Monday, November 24, 2014

Kawal SLE Dengan Shaklee


Klik untuk Order: Omegaguard

Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Omegaguard Dan SLE
Kajian tersebut menunjukkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan mungkin memberikan kesan positif  dalam mengubah symptomatic disease activity dalam SLE.


Keradangan merupakan salah satu komponen dalam penyakit akut dan kronik dan dicirikan dengan penghasilan inflammatory cytokines, arachidonic acid–derived eicosanoids, perantara inflammatory lain dan  molekul lekatan. Rantai Panjang asid lemak poli tak tepu omega 3 akan mengurangkan penghasilan perantara inflamasi (eicosanoids, cytokines dan reakitf oksigen spesies) dan ekspressi molekul lekatan.

Ia bertindak secara langsung (iaitu menggantikan  arachidonic acid sebagai eicosanoid substrate dan merencatkan metabolism  arachidonic acid) dan secara tidak langsung (iaitu dengan mengubah ekspresi gene inflamasi melalui kesan terhadap pengaktifan factor  transkripsi.

Rantai Panjang asid lemak poli tak tepu (omega 3) juga akan meningkatkan perantara anti-inflamasi (resolvins). Oleh itu, omega 3 berpotensi sebagai ejen anti-inflamasi yang kuat. Oleh itu, ia mungkin boleh digunakan secara terapeutik dalam pelbagai keadaan inflamasi akut dan kronik. Keberkesanan Omega 3 sebagai anti-inflamasi mungkin boleh ditambah baik dengan mengurangkan pengambilan omega 6 terutamanya arachidonic acid.


* Pengambilan omega 6 dalam diet harian juga penting kerana ia menghasilkan kedua-dua anti-inflamasi dan pro-inflamasi. Apa yang penting adalah nisbah pengambilannya Omega 6: omega 3 mestilah tidak melebih 4:1.



Sumber: The Clinical Effect of Dietary Supplementation with Omega-3 Fish Oils and/or Copper in Systemic Lupus Erythematosus. Emeir M.D. Et Al. 2004. J Rheumatol 31:1551–6.



Maklumat lanjut berkaitan SLE:



Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

(1) Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
(2) Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
(3) Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

Apakah SLE?

(1) Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus: penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 
(2) Menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. 
(3) Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. 
(4) Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:

(1) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

(2) Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

(3) Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

(4) Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil“drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Apakah Yang Menyebabkan SLE?

(1) SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. 
(2) Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
(3) Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. 
(4) Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Apakah Gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. 

Ciri-ciri penyakit ialah:

(1) Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
(2) Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
(3) Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
(4) Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
(5) Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
(6) Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
(7) Sawan, strok dan gangguan mental
(8) Risiko untuk mendapat darah beku
(9) Kerap keguguran bayi
(10) Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang

(11) Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

guide-01
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut: 

Buah pinggang

Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. 

Paru-paru

Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf

SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah

Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah

Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung

Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Kesimpulan yang boleh saya buat melalui pembacaan diatas adalah gejala2 dan kesan SLE kepada badan pesakit banyak melibatkan KERADANGAN (INFLAMASI). Dan ini selari dengan hasil kajian di atas yang menunjukkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan  (OMEGA 3) mungkin memberikan kesan positif  dalam mengubah symptomatic disease activity dalam SLE.

Bagaimanakah SLE boleh dirawat?

Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

NSAIDs

Ubat bagi mengurangkan keradangan dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs) 

Hydroxychloroquine

Ianya biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. 

Kortikosteroid

Merupakan rawatan utama untuk SLE. Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. 

Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. 
Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. 

Immunosuppresif

Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. 

Sumber: http://www.lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit.

Semulajadi Atau Sintetik???

Pilihan Ditangan Anda.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis