Tuesday, September 16, 2014

Tips Tambah Susu Badan: Milkbooster Yang Pernah Saya Cuba

Selamat pagi Pejuang-pejuang Penyusuan..

Tengah usaha untuk tambahkan stok susu dalam peti sejuk? Saya sangat obsess dengan breastfeeding. Untuk anak ketiga yang bakal lahir tak lama lagi ni, makin saya teruja nak berjuang habis-habisan untuk melengkapkan penyusuan sampai 2 tahun. Kebaikan susu ibu terlalu banyak dan besar pahalanya untuk ibu-ibu. Jadi kenapa nak sia-siakan peluang untuk menyusu anak sendiri kan.. Jangan sesekali cakap takde susu. Kita boleh usaha untuk banyakkan susu ibu. Yang penting USAHA.

Masa meyusukan anak kedua saya, saya berjuang habis-habisan untuk cukupkan at least 6 bulan.. Akhirnya berjaya. Lepas tu teruskan lagi sampai setahun..Disebabkan tak larat dah nak berjuang saya putuskan untuk berhenti menyusu masa anak saya cukup 1  tahun.. Alhmadulillah..

Ni antara milkbooster yang pernah cuba:

1) Air rendaman halba : ambil satu sudu kecil halba yang telah dicuci dan dikeringkan, lepas tu rendam dalam air panas selama klebih kurang 15 minit, le[as tu ,minum. Nak telan halba camtu je pun boleh..

2) Air rebusan longan kering dan kurma merah : Kuantiti yang diperlukan agak2 la ye..saya biasa buat satu periuk..lepas tu simpan dalam peti sejuk..kalau minum panas2 pun sedap..skadang2 saya tambah gula atau madu..

3) Lobak putih: Boleh buat sup lobak..yang ni saya tak pernah buat, tp kawan saya biasa buat sebab ni la milkbooster dia yang paling menjadi..

4) Habbatus sauda: Saya amalkan Minsyam Habbatus sauda dalam bentuk softgel..Ambil 2 biji sehari pagi2..

5) Horlick: bancuh je suam2..sedappp:)

6) kurma : Rendam 3biji kurma yang telah dibuang biji sehingga lembut. Kemudian blend bersama 2 sudu besar ESP + 5 biji Alfalfa yang telah direndam sampai hancur..untuk blend boleh guna air kesukaan masing2 cthnya oren sunquick, susu kambing, susu rendah lemak dll mengikut selera tekak masing2 

Setiap orang memberi respons yang berbeza-beza pada setiap milkbooster. Lain orang lain kesannya. Tak salah untuk cuba. Yang penting kita dah berusaha untuk meneruskan penyuaan ini selama yang boleh.

Good luck mommies:)


>> Wajib ikut konsep demand & supply<<


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis