Showing posts with label Gastrik. Show all posts
Showing posts with label Gastrik. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

8 Kepentingan Protein Untuk Badan

Sempena promo September nie, harini nak cerita pasal PROTEIN.  Kenapa semua orang cakap ESP Soy Protein nie bagus sangat dan ada dalam kebanyakkan set kesihatan Shaklee?

Apa itu PROTEIN?

Protein yang paling kecil adalah asid amino. Sel2 badan kita terbina daripada protein. Protein menjadi blok2 asas untuk binaan sel badan. Jadi terang dan jelas bahawa protein sangat penting untuk badan kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Protein penting untuk proses baik pulih sel2 rosak dan pembinaan sel2 kulit baru. 

Kepentingan protein untuk badan?

1) Baikpulih luka: Dalam proses baikpulih luka, protein penting untuk memperbaiki tisu2 yang rosak. Pengambilan protein akan mempercepatkan lagi proses luka untuk sembuh.
2) Parut jerawat/ Stretch mark selepas bersalin (baca lanjut)/ Parut jeragat/ parut chicken pox: Protein diperlukan dalam baikpulih sel2 kulit rosak dan pembaharuan sel2 kulit lama kepada sel kulit baru.
3) Penghasilan susu ibu: Protein adalah salah satu komponen utama dalam susu ibu. Justeru pengambilan protein sangat penting dalam mempercepatkan proses refill setiap kali lepas menyusu atau mengepam. Ibu2 pasti teruja bila melihat hasil susu perahan selepas pengambilan protein soya keranasusu ibu akan menjadi semakin pekat dan bayi akan kenyang lebih lama.
4) Turunkan berat badan: Protein penting dalam penurunan berat badan untuk membina otot2 agar kelihatan fit and firm (tidak menggelebeh) apabila semua lemak2 degil dibakar. Protein juga penting untuk meningkat metabolisma badan dan membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat. (Cinch Shake untuk kurus).
5) Pilihan hidangan untuk pesakit Diabetes: Pesakit Diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana pembebasan tenaga adalah secara perlahan. Disamping memberi rasa kenyang lebih lama, protein memberi kesan yang sedikit kepada kenaikan gula dalam darah.

6) Mengurangkan Masalah Gastrik: Pesakit gastrik tidak digalakkan untuk melewatkan waktu makan kerana bimbang gastrik akan datang menyerang. Dalam keadaan ini, protein soya boleh membantu dengan cara memberi rasa kenyang lebih lama. ESP juga ditambah dengan kalsium dimana kalsium ini bersifat alkali dan boleh membantu meneutralkan asid didalam perut. (Baca lanjut)

7) Perkembangan bayi dalam kandungan.

Seperti yang saya nyatakan diatas, badan kita terdiri daripada protein. Justeru itu, pengambilan protein membantu perkembangan fetus semasa didalam kandungan disamping memberi tenaga yang berpanjangan kepada si ibu.

Sel-->tisu-->organ-->sistem-->badan




8) Pembekal tenaga segera dan berpanjangan: Dalam kesibukan seorang ibu bekerjaya yang multitasker, minuman protein seperti ESP Shaklee banyak membantu kerana senang dibancuh dan boleh terus diminum untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Ia juga lengkap dengan nutrisi lain yang memastikan ibu sihat dan boleh melaksanakan tugasan harian dengan sempurna.

Bacaan Lanjut: Kenapa kena pilih ESP Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, April 6, 2015

Selamat Ke Ubat Gastrik Untuk Ibu menyusu?

Setelah 4 bulan bercuti sambil2 jaga anak, minggu lepas dah kembali bekerja macam biasa. Menjalankan rutin harian sebagai pegawai farmasi. macam biasa lah kan..tugas utama DISPENSING.

Apa yang saya nak kongsikan kali nie berkaitan persoalan seorang ibu, "Ubat nie boleh ke untuk saya yang tengah susukan anak"


Ubat yang dimaksudkan adalah ubat gastrik iaitu Nexium ( esomeprazole)


Jawapan saya " Not recommended"


Sama jugak dengan Omeprazole kerana ubat tersebut akan masuk ke dalam susu ibu. Ranitidine juga masuk ke dalam susu ibu tetapi masih boleh digunakan tapi "use with caution". Tapi dalam kes ibu nie, gastriknya sangatla teruk yang tak dapat disembuhkan oleh 'ubat2 biasa'..sebab tu doktor upgrade ubat kepada Nexium. 


Sesetengah ubat walaupun boleh masuk ke dalam susu ibu masih boleh diambil oleh ibu menyusu dengan syarat, ambil ubat selepas menyusu atau mengepam, atau dengan kata lain menjarakkan penyusuan dengan makan ubat. tapi dalam kes Nexium, tempoh tindakan ubat adalah lebih 24 jam dan dikhuatiri ubat tersebut hadir dalam susu ibu yang dihisap oleh bayi.


Bila terima kes2 macam nie serba salah dibuatnye. Anak baru 5 bulan. Saya hanya memberi pilihan samada nak makan ubat yang diberi atau berhenti menyusu. Kalau ada frozen EBM boleh bagi yang tu je..tapi ubat tu kena ambil untuk jangka panjang..3 bulan..cukup ke stok frozen EBM??..huhu


Sempat saya cadangkan kepada si ibu untuk mencari supplement kalsium/magnesium di farmasi luar kot2 boleh mengurangkan gastrik si ibu (tak berani nak promote produk shaklee masa dalam waktu bekerja:)). 


Sejujurnya saya nak sangat bagitahu si ibu yang shaklee ada supplement yang boleh membantu dalam gastrik. Yang safe to be used in lactating mother. Highly recommended!!!

Sebelum saya kongsikan supplement yang boleh membantu dalam gastrik , ikuti  dulu perkongsian Puan Farahana yang sudah mengalami masalah gastrik kronik selama 10 tahun, tibe2 sembuh secara tak sengaja semasa dalam pantang anak ke 2..woowww..camne tu???


Antara supplement yang boleh membantu dalam masalah GASTRIK adalah:

ESP : Sumber protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dan memberi rasa kenyang lebih lama. Ditambah dengan kalsium yang bersifat alkali untuk meneutralkan asidity soya protein.

Klik Untuk order: ESP

Ostematrix: Sumber kalsium yang semulajadinya bersifat alkali yang boleh meneutral asid dalam perut.

Klik Untuk Order:Ostematrix

Peppermint Ginger PLUS: Secara klinikal membantu dalam membantu masalah penghadaman seperti angin, loya dan gastrik.


Klik Untuk Order :Peppermint Ginger PLUS

Selain dapat membantu menyelesaikan masalah gastrik yang kronik yang semestinya selamat untuk ibu menyusu, ESP dan Ostematrix juga boleh bertindak sebagai Milkbooster. 2 in 1..bagus kan Shaklee :)).

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis