Friday, November 21, 2014

3 Manfaat Polifenol Dalam Vivix Shaklee


POLIFENOL

Sumber utama:
Epal, anggur, pir, ceri dan pelbagai jenis beri (200-300mg polifenol / 100g berat mentah).
Secawan teh atau kopi mengandungi 100mg polifenol.
Bijirin, coklat, dan kekacang kering juga menyumbang kepada pengambilan polifenol harian.

Sifat antioksidan dalam polifenol adalah 10x ganda lebih tinggi daripada vitamin C dan 100x lebih tinggi daripada vitamin E dan carotenoids.

Seperti antioksidan yang lain, polifenol boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh oksidasi yang mana akan mengehadkan risiko untuk pelbagai penyakit degenerasi yang berkaitan dengan oxidative stress (tekanan oksidatif).

Sifat Antioksidan Polifenol

Penyakit degenerasi seperti kanser, penyakit kardiovascular dan osteoporosis berkait rapat dengan penuaan. Kerosakan oksidasi pada komponen sel, DNA, proteins dan lipid akan terkumpul apabila usia meningkat dan ini akan menyumbang kepada degenerasi sel somatik dan pathogenesis penyakit. Antioksidan yang hadir dalam makanan akan mengehadkan kerosakan dengan bertindak secara langsung pada reaktif oksigen spesies atau merangsang sistem pertahanan dalaman.

(1) Polifenol dan Kanser
Mekanisma:
1. Polifenol boleh bertindak sebagai blocking agent pada peringkat permulaan (initiation).
2.  Polifenol boleh bertindak sebagai supressing agents (ejen penyekat) dan merencatkan pembentukan dan pertumbuhan tumor daripada sel pemula. Ia juga merencatkan poliferasi sel.
3. Polifenol boleh mencetuskan apoptosis sel2 tumor dan dengan itu boleh mengurangkan pertumbuhan tumor.

(2) Polifenol dan Penyakit Neurodegenerasi.
15% daripada populasi berumur 65 tahun ke atas mengalami Penyakit Alzheimer dan 1% mengalami penyakit Parkinson. Penyakit tersebut berkadar langsung dengan oxidative stress (tekanan oksidatif) yang biasanya akan mempengaruhi tisu-tisu otak.  Dengan itu, antioksidan boleh menyumbang kepada pencegahan penyakit berkenaan.

(3) Polifenol dan Diabetes.
1.      Menghalang penyerapan glukosa di usus .
2.  Meningkatkan pengambilan glukosa oleh tisu-tisu periferal.
3.      Perencatan gluconeogenesis.
4.  Merangsang pengambilan glukosa melalui sistem adrenergik.
5.      Merangsang perembesan insulin oleh pancreatic beta sel.

Sumber: Dietary Polyphenols and Prevention of Diseases. Scalbert Et Al. 2005. Clinical Reviews in Food and Nutrition.

Klik untuk Order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

AddThis