Monday, August 3, 2015

Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol

Sambil2 duk scroll fb, ternampak post yang ramai giler orang dah  viralkan iaitu tentang "Bahaya Tab Panadol Actifast". 

Betullah orang cakap, memang dah jadi kebiasaan rakyat Malaysia suka sangat share tanpa usul periksa. Tak confirm pun benda tu betul ke salah, suka2 hati je share. Saya tengok pun, rasa macam malas nak tengok. Ramai pulak tu yang percaya bulat2 apa yang disebarkan tu..

Anda percaya ke Panadol boleh bertahan dalam badan manusia sampai 5 tahun?

Saya sebagai ahli farmasi tidak bersetuju sama sekali dengan kenyataan tersebut.

Semasa di universiti dulu, kami ada belajar subjek pharmakokinetik. Ia berkaitan dengan apa yang terjadi pada sesuatu ubat bermula ia masuk ke dalam badan manusia melalui mulut, salur darah, otot,kulit, hidung,dubur atau lain2 tempat pada tubuh badan manusia. Selain itu juga, kami belajar secara terperinci bagaimana ubat diserap, peratus yang diserap mengikut laluan pengambilan, tempat dimetabolismakan, tempat disingkirkan termasuklah jangka hayat(half life t 1/2) dalam badan manusia.

Senang cakap, daripada apa yang saya belajar dulu, masa yang diambil oleh sesuatu ubat untuk disingkirkan daripada badan adalah 5x half life. Half life setiap ubat adalah berbeza. Boleh jadi 2jam atau boleh jadi lebih lama macam 36jam. Bergantung kepada jenis ubat. Kalau 5x half life, tak mungkin sampai 5 tahun.

Saya pun tak suka makan ubat hospital. Boleh kata "anti" sangat sejak kenal shaklee nie. Tapi saya takdelah nak memburukkan ubat2 hospital atau modern medicine tanpa usul periksa atau main share je apa yang orang viralkan kat fb.

Eh..terberleter panjang la pulak..:))

Disini saya nak kongsikan 2 supplement yang boleh anda cuba untuk hilangkan sakit kepala bagi yang anti sangat dengan modern medicine nie:

1) B Complex : Anti-stress (klik untuk baca lanjut)
2)Ostematrix: Kalsium terlibat dalam pengecutan dan pengenduran salur darah. Dalam kes sakit kepala yangmana salur darahnya mengecut (mengecil) seterusnya menghalang pengaliran darah beroksigen ke otak yang menyebabkan sakit kepala , ostematrix berfungsi me'relaks'kan salur darah agar darah beroksigen mengalir lebih baik ke otak.
Dijamin selamat, semulajadi dan berkesan. Pasti puas hati.


Klik untuk order: B Complex & Ostematrix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

AddThis