Alhamdulillah...
Diberi kesempatan untuk meneruskan hidup ini..Masih diberi kesempatan untuk bertaubat atas dosa-dosa lalu.. Terlalu banyak nikmat yang selalu kita lupa syukuri..Nikmat hidup..nikmat iman dan Islam..Betapa kerdilnya diri ini kalau nak dibandingkan dengan nikmat yang telah Allah berikan selama kita hidup di dunia ini.
Alhamdulillah, saya telah selamat lahirkan puteri ketiga pada 26/11/2014 jam 12.57 pagi setelah 12 jam berada di bilik bersalin..Perjalanan saya tak terhenti disitu kerana terpaksa dimasukkan ke dewan bedah kerana pendarahan yang banyak disebabkan kerana bahagian dalam serviks terkoyak.. kalau nak diimbas kembali sepanjang tempoh berada di hospital, rasanya lepas nie dah taknak bersalin dah..trauma..takut..ngeri..semua ada.
Tanda-tanda kelahiran bermula 24 jam sebelum kelahiran. Bermula dengan keluar pendarahan berwarna coklat (macam diakhir haid). Diikuti dengan darah merah segar bersama lendir2. Masa nie memang rasa masa nak bersalin dah dekat. Bangun pagi tengok lendir darah makin banyak. Terus siap2 ajak suami pergi klinik berdekatan untuk check kot2 jalan dah terbuka..Kalau boleh taknak pergi hospital lagi..malas nak duduk wad lama2..baik rehat kat rumah je dulu kalau jalan tak terbuka lagi kan..Tapi bila pergi klinik doktor cakap dan terbuka 1.5cm, darah pun dah banyak..tapi serviks masih tebal..nie yang buat saya rasa nak duduk kat rumah je..kalau serviks tebal biasanya lambat lagi la baby keluar..tapi doktor cakap kena pergi hospital cepat2 sebab jalan dah terbuka..sebelum tengahari dah kena pergi hospital. Lagipun nie anak ketiga..makin cepat la baby keluar..tu doktor yang cakap la kan..huhu..
Dalam pukul 3petang baru doktor incharge datang (saya memang pilih doktor yang sama dari anak pertama lagi)..die pun terkejut tengok result CTG. Dia tanya kot2 saya ada ambil ubat..maklumla pharmacist kan..kot2 la memandai je ambil ubat sendiri kan..masa doktor check jalan baru 3cm..tensionnye kan..contraction beriya je..tapi jalan tak terbuka pun..tapi saya sendiri pun dah boleh rasa memang jalan tak terbuka lagi sebab saya masih boleh bertahan dengan contraction tu..kalau contraction tu betul2 kuat mesti saya dah menangis-nangis tahan sakit..pada saya biarla proses bersalin tu berjalan secara normal.
Makin lama, contraction makin kuat..nasib baik suami ada untuk tolong urut kat belakang..sebelum masuk wad memang dah set mind taknak ambil painkiller..tapi bila contraction dah makin kuat, saya rasa saya dah tak boleh bertahan dah..at last saya panggil staff nurse untuk ambil painkiller. Diorang bagi Inj Nubain..sebelum diorang inject dorang check jalan dulu..masa tu baru 4 cm (lambat giler jalan terbukak..8 jam baru bertambah 1 cm..). Sakit gilerrr masa kena inject kat peha nie...huhu..tapi kesan dia ok sikit la dari Inj pethidine..Saya ambil Inj Nubain pukul 10mlm..boleh la kurangkan sakit dalam tempoh 2 jam..boleh la tidur kejap kumpul tenaga untuk push baby nanti..
Pukul 12am tibe2 contraction makin kuat..yang teramat kuat..saya dah dapat rasa jalan dah terbuka banyak dah..menjerit2 saya menahan kesakitan..rasa nak push je semua keluar...tak lama lepas tu baru saya panggil staff nurse cakap saya dah tak tahan..baby dah nak keluar..bila check jalan dan terbuka 8cm (masa nie cepat la pulak jalan terbukak..2 jam bertambah 4cm)..so diorang sediakan alatan untuk sambut baby..tapi pape pun kena tunggu doktor sampai..malangnya doktor lambat sampai..sakit makin kuat..saya dah tak tahan dah..rasa nak push semua keluar cepat2..
Tunggu punye tunggu doktor tak sampai2..saya makin stress..jeritan saya makin kuat..akhirnya saya bersalin tanpa doktor..Baby saya disambut oleh midwife dan dibantu oleh 2 orang staff nurse.. Alhamdulillah.. baby saya selamat. Cukup sifatnya..Alhamdulillah..airmata seorang ibu mengalir kegembiraan.
Cerita saya tak terhenti disini..saya mengalami pendarahan yang teruk dan terpaksa dimasukkan ke dalam dewan bedah kerana serviks terkoyak dan perlu dijahit secepat mungkin untuk mengelakkan pendarahan yang berterusan...nanti saya kongsikan kesalahan2 yang saya buat semasa proses untuk keluarkan baby yang menjadi punca kenapa servik terkoyak dan bagaimana nak cegah koyakan kat tempat lain.
-to be continued-
No comments:
Post a Comment