Thursday, January 29, 2015

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Alhamdulillah..kembali bersiaran..sekarang susah sangat nak cari masa terluang untuk update blog.


Petang Sabtu lepas (24/01/15), Athirah tibe2 demam. Mulanya saya ingat urinary tratct infection sebab die mengadu gatal2 kat bahagian kemaluan. Tapi malam tu die mengadu gatal mulut, tapak tangan dan tapak kaki. Terus saya teringat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Lama2 makin banyak merah2 naik kat badan die..tapi yang paling ketara, die du menggaru je kat tangan dengan kaki. Dahla kat Tadika die Little Caliph pun banyak budak yang dah kena HFMD nie..cikgu kat tadika siap buat saringan kat pintu masuk  untuk periksa kanak2 yang hadir kot2 demam atau dah ade tanda HFMD nie. Sesiapa yang demam atau dah ade symptom HFMD nie tidak dibenarkan untuk masuk ke kelas dan diarahkan untuk balik berehat dirumah sehingga sembuh. Setahu saya, bukan di tadika ini sahaja, malah melibatkan banyak tadika lain di seluruh Malaysia. Ada yang terpaksa ditutup untuk tujuan disinfeksi untuk mengelakkan jangkitan menular lebih teruk.


Melihat status rakan2 lain dif b yang juga mempunyai ank yang baru dijangkiti HFMD nie, saya dengan yakinnya membuat diagnosis sendir..Athirah dah kene HFMD. Bukan taknak gie klinik, tapi keadaan tak mengizinkan. Pada malam Ahad, kami sekeluarga dah keluar untuk pergi klinik, tapi tibe2 Athirah buat pengai dalam kereta. Cakap taknak pergi klinik. Die cakap lapar..nak makan nasi. Hati ibu yang lembut nie pun tak sampai hati nakpakse2 die pergi jumpe doctor. Lagipun dari siang tadi die tak makan pape..minum pun asyik muntah je..tu yang bile die cakap lapar nak makan saya terus kesian kat die..Pastu cakap kat husben takpayah lah jumpe doctor, bawak die makan je..

Tapi sebelum pergi makan saya ajak husben singgah farmasi untuk beli oral aid sbb Athirah mengadu sakit mulut. Sebab tu die taknak makan. Sampai kat farmasi, saya terus cakap nak nak oral aid kat jurujual tu dan terus ke kaunter bayaran. Tapi husben sibuk tanye, taknak beli calamine lotion ke?..saya cakap takpela, herbalblend ade kat rumah..sapu herbal blend je..(tapi keesokkan harinya die gie beli jugak calamine cream kat klinik..huhu).

Disini saya nak kongsikan Cara Rawat dan Elakkan HFMD:

1. Saya mandikanAthirah dengan basic H. Letakkan dalam 1 sudu kecik je untuk 1 baldi air.

Klik untuk order: Basic H

2. Setiap kali lepas mandi saya akan sapu kat seluruh badan dia dengan Krim Herbal Blend (sekali je saya pakai calamine cream yang husben beli tu..wat syarat je) termasuklah private part..fokus pada tapak tangan , kaki , celah2 jari kaki dan tangan dan lutut.
Klik untuk order: Herbal Blend

3. Setiap kali saya sentuh Athirah saya akan pastikan tangan saya dicuci bersih untuk mengelakkan jangkitan pada adik2 die yang lain.

4. Saya juga asingkan tempat tidur die dengan adik2 yang lain takut berjangkit.
5. Selalu pesan kat Athirah jangan sentuh adik2, atau mandi bersama2 adik untuk mengelakkan jangkitan.
6. Masa mula2 dapat tahu Athirah demam, terus bagi Nutriferon yang berbaki 1 sachet tu..1 sachet untuk 3x kali makan..Alhamdulillah dalam tempoh kurang daripada 24jam Athirah dah tak demam dah…sponging jangan lupe ye :)
Klik untuk order: Nutriferon

7. Masa mula sakit, Athirah takde selera makan dan minum.. bila dia dah mula minta susu, saya campurkan susu die dengan melashake sikit (sebelum nie pun masa sihat mmg dah kasi pun :))
Klik untuk order: Omegaguard & Mealshakes

Alhamdulillah..athirah sembuh selepas 3 hari..mungkin sebab saya cepat mandikan die dgn Basic H dan sapu herbal blend, blister berair tu tak sempat timbul pun..semuanya dengan izin Allah..shaklee hanya asbab je.

Baca lanjut tentang HFMD..


Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).


Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.


Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.


Kebanyakkan penyakit ini tidak serius. Namun begitu, terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan system saraf dan jantung.


Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.


Tanda dan gejala:


1) ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin. 

2) ulser di tekak dan mulut.
3) deman dan sakit kepala
4) hilang selera makan

Langkah pencegahan:


1) cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

2) tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
3) jangan berkongsi barang2 peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
4) mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan  bayi atau anak kecil
5) cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
6) elakkan membawa anak kecil ke tenpat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda dan gejala penyakit tangan , kaki dan mulut:


1) bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.

2) Jangan hantar anak ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.

3) lap lelehan dari mulut dan hidung menggunkan tisu.


Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis