Kedua-duanya membantu dalam keradangan..tapi Omega 3 yang ada dalam omegaguard nie kaya dengan DHA & EPA dan merupakan minyak ikan yang berkualiti dan bebas daripada pencemaran.
Steroids nie pulak dadah sintetik yang semua orang tahu banyak kesan sampingannya..kalau google je mesti berderet keluar senarai kesan sampingan steroid. Kalau kat kaunter Farmasi pesakit selalu tanya, bahaya tak pakai steroid nie (topikal)..hmm..susah nak jawab kan..tapi as pharmacist saya cakap la, kalua pakai dalam kuantiti yang sedikit dan untuk tempoh yang tidak lama, insyaAllah tiada kesan yang memudaratkan. Yang kita takut penggunaan steroid untuk jangka masa panjang.
Tak kira la klinik swasta atau kerajaan, steroid memang banyak digunakan. Saya pernah pergi bawa anak saya Zulfa untuk jumpe doktor sebab rashes kat punggung dia. Then doktor bagi Clobetasone propionioate cream...terkejut saya tengok..tapi saya diam jela..nie salah satu steroid cream yang paling kuat. Pada saya memang tak patut kasi kat budak2 yang baru berumur 1 tahun 6 bulan..dah la kena sapu kat punggung yang kulit die memang nipis..Saya memang risau tengok rashes anak saya tu..takut makin teruk dan merebak..then saya decide untuk sapu hydrocortisone oinment je..yang nie steroid yang paling tak kuat...saya sapu untuk 2-3 hari je..sekali sehari untuk minimakan kesan sampingan..saya banyakkan sapu minyak kelapa dara je...omegaguard saya campur je dalam susu..Alhamdulillah..rashes sembuh..seboleh-bolehnya saya taknak kasi steroid untuk anak saya...kesian kat dia dapat kesan sampingan nnt..
Steroid yang paling biasa adalah prednisolone...Bagi yang belum tahu, ubat2 yang mengandungi steroid akan ada 'sone' kat belakang die contohnya hydrocortisone, betamethasone, clobetasone, mometasone, dexamethasone..so kena alert la sebelum pakai apa2 unat samada telan, sapu atau titis.
Siapa yang boleh mendapat manfaat daripada omega 3 nie?
Yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan keradangan (inflammation) la..contohnye:
Asthma
Batuk
Nephritis
SLE
Eczema
Arthritis
Bronkitis
Pharingitis
Dll...yang ade 'itis' kat belakang tu:))
Jom kita berkenalan dengan Steroids:
(sumber:http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/ubat-a-anda/fakta-ubat/penggunaan-steroid)
Pengenalan
Steroid merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dengan mengawal fungsi badan.
Apa itu Streoid?
Steroid di kategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Sebarang produk yang mengandungi steroid hendaklah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jenis-jenis Steroid
Steroid terbahagi kepada dua jenis iaitu steroid anabolik dan kortikosteroid. Steroid anabolik merupakan steroid buatan yang bertindak seperti hormon lelaki.
Kortikosteroid pula terbahagi kepada beberapa jenis seperti prednisolone, dexamethasone, betamethasone dan lain-lain.
Steroid anabolik kebiasaannya dalam bentuk cecair untuk disuntik manakala kortikosteroid terdiri daripada persediaan yang lebih pelbagai seperti dalam bentuk berikut;
- Kapsul/tablet
- Krim
- Ubat sedut (“Inhaler”)
- Titis mata
Persediaan yang pelbagai ini bertujuan untuk merawat penyakit-penyakit yang berlainan. Sebagai contoh, pesakit ekzema akan menerima steroid dalam bentuk krim untuk di sapu ke bahagian bermasalah. Pesakit asma akan menggunakan ubat sedut untuk melegakan radang pada paru-paru. Steroid dalam bentuk kapsul/tablet akan dipreskrip kepada pesakit gout/athritis.
Kegunaan Steroid
Dalam perubatan moden, steroid anabolik seperti testosterone membantu dalam pembinaan otot badan. Doktor akan mempreskrip ubat ini untuk merawat pesakit AIDS yang mengalami pengecutan otot.
Berbeza dengan steroid anabolik, kortikosteroid bertindak dengan mengurangkan pembengkakkan atau dengan kata lain sebagai agen antiradang. Ia juga membantutkan tindakan imun badan yang terlampau aktif.
Oleh sebab sifat antiradang kortikosteroid, ia digunakan oleh pesakit asma dan arhtritis. Kortikosteroid juga turut digunakan dalam rawatan termasuk lupus (keradangan kronik), ekzema, psoriasis dan alergik.
Kortikosteroid turut di beri kepada pesakit yang menerima organ transplan untuk mengelakkan penolakan organ baru oleh badan.
Kesan Sampingan
Dalam jangka masa pendek, pengguna steroid akan mengalami pertambahahan berat badan yang mendadak. Bahagian muka akan menjadi sembab atau lebih dikenali dengan istilah “moon face”.
Selain itu, pengguna lelaki akan mengalami kehilangan rambut yang mengakibatkan botak pada bahagian tertentu kepala. Keadaan ini hanya sementara, rambut akan tumbuh semula selepas pengambilan steroid dihentikan.
Masalah jerawat juga akan membelenggui pengguna steroid. Kulit akan menjadi nipis dan menyebabkan ia mudah luka.
Sama seperti ubat-ubat lain, pengguna akan merasa pening dan mual selepas mengambil steroid. Mereka yang pernah mengalami gastrik, perokok atau pengguna alkohol berpotensi besar untuk mendapat ulser di organ pencernaan seperti perut dan usus.
Selain mampu merosakkan buah pinggang, pengguna steroid juga terdedah kepada risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Pengambilan jangka masa panjang, akan mengakibatkan tulang rapuh. Keadaan ini menyebabkan tulang seseorang itu tidak kuat dan mudah patah walaupun terkena hentakan yang perlahan.
Pertumbuhan kanak-kanak yang terdedah dengan steroid untuk tempoh yang lama juga boleh terganggu. Steroid menghalang penghasilan hormon tumbesaran di dalam badan manusia.
Penggunaan steroid untuk tempoh yang lama di bahagian mata boleh menyebabkan penghasilan selaput mata berlebihan dan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai katarak. Keadaan ini sekiranya tidak dirawat dengan baik akan menyebabkan seseorang itu hilang penglihatan.
Seseorang yang mengalami jangkitan tidak seharusnya mengambil steroid. Ini kerana, steroid akan membantutkan sistem imun lantas menyebabkan jangkitan menjadi semakin parah. Pesakit yang sedang dirawat dengan steroid harus berhati-hati sekiranya terdedah dengan risiko jangkitan kuman memandangkan imun badan yang agak lemah.
AWAS!!!!
Kini kita sering dengar tentang “Ubat Ajaib” yang dikatakan mampu memulihkan banyak penyakit. Umum perlu berhati-hati kerana ubat-ubat atau makanan dengan tuntutan perubatan yang melampau itu mungkin mengandungi steroid. Manakan tidak, sakit lutut yang dialami setelah sekian lama hilang sekelip mata selepas mengambil ubat tersebut.
Steroid memang memberi kesan yang cepat..tapi ingat kesan-kesan sampingan yang ada..biar lambat asal selamat..
Pilihan Ditangan Anda..
Klik untuk order: omegaguard
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
No comments:
Post a Comment