Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
Masalah Hb rendah adalah biasa dikalangan ibu2 hamil. Ikuti pengalaman Puan Aya yang mempunyai masalah Hb rendah sehinggakan 6 minggu lagi nak EDD Hb masih rendah8.7...tup tup 2minggu lepas tu jadi 11.8..ape citer nie??? Jom tengok...
------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Puan Aya..Saya pun ade cerita saya sendiri..Nak dijadikan cerita.....
Selepas bersalin Alya 26/11/14 :
Masa keluar dari wad aritu (27/11/2014) Hb turun kepada 7..giler rendah kan..doktor pun risau nak bagi saya discharge..tp sy nak jugak discharge cepat2..saya memang nampak pucat sangat masa tu, tapi simptom2 pening2 kepala, rasa nak jatuh takde lagi masa tu..sebab tu saya kompidem je nak keluar wad cepat2..
Saya memang ada anemia sejak dulu lagi..sejak sebelum mengandung..masa mengandung lagi la Hb (haemoglobin) rendah..Masa mengandung anak ketiga nie, saya pernah ambil darah sekali je (masa tu 26mingu) untuk periksa paras Hb..masa tu Hb 9.5 (nie kire ok la..sebab masa mengandungkan Athirah dengan zulfa Hb tak sampai 9 pun..shaklee effect kot:))..sebab sepanjang mengandung makan set ibu hamil shaklee..
Balik rumah baru mula pening kepala..bila periksa kelompak bawah mata pun putih je..makin risau saya dibuatnye..huhu..
Dahla stok vita-lea takde kat umah..nak order kat online shaklee mungkin harini (1/12/14) atau besok baru sampai..nasib baik ada insan berhati mulia sedekahkan stok yg dia ada sikit..cukupla utk makan seminggu..selepas whatsapp beberapa minit terus die ajak jumpa untuk kasi vita-lea tu..rezeki kan:)..
Semoga dipermudahkan untuk kembali sihat..saya perlu sihat untuk jaga orang lain:))
------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah..setelah konsisten mengambil Vitelea With iron formula selama seminggu 2biji pagi, dan 2 biji malam, saya mula rase perubahan. Dah tak pening2 dah..sakit dada pun dah takde..kalau tak asyik mengah je..cam sesak nafas..kelopak bawah mata pun dah merah..Saya kurangkan dos Vitalea perlahan..dari 4 biji sehari --> 2 biji sehari--> sebiji sehari. Setiap kali saya telan Vitelea, saya wajib ambil Vita C SR sekali untuk penyerapan iron yang optimum.
------------------------------------------------------------------------
Setelah sekian lama tak perhi buat blood test, minggu lepas merajinkan diri untuk pergi klinik staff untuk ambik darah..Bacaan Hb terkini (15/4/2015) : 11.8 (normal 12)..Paras kolestrol juga normal..Alhamdulillah:))
------------------------------------------------------------------------
Jom baca lanjut berkaitan Anemia:
- Anemia adalah satu masalah perubatan dimana seseorang itu tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi. Terdapat tiga jenis sel yang beredar dalam sistem badan kita iaitu: sel darah merah, sel darah putih dan platelet (sel darah beku).
- Sel darah merah, mengandungi haemoglobin iaitu sel merah yang kaya dengan zat besi dan protein. Ia berfungsi membawa oksigen dari paru-paru kepada seluruh otot-otot dan organ di dalam badan.
- Oksigen membekalkan tenaga kepada badan yang memerlukannya untuk aktiviti yang normal. Buah pinggang (ginjal) mengeluarkan satu jenis hormon yang dikenali sebagai Erythropoietin di mana hormon ini akan merangsang pengeluaran sel darah merah di dalam sum-sum tulang. Pengurangan paras Erythropoietin atau sebarang rawatan yang melibatkan sum-sum tulang (seperti rawatan kemoterapi) akan menyebabkan terjadinya anemia (kekurangan sel darah merah).
- Sel darah putih adalah bertanggungjawab untuk melawan jangkitan kuman.
- Platelet (sel darah beku) bertanggung jawab untuk menolong memberhentikan pendarahan akibat sesuatu kecederaan.
- Anemia dikalangan warga emas boleh menjadi satu petanda seseorang pesakit itu menghidapi penyakit kronik.
- Anemia di kalangan warga emas disebabkan oleh berbagai-bagai faktor termasuk keturunan, kekurangan vitamin, kekurangan zat besi dan juga penyakit.
- Penyebab utama anemia dikalangan warga emas adalah penyakit kronik termasuk penyakit inflammasi (radang), kanser dan jangkitan kronik. Selain itu, penyebab yang lain seperti kekurangan nutrisi terutamanya asid folik dan cobalamin (vit B 12) juga boleh menyebabkan anemia.
Faktor-faktor risiko - Faktor berikut akan meningkatkan risiko anemia:
- Pemakanan yang tidak sihat - golongan muda atau tua yang mana mengalami kekurangan zat besi dan vitamin terutamanya asid folik, akan mempunyai risiko terjadi anemia. Badan kita memerlukan zat besi/iron, protein dan vitamin untuk mengeluarkan jumlah sel darah merah yang mencukupi.
- Penyakit usus- penyakit usus terutamanya usus kecil boleh mengganggu penyerapan bahan nutrisi kedalam usus. Contohnya penyakit Crohn's dan Celiac. Pembedahan pembuangan sebahagian dari usus kecil juga boleh mengganggu penyerapan bahan nutrisi dan mengakibatkan kekurangan vitamin serta terjadi anemia.
- Penyakit kronik contohnya kanser, kegagalan ginjal dan hati. Selain itu, kehilangan darah secara perlahan-lahan dan kronik akibat ulser perut atau usus boleh menyebabkan anemia.
- Sejarah Keluarga - Ada sejarah anemia disebabkan keturunan seperti talasemia.
- Faktor-faktor lain - jangkitan kuman, penyakit darah dan penyakit autoimmune, pendedahan kepada bahan kimia yang toksik dan penggunaan ubat-ubatan yang boleh menjejaskan pengeluaran sel darah merah. Selain itu, ada juga golongan yang berisiko mendapat anemia seperti pesakit diabetes mellitus, pengambilan alkohol yang tinggi dan berpanjangan dan orang yang mengamalkan makanan sayur-sayuran (vegetarian) di mana pemakanan mereka kurang zat besi/iron dan vitamin B-12.
Gejala / tanda-tanda anemia ini berbeza-beza bergantung kepada punca-punca anemia dan masalah perubatan yang dialami. Tanda-tanda anemia termasuk :
- merasa letih dan lemah
- pucat dan kadang-kadang kuku jari mudah patah
- sakit dada
- sakit kepala atau pening
- denyutan jantung yang pantas atau tidak normal
- sesak nafas
- masalah kognitif
- kemurungan atau keresahan
Komplikasi
Jika tidak dirawat, anemia akan menyebabkan banyak komplikasi. Contohnya seperti:
- Keletihan yang teruk- Bila berlaku anemia yang teruk,seseorang itu akan merasa terlalu letih dan tidak bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas hariannya.
- Penyakit jantung- anemia akan menyebabkan denyutan jantung terlalu pantas atau tidak normal yang dipanggil arrhythmia. Ini kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah dalam mengatasi kekurangan oksigen dalam darah. Ini akan mengakibatkan kegagalan jantung (heart failure)
- Kerosakan saraf- kekurangan vitamin B 12 akan menganggu penghasilan sel darah merah dan fungsi saraf.
- Gangguan fungsi otak/mental- kekurangan vitamin B12 juga boleh menjejaskan fungsi otak seperti memori (daya ingatan).
- Kematian - anemia yang disebabkan keturunan seperti sickle cell akan mengakibatkan komplikasi yang serius dan boleh membawa kematian. Kehilangan darah yang banyak dan cepat akan menyebabkan anemia yang teruk dan membawa kematian.
Rawatan anemia bergantung kepada penyebabnya:
- Anemia kekurangan zat besi ( iron): anemia jenis ini dirawat dengan memberi suplimen zat besi yang perlu diambil untuk beberapa bulan atau jangka masa yang panjang. Jika punca anemia ini disebabkan oleh kehilangan darah maka punca pendarahan mesti dikenalpasti dan perlu diberhentikan pendarahan itu.
- Anemia kekurangan vitamin: Pernicious anemia perlu dirawat dengan suntikan vitamin B12 kemungkinan untuk sepanjang hidup. Anemia disebabkan oleh kekurangan asid folik mesti dirawat dengan memberikan suplimen asid folik.
- Anemia yang disebabkan oleh penyakit kronik: tiada rawatan yang khusus untuk ini. Ia perlu dirawat mengikut puncanya. Jika tanda-tanda anemia bertambah teruk, tranfusi darah atau suntikan erythropoietin sintetik (hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang) boleh digunakan untuk merangsang pengeluaran sel darah merah. Ini akan mengurangkan simptom anemia.
- Aplastic anemia: rawatan anemia ini adalah dengan transfusi darah untuk meningkatkan sel darah merah. Jika tulang sum-sum tidak sihat, kemungkinan pemindahan sum-sum tulang akan dijalankan.
- Anemia yang disebabkan oleh penyakit sum-sum tulang: Rawatan merangkumi ubat-ubatan, kemoterapi atau pemindahan sum-sum tulang.
- Anemia haemolitik: Rawatannya termasuk mengelakkanpengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sel darah merah hancur atau menekan sistem pertahanan badan. Merawat infeksi atau jangkitan (jika ada). Rawatan dengan steroid gamma globulin atau ubat-ubatan yang meningkatkan sistem pertahanan badan.
Pencegahan
Kebanyakan anemia boleh dicegah. Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi atau vitamin boleh dielakkan jika kita mengambil makanan yang sihat seperti:
- Iron (zat besi): makanan yang kaya zat besi adalah daging, kekacang, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering dan peanut butter.
- Folate: boleh di dapati dalam jus limau dan buah-buahan, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau, bijirin, kekacang, roti dan pasta.
- Vitamin B12: vitamin ini tedapat dengan banyaknya didalam daging dan susu.
- Vitamin C: Makanan yang mengandungi vitamin C adalah buah-buahan seperti buah oren, tembikai dan lain-lain. Vitamin C ini menolong penyerapan zat besi.
http://www.myhealth.gov.my/index.php/warga-emas/penyakit-biasa/anemia-di-kalangan-warga-emas
Apa yang shaklee boleh bantu anda?
Klik untuk order:
B Complex : ada asid folik dan Vitamin B12
Vita C Sr & Vita Lea iron Formula : lengkap dengan iron, Vitamin B12, asid folik,vitamin C dll multivitamin dan mineral.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
Apa yang shaklee boleh bantu anda?
Klik untuk order:
B Complex : ada asid folik dan Vitamin B12
Vita C Sr & Vita Lea iron Formula : lengkap dengan iron, Vitamin B12, asid folik,vitamin C dll multivitamin dan mineral.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
No comments:
Post a Comment