allah.

2) Bersiap lebih awal.

Sediakan keperluan kerja sehari sebelum mula bekerja.

Contohnya, gosok baju untuk ke tempat kerja untuk seminggu sekaligus (langkah penjimatan elektrik jugak nie:)).

Kalau jenis yang makan supplement, isikan pillbox dengan supplement untuk 5hari bekerja dan terus masukkan ke dalam beg tangan @ jaket baju suami.

Kalau untuk yang ada anak kecil macam saya nie, sediakan puri kegemaran anak semasa hujung minggu untuk bekalan seminggu atau lebih untuk menjimatkan masa. Pagi2 hanya perlu ambil yang dah di'defrost'kan dan masukkan ke dalam cooler bag sahaja.

Kalau yang kena bancuh air manis untuk anak bawak bekal ke sekolah, sediakan air gula pekat siap2 lepas tu simpan kat bahagian chiller. Pagi2 sebelum pergi sekolah, guna je air gula tu untuk bancuh air. Tak payah susah2 nak larutkan gula dulu. Jimat masa kan:))

3) Pastikan hujung minggu digunakan sebaik mungkin.

Siapkan kerja2 rumah supaya apabila pergi dan balik kerja rumah sentiasa kemas dan sedap mata memandang. Rumah macam tongkang pecah, baju bergunung2 tak berlipat dikhuatiri akan memberikan tekanan selepas penat balik dari kerja. Lagi stresss kan;).

4) Selalu set mind weekend akan tiba tak lama lagi.

Sedar2 dah hari jumaat dah..Di akhir zaman masa akan berlalu dengan begitu pantas. 5 tahun bagaikan 5bulan je..betul tak?

5) Basahkan bibir dengan zikir2 mengingati Allah.

Berzikir sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Masa kerja pun boleh berzikir jugak kan. Berzikir tak semestinya dimulut. Dihati pun boleh. Yang penting kita mengingati Allah. Semoga semua urusan kerja dipermudahkan.
Semoga bermanfaat. Semoga kita ikhlas keluar mencari rezeki kerana Allah

AddThis