Showing posts with label Basic H. Show all posts
Showing posts with label Basic H. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Alhamdulillah..kembali bersiaran..sekarang susah sangat nak cari masa terluang untuk update blog.


Petang Sabtu lepas (24/01/15), Athirah tibe2 demam. Mulanya saya ingat urinary tratct infection sebab die mengadu gatal2 kat bahagian kemaluan. Tapi malam tu die mengadu gatal mulut, tapak tangan dan tapak kaki. Terus saya teringat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Lama2 makin banyak merah2 naik kat badan die..tapi yang paling ketara, die du menggaru je kat tangan dengan kaki. Dahla kat Tadika die Little Caliph pun banyak budak yang dah kena HFMD nie..cikgu kat tadika siap buat saringan kat pintu masuk  untuk periksa kanak2 yang hadir kot2 demam atau dah ade tanda HFMD nie. Sesiapa yang demam atau dah ade symptom HFMD nie tidak dibenarkan untuk masuk ke kelas dan diarahkan untuk balik berehat dirumah sehingga sembuh. Setahu saya, bukan di tadika ini sahaja, malah melibatkan banyak tadika lain di seluruh Malaysia. Ada yang terpaksa ditutup untuk tujuan disinfeksi untuk mengelakkan jangkitan menular lebih teruk.


Melihat status rakan2 lain dif b yang juga mempunyai ank yang baru dijangkiti HFMD nie, saya dengan yakinnya membuat diagnosis sendir..Athirah dah kene HFMD. Bukan taknak gie klinik, tapi keadaan tak mengizinkan. Pada malam Ahad, kami sekeluarga dah keluar untuk pergi klinik, tapi tibe2 Athirah buat pengai dalam kereta. Cakap taknak pergi klinik. Die cakap lapar..nak makan nasi. Hati ibu yang lembut nie pun tak sampai hati nakpakse2 die pergi jumpe doctor. Lagipun dari siang tadi die tak makan pape..minum pun asyik muntah je..tu yang bile die cakap lapar nak makan saya terus kesian kat die..Pastu cakap kat husben takpayah lah jumpe doctor, bawak die makan je..

Tapi sebelum pergi makan saya ajak husben singgah farmasi untuk beli oral aid sbb Athirah mengadu sakit mulut. Sebab tu die taknak makan. Sampai kat farmasi, saya terus cakap nak nak oral aid kat jurujual tu dan terus ke kaunter bayaran. Tapi husben sibuk tanye, taknak beli calamine lotion ke?..saya cakap takpela, herbalblend ade kat rumah..sapu herbal blend je..(tapi keesokkan harinya die gie beli jugak calamine cream kat klinik..huhu).

Disini saya nak kongsikan Cara Rawat dan Elakkan HFMD:

1. Saya mandikanAthirah dengan basic H. Letakkan dalam 1 sudu kecik je untuk 1 baldi air.

Klik untuk order: Basic H

2. Setiap kali lepas mandi saya akan sapu kat seluruh badan dia dengan Krim Herbal Blend (sekali je saya pakai calamine cream yang husben beli tu..wat syarat je) termasuklah private part..fokus pada tapak tangan , kaki , celah2 jari kaki dan tangan dan lutut.
Klik untuk order: Herbal Blend

3. Setiap kali saya sentuh Athirah saya akan pastikan tangan saya dicuci bersih untuk mengelakkan jangkitan pada adik2 die yang lain.

4. Saya juga asingkan tempat tidur die dengan adik2 yang lain takut berjangkit.
5. Selalu pesan kat Athirah jangan sentuh adik2, atau mandi bersama2 adik untuk mengelakkan jangkitan.
6. Masa mula2 dapat tahu Athirah demam, terus bagi Nutriferon yang berbaki 1 sachet tu..1 sachet untuk 3x kali makan..Alhamdulillah dalam tempoh kurang daripada 24jam Athirah dah tak demam dah…sponging jangan lupe ye :)
Klik untuk order: Nutriferon

7. Masa mula sakit, Athirah takde selera makan dan minum.. bila dia dah mula minta susu, saya campurkan susu die dengan melashake sikit (sebelum nie pun masa sihat mmg dah kasi pun :))
Klik untuk order: Omegaguard & Mealshakes

Alhamdulillah..athirah sembuh selepas 3 hari..mungkin sebab saya cepat mandikan die dgn Basic H dan sapu herbal blend, blister berair tu tak sempat timbul pun..semuanya dengan izin Allah..shaklee hanya asbab je.

Baca lanjut tentang HFMD..


Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).


Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.


Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.


Kebanyakkan penyakit ini tidak serius. Namun begitu, terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan system saraf dan jantung.


Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.


Tanda dan gejala:


1) ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin. 

2) ulser di tekak dan mulut.
3) deman dan sakit kepala
4) hilang selera makan

Langkah pencegahan:


1) cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

2) tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
3) jangan berkongsi barang2 peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
4) mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan  bayi atau anak kecil
5) cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
6) elakkan membawa anak kecil ke tenpat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda dan gejala penyakit tangan , kaki dan mulut:


1) bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.

2) Jangan hantar anak ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.

3) lap lelehan dari mulut dan hidung menggunkan tisu.


Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia



Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, November 9, 2014

Set Shaklee Untuk Penjagaan Rumah


Dish Wash Concentrate


Saya guna dish wash concentrate nie untuk cuci botol susu anak2..


Dulu2 gune jenama pureen tu..Sebotol tahan sebulan je..

Tapi lepas cuba dish wash concentrate,dah tak pandang dah jenama lain. Sebotol tahan 4 bulan..berbaloi2..mane taknye, gune setitik je dah byk buih..


Baca Lanjut:

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

(473ml)
Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan



Selain Dish wash concentrate Shaklee juga menawarkan Get Clean Set yang lain seperti Basic H, soft fabric dan fresh laundry...Selamat, Bebas Toksik dan Berkesan.




Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate (473ml)


Saya guna basic H ni untuk cuci bilik air, mangkuk tandas, dapur gas & mop lantai. Pakai sikit je..ikut sukatan yang disyorkan pada botol..sebotol tahan berbulan2.


Dulu masa kene chicken pox saya guna Basic H sebagai mandian atauuntuk dab2 je kat biji2 tu..tapi pakai sikit2 jela...bukan 1 botol..InsyaAllah chicken pox cepat kering..

Sebenarnya ada banyak lagi kegunaan Basic H ni..utk cuci sayur, untuk matikan kutu kat kepala, untuk anak demam..mcm2 la boleh buat dengan basic H ni..


Baca Lanjut:


Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Fresh Laundry Concetrate

Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih

(2.49kg)
Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Soft Fabric Concentarte

Melembutkan Pakaian

(946ml)
Pelembut fabrik pekat yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.
  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
  • Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Petua Berguna
  • Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembutberbanding sebelumnya.
  • Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.
SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe


Sunday, September 21, 2014

Bersihkan Rumah Dengan Basic H Shaklee


Jom ber"weekend" dengan Basic H Shaklee..Fuhh..penat..tapi puas hati kemas rumah dari pagi tadi dengan Basic H Shaklee ni..

Semua pakai Basic H..

# Mop Lantai (dibantu oleh anak dara kesayangan, kak yaya..besenye abah yg master dalam mop lantai ni..skrg mak buyong tibe2 rajin pulak:))

# Hilangkan minyak2 kat dapur gas tu..(Cream Cif ade je..tp kalau sembur je Basic H Shaklee lagi senang kot:))

# Cuci lantai bilik air + mangkuk tandas (skrg dah tak payah pakai Mr Muscle dah..bilik air utama kasi kat abah jela..nnt org kate gile kerja pulak kan:) mak buyong dah tak larat..asyik contraction je nie..padahal baru 29minggu..huhu.)

Sebotol ni tahan berbulan2...banyak pulak kegunaannya..kalau anak ada gatal2 kulit pun pakai Basic H untuk dab2 kat tempat gatal tu..pakai 2-3 titik je..


Klik untuk order: Basic H Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, April 20, 2014

10 Kegunaan Basic H Shkalee

Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.


10 KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE & CARA MENGGUNAKANNYA:

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Klik Untuk Order: Basic H Shaklee
Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 




ZARIDA ZAKARIA


Shaklee Independent Distributor

+6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

AddThis