Friday, November 21, 2014

Makanan Penggalak Susu Ibu

Susu Ibu Merupakan Sumber Makanan Terbaik Bagi Bayi Bagi Tahun Pertama. 
Susu ibu merupakan cecair kompleks yang mengandungi karbohidrat, protein, lipid, sel-sel dan pelbagai komponen biologi yang penting. Selain itu, ia juga mengandungi mikronutrien, mineral, unsur-unsur zurih, immunoglobulins, gene dan hormon.



Penyusuan susu ibu mempunyai kebaikan yang jelas samada kepada bayi, ibu, keluarga dan masyarakat. Kebaikan ini termasuk faedah kesihatan, nutrisi, pertumbuhan, persekitaran, immunologic, psikologi, sosial dan ekonomi. Tambahan pula, penyusuan susu ibu adalah mudah dan bersih. Oleh sebab itu, penyusuan susu ibu sangat digalakkan. 

Faedah kesihatan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi.

Komposisi susu ibu mempunyai kandungan yang lengkap untuk nutrisi bayi. Susu ibu mengandungi banyak molekul bioaktif yang melindungi bayi daripada keradangan dan jangkitan dan menolong menguatkan lagi sistem imun dan perkembangan organ.  Penyusuan susu ibu mengurangkan kejadian dan keseriusan pelbagai penyakit termasuk bacterial meningitis, jangkitan saluran pernafasan , jangkitan saluran kencing, otitis media, cirit-birit, necrotizing enterocolitis dan sepsis dalam bayi pra-matang.  Tambahan lagi, sudden infant death syndrome dan post neonatal infant mortality dalam tahun yang pertama akan menurun dalam bayi yang menyusu susu ibu.


Sesetengah kajian menunjukkan penurunan dalam kejadian lebih berat badan, obesiti, hiperkolestrol, DM,  atherosclerosis, asma, leukemia, limphoma dan hodgkin disease pada kanak-kanak dan dewasa yang menyusu badan jika dibandingkan dengan individu yang tidak menyusu badan.


Faedah penyusuan susu ibu kepada ibu adalah boleh mengembalikan berat badan sebelum hamil lebih awal, mengurangkan pendarahan selepas bersalin, mengurangkan kehilangan darah semasa haid, menjarakkan anak, mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari, dan mengurang risiko osteoporosis post -menopousal.


Penghasilan Susu Ibu.

Semasa tempoh pantang hormon estrogen dan progestrone menurun. Kesan rangsangan prolaktin akan meningkat dan mencapai puncak semasa hari bersalin. Pencetus kepada perembesan susu ibu berkait dengan peningkatan paras prolaktin yang dirangsang oleh hisapan yang mencukupi.



Ejeksi susu terhasil daripada refleks neurohormonal hasil daripada rangsangan sel-sel myoepithelial pada payudara oleh hormon oksitosin daripada posterior pituitary. Rangsangan pada puting hasil daripada hisapan bayi adalah penting untuk perembesan hormon oksitosin dan prolaktin.


Secara kesimpulannya, proses permulaan dan kelangsungan laktasi bergantung kepada paras prolaktin, oksitosin dan hisapan bayi. 



Inilah yang dikatakan "supply based on demand". Semakin banyak bayi menyusu (atau payudara dikosongkan secara perahan tangan atau pam), semakin banyak sus dihasilkan. Hisapan bayi menghantar pesanan kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu.

Tidak Cukup Susu



Rungutan paling banyak oleh ibu menyusu adalah tidak cukup susu. Secara keseluruhannya, banyak faktor yang mempengaruhi penghasilan susu ibu seperti sentuhan ibu dan anak, penyusuan diperingkat awal dan penyakit. Kegagalan proses penyusuan mungkin disebabkan oleh ibu atau anak dan perpisahan antara ibu dan anak, bersalin secara pembedahan, kelahiran pra-matang, kesakitan selepas bersalin, penat, keresahan, kembali bekerja, tertekan atau mengambil perencat prolaktin yang kuat.



Rangsangan yang tidak cukup disebabkan oleh teknik penyusuan yang tidak efektif atau saiz puting yang kecil menyebabkan kesan prolaktin yang kurang terhadap hisapan. Tertekan atau rasa takut juga mengurangkan perembesan oksitosin dalam ibu menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh pengetahuan yang kurang dikalangan ibu tentang penyusuan yang betul dan selalu menyebabkan ibu bertukar kepada penggunaan botol susu yang akhirnya akan mengurangkan atau menghenti proses penyusuan.



Sumber: Breastfeeding And Galactogugues Agents. Sevil, B. G. & Zehra, K. Acta Medica Anatolia, Volume 2 Isssue  3 2014.

Herbal galactagogues (Herba Penggalak Susu Ibu)


Terdapat pelbagai Herba dan makanan yang digunakan sebagai galactogogues (penggalak susu ibu). Yang paling banyak digunakan sebagai herba atau makanan penggalak susu ibu termasuk Alfalfa, fennelblessed thistle, biji halba, goat's rue dan milk thistle.


Selain bertindak sebagai penggalak susu ibu, biasanya herba penggalak susu ibu juga mempunyai kesan-kesan yang lain seperti dibawah:

 (1) Alfalfa (Medicago sativa) : Diuretic (lawas kencing)  dan laxative (lawas buang air besar)
(2) Anise (Anisi fructus): Anxiety (keresahan) dan anti-flatulent (buang gas dalam perut).
(3) Blessed Thistle : Menambah selera makan dan melegakan ketidakselesaan perut.
(4) Coriander (ketumbar): Anti-flatulent (buang gas dalam perut), diuretics  (lawas kencing) dan anti-diabetis
(5) Fenugreek (biji halba): menambah selera makan  dan mengawal inflamasi.
(6) Fennel: Masalah penghadaman, dan sebagai ubat batuk (expectorant).
(7) Bawang putih: Kesan positif kepada kardiovaskular dan merangsang sistem imun.
(8) Milk Thistle: sifat pelindung hati

Apa yang shaklee boleh bantu anda?
Alfalfa Complex (klik untuk order)
Garlic Complex (klik untuk order)

Klik Untuk Order : Set Lengkap Ibu Menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis