Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Selamat Ke Ubat Gastrik Untuk Ibu menyusu?

Setelah 4 bulan bercuti sambil2 jaga anak, minggu lepas dah kembali bekerja macam biasa. Menjalankan rutin harian sebagai pegawai farmasi. macam biasa lah kan..tugas utama DISPENSING.

Apa yang saya nak kongsikan kali nie berkaitan persoalan seorang ibu, "Ubat nie boleh ke untuk saya yang tengah susukan anak"


Ubat yang dimaksudkan adalah ubat gastrik iaitu Nexium ( esomeprazole)


Jawapan saya " Not recommended"


Sama jugak dengan Omeprazole kerana ubat tersebut akan masuk ke dalam susu ibu. Ranitidine juga masuk ke dalam susu ibu tetapi masih boleh digunakan tapi "use with caution". Tapi dalam kes ibu nie, gastriknya sangatla teruk yang tak dapat disembuhkan oleh 'ubat2 biasa'..sebab tu doktor upgrade ubat kepada Nexium. 


Sesetengah ubat walaupun boleh masuk ke dalam susu ibu masih boleh diambil oleh ibu menyusu dengan syarat, ambil ubat selepas menyusu atau mengepam, atau dengan kata lain menjarakkan penyusuan dengan makan ubat. tapi dalam kes Nexium, tempoh tindakan ubat adalah lebih 24 jam dan dikhuatiri ubat tersebut hadir dalam susu ibu yang dihisap oleh bayi.


Bila terima kes2 macam nie serba salah dibuatnye. Anak baru 5 bulan. Saya hanya memberi pilihan samada nak makan ubat yang diberi atau berhenti menyusu. Kalau ada frozen EBM boleh bagi yang tu je..tapi ubat tu kena ambil untuk jangka panjang..3 bulan..cukup ke stok frozen EBM??..huhu


Sempat saya cadangkan kepada si ibu untuk mencari supplement kalsium/magnesium di farmasi luar kot2 boleh mengurangkan gastrik si ibu (tak berani nak promote produk shaklee masa dalam waktu bekerja:)). 


Sejujurnya saya nak sangat bagitahu si ibu yang shaklee ada supplement yang boleh membantu dalam gastrik. Yang safe to be used in lactating mother. Highly recommended!!!

Sebelum saya kongsikan supplement yang boleh membantu dalam gastrik , ikuti  dulu perkongsian Puan Farahana yang sudah mengalami masalah gastrik kronik selama 10 tahun, tibe2 sembuh secara tak sengaja semasa dalam pantang anak ke 2..woowww..camne tu???


Antara supplement yang boleh membantu dalam masalah GASTRIK adalah:

ESP : Sumber protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dan memberi rasa kenyang lebih lama. Ditambah dengan kalsium yang bersifat alkali untuk meneutralkan asidity soya protein.

Klik Untuk order: ESP

Ostematrix: Sumber kalsium yang semulajadinya bersifat alkali yang boleh meneutral asid dalam perut.

Klik Untuk Order:Ostematrix

Peppermint Ginger PLUS: Secara klinikal membantu dalam membantu masalah penghadaman seperti angin, loya dan gastrik.


Klik Untuk Order :Peppermint Ginger PLUS

Selain dapat membantu menyelesaikan masalah gastrik yang kronik yang semestinya selamat untuk ibu menyusu, ESP dan Ostematrix juga boleh bertindak sebagai Milkbooster. 2 in 1..bagus kan Shaklee :)).

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, March 21, 2015

Perlukah Hentikan Penyusuan Anak Ketika Hamil Semula?

Kemusykilan seorang ibu:

Salam..saya nak kepastian. Saya mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya berumur 6 bln. Sekarang saya disahkan hamil 5 minggu. Saya perasan bahawa susu badan makin berkurangan. Adakah saya boleh meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak saya? Jika boleh, apakah makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu saya?

PENYUSUAN SEMASA HAMIL

Semasa ibu hamil, badan akan mengalami perubahan hormon. Dimana hormon prolaktin iaitu hormon penghasilan susu akan berkurangan, utk memberi peluang kepada hormon wanita (estrogen dan progesteron) meningkat. Apabila hormon penghasilan susu menurun, susu ibu juga akan merudum, ini adalah sangat sangat normal.

Penyusuan susu ibu boleh diteruskan seperti biasa tetapi jika boleh elakkan pengambilan milk booster atau melakukan teknik untuk meningkatkan kuantiti susu. Sebab apabila ada rangsangan pada kadar tinggi pada payudara, ia boleh menyebabkan kontraksi pada rahim. Susukan anak secara direct feeding seperti biasa dan pam seperti biasa. Penurunan kuantiti susu adalah normal untuk ibu mengandung.

Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.

Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahim , namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormon oksitosin ketika menyusukan bayi bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahim mengecut.

Namun rahim hanya akan mengecut sepenuhnya disebabkan oleh hormon oksitosin selepas tempoh kehamilan 37 minggu. Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, sejarah kehamilan yang lepas perlu diambil kira. Jika pernah mengalami perkara di bawah, kurangkan / hentikan penyusuan semasa hamil:

1. pernah keguguran
2. pernah mengalami pendarahan semasa kehamilan lalu
3. pernah mengalami tumpah darah selepas bersalin
4. sedang hamil bayi kembar.
5. pernah melahirkan anak pra-matang

Ini kerana wanita ini mempunyai rahim yang sangat sensitif terhadap hormon oksitosin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormon itu dikeluarkan dan merangsang rahim untuk mengecut.

Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu, payudara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan.

Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolostrum agak berlainan, ramai anak-anak menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. Pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.


Nasihat Pemakanan Bagi Ibu Hamil Yang Masih Menyusu.

1. Wanita hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahim dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran.

2. Pemakanan harus kaya dengan zat besi, folik Asid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam kandungan dan penghasilan susu ibu.

3. Pastikan rehat yang cukup.

Sumber: http://drzubaidi.com/blog/perlukah-henti-penyusuan-anak-apabila-hamil-semula/


Apa yang Shaklee boleh bantu anda untuk memenuhi nasihat pemakanan di atas?



Set Ibu Hamil Shaklee terdiri daripada:

1) ESP: Sebagai sumber protein yang membekalkan tenaga berpanjangan. Penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan penghasilan susu ibu.
2) Vitalea with iron Formula: Multivitamin yang juga mengandungi Zat besi.
3) B Complex with folic acid: Penting untuk penghasilan tenaga dan mengurangkan stress.
4) Vita C SR: Untuk meningkatkan sistem imun.
5) Ostematrix: Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D. Penting untuk perkembangan tulang bayi dan penghasilan susu ibu.
6) Omegaguard: Untuk perkembangan mata dan otak bayi. (2nd & 3rd trimester)

Klik Untuk order : Set Ibu Hamil

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Monday, March 16, 2015

Cara Elak Susu 'drop' Di Bulan Puasa

Bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi..Ibu2 dah bersedia untuk menjalani ibadah puasa semasa menyusukan???

Walaupun Islam memberi keringan kepada ibu2 menyusu untuk tidak berpuasa di Bulan Ramadhan, saya pasti ramai yang tak mahu lepaskan peluang untuk meraih pahala berlipat kali ganda di bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan Allah ini.

Disini saya kongsikan tips / cara elak susu 'drop' di bulan puasa:

1. Minum banyak air: Minum air 3liter antara waktu berbuka sehingga imsak.
2. Makan makanan yang seimbang ketika berbuka dan bersahur. Sahur adalah amat penting. Pastikan hidangan lengkap dengan karbohidrat, protein, serat dan mineral.
3. Niat dan sentiasa positif: Niatkan menyusukan anak kerana Allah. Fikirkan bahawa susu sentiasa cukup untuk anak. Elakkan stress dan susukan anak dengan tenang dan berzikir.
4. Jadual mengepam yang tetap: Mesti konsisten mengepam agar pengeluaran susu sentiasa ada. Lagi kerap payudara dikosongkan, lagi banyak susu dihasilkan (demand & supply).
5. Ambil Supplemen: Ambil supplemen untuk melengkapkan nutrisi harian dan membantu untuk membanyakkan susu badan.

Klik Untuk Order: Mighty 3 Gem

Saya mempunyai pengalaman sendiri menyusukan anak ketika berpuasa. Minggu pertama puasa, saya masih dalam tempoh cuti bersalin..masa tu anak ke 2..Saya baru je kenal Shaklee mase nie..supplemen yang saya ambil ESP dan Alfalfa sahaja..

Bila tibe bulan puasa, rase teruk sangat..tengahari dah tak larat..lembik je...Lepas tu, upline Shaklee saya mesej tanya khabar..jadi saya mengadu la tak larat sangat berpuasa sambil menyusu..dia cadangkan untuk ambil set mighty 3 gem nie...ESP, Mealshakes dan performance drink.


Alhamdulillah..memang ketara sangat bila ambil set mighty 3 gem nie...saya ambil selepas sahur..Walaupun menyusukan anak secara terus (direct feeding), saya masih kekal bertenaga sampai ke petang...Alhamdulillah:)).


ESP- Protein soya yang membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang lebih lama. Mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana tenaga dibebaskan perlahan-lahan didalam badan.


Meal Shakes- Minumam multivitamin dna multimineral untuk melengkapkan nutrisi harian.


Performance Drinks- Minuman isotonik yang kaya dengan elektrolit yang mengekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi semasa menyusu di bulan puasa.


Ikuti juga perkongsian daripada Puan Farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja...Mane tahu kot2 ibu2 boleh jadikan panduan untuk simpan stok EBM untuk bulan puasa nanti.



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, March 7, 2015

Tips Atasi Susu Merundum Ketika Haid

Salah satu masalah ibu menyusu yang biasa kita dengar adalah masalah susu merundum ketika datang haid. Boleh dikatakan kebanyakan ibu menyusu akan mengalami masalah ini. Walau bagaimanapun,  ada segelintir ibu2 tidak terjejas langsung penghasilan susu badannya ketika waktu haid. Ini kerana respons setiap individu pada perubahan hormon adalah berbeza-beza.

Kenapa ia berlaku?

Sesetengah wanita akan mengalami penurunan dalam penghasilan susu badan bermula waktu subur (ovulasi) sehingga beberapa hari selepas haid. Ini kerana paras kalsium dalam darah akan menurun dalam tempoh tersebut. Ini akan menyebabkan penurunan dalam penghasilan susu. Kalsium merupakan elemen penting dalam susu ibu selain daripada protein dan lemak.

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, pengambilan supplement kalsium/magnesium mungkin membantu. Ia juga membantu mengurangkan simptom pra-haid seperti senggugut.

Disarankan untuk mengambil supplement kalsium/magnesium bermula waktu subur dan beberapa hari selepas haid atau lagi mudah untuk mengambil supplement kalsium/magnesium setiap hari bagi ibu menyusu.

Sumber ; http://kellymom.com/bf/can-i-breastfeed/herbs/natural-treatments/#calcium

Tips atasi susu merundum ketika haid:

1) Sentiasa berfikiran positif. Jangan bandingkan penghasilan susumasa haid dengan masa tidak haid. Perubahan hormon akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. InsyaAllah, bila dah habis haid, susu akan kembali normal.

2) Elakkan stress dan tekanan. Kalau stress lagi la kurang hormon proklaktin dihasilkan, makin sikit susu dihasilkan. Jadi, jangan stress2 ye :)

3) Pam macam biasa walaupun susu yang dipan dapat sikit je. Tambahkan kekerapan mengepam dan tempoh mengepam. kalau biasa pam 3 kali sehari, up kan lagi jadi 6 kali sehari. kalau pam satu sesi 15 minit, up kan jadi 30 minit ke..

4) Power pumping setiap malam. Kena buat konsisten baru nampak kesannya..kalau sekali buat pastu nk trs nampak kesannye kompem la tak kan..Klik untuk baca lanjut
5) Minum banyak air masak.
6) Ambil supplement atau milkbooster yang boleh rangsang penghasilan susu ibu seperti ESP dan Alfalfa. Klik untuk baca lanjut

Klik Untuk order: Triple Milkbooster

Semoga membantu ibu2:)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, March 4, 2015

Petua Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat


Ikuti pengalaman Puan Nur Hidayah yang kene chicken pox semasa dewasa. Muka penuh dengan parut chicken pox. dah tak boleh nak jadi Miss Universe untuk suami sendiri..huhu

OPPSSS..tidak semudah itu ye isteri2 solehah..muka yang penuh dengan parut chicken pox tu, kini kembali bebas parut, licin &  berseri2 dalam masa sebulan sahaja..

RAHSIANYA??

Energizing Soy Protein (ESP)
✔ protein yang membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan sel kulit baru dan memelihara agar kulit, otot kuku dan rambut menjadi sihat, dan cantik. 


Sustained Release Vitamin C
✔ Membantu merangsang pembentukan kolagen dan merawat kedutan. Mencantikkan kulit dan melambatkan penuaan.

Vitamin E Complex
✔ Membantu menghilangkan parut, bintik hitam dimuka, mengurangkan garis halus dan melambatkan penuaan.

Vitamin B Complex
✔ Membantu pembinaan sel-sel baru. Mengurangkan tekanan dan menyahkan toksin didalam badan.

GLA Complex

✔ Untuk kesimbangan hormon untuk menyerlahkan lagi seri wajah.

Klik Untuk Order: Set Lengkap Chicken Pox

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Friday, February 27, 2015

Kurma Banyakkan Susu Badan

Malam tadi dapat PM dari rakan FB bertanyakan tips untuk banyakkan susu badan. Macam biasa la saya akan bagi tips yang sama jugak.. Boleh rujuk disini Petua Mudah Banyakkan Susu Ibu.
Gambar Hiasan

Cume tambahan daripada tips di atas, saya kongsikan resepi MILKBOOSTER POWER saya:

Bahan-bahan:

3 biji kurma diremdam dalam sedikit air suam sampai lembut.
1-3 scoop ESP
5 biji Alfalfa Complex direndam dalam sedikit air suam sampai hancur.
Air Oren Sunquick yang dah disejukkan dalam peti ais

Caranya:

Campurkan semua bahan di atas dan blend...Siap untuk dinikmati :)

Selamat Mencuba!!!

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Alang2 dah dapat resepi smoothie kurma nie, eloklah kiranye kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang buah kurma nie..ye tak?:)

Khasiat Kurma.

1. Pembekal tenaga segera : Kurma mengandungi 50-57% glukosa.  Glukosa diserap oleh  tubuh serta merta tanpa perlu dipecahkan oleh enzim.

2. Bagus untuk sistem penghadaman: Makan kurma tanpa membuang kulitnya yang mengandungi 2-4% serat. 

3. Mengandungi Zat kalian terutamanya Potassium. Penting untuk sistem saraf, saluran darah dan jantung.

4. Juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, vitamin A dan C dan juga niacin.

5. Dalam setiap 100g kurma kering terkandung vitamin A 50iu, thiamine 0.09mg, riboflavin 0.10mg, niacin 2.20mg serta kalium 666mg. Nutrient2 ini berfungsi dalam penghasilan tenaga, kesihatan kulit dan saraf serta bagus untuk jantung.

Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/7478-kurma-dan-khasiatnya.html.

Apa yang saya kongsikan lebih kepada kandungan nutrisinya sahaja tanpa memasukkan secara terperinci tentang khasiatnya dalam pelbagai masalah kesihatan. Kalau saudara saudari google khasiat kurma mesti banyak yang bakal saudara saudari jumpa..

Apapun saya percaya, kurma sangat2 bagus untuk kesihatan disebabkan oleh nutrisi yang terkandung di dalamnya. Dan seharusnya ia dijadikan makanan wajib yang perlu ada di setiap rumah.

~Sebarkan Kebaikan Susu Ibu~
Klik Untuk Order : Set Lengkap Ibu Menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Monday, February 9, 2015

Cara Mudah Tambah Susu Badan Dengan cepat

Saya pasti ramai ibu2 menyusu yang mencari supplement untuk banyakkan susu dengan kadar yang cepat. Macam2 petua yang dicuba. Sanggup berhabis duit untuk pastikan susu untuk si manja mencukupi. 

Setelah melalui pengalaman menyusukan anak untuk kali 3, alhamdulillah pengalaman lepas banyak mengajar saya untuk tidak terlalu bergantung pada supplement. Walaupun untuk penyusuan kali ini saya tidak berhabis duit sebanyak anak yang ke2 untuk beli macam2 supplement milkbooster, Alhamdulillah stok susu saya dah penuh freezer. Tapi terpaksa berhabis duit untuk beli Deep Freezer pulak. Saya tak pernah menyangka freezer peti ais akan penuh sehingga terpaksa beli deep freezer untuk menyimpan stok susu saya. kagum dengan kejayaan sendiri :)

Apa yang penting, kita kena ingat dan ikut konsep Demand & Supply. kalau tak ikut konsep nie, makan pape pun susu badan camtu jugak..

Boleh baca lanjut entry saya 4 Tips Mudah Untuk Banyakkan Susu Ibu.

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..


Saya tidak nafikan, supplement amat membantu membanyakkan susu ibu. Tetapi, disamping mengamalkan supplement, perkara asas dalam penyusuan mesti diikuti. Untuk anak ke3, dari mengandung sehingga sekarang saya mengamalkan supplement Shaklee. Dari set mengandung sehingga set menyusu.

Set mengandung terdiri daripada ESP, Vita-Lea With Iron Formula, B Complex, SR Vita C Plus, Ostematrix dan Omegaguard (start  trimester ke2).

Set menyusu pula terdiri daripada ESP, Vita-Lea With Iron Formula, B Complex, SR Vita C Plus, Ostematrix, Alfalfa Complex. Saya juga terus mengambil Omegaguard untuk membekalkan DHA & EPA untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Saya bahagikan set menyusu kepada 3 set : Set Bajet, set Asas & Set Lengkap

Set Menyusu : Bajet

Terdiri daripada Alfalfa Complex Dan ESP

Set bajet ni paling ramai yang ambil. Maklumlah, ibu2 moden ni semua nak cepat je..nak hasil yang cepat. Bila tengok Alfalfa ni milbooster terus nak beli Alfalfa. Bile tengok testimoni susu pekat, terus nak beli ESP..tapi hakikatnya tak semudah itu!

Saya pun same jugak masa menyusukan anak ke2. Supplement pertama saya ambil adalah ALFALFA COMPLEX. Tapi hasilnya tak memuaskan. Susu camtu jugak..yela..mane taknya, liat giler nak pam kot. Lepas tu, saya add on ESP. Bila minum ESP susu memang pekat..sekali minum terus nampak kesannya. Tak lama lepas minum terus rase breast penuh. Yela kan..susu kan terdiri daripada protein. Bile kite minum protein opkos la cepat je susu dihasilkan. tapi saya masih tak berpuas hati dengan susu saya. Susu akan banyak bile saya minum ESP je. Bile berhenti minum, kembali kepada asal semula.

Bukan setakat supplement Shaklee yang saya cube, tapi macam2 lagi. Kalau nak kira balik banyak mane duit yang habis untuk semua milkbooster tu, mesti banyak giler...dulu, selalu kene tegur dengan suami sebab berhabis duit untuk beli milkbooster tapi susu badan camtu jugak..huhu..

Semua tu sebab saya tak ikut KONSEP DEMAND & SUPPLY..terang lagi bersuluh kot..nampak salah sendiri tetapi KEMALASAN menguasai diri :)...tapi untuk anak ke3 mata dah terbuka luas dan tahap KERAJINAN berjaya mengalahkan tahap KEMALASAN. Semuanya kerana anak tersayang.

Set Menyusu : Asas

Terdiri daripada Multivitamin VITALEA, B Complex, SR Vita C PLUS & Alfalfa Complex.

Setiap vitamin asas ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Badan ibu memerlukan kesemua vitamin untuk menyokong keperluan nutrisi yang mana mungkin tidak boleh diperolehi sepenuhnya daripada diet harian. Tambahan lagi, ibu2 dalam pantang terpaksa berpantang "makan" terutamanya yang berpantang dengan orang tua dikampung. Bolehkah ibu2 pastikan nutrisi ibu2 mencukupi & lengkap? Ada sesetemgah orang2 tua mengamalkan "catuan air" untuk ibu berpantang. Macam mana lah susu ibu nak dihasilkan kalau air pun tak mencukupi. Susu ibu terdiri daripada ~80% air. Sebab itu, pengambilan air 2-3 liter sehari untuk ibu2 menyusu sangat2 digalakkan.

Nutrisi lengkap memastikan badan ibu sihat dan kekal bertenaga. Disamping itu juga ia memastikan kawalan hormon yang seimbang dan mengatasi stress. Stress boleh merencatkan perembesan hormon prolaktin dan seterusnya akan mengganggu penghasialn susu ibu. jadi. jadi nutrisi yang lengkap dan seimbang sangat2 membantu dalam penghasilan susu ibu.

Kenapa VITALEA?

Ibu menyusu perlukan zat besi untuk mengekalkan paras Hemoglobin (Hb) yang normal Paras Hb yang rendah akan menjadikan ibu mudah pening, pitam dan letih. 

Klik untuk bacaan lanjut :Simptom dan Cara Merawat Anemia


Kenapa B Complex?

Seperti yang saya cakap tadi, stress boleh merencatkan perembesan hormon prolaktin dan seterusnya akan mengganggu penghasialn susu ibu. jadi. Oleh sebab itu, ibu meyusu tidak boleh stress. Memang tidak dinafikan , ibu menyusu memang penat & tak cukup tidur, Badan pun asyik sakit2 je. Ditambah lagi dengan sakit belakang sebab anak asyik nak melekat je. Itu semua penyumbang kepada stress. Sebab itu, ibu menyusu perlu ambil B Complex. B Complex membantu ibu2 untuk meredakan stress. Ia juga membantu dalam penghasilan tenaga.


Kenapa Alfalfa?

Alfalfa memang terkenal sebagai milkbooster sejak turun-temurun. Alfalfa membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Bila ibu menyusu, susu baru akan cepat dihasilkan semula. Tambahan pula, alfalfa juga mengandungi kalsium.

Kenapa SR Vita C PLUS?

Ibu menyusu perlukan vitamin C untuk menguatkan sistem imun dengan membantu dalam menghasilkan antibodi. Antibodi ibu akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

Set lengkap: Set Asas + ESP & Ostematrix

Kenapa ESP?

Protein adalah asas kepada pembinaan sel termasuk penghasilan susu ibu. Susu ibu juga terdiri daripada protein yang penting untuk pertumbuhan bayi. Disamping menbekalkan proetin, ESP juga membekalkan vitamin dan mineral lan.

Kenapa Ostematrix?

Ostematrix bukan sahaja membekalkan kalsium, tetapi juga mineral lain. Disamping menguatkan tulang ibu dan membekalkan kalsium yang cukup kepada bayi melalui susu ibu, Ostemtrix juga membantu untuk ibu tidur lena, mengatasi masalah sembelit dan menghilangkan sakit2 badan/kejang kaki.


Jadi, anda pilih yang mana?

Anda percaya tak kalau saya cakap, dengan hanya mengambil Set Asas anda sudah boleh banyakkan susu badan dengan syarat anda ikut konsep "demand & supply". Tetapi kalau anda ingin mengambil Set Lengkap, sudah semestinya itu yang terbaik kerana anda membekalkan secara terus sumber protein dan kalsium yang merupakan elemen penting dalam susu ibu. Saya tidak menggalakkan anda untuk mengambil Set bajet kerana jalan pintas belum tentu membantu anda untuk banyakkan susu badan secara konsisten.

Kalau tanya saya, saya sarankan Set Asas ATAU set lengkap sahaja.
Klik untuk order: Set BajetSet Asas & Set Lengkap


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shopp

AddThis