Thursday, January 22, 2015

4 Petua Mudah Banyakkan Susu Ibu

Pagi2 nie nak kongsikan tips mudah untuk banyakkan susu ibu. Alhamdulillah setelah amalkan tips nie, stok susu saya dah penuh freezer macam dalam gambar (testimoni sendiri). Stok tu saya kumpul bermula 2 minggu selepas bersalin sampai umur baby masuk 45hari. kiranya sebulan untuk penuhkan freezer tu..sekarang semua stok tu dah pindah masuk deep freezer untuk panjangkan jangka hayatnya iaitu 6 bulan. Kalau dalam freezer 2 pintu tu tahan 3 bulan je kan.


Sebelum nie, anak pertama mampu susu badan sampai umur 3 bulan je. Yang ke 2 Alhamdulillah sampai setahun..tu pun setelah struggle giler2..macam2 milkbooster yang saya cuba..ESP, Alfalfa, nursing tea fabulous mom, halba, longan kering, kurma merah, Mother's secret, Horlick, habbatus sauda,..dll (lupe dah..banyak sgt).(klik untuk baca lanjut).

Antara petua mudah yang saya amalkan seawal dalam pantang lagi:

1) Minum banyak air suam. Pada saya, kalau nak menyusu anak  nie tak payah la nak pantang air sangat. sesetengah orang tu minum air pun bersukat. Macam mane la nak susu banyak kalau air tak cukup. Air merupakan komponen utama susu ibu ~80%. Sebab tu kalau bayi yang minum susu ibu tak perlu diberi air kosong. Bukan setakat tak perlu tapi TAK BOLEH (untuk yang berumur 6 bulan ke bawah) sebab banyak kesan mudarat yang lain.

2) Kerap menyusu @ pam setiap 2-3 jam. Diperingkat awal tak perlulah nak ikut sangat setiap 2 jam tu..semakin kerap semakin bagus. Makin banyak menyusu, makin banyak rangsangan, semakin banyak hormon prolaktin dirembeskan. Menyusu dengan kerap diperingkat awal kelahiran dapat mencegah jaundis. Jangan biarkan payudara penuh sebab ini akan memberi signal negatif kepada otak untuk merencatkan penghasilan susu ibu. Oleh tu, pam setiap 2-3jam sekali adalah perlu untuk pastikan payudara kosong. ..nak keterangan lanjut boleh request ye..ilmu penyusuan nie terlalu banyak (masih banyak yang perlu digali) untuk dikongsikan:).

3) Rehat dan tidur yang berkualiti. Ibu menyusu tak boleh stress kerana stress akan merencatkan perembesan hormon prolaktin. Tidur yang berkualiti juga penting. Nak cakap tidur yang cukup, kompem2la tak cukup tidur kan..terutamanya ibu dalam pantang..bayi masih dalam fasa untuk sesuaikan diri dengan dunia baru. tak tahu siang ke malam..sokongan keluarga dan suami adalah penting dalam meringankan beban ibu berpantang. 

Pada saya, tidur yang berkualiti untuk 1-2 jam malam pun dah mencukupi untuk memberi kerehatan kepada tubuh badan nie. Masa kita tidur, banyak proses tubuh yang berlaku termasuklah penghasilan susu ibu. kalau nak explain detail, memang panjang lebar la sebab melibatkan kawal atur hormon..tapi yang penting waktu malam hormon prolaktin banyak dirembeskan. 

Alhamdulillah dikurniakan suami yang memahami dan selalu membantu saya menjaga anak-anak. Jujur saya katakan, ostematrix cukup membantu mengurangkan sakit2 badan kerana tak cukup tidur dan selalu bangun untuk susukan anak. Supplement lain membantu ibu menyusu untuk kekal bertenaga walaupun tak cukup tidur dan sakit2 badan kerana selalu bangun malam untuk susukan anak.

4) Ambil makanan yang seimbang untuk membekalkan nutrisi lengkap. Ibu2 menyusu perlu makanan yang berkhasiat kerana nutrisi yang seimbang diperlukan dalma penghasilan susu ibu. Keperluan nutrisi ibu menyusu juga meningkat berbanding biasa. Pengambilan supplement adalah perlu bagi ibu2 yang bimbang tidak mendapat nutrisi lengkap daripada diet harian.

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..


Nak tahu lebih lanjut, boleh sms/whatsapp no dibawah ye..saya terlalu obsess dengan breastfeeding..kalau boleh nak share dengan ibu2 pengalaman sepanjang saya menyusukan anak pertama hingga yang ke 3..pahit manis sepanjang tempoh tu..terlalu banyak perkara yang boleh dikongsikan sebagai panduan dan motivasi untuk ibu2. Semoga ibu2 berjuang habis-habisan untuk menyusukan anak paling kurang 6 bulan.
Klik Untuk Order: Set Lengkap Ibu Menyusu

i love breastfeeding so much!!!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis